Kira Mengira

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

  Malam itu ada kelas tuisyen matematik. Aku bersama dengan kawan aku Runa, Fid, Kidou dan Umma sedang berjalan itu menuju ke arah sekolah. Aku rasa jalan yang kami lalui ini memang sangat seram sejuk. Jadi kami buat keputusan untuk bergurau senda dan bergelak ketawa. Tiba-tiba kami dengar ada suara macam mengira sesuatu.

"Satu... Dua.... Tiga... Empat.... "

  Aku memang dah meremang satu badan. Semua orang pun rasa macam ada benda yang pelik. Jadi kami semua berlari ke sekolah dengan cepat dan laju macam pelumba marathon.

  Apabila kami sampai, kami segera masuk ke kelas dan menunggu cikgu datang. Cikgu Kamali iaitu cikgu matematik kami sampai dan kami mulakan pelajaran. Cikgu Kamali mengira nombor yang ada dan kami mendengar suara yang sama ketika kami jalan di laluan seram itu.

"Satu... Dua.... Tiga.... Empat.... "

  Kami semua keluar meninggalkan Cikgu Kamali di sekolah itu. Kami balik ke rumah kami. Buat pengetahuan korang semua kami ni tinggal bersama sejak kecil. Sebab itu kami rapat. Sewaktu kami di rumah, aku membuka telefon ku dan ada message yang tidak dilihat.

Dari:Cikgu Kamali
Maaf ya semua. Kelas hari ini dibatalkan kerana cikgu punya isteri sakit dan cikgu ada di hospital sekarang ni.

Aku memberitahu semua orang tentang message itu dan ternyata semua terkejut. Rupa-rupanya yang ada di sekolah itu bukan cikgu Kamali. Kami mendengar sekali lagi suara itu.

  "Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. "

  Dari arah tingkap. Aku memandang ke tingkap dan aku memandang ke arah mereka semula. Mereka semua memandang aku dengan pandangan yang tajam. Baru aku tahu kenapa suara itu kira sampai empat.

Rupanya,

Kawan aku empat orang itu dah tiada. Mereka sudah meninggal dunia semasa rombongan sekolah.

  Aku menangis, menangis dan menangis.

Aku keseorangan rupanya dalam rumah itu. Semua memandang aku dengan pandangan maut.

Gelap.








































































~(ok tak cerita ni.. Ni cerita sebenar dari kawan author. Maaf kalau tak menakutkan.) Lots of Love guys!! 😘😘💕💕

Nama bukan sebenar!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro