01 Hikayat Empat Kerajaan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terdapat 4 buah kerajaan...
🍃 Kerajaan Angin
🌊 Kerajaan Air
⛰️ Kerajaan Tanah
🔥Kerajaan Api

Kesemua kerajaan bersetuju menandatangani MoU tersebut.

Ini kerana, hasil separuh kacukan, bersama rakyat Kerajaan Api acapkali menghasilkan anak yang tidak mampu mengawal pengaruh DNA dari Klan Api.

Namun, perkahwinan terlarang itu masih saja terjadi. Seringkalinya, adalah didasari perasaan 'cinta'.

Walaupun ada si anak yang berjaya mengawal pengaruh api tersebut, namun kebanyakkan dari mereka berubah menjadi ganas di usia remaja. Tak hanya itu, malah ada juga yang berubah fizikal menjadi raksasa.

Konflik persengketaan antara kerajaan akhirnya tercetus, di saat Putera Will dari Kerajaan Angin, mengahwini Puteri Faith dari Kerajaan Api.

Kerajaan Air. Merupakan satu kerajaan aman di dalam lautan yang memilih untuk tidak campur tangan mengenai kuasa mutlak Kerajaan Angin.

"Selagi pemerintahan Kerajaan Angin tidak membawa keburukan kepada kami, tiada sebab untuk kami melawan."

Kerajaan Tanah sejak turun-temurun berteman baik dengan Kerajaan Angin. Tetapi, selepas Putera Will mengahwini Puteri Faith, Kerajaan Tanah mula menganggap Kerajaan Angin sebagai pembelot.

"Keluarga diraja sendiri melanggar MoU sekalian kerajaan?! Dasar pembelot!" Putera Lance dari Kerajaan Tanah juga sukakan Puteri Faith. Tetapi, ayahnya iaitu sang raja melarangnya mengahwini gadis Kerajaan Api. Lantas, Putera Lance memutuskan untuk membenci.

Sejak Putera Will dan Puteri Faith berkahwin, Kerajaan Tanah memutuskan semua perhubungan dengan Kerajaan Angin; hubungan persahabatan juga hubungan perdagangan. Namun tiada perang dilancarkan, kerana Putera Will telah diusir keluar dari Kerajaan Angin setelah perkahwinannya.

Putera Lance pula akhirnya berkahwin dengan Puteri Wynter dari Kerajaan Air. Mereka dikurniakan anak perempuan yang dinamakan 🌷Puteri Zafira🌷.

Kerajaan Angin- merupakan sebuah kerajaan yang terapung di langit. Kerajaan ini dilantik sebagai ketua kerajaan, kerana ia merupakan kerajaan terbesar diantara keempatnya.

Putera Will yang berkahwin dengan Puteri Faith, diusir keluar dari Kerajaan Angin, "Keluar kau dari kerajaan ini, sehingga kau akhirnya merasa bersalah dan menyesal dengan perkahwinanmu, maka pulanglah," ujar sang raja pada puteranya.

"Aku tidak akan pulang kerana penyesalan, tapi akan ku bawa kepadamu kebahagian," balas Putera Will. Putera Will dan Puteri Faith hidup di Kerajaan Api yang sudi menerima mereka. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, diberi nama ⚔️Putera Dash⚔️.

Kerajaan Api ialah kerajaan terkecil antara empat kerajaan yang ada. Kehidupan yang mereka jalani juga ialah kehidupan normal selayaknya.

Di sini, sebuah penjara air telah dibina atas bantuan rakyat Kerajaan Air. Penjara bernama 'AlterWorld' ini menempatkan anak-anak hasil persatuan silang- klan lain bersama Klan Api yang gagal mengawal pengaruh DNA Api dalam diri mereka.

Kebanyakkan dari mereka berubah rupa menyerupai raksasa setinggi 3meter, mata merah bak delima dan badan berapi. Air ialah kelemahan terbesar mereka yang boleh menyebabkan kematian.

"Jangan dikejutkan naga yang sedang tidur. Dendam amarah kami sentiasa dituruti hingga tercapai penamat dendam kesumat."

Kuasa Elemental ialah kuasa yang dimiliki oleh mereka-mereka yang terpilih. Namun begitu, adalah sangat sukar untuk menemukan pemilik kuasa istimewa ini.

Walaupun seseorang itu mempunyai kelebihan kuasa elemental, adalah seringkali mereka tidak pula mampu mengawal kuasa tersebut. Ini adalah disebabkan tiada tunjuk ajar ekslusif buat mereka mempelajari cara-cara mengawal ia.

Tetapi, bagi mereka yang mempunyai kelebihan luar biasa, mempunyai garis keturunan kacukan berbeza kerajaan, malah diberi tunjuk ajar yang baik pula, terkadang, mereka ini mampu mengawal dua jenis kuasa elemental dengan baik dalam satu masa yang sama.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro