BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mukhris gelak ketawa bersama Fahrin dan Luqman. Kedua mereka nampak santai di kantin sedangkan pelajar-pelajar lain sudah berpusu-pusu berlarian menuju ke kelas kerana waktu rehat telah habis.

Fahrin berdiri dengan sebelah kaki di tongkatkan di atas kerusi kayu panjang itu. Dada di busungkan ke depan, rambut di sisir dengan jari.

"Duhai adinda ku...ehem!" dia berdehem seketika.

Luqman di depan sudah tersengih-sengih. "Lagi-lagi...tak cukup garau lagi tu..." komennya dan menyuruh Fahrin mendalamkan lagi suaranya.

Fahrin berdehem banyak kali. Cuba untuk membaiki suaranya.

"Dah cukup ke?" Deep voice Fahrin terdengar, membuatkan Luqman berteriak teruja.

Mukhris di depan mengeleng kepala melihat kelakuan Fahrin dan Luqman. Dia kadang-kadang tak boleh teka kelakuan ajaib dua sahabatnya itu. Ada saja tingkah random mereka membuatkan Mukhris sesekali terikut sama.

"Aseekkkkk..." Mukhris menepuk pelan meja.

Luqman dah mengoyang pinggul di depan Fahrin. "Di goyang yukkkk..."

Suara mereka bertiga bergema di kantin sekolah itu. Makcik-makcik kantin hanya mampu geleng kepala dan ketawa melihat perangai mereka bertiga

Duhai adinda ku sayang,
Dikaulah pujaan hati,
Ku tak mau ada yang lain,
Cinta ini hanya milikmu...

Fahrin menyanyi penuh semangat. Dia melompat turun dari kerusi dan bergoyang pinggul bersama Luqman.

"Masuk Luq!" Fahrin menjerit sekuat hati. Menepuk-nepuk pinggul Luqman yang asyik bergoyan kiri dan kanan itu.

Dinda adinda kasih ku,
Siang malam teringatmu,
Janganlah jauh dariku,
Ingin selalu bersamamu...

Luqman masuk dalam nada lembutnya. Makin rancak Luqman bergoyang sana sini. Mukhris yang melihat kelakuan dua sahabatnya mengekek tak henti.

Luqman dan Fahrin melagakan pinggul mereka. Kemudian, di akhiri ledakan tawa kuat dari mereka bertiga.

Mukhris berair airmata melihat perangai ajaib Fahrin dan Luqman. Ada-ada je.

"Mukhris..."

Aura tiba-tiba jadi suram. Fahrin dan Luqman berhenti dari mengoyangkan badan mereka. Menatap depan di mana Ain berdiri sambil bercekak pinggang.

"Cabut!"

Dengar je suara Mukhris memberi arahan, Luqman dan Fahrin angkat kaki laju.

Mereka bertiga berlari berlawanan arah. Mukhris ke kiri, Luqman ke kanan dan Fahrin berlari menuju ke depan sana. Ain mengetap gigi.

"Kau tulis jelah nama dorang dalam buku Ain..."

"Haah, kalau nak kejar budak bertiga tu...buang tenaga je...biar Cikgu Malik selesaikan."

Ain jatuh bahu. Dengan malas dia menarik keluar buku nota kecil, dan menulis tiga nama yang sering naik dalam buku salah laku pelajar.

Muhammad Mukhris.
Fahrin Rizqi.
Luqman Al-Hakim.



















"Malik ada?"

Fahrin geleng. Dia melihat sekeliling dan keluar dari tempat sembunyian mereka. Mukhris terjengul kepala untuk melihat 'line clear' atau tak.

"Fuh, selamat. Malik tak tahu kita kat sini..." Mukhris tarik senyuman lebar. Menepuk-nepuk seluarnya.

Penuh kesan debu. Maklumlah, menyorok di stor sekolah mana tidaknya. Tempat yang jarang guru atau pelajar lalu.

"Siapa cakap aku tak tahu?"

Mukhris, Fahrin dan Luqman berhenti berjalan. Bulu roma mereka berdiri menegak. Terasa ada sesuatu yang berdiri di belakang mereka.

"Macam suara Malik..." Luqman berbisik kecil.

Fahrin mengangguk. "Betul, aku rasa macam ada aura Malik kat kawasan sini" dia dah meremang. Bola mata gerak sana sini.

"Aku kira korang cabut..."

"Satu..."

"Tiga!"

Fahrin dan Luqman berlari laju tanpa toleh ke belakang. Mukhris pegun berdiri di situ melihat dua sahabatnya lari lintang pukang menyelamatkan diri. Setelah sedar, Mukhris angkat kaki ingin berlari sama.

Tapi tarikkan di belakangnya membantutkan lariannya. Mukhris tercekik. Tangan dia memukul kuat tangan yang menarik kolar bajunya.

"Le...lepashhh..." Mukhris kurang oksigen. Tercungap-cungap mencari nafas. Kuat betul orang yang tarik baju dia.

Cikgu Malik menatap garang Mukhris. Kolar baju Mukhris dilepaskan begitu saja membuatkan tubuh Mukhris hampir terhuyung ke belakang.

Mukhris batuk kecil. Mengusap lehernya.

"Kau nak bunuh aku ke?" Mukhris menatap Cikgu Malik tanpa rasa takut.

Cikgu Malik memeluk tubuh. Di tangan kanan dia, ada rotan yang sentiasa di bawa ke mana-mana.

"Kali ni aku lepaskan kau...tapi kalau aku nampak organ-organ tubuh badan kau berkeliaran kat kawasan sekolah ni siap lah!"

"Alah cikgu ni, bukan selalu saya—"

"Selalu apa?!" Cikgu Malik memintas laju. Nadanya meninggi.

Mukhris tak jadi meneruskan kata-kata. Baik dia diam sebelum kena seret masuk bilik disiplin.

"Masuk kelas sekarang!"

Mukhris membuat muka malasnya.

"Hm, yelah..." dia berjalan longlai menuju ke kelasnya.

Tak ada masa nak berlari sana sini kalau Cikgu Malik dah ugut macam itu. Senakal-nakal Mukhris, dia cukup menghormati guru-gurunya.

Cikgu Malik menatap tajam pemergian Mukhris. Tak lama itu telefonnya bergetar, menandakan ada panggilan masuk. Dia segera angkat panggilan itu.

"Ya, betul. Hm, buat masa ni dia baik-baik je..."

Cikgu Malik diam, mendengar balasan dari pihak sana.

"Baik, saya faham."

Tut! Panggilan di matikan. Cikgu Malik kembali berjalan meronda kawasan sekolah.


















Mukhris menguap besar sambil berjalan keluar dari kelas bersama Fahrin dan Luqman. Dua sahabatnya asyik berbual dan Mukhris berjalan sendiri di depan.

Tiba di luar pagar sekolah, mereka dihadang oleh Raja Amsyar dan konco-konconya. Kening Mukhris terjungkit tinggi melihat Raja Amsyar di depannya.

Sedikit menunduk, kerana Raja Amsyar hanya paras bahunya.

"Apa kau nak?" Tanya Mukhris sambil menyisir helaian rambutnya yang jatuh ke dahi.

Raja Amsyar mendengus. Dari dulu lagi, Mukhris tak pernah takut dengannya. Raja Amsyar sampai sekarang rasa tercabar.

Luqman dan Fahrin memerhati dari belakang. Bagi mereka, Raja Amsyar tu umpama kucing di mata mereka. Mengiau tapi pura-pura jadi singa.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Ain!" Tekan Raja Amsyar.

Mukhris tergelak tiba-tiba. Apa kena mengena dia dengan penolong ketua pengawas itu?

"Kau mengigau ke? Kau nak aku jauh dari Ain, sedangkan kau tau aku tak pernah dekat pun dengan perempuan tu..." Mukhris berkata serius.

Wajah Raja Amsyar nampak berubah.

Luqman dan Fahrin dah kemam bibir menahan gelak.

"Ah, aku tak kira! Kalau kau nampak Ain, aku nak kau jauhkan diri dari dia!"

"Kalau kau suka dia, kau usaha. Kenapa perlu libatkan aku? Lagipun..." Mukhris mendekatkan diri ke arah Raja Amsyar.

Tersenyum sinis memandang wajah bengang lelaki itu. "Ain sendiri yang datang dekat aku tanpa aku suruh..." bisiknya pelan di telinga Raja Amsyar.

Raja Amsyar mengenggam kuat buku limanya. Rasa ingin meninju muka mengejek Mukhris.

"Mukhris!"

Dari jauh terdengar laungan Ain memanggil Mukhris.

"See? Aku tak perlu pun buat apa-apa dia sendiri cari aku..." Mukhris menepuk bahu Raja Amsyar. Tersenyum mengejek.

Ain menghampiri segerombolan pelajar lelaki itu takut-takut. Lebih tepat, mendekati Mukhris yang nampak mula melangkah ke tempat pakir motor.

"Apa kau nak?"

Ain sengih. "Nenek suruh singgah rumah..." Ain memberitahu pesanan Nek Dijah.

Entah mimpi apa neneknya sampai suruh dia mencari Mukhris dan membawa lelaki ke rumah mereka. Ain yang teringat pesanan Nek Dijah cepat-cepat mencari kelibat Mukhris sebelum lelaki itu hilang.

"Buat apa?" Mukhris duduk atas motor.

Ekor matanya memerhati Raja Amsyar yang memandang tajam dirinya dan Ain. Mukhris tersenyum sinis melihat Raja Amsyar yang pergi bersama konco-konconya.

"Tak tahu, nenek tak ada pulak cakap sebab dia..." ujar Ain yang sedang mengeluarkan motor skuternya.

Mukhris angguk. "Lepas asar aku datang dengan ayah..."

"Okay!"

Ain meninggalkan Mukhris disitu. Luqman dan Fahrin dah menghidupkan motor mereka.

"Amsyar tak serik cari pasal dengan kau, Ris..."

"Dia takkan pernah serik kalau tak dapat apa yang dia nak..." laju Mukhris membidas kata-kata Fahrin.

Mukhris dan kedua-dua sahabatnya meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba di simpang tiga, mereka berpisah arah. Luqman dan Fahrin satu kampung, manakala Mukhris di kampung lain.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro