Spirit 85-Are You Kidding Me?!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ketiga peperangan akan bermula.Langit pada hari ini gelap,seperti sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Betul ke kita tak perlu bergerak ke Kingdom seterusnya,Sara?",soal Mia.

Sara ketika itu sedang mengikat rambut birunya yang panjang.

"Ya.Saya tahu memang itu tugas kumpulan kamu,tetapi lebih baik kita jangan bergerak ke Kingdom seterusnya",balas Sara lalu mengetatkan ikatan rambutnya.

"Kenapa?",soal Mia.

"......sesuatu yang tidak kita dapat jangkakan akan terjadi.Itulah apa yang saya diberitahu...",Sara memperlahankan suaranya di pengakhiran.

Mia tak dapat mendengar apa Sara katakan selepas 'akan terjadi'.

"Sesuatu yang tidak dijangkakan?",soal Mia.

Mendengar apa Sara katakan itu,hatinya rasa tidak tenang.

"Apa pun,kamu dah ambil batu permata ke?Kamu kan gunakannya untuk menyerang",kata Sara menukar topik.

"Ah!Baru saya teringat!",Mia terus berlari ke markas semula.

Sara hanya memerhati gadis muda itu berlari mendapatkan batu permatanya di markas.

Hihi...

Suara gelak ketawa seorang gadis dapat didengari oleh Sara.

Di belakang Sara,ada seorang gadis terapung melebihi bahu Sara.Wajah gadis itu tak dapat dilihat kerana rambut putih bahagian depannya menutupi matanya.

Badan gadis itu bercahaya,tetapi tidak seterang mana.

"Apa yang kau nak?",soal Sara.

Gadis berambut putih itu tersenyum sinis mendengar soalan Sara.Dia turun ke bawah secara perlahan-lahan.

Bahu kiri Sara disentuhnya dengan tangan kanannya dari belakang.

Untuk apa kau ingatkan gadis itu untuk ambil batu permatanya?Adakah kerana kau cuba untuk ubah apa yang kau lihat semalam?Kau harus sedar....yang kau takkan dapat ubahnya,tak kira apa

Sara mengigit bawah bibirnya mendengar apa gadis itu katakan.

Haha...aku akan tengok,macam mana kau nak ubahnya

Gadis itu memeluk leher Sara.Senyuman sinisnya masih ada.

"Sara?Kenapa dengan kau?"

Sara tersedar selepas mendengar dirinya disoal oleh seseorang.Dia memandang ke arah orang tersebut.

"Oh,Crystal...tak ada apa-apa pun",Sara berkata dengan senyuman manis.

Gadis itu kemudian perasaan Halilintar berada di sebelah Crystal.

"Oh?Jadi kamu berdua dah couple lah?"

Wajah Halilintar dan Crystal terus merah padam mendengar apa Sara katakan.

"MANA ADA!",marah Crystal.

Halilintar pula menutup mukanya yang merah dengan sebelah tangan.

Sara ketawa riang.

Kaizo yang berada berdekatan,hanya mengeluh melihat perkara tersebut.

'Aku nak kahwin juga...'

Fikir Kaizo.

Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Ada kesan apa-apa?",soal Misa.

"Tiada",kata semua operator yang berada dalam bilik tersebut.

Misa mengeluh.

'Dah 30 minit berlalu dari masa musuh selalu mula menyerang....Apa agaknya mereka rancangkan?'

Fikir Misa.

Alvisa Kingdom,istana

"Tuanku,kenapa saya tak dibenarkan menyertai peperangan lagi?",soal Mizuki kepada Otto yang berada dalam bilik yang akan menunjukkan keadaan perang.

"Ini kali pertama kamu menyoalkannya.Kenapa?",soal Otto.

"Sebab....!Sebagai ketua Bloody Clan,saya patut sertainya!Ahli yang lain dah mati!Lagipun,kenapa tuanku hantar gadis tu..."

Belum habis Mizuku bercakap,Otto mengusap pipinya membuatkan dia berhenti.

"T...tuanku...?",soal Mizuki yang dalam keadaan terkejut.

"Kerana....saya tak mahu kamu terbunuh seperti yang lain...Mizuki,saya nak kamu berada di sisi saya,sepanjang peperangan ni..",Otto berkata dengan senyuman.

Mizuki yang melihat Otto tersenyum,matanya membulat.

'I....ini adalah...dia....'

Air mata Mizuki mengalir di pipinya.

Otto,melihat Mizuki mengalirkan air mata,bertindak mendekatkan muka gadis itu pada dadanya.

"Saya tahu,yang kamu banyak kali disakiti oleh 'dia'....maafkan saya...Ianya bukan mudah,untuk mengambil alih badan ini semula...",kata Otto.

"No....ianya bukan salah tuanku...Saya tak kisah bagaimana saya disakiti,asalkan...tuanku masih ada..."

Mizuki tersenyum bahagia.

Dia rasa bahagia,orang yang dia suka,sentiasa bersama sejak kecil,kini kembali semula.

Otto,mendengar apa Mizuki katakan,senyumannya luntur.

'Hmph...mudah betul kena perdaya.Sayang betul,orang yang kau suka,dah tiada di dunia ini...perempuan bodoh'

Bisik hati Otto.Lelaki itu mendencit geram.

Dia menolak Mizuki hingga gadis itu terundur beberapa langkah.Otto mengalihkan pandangannya ke hadapan,ke arah monitor yang bersaiz besar.

Monitor itu memaparkan seorang gadis berambut hijau cerah.Bahagian hujung rambut gadis itu berwarna hitam gelap.

"Semua persiapan dah lengkap.Boleh saya mulakannya sekarang?",soal gadis itu.Rambutnya di flip kan ke belakang.

"Ya.Mulakannya,sekarang...",Otto berkata dengan senyuman sinis.

Gadis itu tersenyum.Dia mengangkat kedua belah tangannya ke atas.

Serta-merta,gegeran berlaku di 8 kerajaan yang berperang dengan Alvisa Kingdom.

Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Gegeran apa ni?!",soal Misa.

"Gegeran ini....!Berpunca dari bawah tanah!Ada tenaga magik yang tinggi dikesan!"

"Tenaga magik?",soal Misa.

"Ya,ianya simbol magik untuk penyeruan!"

"Berapa jumlah semua simbol magik di setiap kerajaan?!",soal Misa.

"M-mengikut bacaan....Ianya muncul satu di setiap kerajaan.!Tetapi....!"

"Tetapi?"

"Di Asteon Kingdom ada dua!Dan di Aqua Kingdom,muncul satu simbol magik teleportasi..!

Mendengar apa operator itu katakan,Misa terkejut.

"Magik teleportasi pihak musuh?Siapa yang berada dalam lingkungkan simbol tu?!",soal Misa.

"I...ianya Akram,Shafiq dan Ayumu!Mereka bertiga diteleportasikan ke Yuki Kingdom!"

'Kenapa musuh teleport mereka bertiga?'

Fikir Misa.

"Mi-Misa!Sesuatu yang lebih buruk berlaku!Penyeruan itu dah selesai!"

Misa tersentak.

"Dah selesai....?!Apa yang diseru oleh musuh?",soal Misa dalam keadaan cemas.

"I....."

Mata operator itu membulat,terkejut.Dia mula berpeluh,ketakutan.

"Ia....ianya adalah makhluk mitos!!"

"Apa?!",Misa menjerit,terkejut.

Card Kingdom

Sha yang berada di tempat tinggi dan jauh daripada medan perang,matanya membulat.

"Heh...are you kidding me?",katanya dengan tidak percaya.

Mata Risa membulat.Gadis itu sama dengan Sha,tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Tidak jauh di hadapannya,ada seekor ular putih gergasi,iaitu Jormungand.

Dark Kingdom

Ada yang berundur beberapa langkah ke belakang,ada yang terduduk melihat makhluk mitos yang berada di hadapan mereka.

"M....makhluk apa tu...?",soal Alina dengan mata yang membulat.

Solar yang berada di sebelahnya,tersenyum janggal.Jejaka itu berpeluh.

Makhluk mitos yang muncul di kerajaan itu adalah berupa seorang wanita yang bahagian bawahnya adalah ular.

Saiz wanita separuh ular itu adalah gergasi juga.

"Echinda...ibu kepada raksasa...",kata Solar.

LightNight Kingdom

".....nampaknya,perang kali ini sangat susah...",kata Qistina.

"Betul...",balas Gempa.

Tubuh Asya menggeletar melihat makhluk mitos yang muncul dari bawah tanah.Wajahnya sangat pucat.

Apa yang dilihatnya,adalah seekor lembu,bahagian bawahnya adalah bahagian manusia lelaki bersaiz gergasi.Raksasa itu memegang kapak yang besar.

"M....minatour..",kata Asya.

Thunder Kingdom

"Wah!!!"

Beberapa orang menjerit apabila ditenggelami air yang muncul dari bawah tanah.

Air yang muncul dari bawah tanah terlalu banyak.Paras air yang keluat daripada bawah tanah itu mungkin melebihi bangunan bertingkat 50 tu.

"Buwah!!",kepala Crystal keluar daripada air tersebut.

Dia terbatuk kerana terminum air tersebut.

"Hah...hah...selamat aku pandai berenang...",kata Crystal.

"Pandai berenang pun tak ada gunanya...kita tak boleh berada dalam air terlalu lama,dan tiada kawasan darat...",kata Halilintar yang muncul di sebelah Crystal.

Topinya tiada,kerana hanyut ketika air keluar dari bawah tanah secara tetiba.

"J-jangan muncul secara tetiba...!",kata Crystal memukul kepala lelaki itu.

"Urgh...kau ni...Lupakan sahaja..lebih baik kita tumpukan perhatian kepada makhluk mitos ni...",kata Halilintar memandang ke hadapan dengan muka yang serius.

Crystal turut memandang ke hadapan.Matanya terus membulat.

"....k...kenapa mesti makhluk ni...?",kata Crystal.

Fury Kingdom

"Makhluk apa ni?",soal Blaze.

"Tak silap saya...ianya Orthrus...",balas Nuriah.

"Orthrus?Aku ingatkan Cerberus sebab ianya anjing..cuma..",Blaze tidak menghabiskan kata-katanya.

"Ya...ianya nampak seperti Cerberus,tetapi bukan.Cerberus ada tiga kepala,manakala Orthrus ada dua kepala...kedua-dua makhluk ini adalah penjaga pintu neraka,dan adalah adik-beradik",kata Nuriah.

GROAH!!!!

Orthrus,makhluk mitos anjing berkepala dua yang bersaiz gergasi,mengaum dengan kuat.

Aqua Kingdom

BWOSH!!!

"Wah!",Ice menaikkan kepalanya ke permukaan air.

Topinya juga tiada,dihanyutkan oleh air.

Paras air di Aqua Kingdom secara tetiba naik dengan mendadak.

"Hah...hah...",Ice mengambil nafas.

Paras air di Aqua Kingdom sama seperti paras air di Thunder Kingdom.

Ice memandang ke hadapan.Dia dapat melihat sesuatu.

"Hah...hah...patutlah paras air naik secara mendadak...ianya sebab kau...",kata Ice.

Yuki Kingdom

"Ke tepilah kamu berdua!"

Ayumu bertindak menolak dengan kuat badan Shafiq dan Akram yang menghempapnya.

Apabila mereka bertiga diteleportasikan daripada Aqua Kingdom oleh musuh,mereka jatuh dari langit.

Ayumu jatuh terlebih dahulu,kemudian Shafiq diikuti Akram.

"Adoi...!Sakitlah Ayumu!",kata Shafiq.

"Aku lagi sakit tahu tak?!Dahlah kamu berdua tu lelaki,berat gila!",Ayumu cuba menendang kepala Shafiq,tetapi lelaki itu menghalang dengan tangannya.

Matanya tertutup.

"Ah,baik kau jangan buka mata,Shafiq.."

Namun Shafiq tak mendengar apa Akram katakan.

"Haish...kau ni,cuba berperangai maca..."

Shafiq terkaku apabila dia membuka matanya.Ayumu,wajahnya semakin lama semakin merah selepas dia perasan kenapa Shafiq terkedu.

"A...ah.....",wajah Shafiq memerah.

Ayumu menutup matanya.Giginya diketap dan badannya menggeletar.

Dia membuka matanya semula,dengan air mata bertakung di matanya.

"TAK GUNA KAU,SHAFIQ!!!!!!!"

"AKU TAK SENGAJA!!!!"

Bunyi orang ditumbuk dapat didengari.Akram hanya mengeluh.

"Urgh...kenapa aku satu kumpulan dengan mereka...",Akram memandang ke hadapan.

Jejaka itu membulatkan matanya apabila dia ternampak sesuatu yang berada jauh di tempatnya.

"....Cerberus....!"

Cerberus,anjing berkepala tiga bersaiz gergasi,seolah-olah mendengar suara Akram,memandang ke arahnya dengan tajam.

GRWOAH!!!!

Cerberus terus meluru ke arah Akram,Shafiq dan Ayumu.

Ayumu masih lagi tumbuk Shafiq.

"Kamu berdua,berhenti bergaduh!",kata Akram.

Asteon Kingdom

Tenshi dan Sprainter memandang tidak percaya.

"....seriously?",kata mereka berdua dengan berpeluh.

Miyu,yang berada di udara dalam dukungan bridal style oleh Warashi,juga tidak percaya.

Protectors of Asteon yang lain,iaitu Luvia,Caster,Cister,Fuyumi,Akina,Natsumi dan Sakura yang terapung di udara dengan  bantuan Caster, reaksi mereka sama dengan Miyu dan Warashi.

Mereka tak dapat percaya dengan apa yang mereka lihat.

".....good....kita kena lawan dengan dua makhluk mitos...",kata Miyu.

"Betul-betul melampau....walaupun kita semua adalah yang terkuat di Asteon Kingdom...untuk lawan dengan dua makhluk mitos...bukan mudah",kata Warashi.

Di hadapan mereka,ada seekor serigala gergasi dan naga putih.

Misa,matanya membulat melihat apa yang berlaku di semua kerajaan.

"M...makhluk mitos ni.....semuanya....sangat kuat....",kata Misa dengan suara terketar-ketar.

Einhart,dengan para puteri dan putera kerajaan lain,juga terperanjat.

"...makhluk mitos....",Einhart mengetap gigi.

Tangan kanannya didekatkan pada telinganya.

"I need you help right now...",kata Einhart.



Readers ingat kan yang Zara ada lawan dengan Chimera,makhluk mitos dalam Spirit 48-49?

Hah,semua makhluk mitos yang muncul dalam chapter,jauh lebih kuat daripada Chimera.

Dan akan ada satu watak yang akan mati.

Kalau readers macam tahu watak apa yang akan mati,jangan jawab ya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro