12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ergh..."

Aku membuka mata walaupun kepala masih lagi berdenyut-denyut sakit, seakan-akan baru terhentak dengan sesuatu yang keras.

Ni akulah, Hani. Takkan korang dah lupa, aku kan yang kena tarik dengan sesuatu dan pengsan?

Apa? Tak ingat?

Hmph! Jahat, sampai hati kau lupakan aku main character kat dalam cerita ni!

Mataku mengesan sesuatu yang asing daripada segala benda yang pernah aku lihat sebelum ini.

"Kenapa pelik sangat tempat ni? Macam bukan kat trek- ARGH!"

Aku terjerit tanpa sengaja lantas menutup mulut dengan pantas. Sebenarnya, aku terlihat kelibat berbulu dan berwarna hitam yang menggerunkan aku berada beberapa meter jaraknya daripada temo.

Jangan nak kecam! Aku memang takut hantu huhuhu!

"Hi there~"

"ARGH! Jauh kau daripada aku!"

Aku berlari dan terus berlari tanpa menoleh. Aku terlampau ketakutan. Mak aku sudah pesan, kalau terjumpa dengan benda itu jangan takut. Baca sahaja doa dan ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi aku terlampau--

"SEJAK BILA KAU KAT SITU HANAT!"

Ya Allah! Bila masa hantu berbulu tu ada kat sebelah aku HUWA! Tolong aku!

"Seronoknya, hehe~"

"Seronok apa bangang! Kau tak rasa bolehlah gelakkan aku!"

Amboi kau! Mentang-mentang kau tengah takutkan aku, sedap kau gelakkan aku eh? Kau tak rasa boleh la cakap tak guna!

Aku melajukan langkah kaki. Satu jalan yang entah akan bawa aku ke mana aku tuju. Aku seakan-akan tidak mempunyai tujuan. Aku hanya berlari ke mana-mana sahaja asalkan hilang daripada hantu berbulu tak guna ni.

Sesuatu melilit kaki kiri aku. Kejap? Melilit... Kaki aku?

Aku pandang ke bawah untuk melihat keadaan kaki aku, aku melihat akar pokok menjalar dan melilit kaki kiri aku. Aku cuak dan ketakutan.

Selepas beberapa minit berlalu...

Eh? Takde apa-apa yang terjadi?

Ouh, AHAH! Kaki aku kot yang terbelit tanpa sedar kat akar ni. Mustahil akar akan bergerak sendiri, mesti mata aku tersalah tengok. Aku meloloskan kaki kiri aku daripada terus terbelit.

Kalau aku terus lari tanpa buka belitan kat kaki tu tak pasal-pasal aku jatuh tersembam, naya duh. Tak pasal-pasal muka cantik aku bercalar. Fuh tak mahu aku, nightmare sia!

Eh baik aku lari, hantu berbulu tu mesti tengah kejar aku.

Aku mula melangkah untuk meneruskan kembali larian.

Tiba-tiba...

"ARGH! Akar penipu!"

Aku ditarik oleh akar sama yang kembali melilit kembali kaki kiri aku! Hantu berbulu tak guna, akar ni pun sama je tak guna macam dia!

Aku memaki akar dan hantu berbulu tersebut dalam hati tanpa henti sambil merelakan diri aku yang diseret.

Tak sakit pula eh kena seret camni? Best juga. Macam tengah main tarik upih tapi bezanya kaki aku yang kena tarik sekarang ni.

At least akar ni dah membantu aku. Aku dah penat berlari kot. Boleh aku rehat jap ehek.

"Hani!"

•••

Shahira tiba di lokasi tidak jauh daripada tempat Hani yang dikejar oleh jin berbulu lebat tersebut. Shahira menjadi semakin hairan apabila dirinya tidak nampak langsung kelibat Hani di mana-mana.

"Sepatutnya Hani berada di sini. Tapi, mana dia?" Ujarnya perlahan kepada diri sendiri.

"ARGH! Akar penipu!"

"Eh? Suara Hani!"

Shahira menuju ke arah suara Hani dengan pantas. Shahira bukanlah seseorang yang mempunyai stamina yang tinggi, oleh sebab itu gadis itu berhenti setelah berlari sejauh 100 meter dan tercungap-cungap mencari nafas akibat terlampau penat.

Shahira sempat melihat sebuah kelibat bergerak dengan laju, seakan diseret.

"Siapa tu?" Tanya Shahira di dalam hatinya.

Ya, itulah Hani.

Namun begitu, jarak antara Shahira dan Hani agak jauh. 300 meter jaraknya. Shahira tidak dapat mengenalpasti bahawa kelibat yang dilihatnya merupakan Hani kerana gadis itu diheret dengan sangat pantas. Shahira hanya dapat melihat secara sekilas sahaja.

Shahira masih bingung dengan ketiadaan Hani. Pada fikirannya, mustahil dirinya tersilap. Gadis itu sangat pasti bahawa Hani ada di situ sebentar tadi. Dia amat pasti tiada kesilapan terhadap kebolehannya untuk mencari lokasi seseorang.

"Kelibat tadi, nampak macam ditarik ke hutan sana. Mungkin aku perlu ikut. Mana tahu aku boleh bertemu dengan Hani?" Gumam Shahira sendirian.

Shahira bergerak ke arah hutan. Hutan tersebut nampak berbeza daripada hutan tempat dia menapak. Hutan tempat dirinya berpijak berwarna hijau cerah dan kelihatan sangat segar manakala hutan yang ingin dituju pula seakan hutan tua. Walaupun tidak gugur daunnya mahupun berwarna perang seperti musim luruh, warna hijau pada dedaunan pokok tampak pekat dan batang-batang kayu yang besar menunjukkan bahawa tumbuhan-tumbuhan di sana nampak seperti sudah lama.

Terdapat seperti garisan perantaraan di antara kedua-dua hutan ini. Perbezaan warna yang ketara telah membentuk garisan perantara. Terdapat gerbang tertulis nama Hutan Lama sekiranya Shahira berdiri menghadap gerbang tersebut dari hutan yang segar itu. Sekiranya Shahira berdiri menghadap gerbang itu dari Hutan Lama, nama Hutan Baru akan terpampang.

Baru sahaja Shahira ingin melangkah masuk ke Hutan Lama, dirinya ditahan oleh 'rakannya'. 'Rakannya' memunculkan diri sebagai seorang gadis muda berumur antara 7 hingga 10 tahun.

"Kenapa?" Tanya Shahira.

"Hutan ini hutan lama. Tua. Bahaya sekiranya kau masuk."

"Bahaya yang bagaimana?"

"Hutan lama, umurnya telah tua. Konsepnya sama seperti orang tua. Perlu dihormati. Banyak pantang larang yang perlu diikuti, sekiranya berdegil kau akan dihukum."

"Jangan risaukan aku. Aku tahu caranya."

"Baiklah sekiranya begitu." Sejurus kata-kata itu, 'rakannya' hilang daripada pandangan Shahira.

Shahira menarik nafas panjang. Dirinya agak berdebar selepas mendengar kata-kata'rakannya' itu. Apakah yang dia akan hadapi selepas ini? Shahira agak risau sekiranya dia melanggar pantang larang di Hutan Lama ini. Gadis itu tidak tahu hukuman apakah yang bakal menanti. Semoga mereka boleh dibawa berunding.

Shahira melangkah masuk ke Hutan Lama.

"Bismillahirrahmanirrahim."

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro