BAB 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


I hope you understand how much you mean to me.

---

ADUH! Dada aku ditepuk-tepuk kuat. Perit bila tersedak kuah tomyam. Noah segera menghulurkan tisu dengan segelas air. Hidung dan tekak rasa sangat perit. Wajahku cuba menggambar kesakitan dengan seribu kerutan.

"Awak okey? Saya minta maaf, Shasha."

Aku mengusap wajah sendiri, rasanya sudah kemerahan kerana tersedak.

"I tak sukalah gurauan you, Noah. Tak kelakar langsung." Ketawa kecilku meletus, tetap juga mahu menjaga hatinya. Noah terus menggeleng laju seolah-olah menidakkan kata-kata yang dilontarku. Suasana yang tiba-tiba dihanyutkan arus kebiasuan buat aku rasa merinding. Sudu diletakkan ke dalam mangkuk semula.

"Saya Zhang Yi Ran, betul-betul nak jadikan awak isteri saya, Shasha Emyliana." Reaksi dia nampak serius. Anak matanya seolah-olah menikam anak mataku. Bukan hanya panggilan lamaku diingat malah nama penuh.

Lagi sekali aku ketawa hambar. Cuba menafikan degupan jantung yang kembali kencang. Paha dicubit. Ini mimpi kan?

"You... you sedar tak you ajak siapa kahwin ni, Noah? I... I tak layak dengan lelaki macam you." Suaraku bergetar. Kepala ditunduk rapat ke arah meja berwarna putih. Segala dosa yang aku buat selama lima tahun ini mula berlayar dalam kotak fikiran. Jelas lagi nyata, aku memang tidak layak dengannya.

Tuhan... adakah Engkau mahu menguji hatiku lagi? Aku sudah melepaskannya sejak sembilan tahun yang lalu.

"Saya sedar, Shasha dan saya tetap nak kahwin dengan awak."

Aku semakin menggeleng laju. Tidak, aku tidak akan percaya semua ini. Mustahil Noah terima aku seadanya.

"No, Noah. You tak kenal I. Kenapa you tiba-tiba ajak I kahwin? Dulu, kita baru kenal dua hari. Dan sekarang pun tidak cukup dua hari dan sekarang you dah ajak I kahwin? You dah hilang akal ke?"

Tidak mungkin. Tiada yang sanggup terima aku seadanya. Allah tidak pandang aku sebagai hambaNya. Doa aku tidak pernah dikabulkan. Jauh sekali dengan orang lain. Tubuhku menggeletar. Ini semua tidak masuk akal! Noah mesti tidak fikir panjang. Lagipun dia langsung tidak tahu kisah aku. Ya, mungkin sebab itu. Selepas aku cerita semuanya, Noah pasti takut dengan aku.

"Masa tak penting, Shasha. Apa yang penting, saya kenal hati awak sejak pertama kali kita jumpa lagi. Saya tahu awak orang baik."

Lagi sekali aku menggeleng laju. Perasaan yang sedang menyelubungi aku sekarang ini sedang bercelaru. Entah aku mahu bersyukur yang dia masih ingat tentang aku atau aku harus menafikan kata-katanya. Terlalu banyak kata-kata negatif yang bermain dalam fikiran sampai aku tidak sempat menghadam.

Kau perempuan yang murah lagi jijik. Hina lagi kotor. Kau tak layak dengan mana-mana lelaki. Hidup kau akan selamanya jadi malang begini. Dari kecil sampai ke besar, kau hanya sampah masyarakat.

Mata dipejam rapat. Fikiran ini tidak mahu senyap dan aku tidak boleh diamkannya di sini. Kepala diangkat semula. Aku pandang ke arah anak mata yang tetap merenungku lagi.

"You tak faham, Noah. Perempuan yang di depan you sekarang ini bukan lagi Shasha sembilan tahun lepas. I dah jauh, Noah. Terlalu jauh. Kalau you tahu siapa I yang sekarang, you akan takut dengan I." Bersungguh-sungguh aku menjawab. Sedikit pun tidak menghalang Noah dari berhenti pandang aku yang sedang rapuh.

"Saya percaya Shasha sembilan tahun lepas masih ada dalam diri awak. Saya betul-betul ikhlas nak berkahwin dengan awak, Shasha. Kalau awak cakap saya tak kenal awak, jadi saya nak kenal awak dengan lebih mendalam. Segala yang awak boleh cerita, saya sanggup dengar."

Aku takut. Bagaimana aku mahu menceritakan masalahku pada dia? Aku boleh percaya Noah ke? Macam mana kalau Noah tinggalkan aku selepas tahu segala tentang aku? Aku tidak perlukan bantuan sesiapa kan? Aku akan begini sampai aku mati kan?

"It's okay, Shasha. Take your time. Awak makan dulu, okey? Tak baik kita berbincang macam ini depan rezeki." Noah meletakkan hirisan ayam masakan Thai itu ke dalam pingganku.

Aku memilih untuk tidak bersuara. Wajahku sangat pucat dan takut. Ragu-ragu sedang menerpa dalam diri. Benarkan aku akan rasa lega bila ceritakan semuanya kepada orang lain? Sungguh aku tidak percayakan sesiapa dalam dunia ini. Sedangkan diri aku sendiri mengkhianati tubuhku.

Lagipun seingat aku... Noah seorang ateis kan? Aku tidak akan benarkan dia buat keputusan sebarangan. Jauh terpesong ke mana pun, aku tidak akan cadangkan Noah untuk masuk agama Islam semata-mata untuk berkahwin denganku. Kami... kami memang takkan pernah bersama. Jauh sekali untuk berkahwin. Hidangan dimakan seperti tadi tetapi ada sesuatu yang janggal. Mungkin perasaan.

Perasaan sedar diri yang aku terlalu jijik untuk seorang bernama Noah.


.


BAYU pada petang hari seolah-olah menampar lembut pipiku. Kawasan ini berangin walaupun sudah berganjak ke pukul lima petang. Suara kanak-kanak ceria bermain di taman ini menjadi penghawa telinga. Ada yang seronok bermain buaian besi yang sudah berkarat. Ada yang bermain gelongsor lusuh dan berlubang itu dengan cukup riang. Ada yang bermain jongkang-jongkit walaupun tempat duduknya sudah tinggal besi. Kanak-kanak yang tinggal di perumahan ini serba kekurangan tetapi senyuman mereka tetap terukir. Gelak tawa mereka tetap kedengaran.

Semudah itu rupanya untuk bahagia.

Di tangan mereka ada yang masih memegang ais krim yang dibeli aku sebentar tadi. Sebelum Noah menghilang setelah menghantar aku tengah hari tadi, dia ada tinggalkan beberapa duit untuk makan. Aku lebih memilih untuk membelanja semua wang itu dengan ais krim dan keperluan barang dapur untuk mereka.

Perihal Noah... sudahku tahu yang dia takkan terima aku seadanya. Mesti dia terkejut bila tahu aku pernah tinggal di sini kan? Entah kenapa aku tidak terkejut. Mungkin aku sudah mengagak perkara ini akan terjadi dan aku langsung tidak marah Noah.

Layakkah aku untuk marah? Dia ada hak untuk tentukan masa hadapannya. Bukan untuk bersama dengan perempuan kotor macam aku. Semoga you bahagia dengan perempuan yang selayaknya. Mungkin tempat aku memang selayaknya di Endless Paradise. Sementara aku masih rasa mahu bertahan sebelum cuba untuk tinggalkan dunia ini lagi.

Aku duduk diam di atas bangku batu. Pandanganku tidak jelas dengan satu arah seolah-olah aku tidak berada di sini. Gelak tawa mereka masih menghias gegendang telinga tetapi aku masih fokus dalam duniaku. Lain kata, termenung jauh tanpa menghiraukan pergerakan sekeliling.

"Awak bahagia ke tolong mereka?"

Ada suara yang jelasku dengar tetapi otakku terlalu penat untuk mentafsir siapa. Apa yang pasti, suaranya buat aku jadi semakin rapuh. Dalam aku meneka gerangan manusia ini, aku masih berfikir jawapannya.

"Bahagia," jawabku ringkas.

Nafas dihela lembut.

"I bahagia sangat bila tengok senyuman dia orang. Hidup I jauh dari kata bahagia. Jadi I teringin nak bahagiakan orang lain. I tak nak orang lain rasa apa yang I rasa. Hidup dengan rasa sakit itu tidak mudah, Noah."

Jantungku seolah terhenti seketika. Kata-kata sendiri mengejutkan aku sampai bahuku tersentak. Noah? Betul ke dia? Atau aku berkhayal di petang hari?

Aku panggung kepala dengan hairan. Terpantul senyumannya sambil menghulur sebatang ais krim vanilla ke arahku. Terketar-ketar aku menyambut dengan hairan. Kenapa dia ke sini pula?

"You buat apa lagi dekat sini?" Aku fikir setelah menghantar aku, dia tidak akan kembali ke sini lagi. Sekurangnya pasti Noah tidak selesa berada di sini.

"Takkan saya nak tinggal bakal isteri saya seorang diri dekat sini."

Noah... masih tidak berputus asa dengan niatnya. Baiklah, kalau dia masih degil. Aku akan ceritakan segalanya tentang aku. Barulah Noah tahu perempuan yang di hadapannya ini bukan seorang Shasha naif yang dia kenal dulu.

"Jadi dulu awak tinggal di sini, Shasha?" Noah melabuhkan punggung di bangku bertentangan bangku yang aku sedang duduk. Matanya meliar ke arah sekeliling. Sukar untuk aku gambarkan perasaan dan reaksinya sekarang ini. Soalannya dijawab dengan hanya mengangguk. "Lama ke sebelum awak berpindah?" tanya Noah lagi. Dia benar-benar nak tahu tentang aku.

Nafas ditarik dengan dalam lalu aku hembus.

"I membesar dekat sini, Noah. Dari baru lahir sampai sembilan belas tahun."

Aku pandang dia dengan takut-takut. Benarkah apa yang aku buat ini? Noah boleh terima sejarah aku ke? Aku gementar untuk berhadapan dengan dia.

"It's okay, Shasha. Awak tak perlu pandang saya. Ambil masa untuk awak cerita. Dan pastikan untuk hal tidak yang mengaibkan awak ya?"

Bagaimana itu? Hidup aku penuh dengan malang dan aib. Entahlah, Shasha. Lebih baik aku selesaikan apa yang ada dan cepat-cepat putuskan semangat Noah.

"Ibu I lari dari rumah bila I genap usia lima tahun. Waktu itu ayah dibuang kerja. Tapi hubungan mereka tak pernah baik sekali pun sejak I lahir. Katanya I memang tak diminta untuk dilahirkan. Sejak dari mama lari, ayah I stres. Dia mula pukul I dan paksa I buat kerja sambilan dengan Kak Yati. Ya, I dah mula bekerja dari kecil lagi."

Wajah Noah mula berubah. Mungkin terkejut, mungkin juga rasa kasihan.

"Bila I dah berganjak ke sekolah, I selalu dihina dengan sikap ayah yang suka mabuk, berjudi dan berhutang. Dari masyarakat persekitaran hingga ke guru dan pelajar sekolah. Mereka pandang I dengan sangat hina." Suaraku jadi serak. Aku jadi semakin bencikan diriku.

"Bila berganjak ke sekolah menengah, ayah kahwin lain dengan seorang wanita. Dia seorang pekerja seks... dan orang lain sangkakan itu ibu kandung I. I semakin dihina orang ramai dan dipukul mereka berdua. I dah mula tak boleh tidur waktu malam walaupun badan I sakit belajar dan bekerja seharian. Disebabkan I takut setiap kali ayah mengamuk, I akan jadi panik dan sesak nafas." Mataku sedikit berair. Kenangan yang aku pernah harap, aku akan lupa selamanya. Dunia ini memang tidak adil. Tak akan pernah adil sekali pun.

"Kadang I tak makan langsung, Noah. I hanya minum air paip dekat sekolah. Kalau you tengok badan I dulu, you mesti berpaling. Ayah pernah bakar lengan I sampai melecur. Kepala I ada bekas jahitan sebab pernah luka dihentak. Ditumbuk, disepak dan dipijak. I pernah diheret naik tangga selepas kaki I dilanggar kereta. Ayah pernah jual I dekat kelab malam dan Falikh yang beli I. Sejak dari hari itu yang I kenal Falikh."

Saat Noah ingin berbicara, aku angkat isyarat tapak tangan. Biar, aku nak dia dengar semuanya. Biar dia tahu betapa hinanya seorang Shasha Emyliana. Biar Noah tahu betapa malangnya hidup seseorang yang dia ingin jadikan isteri.

"Sejak dari Falikh selamatkan I, I berhutang tujuh ratus ribu dengan dia. I putus harapan dengan takdir. I sedar Allah takkan makbulkan doa dari seorang yang hina macam I. Sejak dari itu, I mula bekerja di Endless Paradise sebagai escort girl. Lima tahun, Noah. Lima tahun I bergelumang dengan dosa. I tak pernah berdoa lagi walaupun hari-hari I di sana sangat menyeksa. Setiap kali badan I disentuh lelaki, I jadi bertambah jijik dengan diri sendiri. Kalau you nak tahu, I dah banyak kali cuba hentikan nafas I."

Tubuhku menggigil dengan sendiri. Bukan tidak ada orang yang selalu beri aku semangat dan pesanan. Dulu, ada Kak Yati. Seorang yang menolong aku dari kecil lagi. Dia yang mengambilku bekerja di kedai runcitnya sewaktu aku kecil. Namun tidak lama kerana ayah memaksa aku cari kerja lain seperti di restoran yang besar. Gaji lebih lumayan. Apa yang buat aku terus hidup sewaktu zaman sekolah dulu adalah kata-kata Kak Yati.

"Semakin hari, mental I semakin rosak. Keadaan di sekeliling nampak menghancurkan dan dunia I berantakan. You tahu rasanya hidup tapi mati, Noah?" Air mataku bergenang di tubir mata. Kenapa di hadapan dia, aku jadi lebih jujur dan ingin menjadi diriku yang sebenar?

Ada perkara yang Noah tidak tahu. Bantuan kecil seperti barang dapur yang cuba aku berikan malah ditolak mereka di sekeliling. Katanya tidak mahu makan dengan duit haram dariku yang begitu hina. Sedangkan aku hanya guna duit Noah untuk mereka. Hinanya diriku yang tidak patut dilahirkan ini. Air mataku bercucuran bila mengenangkan semua kenangan sepedih itu.

"Kata Kak Yati, luka ini akan sembuh tapi kenapa selalu ada? Katanya cepat atau lambat, sakit ini akan hilang tapi kenapa semakin hati semakin meradang? Kenapa hidup tak pernah berlaku adil dengan I, Noah?" Aku pejam mata bersama hati yang sudah lama terluka.

"Kata orang, waktu adalah penyembuh. Waktu akan membuat kita lupa tentang sakit tapi kenapa tidak dengan I? Setiap hari I berlawan dengan emosi. Semakin hari semakin I rasa nak mati. Tolong I, Noah. Tolong akhiri semua ini. I penat sangat. I dah menyerah untuk terlihat baik-baik sahaja sedangkan dunia I hancur berantakan." Hari ini, aku menangis semahunya-mahunya. Air mata yang aku tahan sejak aku berputus asa dulu. Ais krim di tangan sudah lama cair dan jatuh.

Tuhan, terlalu hinakah aku yang ingin pulang? Sakit ini sungguh tidak tertanggung lagi. Aku hiraukan keadaan sekeliling, wajah yang basah ditutup dengan tangan. Menangis sampai aku puas. Sampai aku sakit kepala.

"Shasha..." panggilnya perlahan bila tangisanku reda. Aku panggung kepala kembali. Pandang ke arah dia walaupun kabur. Muka penuh tangisan ini dihiraukan. Lagipun hari ini adalah hari terakhir aku berjumpa dengan Noah.

"It's okay, Noah. You boleh batalkan niat you. I takkan terasa sikit pun. I faham keadaan, Noah. I pun nak yang terbaik untuk diri you."

Noah terus keluarkan sesuatu dari poketnya. Sesuatu yang buat aku terkedu. Ada sehelai daun kering yang telah mengalami proses perlaminaan. Laminate. Ini... daun yang pernah aku beri kepada Noah dulu kan?

"Tapi awaklah yang terbaik untuk saya, Shasha Emyliana." Bibirnya tersenyum ketika mengungkap hal itu. Satu kotak cincin diletak di atas bangku yang tersisa.

"Izinkan saya rawat luka awak. Saya nak jaga awak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mental dan fizikal. Saya terima awak seadanya, Shasha Emyliana."

Setitis air mataku jatuh lagi.

"It breaks my heart to see you like this, Shasha. Awak seorang perempuan yang saya hormat. Nak pandang pun saya teragak-agak apatah lagi nak sentuh sesuka hati. Izinkan saya halalkan awak jadi permaisuri dan peneman hidup saya. It's okay... kalau awak tak percayakan saya. Everything takes time. Bagi saya peluang untuk raih kepercayaan awak."

Anak mata dia yang buat aku terdiam. Cara dia pandang aku tidak pernah berubah. Masih sama seperti sembilan tahun lalu. Dia lah orang pertama yang memberikan aku pandangan itu. Pandangan ikhlas memandangku dari hatinya.

Bagaimana aku mahu menolaknya? Dia lah lelaki pertama yang menerima perempuan sejijik aku. Dan namanya, Noah Xavier.

TO BE CONTINUED

VOTE & COMMENT PLS :c
Perlukan semangat cikit🥹🧍🏻‍♀️
Thank you! Have a nice day ^^❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro