Spirit 74-Jealous

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dark Kingdom, keadaan Pasukan Penyerang Hendap

BAM!

ZUSH

BAM!

ZUSH

BAM!

ZUSH

Ketiga-tiga peluru yang ditembak ke arahnya dielak dengan mudah oleh Nuraiza.

Sambil mengelak,dia menuju ke musuh.

BOK

Tendangan yang kuat diberikan pada dagu musuh tersebut.

"Arg...!"

THUP

Kepala musuh tersebut dipegang oleh Nuraiza.Wajah gadis itu didekatkan dengan musuh tersebut.

"Sleep..",katanya lalu satu aroma keluar dari badannya.

Aroma itu akan membuatkan seseorang tidur dan mengalami mimpi ngeri yang akan rosakkan minda mereka.

Terhidu akan aroma tersebut,musuh itu menutup matanya.Nuraiza melepaskan kepala musuh tersebut.

Musuh itu terbaring atas tanah.Selepas beberapa saat,matanya terbuka luas.Bola matanya membulat,ketakutan.

"AR...ARGH!!!!!TAK...!TAK...!!!JANGAN DEKAT!!!!!!",jerit musuh tersebut dengan kuat.

Jeritannya berhenti apabila mata lelaki itu menjadi putih sepenuhnya.Hingus keluar daripada lubang hidung begitu juga air liur,mengalir dari mulutnya.

"Aku teringin juga nak tahu...mimpi jenis apa yang mereka alami sampai boleh mati?",soal Fatini.

"Manalah aku tahu...aku hanya tahu kuasa aku akan keluarkan aroma yang membuatkan mereka mimpi yang boleh rosakkan minda mereka,itu sahaja.

Kalau kau nak tahu,apa kata kalau kau hidu aroma aku?",soal Nuraiza.

BOK

Pukulan diberikan pada kepala gadis yang pendek itu oleh Fatini.

"Kau nak hidu aroma berbisa aku ke,huh?",soal Fatini dengan geram.Dia mengibas-gibas tangannya yang mengetuk kepala Nuraiza.

"Aku gurau jerlah!",kata Nuraiza.Wajahnya langsung tak tunjukkan riak sakit diketuk oleh Fatini.

Sebab dia memang tak rasa sakit.Tangan Fatini jer yang rasa sakit.

"Sudah-sudahlah tu kamu berdua.Tumpukan perhatian kepada misi kita",kata Ketua Pasukan Penyerang Hendap mengetuk kepala Fatini dengan tangan.

Manakala kepala Nuraiza diketuk dengan penukul besi.

"Adoi!!Kenapa aku jer yang diketuk dengan penukul besi?!",soal Nuraiza yang matanya berair kerana sakit di kepalanya.Kedua tangannya diletakkan atas tempat menerima ketukan.

"Kalau aku ketuk guna tangan,yang sakitnya tangan aku,bukan kepala kau",kata ketua Pasukan Penyerang Hendap.

Nuraiza mencebik.Fatini menjeling ke arah Nuraiza.Wajahnya seolah berkata;

'Semuanya salah kau kepala aku kena ketuk!'

Nuraiza membalas jelingan Fatini.Wajahnya seolah berkata;

'Siapa yang mulakan dahulu,hah?!Kau kan!'

'Kau yang mula dulu!'

'Kau!'

'KAULAH!'

POW!POW!BUK!BUK!

Fatini dan Nuraiza terduduk atas tanah,memegang kepala mereka yang diketuk oleh ketua Pasukan Penyerang Hendap.

Pipi mereka juga ditampar olehnya.

"Gaduh sekali lagi,aku geletek kamu berdua selama 1 jam",kata ketua.

"Baik....",balas mereka berdua dengan nada perlahan.

Ahli yang lain hanya memandang ke arah mereka dengan ber sweatdrop.

---------------------------

Card Kingdom,keadaan Pasukan Penyerang Hendap

"ARGH!!!",jeritan kesakitan yang kuat oleh musuh yang dililit dengan akar berduri oleh kuasa Thorn.

Darah mengalir dari anggota yang dicucuk oleh duri-duri tajam pada akar tersebut.

"HARGH!!",seorang musuh yang berada di atas Thorn,menurunkan kaki kanannya ke bawah dengan laju,ingin menyerang jejaka tersebut.

Thorn memandang ke arah orang tersebut dengan tenang.Permukaan tanah yang berdekatan dengan Thorn merekah dan keluar akar yang berduri tajam,mengelilingi Thorn.

CHACK

Darah memancut keluar daripada kaki musuh tersebut.

"ARGH!!!",musuh tersebut menjerit kesakitan.Thorn mengangkat tangannya ke atas dan akar tersebut juga naik ke atas.

Apabila Thorn menghulurkan tangannya ke atas,akar berduri tersebut menuju ke musuh tersebut.

SPURT

Akar berduri tersebut menembusi dada musuh tersebut.

"Gark...",darah keluar dengan banyak daripada mulutnya.

Thorn menghela nafas.

"HARGH!!!",beberapa orang musuh menerkam ke arah Thorn.

Thorn memusingkan badannya,menghadap ke arah musuh-musuh tersebut.

SHACK

Kesemua musuh yang menerkam ke arahnya rebah ke tanah.Sekuntum bunga ros merah ditikam pada bahagian badan mereka.

"Urgh...ros apa ni...?Kenapa badan...kami tak boleh bergerak..!",kata salah seorang dari musuh.

"Ros itu hanyalah hiasan.Yang membuatkan kamu semua tak dapat bergerak adalah kerana dahannya yang beracun",kata Thorn.

SHACK

Salah seorang dari mereka menikam tangan sendiri.Thorn memandang ke arah orang tersebut yang cuba berdiri,walaupun perlahan.

"Hah...hah...kalau macam tu..sebelum racun ini merebak ke seluruh badan aku...AKU HANYA PERLU BUNUH KAU!",kata orang itu.

ZAP

Darah mengalir keluar.Orang itu terkejut apabila di bahunya tetiba muncul satu kuntum bunga.

"Huh...apa..?",kata orang tersebut.Bukan dia sahaja yang mengalaminya,rakan-rakannya yang terbaring atas tanah juga sama.

Ada yang tumbuh pada mata.

"Maafkan saya...",kata Thorn menarik perhatian musuh.

"Saya kata yang ros itu hanya hiasan...kerana kamu semua bertanya kenapa tak dapat gerakkan badan.

Tetapi,ros tu bukan hiasan semata-mata...ianya akan keluarkan debunga yang banyak.Jika debungan ros itu terkena anggota badan kamu....",Thorn menangguhkan percakapannya.

ZAP

Satu bunga tumbuh tepi mata satu-satunya musuh yang berdiri.

"Bunga ros akan tumbuh pada badan kamu,sekali dengan dahannya yang beracun",sambung Thorn dengan senyum.

Musuh itu mengetap gigi,geram.

"T...TAK GUNA...",belum sempat menghabiskan katanya,bunga ros tumbuh pada mulutnya.

Kesemua badan musuh mula ditumbuhi dengan ros dengan banyak.

"Bergembiralah...kerana mayat kamu dihiasai dengan ros yang dijadikan sebagai lambang percintaan manusia",kata Thorn membelakangi musuh-musuhnya.

Ahli Pasukan Penyerang Hendap yang lain tergamam melihatnya.Hanya dalam sekelip mata,kesemua musuh yang ada di khemah mati.

Inilah kekuatan salah satu kumpulan elit organisasi,Spirits of Elementals,Thorn!,difikirkan oleh mereka semua.

Walaupun dia yang paling innocent antara Spirits of Elementals,namun ketika berlawan,dia seperti menjadi orang lain.

"......wah...dia nampak sangat bergaya ketika berlawan....!",kata salah seorang perempuan dalam Pasukan Penyerang Hendap dengan muka yang merah.

"Betul!Tak rugi kita sepasukan dengan dia!Kyah!",kata rakannya yang lain.

"Ahh~aku harap sangat dia tak jadi milik sesiapa...sayangnya dia dah kena ambil oleh Risa..",kata perempuan yang ketiga.

"Hmph!Aku tak sangka betul,Thorn sanggup jadi kekasih perempuan tu!",kata perempuan keempat.

"Betul.Dahlah dia tu puteri kerajaan yang serang kerajaan lain beberapa tahun sebelum ini selain Alvisa Kingdom!",kata perempuan kelima.

"Hish!Kenapalah ketua tak bunuh sahaja mereka bertujuh..",rungut perempuan pertama.

BEEP--

"APA YANG KAMU BERLIMA FIKIRKAN,HAH?!",jerit Sha dan Misa melalui alat perhubungan.

Misa dan Sha menghubungi mereka berlima secara serentak kerana terdengar perbualan mereka.

"Ergh...",kelima-lima mula rasa gelisah.

"Kita sekarang sedang berperang!Tumpukan perhatian kepada misi yang diberikan kepada kamu!JANGAN NAK LIBATKAN HAL PERIBADI!",kata Misa.

"Kalau Thorn dengar apa yang kamu berlima katakan,dia pasti takkan maafkan kamu kerana hina perempuan yang dicintainya!",kata Sha.

Mereka berdua menamatkan talian.Kelima gadis itu mengetap gigi,geram.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro