Teaser

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Adyan Arfeen

Maksud : Pious|Pemimpin

Buku tebal itu dikatup menghasilkan debu habuk. Tidak diletak pada tempat asalnya. Buku itu dibawa bersamanya. Perpustakaan yang sudah berkurun tidak menerima jejak manusia itu dilewatinya bersama buku tadi disisi. Harumannya masih sama. 

Tentang Shaquita.

Fikirnya belum pernah dijejak sesiapa setelah sekian lama. Namun ketika mata terpandangkan keadaan meja dan kerusi kayu jati yang pernah menjadi tempat singgahan seseorang pada masa yang lama itu masih terlihat hidup dan hangat. Langkah dimajukan. Biasan cahaya matahari dari balik susur langsir memusatkan ke arah sebatang pena hitam. Dakwat basah.

Adyan Arfeen mengukir senyuman. 

Untuk mata yang belum bisa aku tatap. Tangan yang belum bisa aku genggam dan senyum yang belum bisa aku nikmati. Walaupun kini kita sejauh lautan dan langit, semoga kelak kita sedekat hati dan jantung. Kerana aku hanya mampu seperti Ali yang hanya mampu mencintai Fatimah dalam diam.

Semoga Allah menggerakkan hati kamu untuk menerima aku, membersamai langkah kehidupanmu dalam perjalanan panjang menghadapnya.




Calithea Yara

Maksud : Pemandangan yang indah|kupu-kupu kecil

Kalau saja semudah itu menerima diri ini. Menerima kekurangan ini. Mungkin semua orang akan lebih bahagia menjadi sempurna dalam mengapai mimpinya,

Namun...

Mencintai diri ini adalah sulit yang tak mudah dilewati. Bahkan sebelum hari ini, aku adalah bahagian dari mereka yang tak percaya dengan apa yang aku miliki hingga tak lagi mengenal siapa diri ini kerana sering diatur.

Tapi, kenyataannya. Kekurangan aku adalah bahagian dari kesempurnaan ini. Dengan mencintai diri sendiri, hubungan ini dan...lelaki itu menyadarkan aku betapa indahnya hidup aku yang sebenarnya. 

Yang terlahir indah dan sempurna dalam segala kesempurnaan dan kekurangan untuk terus disamping kamu.

"Adyan,"

"Boleh awak...terus imamkan setiap waktu solat saya...sampai bila-bila?"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro