Spirit 87-Protectors of Asteon vs Fenrir(1)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Asteon Kingdom,pangkalan organisasi

"Urgh...!Saya tak boleh hubungi mereka!",kata Misa.

Sebaik sahaja musuh melancarkan pergerakan mereka,talian Misa kepada semua orang terputus.

Bukan itu sahaja,semua monitor juga tidak dapat berfungsi.

"Boleh sambungkan?!",soal Misa.

"Tidak boleh!Komunikasi kita memang tak dapat disambungkan semula!"

"Urgh....cuba sekali lagi...!",arah Misa.

"Baik!",semua operator akur akan arahannya.

Misa mengetap giginya.

Dia merasakan yang komunikasi terputus bukan kerana gangguan,tetapi seperti ianya sengaja diputuskan oleh seseorang.

--------------------------

"Haha~nampak seperti dia sedar yang komunikasi diputuskan oleh seseorang",kata gadis berambut hijau,yang menyeru semua makhluk mitos.

Gadis itu duduk di tebing dengan komputer riba di atas ribanya.

Ya,dialah yang putuskan komunikasi dengan menggodam sistem tersebut.

"Hm,hm~memandangkan aku berjaya godam sistem mereka,aku akan ceroboh maklumat rahsia Asteon Kingdom",katanya.

Baru sahaja dia nak menekan papan kekunci,tangan kirinya dipegang oleh seseorang dari belakang.

"!"

Gadis itu menoleh ke arah orang yang memegang tangannya.

"Apa kau nak?",soal gadis itu.

"Berhenti godam sistem mereka.Kerana mereka akan dapat godam sistem kita nanti",kata orang tersebut.

Gadis itu mendencit lalu menarik tangannya.

"Aku tak perlu dengar arahan kau.Lagipun,tuanku benarkan aku buat apa-apa sahaja",katanya.

"....just do what you want.I just give your a warning",kata orang tersebut lalu beredar pergi.

Gadis itu mencebik.

"Hmph!Menganggu betul!"

----------------------------

HWORH!!!!

Tanah retak dengan teruk apabila serigala gergasi itu mengaum.

"Wargh!!!",beberapa orang tercampak jauh ke belakang.

Ada juga  tanah yang retak  terangkat ke atas.

Miyu,antara yang tercampak jauh ke belakang memegang tombaknya dengan erat.

Di belakangnya ada ketulan tanah yang besar.Dia memusingkan badannya ke belakang,dan kakinya menyentuh ketulan tanah tersebut.

SWOSH!!!

Ketulan tanah itu berkecai apabila Miyu memecut dengan laju.Dia memijak semua ketulan tanah yang berada di udara sepanjang menuju ke arah serigala gergasi tersebut.

Apabila jaraknya semakin dekat dengan serigala tersebut,tombaknya diputarkan 360 darjah sebanyak 5 kali.

"HARGH!"

ZUSS!!!

Akibatnya,serigala tersebut terseret ke belakang.Tetapi hanya beberapa sentimeter sahaja.

Miyu mendencit.Tangannya yang memegang tombak menggeletar kerana tombaknya mengenai perisai helmet yang tersarung di kepala serigala tersebut.

Dari atas,sesuatu yang panjang tetapi besar menuju ke arah Miyu yang masih di udara.

Gadis itu memandang ke atas,dan wajahnya pucat.

"Crap...",katanya.

"Fly,Suzaku"

SWOSH!!

BAM!!

Gegaran yang kuat berlaku apabila sesuatu yang panjang dan bersaiz besar itu mengenai tanah.

Apabila ianya naik semula ke atas,tanah tersebut meninggalkan lubang besar yang dalam.

"....terima kasih sebab selamatkan saya,Warashi...",kata Miyu yang tubuhnya berada dibahu Warashi.

"Sama-sama....dan jangan serang sembarangan,Miyu",kata Warashi dengan nada sedikit keras.

Miyu yang mendengarnya terkejut,lalu mengangguk perlahan.

Warashi menurunkan Miyu.Mereka berdua berdiri atas burung berwarna merah,atau dipanggil sebagai Phoenix.

"Haih...nak lawan kedua-duanya sekali memang bukan mudah...Fenrir..",Warashi memandang ke arah serigala gergasi tersebut.

Kemudian mengalihkan pandangannya ke atas.Di langit,seekor naga putih yang besar sedang terbang.

"Dan Wyvern...",Warashi mengeluh.

"Tapi,Wyvern bukannya naga.Ianya nampak seperti naga,kerana mempunyai kepala dan sayap naga",kata Miyu.

Warashi mengangguk.

GRR......!!!

Fenrir menatap tajam Miyu yang berada di atas Phoenix yang terbang di langit.

Fenrir membuka mulutnya.Warashi dan Miyu terkejut.

"Argh!Suzaku,terbang lebih tinggi!",arah Warashi.

SHARH!!!

Phoenix menukar arahnya terbang,ke atas dengan laju.

"Kita takkan sempat elak!",kata Miyu.

GR-!!!

Baru sahaja Fenrir ingin mengaum,tanah yang kakinya memijak secara tetiba meretak dan dirinya menghempap atas tanah dengan kuat.

Dari jauh,iaitu di hadapan gerbang masuk ke Asteon Kingdom,Sprainter menghulur tangannya ke hadapan.

Topeng kucing putihnya muncul satu corak.

Satu simbol magik yang besar muncul di atas Fenrir yang dihempap dengan tekanan graviti yang kuat.

Ceracak ais yang tajam dan besar dalam bilangan yang tak terhitung keluar daripada simbol magik tersebut menuju ke arah Fenrir.

SHACK!!

Semua ceracak ais tersebut menikam Fenrir.

GRR...!GROWH!!!!

Fenrir mengaum dengan kuat.

Ngaumannya yang kuat itu menghasilkan tiupan angin yang kuat.

"Woah!!!"

Sprainter yang berada sangat jauh daripada kedudukan Fenrir,tangannya yang dihulurkan ke hadapan,ke belakang akibat tiupan angin yang kuat itu.

Tangan tersebut juga mengalami luka calar-balar yang banyak.Darah memancut keluar daripada luka tersebut.

"Sprainter!",Tenshi menjerit nama sahabatnya itu.

Fenrir,terlepas daripada tekanan graviti Sprainter,bangkit semula.

Darah mengalir dari bahagian badannya yang ditikam dengan ceracak ais serangan Tenshi.

Namun,bukan keseluruhan badannya terkena serangan Tenshi kerana badannya tersarung mempunyai duri besi yang tajam dan panjang.

"....nampaknya kita kena serang Fenrir dengan kekuatan..",kata Warashi.

"Ya...",Miyu setuju dengan apa Warashi katakan.

Wyvern yang terbang di langit,menuju ke arah Miyu dan Warashi.Mereka berdua memandang ke arah Wyvern dengan terkejut.

"Suz-!"

"Tak ada gunanya!Kita takkan sempat elak!",Miyu memeluk leher Warashi dengan kuat dek ketakutan.

Apabila Wyvern semakin mendekati mereka,Miyu menjerit;

"CASTER!"

DUMP!!!!

Wyvern itu melanggar kuat simbol magik berwarna ungu.

Simbol magik itu sangat besar,hingga menutupi keseluruhan langit medan perang tersebut.

Seorang gadis berambut ungu panjang dapat dilihat berada di hadapan simbol magik tersebut.

Warashi dan Miyu menghela nafas lega.

"Maaf sebab saya lambat.Saya perlukan sedikit masa untuk pasang pelindung sebesar ini",kata gadis berambut ungu itu,iaitu Caster.

"Tak apa",kata Warashi dengan senyuman.

"Pelindung magik ini boleh halang Wyvern ni serang kita.Bermakna,kita boleh tumpukan sahaja kepada Fenrir",kata Caster.

"Bagus....kamu bawa semua orang ke sini,kan?",soal Miyu.

Caster mengangguk dengan senyuman manis.

"Ya,semua yang tercampak ke belakang akibat ngauman Fenrir,saya bawa ke sini"

Luvia,Cister,Fuyumi,Natsumi,Sakura dan Akina berada di bawah.

Mereka semua berada di hadapan Fenrir.

"Baiklah,mari kita mulakan!",kata Miyu dengan tersenyum.

Begitu juga Protectors of Asteon yang lain.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro