09 Amukan Rakyat, Lagi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Para pelombong dari timur mengugut tentera kita, mereka akan bunuh sesiapa sahaja yang menghalang mereka dari bertemu Tuanku. Mereka ada di depan gerbang istana sekarang."

"Saya dah maklumkan hal ini kepada para menteri. Mereka dalam perjalanan ke sini, untuk sesi perbincangan." Aiden melapor pada Raja Lance, dengan penuh kerisauan.

"Beta tak mahu berjumpa dengan mana-mana pelombong. Jangan izinkan mereka masuk ke dalam istana." Selesai sahaja Raja Lance berkata-kata, terdengar bunyi bising dari luar istana.

"Tuanku! Para pelombong dah pecah masuk pintu gerbang istana!" Lapor pula seorang tentera dari muka pintu dewan mesyuarat. Dia sudahpun tercedera.

Aiden bergegas ke ruangan hadapan istana. Dilihatnya, Raff sudahpun berada di sana, berlawan dengan para pelombong. Aiden menyertai Raff dan para tentera istana bagi pertahankan pintu masuk utama istana.

"Kenapa mereka serang istana?" Raff menyoal Aiden yang membelakangkannya.

"Raja nak tutup lombong mereka. Lombong Qiara. Raja nak bangunkan kawasan perkilangan." Aiden menjawab.

Termati layangan pedang Raff. Dahinya berkerut. Raja Lance cari masalah dengan rakyat, lagi?

Raff panjat dan berdiri di atas sebiji batu besar yang dijadikan sebagai perhiasan di laman istana itu. "Berhenti!" laungnya kuat.

Para pelombong dan tentera istana terhenti dari terus berlawan. Semuanya terkaku mendengar suara Raff yang bergema.

"Ini bukan cara yang betul untuk selesaikan masalah." Raff menutur.

"Kami dah cuba untuk berbincang dengan raja, dengan cara baik. Tapi raja tak nak, walau sekadar bersemuka!" Marah salah seorang pelombong, lalu disahut oleh rakan-rakannya.

"Dia suruh kami keluar dari rumah kami. Tapi, tak nak bagi pampasan langsung. Macam mana kami nak setuju?" Suasana menjadi riuh dengan sahutan dan aduan para pelombong.

"Okey!" Raff melaung lagi sekali, bagi menghentikan rungutan mereka.

"Saya akan cuba minta raja bersemuka dengan kamu. Jadi, sila tunggu. Jangan, berlawan, sesama sendiri. Kamu serang tentera istana, padahal mereka tak ada buat salah pun dekat kamu."

"Mereka di sini, sama je alasannya kenapa kamu di sini. Demi mencari rezeki. Masing-masing ada keluarga yang hendak dijaga. Jadi, hormat satu sama lain."

Para pelombong dan tentera istana bertentang pandang, lantas mereka sekadar menunduk kepala masing-masing. Raff turun dari batu besar tersebut, mendapatkan Aiden. Mereka melangkah beriringan.

"Aiden, kau kena minta raja bersemuka juga dengan mereka. Mereka boleh sabar, buat masa sekarang. Tapi, aku rasa ianya tak lama. Mohon, tolong pujuk raja." Raff memohon.

"Kau cakap je sendiri dekat raja. Tunjuk dekat dia, kau pun ada bakat, dan kau juga layak untuk memimpin." Aiden menolak permohonan Raff.

"Aiden, kalau dia boleh terima aku, lama dah dia terima."

"Kau tak boleh mengalah, Raff. Aku nampak, dari awal lagi, kau memang ada bakat untuk jadi ketua. Bakat memimpin kau, tak semua orang ada. Jangan sia-siakan bakat tuu. Kau boleh tolong ramai rakyat, kalau kau mampu yakinkan raja pasal hal ni."

Raff lepas keluh berat. Mereka berdua tiba di hadapan pintu dewan mesyuarat. Aiden mengangguk pada Raff, sekali, lantas dia mengetuk dan menolak pintu dewan. Mereka berdua melangkah masuk, bersemuka dengan raja.

"Ada apa kau masuk sini?" soal Raja Lance pada Raff.

...
(bersambung)

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro