Thi®d

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seorang jejaka tinggi lampai mengendap ngendapkak kepalanya cuba mencari seseorang. Sebaik matanya menangkap kelibat manusia yang dicari , dia langsung melambaikan tangan .

    " Hai !! "

    " Haiii ! "

    " Hai ! Weh dia lambai "

    " Omg ! Mingyu lambai kat aku ! "

    " Perasan ! Dia lambai kat aku lah ! "

    " Eleh , perempuan muka pentagon macam kau , sape nak ?! "

    " Eh dia ni ! Cuba kau cermin sikit muka badut kau tu ! "

    " Dah kenapa lah perempuan zaman sekarang ni " Seorang lelaki menyiku lengan rakannya yang selamba menyelinap di sebalik khalayak perempuan2 yang sedang bergaduh.

    " Kau ni macam tak biasa.  Berapa lama dah kita kawan dengan Mingyu tu ? Dah memang dia tu femes pelik. " Rakannya membalas dan berjalan ke arah jejaka tinggi lampai yang menunggu dari tadi.

    " Weh asal perempuan2 tu gaduh ? " Mingyu memandang sekilas dan berjalan seiringan dengan dua rakan baiknya itu.

     " Kau tu " Rakannya yang berkaca mata bulat menghentikan langkah lalu memandang tepat ke wajah Mingyu.

    " Ha sudah , Minghao membebel--"

    " Diam Seokmin " Minghao menjeling sekilas dan memandang Mingyu kembali. Seokmin menutup mulut dan tertawa halus.

    " Kan aku dah pesan banyak kali , kalau duk kat ramai2 macam ni , jangan lambai kat kitorang. Tengok , sebab kau lambai tadi , habis perempuan2 tu gaduh . " Minghao tak ubah seperti mak cik yang baik hati memberi khidmat pesanan mesra.

    " Again ? " Mingyu memandang Minghao dan mengangkat kening kanannya.

    " Yup "

    " Payah lah jadi hensem ni . Nak lambai tangan pun jadi satu kes. Haih " Mingyu menghela nafas dan mendongak ke langit.

    " Eleh , ingat aku tak kenal kau tu. Padahal kau bangga " Seokmin membuat muka menyampah. Mingyu tertawa besar.

    " Nak buat macam mana. Dah memang hensem. " Mingyu mengflip rambutnya dengan gah sekali. Minghao dan Seokmin berpandangan .

    " Blueek. Menyampah. Tak dek lah hensem mana. " Minghao acah2 muntah2 . Namun secara tiba2 Mingyu memegangnya dengan wajah yang risau.

    " Kau kenapa ? " Minghao menepis tangan Mingyu dan memandang pelik jejaka itu.

    " Kau muntah2 kenapa ? Pregnant anak sape weh " Mingyu masih dengan wajah risau .

Minghao memandang sekeliling dan menutup mulutnya terkejut. Dia dengan segera mengeluarkan telefon pintarnya dan mencari seseorang untuk ditelefon .

    " Kau nak telefon sape pulak ? Tiber buat call " Mingyu melangkah pergi . Kecewa jugak tak dapat kacau Minghao.

    " Hello , Puan Kim ! Puan Kim ! Emergency ni , anak puan Kim yang nama Mingyu tu, "

Mingyu terkejut beruk mendengar namanya dan ibunya dipetik oleh Minghao. Dia yang sudah berada agak ke hadapan berlari selaju mungkin untuk mendapatkan Minghao sebelum jejaka itu--

     " otak dia dah tak bersih , Byun-- ADUH ! " Minghao tertolak ke belakang apabila Mingyu kalut2 merampas telefonnya.

     " MAMA ! MAMA JANGAN DENGAR APA YANG BUDAK MINGHAO NI CAKAP MAMA ! DIA TENGAH MABUK KETUM NI !! "

     " EXCUSE ME ?! SAPE MABUK KETUM HAH ?! "

     " Ha yer mama. Yer mama , Mingyu kat sini baik2 jer . Yer mama , Mingyu ingat pesan mama tu. Yer mingyu tak gatal ,  mama . Yer mama.  Okey mama. Mingyu letak dulu call ni yer-- bye " Mingyu mematikan panggilan dan memandang tajam ke arah Minghao yang juga memandang tajam ke arahnya.

    " Nak gaduh ke ?! " Mingyu menyelak lengan baju sekolah yang labuh.

    " Mari lah ! " Minghao juga menyelak lengan baju dan meletakkan beg di tepi.

Kedua2 nya dalam langkah berjaga jaga . Bila2 masa je perlawanan akan bermula. Seokmin seperti biasa , menjadi penonton drama action . Dia dengan selamba duduk di bangku berdekatan sambil2 makan bekalnya yang belum habis.

     " WOI ! JANGAN GADUH ! APA KENALAH KAMU NI GADUH2 ?! NILAH ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG ! ASYIK GADUH-- "

Pergaduhan yang baru sahaja mahu bermula terpaksa dihentikan serta merta akibat sergahan oleh seorang jejaka . Jejaka yang menyergah itu bukan kemain terbongkok bongkok keletihan di samping bagasi dan beberapa buah beg sederhana besar .

Ketiga tiga rakan baik itu memandang jejaka itu atas bawah . Sudahlah dengan bagasinya apa , tiba2 kacau orang nak gaduh.

     " Saya rasa lah kan. Manalah saya tahu betul ke tak apa yang saya rasa sebab benda ni saya rasa je. Saya harap apa yang saya rasa ni tak buatkan hyung terasa-- "

     " Deeeyy ! Seokmin , apa benda yang kau rasa sangat tu ?! " Minghao bercekak pinggang 2.0 .

    " Alah engkau ni , asyik marah2 je hari ni. Cakap piyed kan mulalah nak call mak aku cakap aku Byun lah apa-- "

    " Hello Puan Lee , anak puan Lee yang nama Seokmin tu , haa betullah tu , anak puan yang cakap banyak tu ; Ha betullah tu yang tak suka makan sayur tu , Ha betullah-- "

    " Weii , Mingyu ! Ha tak pe , aku ada jugak nombor Puan Kim-- " Seokmin tidak mahu mengalah dan turut cuba menelefon Puan Kim. Apa kenalah asyik nak report2 Gini.

    " WOII ! KAU JANGAN ! Eh , maaf Puan Lee , saya bukan marah kat Puan tadi. Ha ? Seokmin buat apa ? Ouh , Seokmin tengah lompat pagar-- "

     " PUAN KIM ! MINGYU MENGORAT JANDA KEDAI KOPI DEPAN SEKOLAH ! "

     " WOII ! FITNAH ! Eh maaf Puan Lee-- " 

Minghao menggelengkan kepalanya . Dengan langkah yang longlai , dia mencapai beg sekolah yang diletakkan di tepi tadi lalu selamba berjalan meninggalkan dua rakannya itu.

*Bahasa cina

    " An Jing ! "

Tiga remaja sekolah berusia 16 tahun itu terus mendiamkan diri serentak. Minghao juga berpaling kembali untuk melihat siapalah gerangan yang memanggilnya dengan gelaran buruk itu.

Baru sahaja Minghao mahu bercekak pinggang 3.0 , dia terus blur2 melihat jejaka yang memanggilnya begitu tadi.

     " Ouh lupa fasal kau. " Minghao memandang jejaka beg bagasi dengan pandangan kesian .

     " Kau-- ouh saya pergi dulu Puan Lee. Eh tak lah. Anak Puan Lee tu baik je. Selalu sedekah tulang ikan kat kucing. Bye "

    " Bye Puan Kim . Mingyu tu baik orangnya. Suka makan nasi 5 pinggan. Saya letak dulu yer puan "

    " Sampai hati yer korang budak2 palau aku. Aku punyalah membebel 27 bakul tadi , mesti korang tak dengar kan ?! " Jejaka itu menjegilkan mata tak ubah seperti atuk memarahi cucunya.

    " Err maaf lah Hyung. Kau lah ni , Mingyu. Semua kau punya fasal " Seokmin menggaru kepalanya yang gatal.

    " Aku pulak . Kau tu-- " Mingyu tak mahu mengaku kalah.

    " Hoi dah dah. Nak gaduh , gaduh kat rumah . Tepi , aku nak masuk rumah aku ni. " Jejaka beg bagasi menyepak nyepak pelajar sekolah tiga orang itu.

    " Aduh ! Sakit lah Hyung ! Eh suka suki je nak sepak2 anak orang ! Nak sepak , sepak anak Hyung lah ! " Minghao seperti biasa membebel .

    " Eh Hyung ! Hyung tak payah perasanlah ! Tu rumah kitoranglah ! " Seokmin berlari berdiri di depan rumah sewanya.

    " Entah lah Hyung ni. Ni rumah kitorang. " Mingyu dan Minghao berdiri di samping Seokmim seolah olah cuba membela rumah mereka.

Jejaka beg bagasi memandang rumah tiga pelajar itu atas bawah . Dia kemudiannya memandang ketiga tiga mereka dengan pandangan kesian .

    " Ouh ? Rumah korang ke ni ? Hem , tabahlah. Belajar elok2 pastu kerja pangkat besar2 , jadi kaya , buat rumah besar. Paham tak ? "

    " Okey lah tu , kitorang ni budak first years kat Highschool je. Rumah Hyung mana ? "

     " Tu "

    " Hah ? "

    " Biar betik ? "

    " Pffttt "

    " Hahhaha ! Hyung ingat Hyung boleh nak tipu kitorang ? Hahahah ! " Ketiga tiga sahabat karib itu tibai ketawa . Riuh mereka ketawa namun hanya dipandang dengan pandangan menyampah oleh jejaka cina beg bagasi itu.

Dengan langkah teratur , dia melangkah ke pintu pagar besar .

    " Buka pagar "

Pagar canggih itu segera mengikuti kata2 tuan punya rumah . Dengan kelajuan sederhana , pagar pun dibuka luas.
  
     " What the dog-- "

     " What the duck "

     " What the frog "





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro