15 ⚔️Putera Dash⚔️ (The End)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

General Khaled menghampiri Raff.

"Putera Dash. Kami datang untuk membawa kamu pulang." General Khaled menutur.

Puteri Zafira dari pinggir kamar terkedu. Putera Dash?

"Siasatan kami dapati Putera Dash sedang mengalami amnesia. Kamu pernah lupa ingatan, bukan?" General Khaled menyambung lagi.

Khaled mula bercerita, tentang 'Putera Dash' yang diturunkan ke Kerajaan Tanah untuk misi mencapai kedamaian antara Kerajaan Tanah dan Kerajaan Angin. Namun, dia diserang oleh tentera Raja Lance. Akhirnya, dia lupa ingatan.

Cebisan ingatan mula hinggap di fikiran Raff.

Khaled turut memberitahu bahawa ayah Dash, iaitu Raja Will telah meninggal. Kematian ayahnya adalah kerana serangan hendap tentera Raja Lance juga.

Raff mendengar setiap bait cerita dari General Khaled dengan jelas. Pelbagai perasaan menerpa ke dada. Satu demi satu memori kembali ke minda, merangkai dan menjelaskan jalan cerita hidupnya.

Suara lelaki yang didengari dalam mimpinya. Misi yang seharusnya dijalankan olehnya. Itulah maksud 'kedamaian yang perlu aku cari di sini'.

Lemah kaki Puteri Zafira yang turut mendengar cerita dari General Khaled. Badannya layu, rebah terduduk di lantai bersandarkan dinding kamar. Air mata yang mengalir dari tadi, makin laju menghujan, sedang Akira masih dijaga dalam dakapan.

Jadi, Raff ialah Putera Dash? Putera Kerajaan Angin, juga Putera Kerajaan Api? Ayah utus tenteranya untuk bunuh Dash, bunuh Raja Will? Sekejam itu ayah bertindak! Macam mana Zafira nak berdepan dengan Raff sekarang? Macam mana, ayah?

Susuk seorang wanita mula memasuki kamar. Semua pandangan tertumpu padanya yang baru tiba. Raff, yang badannya tidak mampu bergerak, sekadar menggerakkan bola matanya.

"Permaisuri Faith..." General Khaled dan para tentera memberi tunduk hormat.

Itu... itulah susuk yang hadir dalam mimpiku. Yang sering memanggil aku, agar segera pulang. Setitik air mata Raff akhirnya jatuh ke pipi. Bonda...

Seorang lelaki yang mengikuti Permaisuri Faith, mencucuk lengan Raff dengan cecair berwarna kuning fluorescent. Cecair itu berfungsi untuk merangsang saraf serta menghilangkan kesan renjatan elektrik tadi.

30saat kemudian, badan Raff, yang juga nama sebenarnya ialah Putera Dash, kembali boleh bergerak seperti sediakala.

Dash bangun dari duduk melututnya, lantas Permaisuri Faith menarik Putera Dash ke dalam pelukannya, erat. "Dash... bonda rindu kamu."

Beberapa ketika kemudian, Permaisuri Faith melepaskan pelukannya, "Dash... pulang bersama kami ke Kerajaan Angin. Di sana tempatmu. Kau tak diterima di sini. Dan kerajaan ini, kerajaan kotor!" tempik Permaisuri Faith tiba-tiba. Dadanya berombak menahan marah.

"Ikut kami pulang." Permaisuri Faith menarik tangan Putera Dash.

"Ibu, Zafira..."

"Jangan! Jangan kau berani ingin membawanya pulang bersama! Jangan sesekali! Dia, tak akan aku terima!" marah Permaisuri Faith. Bahang di dalam kamar menjadi semakin panas.

"Bonda..." Putera Dash serba-salah.

"Ikut aku pulang. Jika tidak, perempuan itu akan ku bunuh!" Permaisuri Faith mengugut. Membulat mata Putera Dash mendengar ugutan itu.

"Ayahnya dah bunuh ayahmu! Lance juga pernah mencuba untuk membunuhmu, Dash!" Berkerut dahi Permaisuri Faith. Ayahnya, mahupun anaknya, tak akan aku maafkan!

Puteri Zafira bangun dari duduk. Akira masih elok terlindung dalam pelukannya. Dia berjalan menghampiri Raff.

"Ikut bonda pulang secara rela, Dash! Jika tidak, kamu akan pulang secara paksa!" Permaisuri Faith mengugut lagi. Anak mata hitamnya mula ingin bertukar ke warna merah.

"Bonda..." Dash ingin menenangkan ibunya.

"Dash! Se... ka... rang!" tempik Permaisuri Faith. Tangan kanannya sudah dihalakan ke arah Puteri Zafira.

Sekilas, minda Putera Dash teringat mengenai ibunya, yang boleh mengawal keadaan sekeliling serta mencederakan orang, hanya dengan menghalakan tangannya.

Dash tertunduk, akur. Dia takut Permaisuri Faith akan mengapa-apakan Puteri Zafira. Seingat Putera Dash, ibunya tidak mampu mengawal kuasanya apabila dia dikuasai amarah. Jalan paling selamat, turuti dahulu kehendak bonda.

Mata Putera Dash terlihat Zarf... anak sulungnya yang mengikuti Puteri Zafira dari belakang. Zafira sedang melangkah ingin menghampiri suaminya.

Belum sempat Zafira membuka mulut ingin berbicara, Dash pantas mencapai Zarf. Anaknya itu kemudian digendong. Dash memaling tubuhnya dari Zafira, lantas langkahnya mula diatur.

"Raff? Apa yang Raff nak buat?" Airmata Puteri Zafira gugur lagi.

Putera Dash mencapai juga Rendezviernya yang sudah bengkok. Dia mengorak langkah besar dan laju menuju ke balkoni kamar.

Makin lama aku di sini, makin sakit Zafira. Aku juga sama!

Permaisuri Faith dan General Khaled pantas mengikuti Putera Dash dari belakang.

"Raff! Tolong... jangan pergi..." raung Puteri Zafira melihat Raff, suaminya melangkah masuk ke dalam kapal terbang milik Kerajaan Angin sambil menggendong anak mereka, Zarf.

"Ibu! Zarf nak ibu!"

Puteri Zafira mengekori. Dia ingin masuk juga ke dalam kapal bagi mendapatkan semula anak dan suaminya. Tetapi, dia dihalang oleh dua orang tentera Kerajaan Angin.

Putera Dash di dalam kapal, menitis lagi sekali airmatanya. Abang PERGI hari ini, tetapi abang janji. Satu hari nanti, abang akan kembali untuk sayang, untuk anak-anak kita yang lain.

"Raff! Jangan pergi! Tolong!" raung Puteri Zafira. Airmata gugur menghujan tanpa henti. Tolonglah! Zafira perlukan abang! Tolonglah, jangan pergi!

Kapal terbang Kerajaan Angin mula bergerak meninggalkan Kerajaan Tanah.

Dua keping hati...
Mula sengsara...
Bersama...
Tiap masa dan tika...

Purnama berganti tahun...
Perang bagaikan tak berpenghujung...
Rendezvier milik siapakah sebenarnya...
Untuk itu, Akira lah, jawabannya...

Berkenalan, bermula dengan benci...
Zarf juga Akira...
Tanpa sedar, saling menyayangi...
Tanpa tahu siapakah mereka...

Jadi, di sinilah (tamat)nya kisah Putera Dash(Raff) dan Puteri Zafira.

Sambungannya, akan ada dalam siri Who Am I, Actually? yang akan mengisahkan tentang anak-anak mereka pula. Ada yang masih kenal dan ingat, bahawa mereka bersaudara.. Namun, ada juga yang TIDAK. 😢

So, kalau nak tahu pasal diorang pula, bolehlah ikuti sambungannya di siri lagi satu.. 🤗 Let's go! 🏃

Do you mind hit the 🌟 below?
Thank you... 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro