11│peel mengandung

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk Jun.

Amir pun sudah hampir sebulan di Melaka. Alhamdulillah, ma seronok menceritakan kisah Amir. Amir rapat dengan pensyarah muda di sana, kawan kepada Haiqal yang tua dua tahun dari Haiqal. Amir dilayan seperti adik sendiri oleh Syed Hazmi itu.

Na pun sibuk bekerja part time sementara tunggu jawapan ke mana-mana universiti pilihan. Mas masih lagi bekerja di syarikat audit di mana dia praktikal tahun lepas.

Usia perkahwinan Haiqal dan Nisa pun sudah menjangkau empat bulan. Masih pengantin baru lagi pada mereka berdua. Haiqal sabar melayani perangai Nisa yang kebudak-budakan. Kandungannya sudah menjangkau 13 minggu.

Emosi Nisa pun kadangkala tak okay. Mudah menangis, mudah tersentuh bila menonton Hindustan ke drama Indon ke. Tengok Naruto pun dia boleh menangis beria dari biasa.

Nisa kadang-kadang manja tak bertempat. Lepas tu, garang tak bertempat. Asyik nak marah saja bila Haiqal buat apa-apa. Sentuh sikit Haiqal kena marah, gerak sikit kena marah.

Haiqal sabar saja. Kadangkala ada dia angin juga bila Nisa payah nak dengar kata. Cengeng tiba-tiba. Nak peluk je tak nak lepas. Lepas tu, nak cuit sikit pun dia kena marah tiba-tiba.

Tapi dia kena ingat, Nisa jadi begitu akibat perbuatannya juga. Dia nak marah pun tak jadi sebab Nisa akan jadi budak-budak secara tiba-tiba. Mukanya yang muncung tu memang nampak comel di mata dia. Keseluruhannya, Haiqal bahagia.

Alahan mengandung Nisa pun kadangkala okay kadangkala teruk. Nisa takkan muntah di waktu pagi. Kalau Nisa teruk muntah, akan mula di tengah hari hingga sebelum tidur.

Masa tidur pun, Nisa ada terjaga di tengah malam akibat loya dan mual melampau. Tapi, Haiqal akan terjaga juga dan menggosok-gosok belakang Nisa. Haiqal akan mendodoikan Nisa tidur balik, dan lepas tu terus dia tak tidur mati.

Bila tak muntah, Nisa aktifnya lain macam. Suka gerak sana sini, tak reti duduk diam. Asyik nak mengemas je, siram bunga lah. Tapi dilakukan dalam keadaan terkawal.

Tak angkat berat seperti vacuum cleaner ke, pasu bunga ke, kotak-kotak ke, rak kasut ke, memang dia takkan buat. Setakat kemas majalah, kemas baju, kemas perhiasan, bingkai gambar ke, macam tu lah. Nisa amat menjaga kandungannya.

Kadang-kadang 2-3 pagi, Nisa akan mengejutkan Haiqal kerana lapar. Tiba-tiba nak makan sushi, tiba-tiba nak makan strawberry. Haiqal akan cuba cari di 7 Eleven. Kalau jumpa, Nisa akan makan dan tidur senyum saja peluk Haiqal sampai pagi. 'Hadiah' pun dia bagi sekali pada Haiqal. Tu yang Haiqal seronok.

Tapi kalau takdek, Nisa akan menangis. Lepas tu, Nisa akan jadi bengis, jadi marah-marah. Kadang-kadang dia meraung, kadang-kadang dia menangis dalam tidur. Kan best, kalau aku ada poket Doraemon, tapi malangnya aku takdek, Haiqal pernah mengeluh begitu.

Kalau Haiqal tak jumpa certain-certain kehendak Nisa tu, dia akan cuba pujuk Nisa serupa pujuk budak tadika.

Haiqal akan masakkan spageti atau burger segera atau cereal tambah buah-buah sikit di pagi buta begitu. Haiqal akan buat cucur ke, atau masakan lain untuk Nisa. Esok Haiqal janji akan beli kehendak tiba-tiba tu.

Haiqal nak kurangkan pergerakan Nisa seboleh-bolehnya. Lepas subuh berjemaah je, dia akan suruh Nisa tidur sementara dia pergi ke dapur dan menyediakan semua bahan untuk memasak.

Haiqal akan siang ikan, ayam, daging merah lepas tu potong, basuh siap-siap. Semua sayur-sayuran pun dia potong dan basuh habis juga. Dan dia memang buat sarapan terus setiap hari.

Semua bahan memasak memang Haiqal sediakan pagi-pagi dan letak di dalam peti. Nisa cuma tinggal masak saja ikut seleranya makan tengah hari atau malam nanti. Bila Haiqal nak bersiap pergi kerja, baru dikejutkan isterinya itu.

Kalau hari minggu pula, Haiqal biarkan Nisa tidur lepas subuh sama-sama. Kemudian, akan dikejutkan Nisa pada jam 10 atau 11 pagi. Nisa jadi makin malas sekarang ni nak bangun pagi. Haiqal tak kisah semua tu.

Kerja rumah memang Haiqal buat semua tika dia cuti. Cuma bila Nisa jadi aktif tiba-tiba, Haiqal akan ajak Nisa tolong dia sekali.

Haiqal tak kisah matanya merah bila memotong bawang ke, bila asyik bersin kerana sapu rumah ke, bila nampak serupa Mr. Mama bila basuh, jemur, angkat dan lipat kain. Kerana penatnya tidak sepenat Nisa bila sudah sarat nanti. Dia cuba semampu boleh untuk berkongsi kesakitan Nisa mengandung dan bersalin nanti.

Lagi satu, Haiqal tahankan saja bila rasa masakan Nisa. Nisa suka masak lebih garam. Kadang-kadang, Haiqal tak tahan, ditambah gula ke dalam nasinya. Hai, macam-macam kerenah Nisa bila pregnant ni.

Baru 3 bulan, moga dia boleh tahan lagi 6 bulan tu. Dalam peti, berbotol-botol serbuk masin buah ada sebab Nisa suka makan buah cicah serbuk masin tu.

Bila Haiqal di tempat kerja, bila free, akan dicall Nisa dan menanyakan keadaan isterinya itu di rumah. Berapa kali muntah kalau Nisa muntah, angkat barang berat-berat tak, makan kacang banyak-banyak tak, makan gula-gula atau coklat tiap dua jam tak, baca surah Maryam ke Luqman ke Yusuf ke dan macam-macam lagi.

Dan Nisa akan beritahu suaminya semua bilangan makanan dia makan. Haiqal gelak saja mendengar celoteh isteri. Nisa makan banyak, tapi sebab Nisa maintain kecil, tak nampak chubby dia lagi.

Cuma perut Nisa dah ada benjol sikit. Nisa sunyi di rumah tapi nasib baik ada Haiqal yang call dan koleksi Naruto Shippuden untuk buang rasa bosannya. Haha.

Nisa buat kerja di rumah seperti biasa. Menyapu lantai yang dah sedia licin, melipat kain yang dah kering kerana suaminya sudah basuh di awal pagi, masak lauk simple yang dia nak. Tapi diringankan sedikit pergerakan dan kelincahannya. Nisa nak menjaga kandungannya elok-elok.

Nisa teringat cerita Kak Lia, teman tempat kerja dia. Kakak ipar Kak Lia gugur tika kandungan di awal trimester, di dua bulan mengandung kerana bekerja berat banyak sangat. Kakak ipar Kak Lia tu nurse. Nisa taknak semua itu jadi pada dirinya.

Nisa selalu membelai perutnya yang benjol sikit tu. Tika dia makan benda ringan-ringan. Dan dia akan bercakap, ini Kitkat, ini Cadbury, ini Dark Chocolate, ini kurma dan pelbagai lagi. Seolah-olah baby itu ada di depan matanya dan boleh mendengar kata-katanya secara zahir. Kelakar Nisa ni.

⁜⁜⁜


Tangan kanan Haiqal mendarat di perut Nisa. Nisa senyum merasa tangan kekar Haiqal di perutnya. Haiqal membelai rambut Nisa dengan tangan kiri.

"Esok ikut abang, kita pergi klinik. Buat check-up Nisa." Nisa pandang Haiqal dan senyum. "Okay, abang tak kerja ke esok?" Haiqal geleng sambil senyum.

Tangan kiri Haiqal membelai-belai kepala Nisa. Dipandang mata Nisa. "Mata Nisa cantik, abang suka tengok." Nisa sudah senyum malu, dialihkan mata dari bertembung dengan Haiqal.

"Rambut Nisa pun cantik, abang suka." Nisa sentuh tangan Haiqal yang berada di perutnya. "Masa Nisa tidur rumah abang dulu, rambut Nisa panjang mana?" Nisa pandang Haiqal dan memikir, "Em, panjang bahu je. Kenapa?"

Haiqal senyum, hanya menggeleng. Haiqal pandang wajah Nisa, "Nisa nak tahu tak? Masa abang ternampak Nisa secara tak sengaja kat rumah dulu, abang rasa lain sangat. Abang rasa semuanya terhenti. Abang nampak Nisa lah perempuan paling cantik masa tu.

Abang tiba-tiba tak tahan gejolak dalam hati abang. Abang lelaki, Nisa. First time abang rasa tak tahan masa tu. Tambah pula, leher Nisa, lengan putih Nisa, macam panggil-panggil je abang. Nasib baik abang sedar diri lepas tu masuk bilik cepat-cepat.

Abang buat solat sunat sebab abang takut berperasaan tidak-tidak macam tu. Takut tak boleh kawal diri abang pada Nisa masa tu. " Haiqal meluahkan jujur. Nisa diam saja mendengar Haiqal bercerita.

"Masa tulah, abang cintakan Nisa. Cinta pandang pertama abang. Abang baru rasa. Abang sabar kira masa dalam setahun tu tanpa tengok Nisa atau jumpa Nisa atau stalk Nisa kat Facebook ke, Insta ke.

Abang cuma doa, Allah jaga Nisa untuk abang. Abang menanti setahun nak propose Nisa jadi isteri abang. Supaya abang sedia, dan ready nak jaga anak orang.

Dan abang lega sangat, sebab Allah mudahkan urusan abang, dan kabul doa abang untuk lembutkan hati Nisa. Terima kasih sayang sebab terima abang." Haiqal mencium dahi dan kepala Nisa. Nisa angkat muka memandang Haiqal. Mata bundar Nisa terkebil-kebil memandang suaminya.

"Abang cintakan Nisa, sangat-sangat. Abang sayangkan Nisa sangat-sangat. Nisa jangan tinggalkan abang ya, sayang." Nisa pelik dengar Haiqal tiba-tiba cakap begitu. Tangannya terus menyentuh pipi Haiqal, "Abang, Nisa tak akan tinggalkan abang. Kenapa abang cakap macam tu?"

Haiqal sentuh tangan Nisa di pipinya, dikucup tapak tangan Nisa. Dipandang dalam ke mata Nisa. Mata Haiqal ada takut sikit, Nisa nampak itu.

"Abang takut Nisa tinggalkan abang dengan anak kita. Abang takut dengan kemungkinan tu." Nisa baru faham apa yang Haiqal nak sampaikan. Tangannya memeluk pinggang Haiqal. Disorokkan mukanya di dada Haiqal.

Ada sesetengah isteri bersalin... dan meninggal. Nisa tahu itu. Ajal maut semua di tangan Dia. Tapi yang masih hidup kena meneruskan hidup ni selagi masih ada. Termasuk anak di dalam perutnya. Mana mungkin Haiqal dan dia nak buang anak ini.

Nisa cium dada Haiqal, dipandang Haiqal, "Abang, Nisa kuat. Jadi abang kena kuat juga untuk Nisa. Doa tu penting, kita doa sama-sama. Nisa excited nak ada baby. Nisa dapat rasa ni anak lelaki. Abang janganlah fikir bukan-bukan. Nisa taknak fikir semua tu. InsyaAllah, abang dan Nisa akan ada untuk lahirkan adik-adik pula untuk hero kecil kita ni nanti."

Haiqal pandang Nisa. Mukanya agak hambar. "Abang jangan fikir macam tu, ya. Nisa tak suka. Suami Nisa kan hero, kuat lagi, gagah lagi, perkasa lagi, macho lagi." Nisa sengih, dipeluk Haiqal ketat-ketat.

Haiqal belai pipi kiri Nisa, matanya memandang tepat ke mata Nisa, "Abang cintakan Nisa." Nisa balas pandangan Haiqal, "Nisa pun cintakan abang, sangat-sangat."

Haiqal merapati wajah Nisa sambil terus memandang mata Nisa. Nisa memejamkan matanya perlahan, menerima tautan bibir Haiqal di bibirnya. Rangkulan tangannya pada pinggang Haiqal makin ketat. Begitu juga dengan Haiqal.

⁜⁜⁜


Nisa dan Haiqal tunggu nama dipanggil di Klinik Besar IM. Nisa dah buat pemeriksaan air kencing, tinggi dan berat juga pemeriksaan kecil yang lain.

Haiqal senyum saja melihat keterujaan Nisa yang memandang ibu-ibu mengandung dengan perut besar di samping mereka. Dipandang muka teruja Nisa. Nisa gadis rendah, kecil molek saja badannya. Macam budak-budak masih belajar pun ada.

Haiqal peluk bahu Nisa, dicium pelipis Nisa, tak tahan dengan kecomelan isteri. Nisa pandang Haiqal dan sengih. "Puan Nur Anisa binti Alias." Nama Nisa dilaung oleh seorang jururawat. Nisa bangun diikuti Haiqal yang setia memegang tangannya.

Mereka duduk di hadapan seorang jururawat dalam lingkungan 35-an. Nisa diminta baring untuk diperiksa. Jururawat dengan nametag Sarimah itu menekan-nekan dan mengetuk-ngetuk perutnya.

Bila Kak Sarimah nak menyelak bajunya untuk memeriksa breast, segera dia menghalang. Kak Sarimah angkat kening dan tersenyum. Nasib baik dapat nurse tak garang. Haiqal duduk di balik langsir katil ini.

Nisa malu dan tahan muka saja bila Kak Sarimah perasan love bite merata di bahagian bawah breastnya. Kak Sarimah senyum cuma, dia faham perasaan malu di hati anak muda ini.

Kak Sarimah hanya mengangguk, menenangkan Nisa dan memeriksa seperti biasa untuk tanda-tanda awal breast cancer. Kak Sarimah tak menyelak sampai habis, cuma meraba dan memicit di sebalik bra dan t-shirt Nisa. Nasib baik tak buka semua. Kak Sarimah senyum, "Alhamdulillah, negatif."

Lagi sekali, tunggu lagi untuk dipanggil. Banyak betul prosedurnya. Tambahan lagi, ramai juga orang mengandung yang datang harini. Nak buat buku pink untuk ibu-ibu mengandung dan check-up biasa dan urusan mengandung lain. Lama juga lah kena tunggu, tapi Nisa tak rasa penat pun sebab dia suka tengok wanita-wanita yang dah perut bulat berhampiran dia.

Nama Nisa dipanggil. Kali ni, masuk ke bilik doktor. Doktor perempuan, Dr. Junaidah pada nametagnya. Dr. Junaidah senyum dan bertanya apa yang patut. Haiqal memberitahu berkenaan kekurangan gula dan sering pengsan bila isterinya penat atau stres. Dr. Junaidah mengangguk dan mencatat apa yang perlu.

Nisa dibaringkan untuk scan perut. Tika Dr. Junaidah sapu cream ke atas perutnya yang benjol sikit, dia bertanya lurus, "Doktor, sakit tak kena scan?" Haiqal yang ada di sampingnya sudah ketawa perlahan. Dr. Junaidah senyum je sambil menggeleng. Nisa tersenyum senang, tapi sempat lagi dijeling suami kerana ketawakan dia tadi.

Dr. Junaidah mulakan prosedur. Mata Nisa terkebil-kebil memandang skrin pada mesin scanner di belah kiri. Nisa terpaku, nyawa dalam nyawa. Ada satu nyawa yang dia sedang bawa sekarang, di dalam badannya, di perutnya. Mata Nisa terlekat pada skrin, tanpa sedar menitis air matanya.

Nisa nampak jelas bentuk janin yang sudah sempurna. Serentak dengan itu, tangan kirinya menutup mulut menahan sebak. Tangan kanan membalas genggaman Haiqal.

"Dah sempurna bentuk janin. Puan boleh tengok, ya." Dr. Junaidah senyum melihat reaksi kagum dan terharu pada Nisa.

Sudah nampak bentuk. Tangan, kaki, kepala, badan. Kepala besar lagi dari badan. Matanya terkatup rapat. Kakinya bergerak- gerak seperti menendang, tapi Nisa tak dapat rasa lagi.

Kepalanya dan tangannya yang tak sempurna lagi bergerak-gerak. Kulit badannya pula seperti lut sinar. Nisa dapat melihat menembusinya tapi tak nipis sangat. 'Hai anak mama.' Nisa berbisik perlahan.

Nisa pandang Haiqal. Haiqal senyum lebar, sampai ke telinga kalau boleh. Digenggam tangan Nisa kuat. "Comelnya anak papa." Nisa ketawa perlahan. Mata Haiqal tak berkelip- kelip memandang.

"Doktor, dah boleh tahu ke jantina anak saya ni? Saya nak anak lelaki." Nisa berkata lurus sambil tersengih. Dr. Junaidah tergelak kecil dengan perangai budak-budak isteri muda ini. Haiqal turut tergelak, ditepuk-nepuk tangan Nisa.

Doktor Junaidah memandang Nisa. "Alat kemaluan dia tak jelas lagi. Tapi kita boleh tahu berdasarkan heartbeat rate dia. Tu, bacaan dia, bawah 140. InsyaAllah, lelaki."

Nisa bulat mata, terus ditekup mulutnya dan terjerit sedikit. Matanya tersenyum teruja memandang Dr. Junaidah. "Terima kasih, doktor." Nisa ulang berkali-kali. Digenggam tangan doktor ini yang sedang scan perutnya ni.

Dr. Junaidah ketawa kecil, "Kenapa say thanks pada saya? Adik kena ucap ribuan terima kasih pada suami adik." Nisa sudah malu sendiri dan tersenyum malu. Kemudian terus pandang skrin tengok pergerakan kepala, tangan dan kaki anaknya.

'Sebab tu aku suka jadi doktor sakit puan. Macam-macam reaksi boleh aku tengok.' Dr. Junaidah ketawa saja melihat si suami menggiat si isteri.

Haiqal tanya semuanya pada Dr. Junaidah. Semua bentuk kecil dan pergerakan dia nak tahu. Nampak teruja seorang bakal bapa. Dr. Junaidah layankan saja.

Selesai scan, Dr. Junaidah bagi pesanan ikut protokol biasa untuk trimester kedua. Beberapa tips turut dikongsi bila Haiqal serius bertanya. Dr. Junaidah membuat pengiraan biasa untuk mengenal pasti due date Nisa.

"Memandangkan haid Puan teratur tiap bulan, due date Puan senang je nak kira. InsyaAllah, pada 27 November tahun ni." Dr. Junaidah senyum dan mengucapkan tahniah.

Muka Haiqal dan Nisa terang menunjukkan sinar gembira. Dr. Junaidah perasan tangan Haiqal yang tak melepaskan langsung tangan isterinya. Untung isteri dia.

Haiqal mengucapkan terima kasih dan bangun. Dipegang tangan isterinya tak lepas. Dicium kepala Nisa, dipeluk bahu Nisa sambil melangkah keluar. Nisa membalas senyuman suaminya. Dua-dua hati berbunga selepas tengok imbasan pertama anak mereka. Tak sabar nak tunggu dia keluar.

________




Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro