Spirit 89-Sacrifice

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LightNight Kingdom

BAM!

Golem tanah melayang jauh ke belakang apabila Minatour menumbuknya dengan kuat.

Golem tersebut pecah.

Minatour itu meluru laju ke hadapan,ke arah Gempa berdiri.

Tanah bergegar sepanjang makhluk mitos itu berlari.

"Lajunya walaupun saiz besar!",kata Gempa.

Dia ingin berlari,menjauhkan dirinya daripada Minatour.Tetapi disebabkan tanah bergegar dengan kuat,dia tak dapat berdiri dengan baik.

BUM-P!

Perlanggaran yang kuat berlaku.

Satu simbol magik berwarna hitam yang besar dapat dilihat berada di hadapan Minatour,melindungi Gempa.

Qistina,berdiri di hadapan Gempa dengan kedua tangannya dihulurkan ke hadapan.

Kedua tangannya menggeletar.

"K....kuat betul lembu ni..!",kata Qistina.

Asya berlari dengan pantas ke arah Gempa,Qistina dan Minatour berada.

Apabila jaraknya semakin dekat,gadis itu melompat.Permukaan tanah yang menjadi tempatnya melompat hancur.

Ketinggian gadis itu melompat separas dengan kepala Minatour.

Penumbuk tangannya terkumpul petir berwarna biru.

"HARGH!!!"

Penumbuknya dihayun laju ke arah muka Minatour.

BOK!!

ZASH!!!

Akibatnya,muka Minatour berpaling ke arah lain.

Asya terkejut melihat Minatour masih berdiri walaupun direnjat dengan petir.

Minatour itu memandang ke arah Asya yang masih berada di udara.

RWOH!!!

Minatour itu menghayun penumbuknya ke arah Asya.Gadis itu sedar dirinya akan diserang,melindungi mukanya dengan kedua belah tangan.

POW!

BWOSH!!

"ASYA!",Gempa dan Qistina menjerit nama gadis itu apabila dia melayang jauh selepas ditumbuk Minatour.

Asya melayang hingga melanggar salah satu bukit tanah yang berada berdekatan.

Bukit tanah itu hancur sepenuhnya.Asya ditenggelami oleh runtuhan tanah tersebut.

Gempa dan Qistina,kedua-dua mereka membulat mata.

"Itu baru penumbuk....ia tak guna lagi senjatanya...",kata Gempa,dengan suara yang terketar.

RWOH!!

Minatour itu menghayun penumbuknya ke arah Qistina dan Gempa.

Kedua-dua mereka berpaling dengan terkejut.

BAM!!!

Tanah tersebut merekah dengan teruk apabila penumbuk Minatour mendarat atasnya.

"WAH!!!!"

Qistina dan Gempa tercampak jauh.Tubuh mereka berdua berguling-guling atas permukaan tanah selepas terhempas ke atasnya dengan kuat.

Mereka berdua berhenti berguling tidak lama kemudian.Tubuh mereka yang cedera parah itu tidak bergerak.

Yang lain tergamam melihatnya.Hanya satu tumbukan sahaja,Qistina dan Gempa tumbang?

SWOSH!!

"Urgh--!"

Asya keluar daripada runtuhan tanah tersebut dengan menggunakan elemen angin Quasya.

Gadis itu memegang kepalanya yang berdarah.Dia mengerang kesakitan apabila cuba berdiri.

"Gurgh...!",dia memuntahkan darah.Perutnya dipegang.

Dia dapat merasakan,yang tulang rusuknya ada patah.

Namun,itu tak menghalang gadis itu untuk teruskan berlawan.Matanya menatap tajam ke arah Minatour.

Minatour itu mengangkat tinggi tangannya yang memegang kapak ke atas.Ianya membuatkan Asya tersentak.

"JANGAN!",jeritnya.

Ianya kerana sasaran libasan kapak Minatour adalah Gempa yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri!

Minatour itu menghayunkan tangannya ke bawah,menuju ke arah Gempa.

ZING-!!

K-BOOM!!!

Permukaan tanah retak dengan sekali.Debu tanah yang tebal terhasil kerana serangan kapak Minatour,mula menghilang.

Apabila menghilang,kelibat seseorang kelihatan.

Dan orang itu adalah Asya,yang seluruh tubuhnya dikelilingi dengan elektrik biru.Tangan kanan gadis itu memegang kapak Minatour.

Drip...
Drip...

Darah mengalir dari luka di tangannya.Namun,bukan luka di tangannya sahaja yang mengalirkan darah,tetapi kedua belah matanya juga.

"Hah...hah....aku...takkan benarkan kau bunuh dia...!"

Elektrik yang mengelilingi tubuh Asya semakin kuat dan terang,hingga membuatkan tangan Minatour yang memegang kapak terangkat ke atas.

ZWOSH!

Asya melompat dari tempatnya,meluru ke arah badan Minatour.

"Hargh!!!"

Penumbuk kirinya dihayun laju ke arah badan Minatour.

DUSH!!

Minatour terseret ke belakang,namun hanya dalam beberapa sentimeter sahaja.

Manakala Asya pula,dia merasakan kesakitan yang amat pada lengannya yang menumbuk Minatour.

"Urgh....!",dia mengetap gigi.

Pada masa yang sama juga,dua orang yang berada di tempat tinggi,memerhatikan Asya berlawan dengan Minatour.

"Wei,kenapa darah mengalir dari mata dia?",soal salah seorang darinya.

"Mungkin sebab dia paksa diri dia untuk gunakan elemen pada seluruh badannya.Aku rasa dia hanya boleh gunakan elemen tersebut pada penumbuk dan kakinya.

Tapi dia gunakan elemen itu di seluruh badannya,membuatkan kecederaan berlaku pada dalaman",balas seorang lagi.Di celah bibirnya ada rokok.

"Oh....kita patut hentikan dia,kan?Kalau dibiarkan,dia akan mati"

"Aku terfikir juga macam tu.Tapi,apa kata kalau kita perhatikan dulu.Jika keadaan semakin bahaya,kita akan tolong dia"

BOK!!

Tumbukan Asya dan Minatour bertembung.Tangan masing-masing ke belakang.

"Argh!",Asya mengerang kesakitan.

Kini,lengan kirinya pula yang rasa sakit.Namun,dia merasakan tulang lengan tersebut retak!

Minatour itu menghayun kapaknya ke arah Asya yang masih di udara.Asya,berada di udara,tidak dapat mengelak ke arah lain.

DUMP!!

Namun,gadis itu terkena libasan kapak Minatour.

Ianya kerana tanah yang berbentuk tangan,keluar daripada permukaan tanah menuju ke arah Asya,membuatkan gadis itu terangkat lebih tinggi ke atas.

Asya memandang ke bawah.Dia dapat lihat,Gempa yang masih terbaring atas tanah,dengan mata yang terbuka.

Tangan kirinya diangkat ke atas.

"Hah....hah....Asya,tamatkannya sekarang!",jerit Gempa.

Asya tersenyum.

"YES!",jeritnya lalu melompat turun daripada telapak tangan tanah tersebut,menuju ke arah Minatour yang berada bawah dari tempatnya.

Elektrik biru yang mengelilingi dirinya,mula terkumpul pada kaki kanannya.

"HARGH!!!!"

DUMP!!!

Kaki kanannya menendang kuat kepala Minatour.Dengan itu juga,renjatan yang kuat diberikan kepada Minatour.

Angin yang kuat terhasil akibat perkara tersebut.

Minatour itu mula tumbang ke belakang.Asya pula tersenyum,namun wajahnya jelas menunjukkan kesakitan.

Kasut yang tersarung pada kaki kanannya,begitu juga dengan stoking koyak dengan teruk kerana serangan tadi.

Sudah pasti kaki tersebut cedera.

Gempa yang di bawah,juga tersenyum.Pada waktu itu juga,mata Qistina dibuka.

Namun senyuman Gempa mati apabila,

ZWASH

"G-hark!",darah pekat dimuntahkan oleh Asya.

Matanya membulat,begitu juga Gempa kerana terkejut.Qistina yang baru tersedar juga sama.

SPURT

Darah memancut keluar dengan banyak daripada badan Asya yang terkena libasan kapak Minatour.

Makhluk mitos itu masih tak tumbang,walaupun terkena renjatan yang kuat.

Tubuh Asya yang menjunam ke bawah,Gempa menumbuk tanah lalu terhasil satu tangan tanah menyambut tubuh Asya.

Gempa berdiri walaupun kecederaan pada badannya sangat menyakitkan.Dia terus menuju ke arah Asya.

"Asya!Ka-!"

Mata Gempa terus membulat.Air matanya bertakung melihat keadaan Asya.

"Gem.....pa....",Asya yang dalam kecederaan parah,tangan kanannya diangkat.

Seolah-olah dia cuba untuk menyentuh wajah Gempa.Gempa terus memegang tangan Asya.

"Asya,bertahanlah!",kata Gempa.

"It looks like....i can't...keep our promise...",kata Asya dengan suara yang perlahan,namun dapat didengari oleh Gempa.

"Don't said like that!",kata Gempa dengan air matanya mengalir.

Asya mula mengukir senyuman dengan perlahan-lahan,air matanya juga mengalir.

Qistina,gadis itu cuba bangkit dari pembaringannya.

"Urgh...!Asya cedera parah...aku kena...pulihkan dia...!"

Apabila dia memandang ke hadapan,matanya membulat.

Kerana apa yang dilihatnya adalah,Minatour ingin menyerang Asya dan Gempa dengan kapaknya.

"Tak....!GEMPA,LARI!",jerit Qistina.

Gempa,mendengar jeritan Qistina,mendongak ke atas.

"!"

Dia terkejut.Namun jejaka itu tidak melarikan diri,sebaliknya dia memeluk Asya yang terbaring.

"Please....run,Gempa...",kata Asya.

"I REFUSE!I WILL NEVER LET YOUR DIE LIKE THIS!",kata Gempa.

Gempa memejam matanya rapat,begitu juga Asya.Qistina pula kaku di tempatnya.

Masa yang bergerak bagaikan diperlahakan.Kapak Minatour semakin mendekati Gempa dan Asya.

ZUP!!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro