04 Kau&Aku, Terbiasa Bersama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di Kerajaan Tanah, pembahagian kerja terfokus mengikut kawasan.

Utara- aktiviti pertanian. 🌾
Timur- aktiviti perlombongan. ⛏️
Selatan- penternakan binatang. 🐄
Barat- pembuatan kapal. ⛵

Aktiviti jual beli pula seringkali berlaku di ibu kota serta sempadan di antara setiap kawasan. Hal ini berlaku kerana faktor geografinya yang berbeza-beza.

Ibu kota Kerajaan Tanah diberi nama Kota Landelia. Di sinilah bertapaknya Istana Kerajaan Tanah. Kota Landelia ini dipisahkan dari kawasan-kawasan lain oleh hutan tebal yang mengelilinginya.

Dari Kota Landelia untuk ke bahagian selatan, ada sebuah hutan tebal. Dan di hujung pinggir hutan itu, ada sebuah bukit luas dipenuhi rumput indah kehijauan.

Di situlah, Raff dan Puteri Zafira terbiasa menghabiskan masa petang mereka bersama.

"Hmm... sudah enam bulan bukan, kau tinggal bersama Peter? Kau ada ingat apa-apa dari masa lalumu?" soal Puteri Zafira.

Mereka berdua duduk di bawah teduhan sebuah pohon besar. Dayang-dayang Puteri Zafira bersembang sesama mereka di bawah teduhan pokok lainnya, tak jauh dari mereka.

"Tak ada. Cumanya... aku selalu termimpikan satu suara. Suara lelaki. Katanya, aku harus mencari kedamaian di Kerajaan Tanah. Tapi, aku sendiri tak kenal, suara itu milik siapa. Dan aku tak pasti, kedamaian apa yang dimaksudkannya..." Raff bercerita jujur kepada Puteri Zafira.

"Jadi, kau cuma pernah termimpikan suara? Tiada visualnya?" soal Puteri Zafira lagi.

"Kalau visual... aku sering melihat susuk seorang wanita. Cantik. Dia sering memanggil aku agar pulang." Cerita Raff, polos.

Puteri Zafira kerutkan dahi. "Siapa dia? Sahabatmu? Kekasihmu? Atau... isterimu?" soal Puteri Zafira dengan rasa gelisah. Wajahnya mulai masam mencuka. Takut sekiranya jejaka impian hati sudah ada pemilik asli. Tapi, dia milikku!

Raff baru tersedar, Zafira kelihatannya resah mendengar cerita Raff sebentar tadi. Amarahkah itu? Atau, sekadar cemburu? Raff tersenyum.

"Menurutmu, aku hilang ingatankah, sekiranya aku boleh mengingat siapa dia?" Raff menyoal.

Soalan Raff tak berjawab.

Zafira sekadar pusingkan badannya, menjauh dari Raff.

"Zafira... aku tak melihat wajahnya dengan jelas. Jadi, aku..."

"Lalu, bagaimana kau tahu dia cantik?"

"Aku cuma... meneka?"

Puteri Zafira bangun dari duduknya.

"Zafira..." Raff memanggil.

Panggilan dari Raff, tidak diendahkan. Puteri Zafira sebaliknya berjalan, menuju ke pinggir hutan yang menyempadani Kota Landelia dan kawasan selatan.

Disebabkan mereka kini berada di puncak bukit... pemandang dari situ, terlihatlah tanah bukit yang mulai turun ke kawasan tanah datar sedikit demi sedikit. Padang rumput menghijau, luas terbentang. Binatang ternakan kelihatan berkeliaran bebas di sempadan sana.

Raff mendekati Puteri Zafira. "Tapi Zafira..." Raff berkata sambil berdiri di sisi kiri Zafira. "Aku tak merasa, dia secantikmu... seindahmu..."

Zafira masih belum memberi sebarang reaksi.

"Zafira, aku ada sesuatu buatmu..." Raff menyeluk saku seluarnya. "Ini. Bunga iris, untuk gadis tercantik, bahkan lebih cantik dari bidadari..." Raff mengeluarkan rantai loket berwarna hitam, berbentuk bunga iris.

Rantai loket itu berjaya menarik minat Puteri Zafira. Raff menghulur rantai itu, lalu Zafira menerimanya.

"Kau... suka?" soal Raff risau.

"Kenapa warna loketnya, hitam?" soal Zafira sambil membelek loket itu.

"Itu, aku gunakan batu obsidian. Ia memang berwarna begitu," jelas Raff. "Maaf, aku bukanlah orang kaya yang mampu hadiahkan kau intan permata. Itu sahaja yang aku mampu..." Sambung Raff hambar, berkata sekadar pada langit nan biru.

Puteri Zafira merenung wajah muram Raff. "Ambillah kembali..." Puteri Zafira menghulur semula rantai itu kepada Raff.

Raff tersentak. Zafira, tak sudi menerima pemberianku? Raff menyambut rantai huluran dari Puteri Zafira dengan hati yang terluka.

"Pakaikan ia padaku..." Pinta Puteri Zafira.

Raff tersentak lagi. "Apa?" soal Raff tidak mengerti.

"Kau sudah beri ia padaku, bukan? Maka, pakaikanlah. Melainkan, kau sudah berjumpa bidadari yang lebih cantik dariku... maka tak usahlah..." Kata Zafira lagi, mengusik. Mereka berdua tersenyum segaris.

Puteri Zafira kemudian menyisir rambut panjangnya ke sebelah kanan bahu. Raff bergerak setapak ke belakang Zafira, lantas memakaikan rantai itu padanya.

Puteri Zafira tersenyum. Hilang segala gusar dan amarah yang sempat menyinggah di hatinya tadi.

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro