19│cukur jambul

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Dua hari lagi, masuk bulan Ramadhan. Suasana rumah banglo dua tingkat di IM itu riuh dengan keluarga dan jiran-jiran terdekat. 3 May. Lagi 21 hari genap usia 6 bulan Danial Haisa.

Majlis cukur jambul untuk Danial Haisa itu disambut meriah dan dihadiri ramai kenalan. Bukan untuk Danial saja, tapi majlis kecil ini juga untuk doa selamat bagi ahli keluarga mereka yang sudah kembali padaNya. Bukan majlis kecil dah, sebab para hadirinnya ramai.

Semua makcik dan pakcik belah Nisa dan Haiqal hadir. Jika mereka tak dapat hadir sebab masalah kenderaan, Haiqal sendiri yang akan menjemput mereka.

Rasa seronoknya lain macam sangat. Semua makcik dan pakcik Nisa yang majoritinya berada di Chini pelik. Tapi Haiqal senyumkan saja. Jika dia penat, dia menyuruh Zarul. Zarul meminta cuti lebih dari tiga hari untuk ini.

Kawan-kawan Nisa yang jauh di luar Pahang, cuma yang sudah bekerja saja datang. Itu pun jika tiada kesibukan. Tiem, masih belajar. So, tak dapat hadir.

Yang lain kecuali Fiza dan Ayuni, semuanya hadir. Kawan-kawannya tika belajar di UMT pula, hanya Seha tak dapat datang. Yang lain termasuk kawan-kawan satu course merangkap jiran depan rumah sewa pun datang.

Memang meriah pun rumah Nisa dan Haiqal pada hari Sabtu ni. Kawan-kawan Haiqal juga datang. Fauzi yang jauh di KL juga datang. Falah memang tak dijemput. Gila nak jemput!

Haiqal tak dapat menghubungi Falah. Numbernya sudah ditukar. Bertanya pada kawan-kawan satu rumah sewa dulu pun, memang semua tidak tahu. Bukan dia tak cuba menjejaki pejabat kecil Falah di KCP tu. Tapi Falah asyik outstation. Tak tahu betul atau tidak.

Lama kelamaan, hal nak berdepan dengan Falah, senyap begitu saja. Lagipun, Nisa ada disisinya. Selamat, ceria dan manja di depan matanya. Tak perlu risau. Danial juga sudah pandai memekik terlolong sekarang ni.

Memang betul kata Haiqal. Danial mewarisi celoteh mamanya. Tak sabar nak tunggu bila hero kecilnya itu pandai berceloteh nanti.

Haiqal dan Nisa tak mahu membicarakan mengenai Falah dah.

Kawan semasa kerja dan belajar suami isteri muda itu, semua yang berkelapangan, memang ada muka mereka di situ. So, boleh agak jumlah dan suasananya.

Semua makcik dan pakcik belah Nisa dan belah Haiqal, juga jiran-jiran terdekat membacakan Yasin, laguan marhaban dan selawat ke atas nabi dan doa kesyukuran sempena majlis cukur jambul dan doa selamat itu.

Haiqal dan Zarul tak join, sibuk menguruskan juadah. Mereka tak memanggil catering. Cuma mengeluarkan kos dan kudrat orang saja kerana Nisa nak mereka makan nasi arab resipi Zarul.

Nisa nak membantu urusan di dapur. Dapur rumah penuh dengan kawan-kawan juga anak-anak dara yang lain untuk menyediakan juadah sampingan, buah-buah, kuih-kuih dan minuman. Tapi Haiqal tak kasi. Dia berkeras nak Nisa duduk di dalam bilik, nak Nisa berehat. Danial di ruang tengah.

Ruang depan pula, tempat orang sedang membaca Yasin dan doa selamat. Ruang tengah itu sudah ada pentas kecil dan buaian kecil yang ditempah Haiqal di butik yang sama tika wedding mereka dulu. Danial tengah nyenyak tidur dalam buaian itu.

Nisa memuncung, "Takkan orang ramai dekat luar, Nisa duduk dalam bilik pula." Haiqal mula garu kepala, "Nisa duduk dekat depan tengokkan Haisa, ya. Tapi jangan tolong orang dekat dapur. Semua kerja dah ada orang buat, kan."

Nisa menghentakkan kakinya lagi. Semua kawan-kawan Nisa yang membantu tugasan kecil itu, mula sembunyikan senyuman. Tak sangka Nisa manja begini bila dengan suami. Selalunya malu je kalau ada mata lain melihat. Anak-anak dara yang lain pun sama, senyap-senyap ketawa.

"Biarlah Nisa nak tolong. Nak potong buah tembikai je pun. Lagipun, Haisa tengah tidur." Muka Nisa merah menahan marah. Haiqal senyum lembut, dipegang bahu Nisa. "Sayang, buah tembikai tu besar, sayang. Berat pula lagi." Haiqal sabar memujuk. Tidak diendahkan mata-mata semua di dapur yang melihat aksi bergaduh sayang mereka ini.

Baru saja Nisa nak membalas, Balqis dan Qaseh, anak Kak Nana, berlari-lari ke dapur. Menarik baju kurung moden labuh yang dipakainya. "Mak Ngah, mak ngah, Danial nangis." Nisa pandang bawah, barulah dia senyum.

Tadi dia bermuka bengis saja marah Haiqal. Nisa sempat menjengket, mencium pipi Haiqal sebelum ke depan. Sudah nampak buaian Danial yang bergoyang, menandakan dia sudah bangun. Icah sedang mengayun perlahan buaian itu. Icah dah umur 6 tahun. Balqis dan Qaseh setia mengekor di belakang.

Anak Kak Nana ini memang rapat dengannya. Balqis si kakak, 10 tahun. Qaseh si adik, 8 tahun. Dua budak kecil ni sangat ganas. Suka menjerit-jerit, serupa lelaki. Tambah pula, berkawan dengan mak ngah dia yang memang perangai tak semenggah ini. Mereka rapat dengan Nisa. Kerana Nisa suka layan movies dengan mereka di laptop nya bila mereka bersua muka.

Tapi di majlis ni, pergerakan dua budak kecil ni terbantut pula. Tak join pun budak-budak lelaki yang tengah berlari di khemah-khemah luar. Mereka dari tadi setia melihat Danial yang nyenyak tidur.

Haiqal pula, termangu-mangu di dapur lepas kena kiss di pipi dek isteri. Tadi beria dia memujuk kerana risau Nisa akan menangis.

Alahan Nisa kali ni lagi teruk daripada membawa Danial dulu. Kali ni, kekerapan Nisa menangis lagi tinggi dari tahun lepas. Haiqal dah risau sebenarnya. Takut isterinya akan membengis kemudian meraung pula di dapur ni.

Tengah sibuk-sibuk marahkan dia begitu tadi, boleh pula Nisa menciumnya di tengah orang ramai di dapur ni. Haiqal tersenyum kecil dan menggeleng kepalanya perlahan.

Kekekan ketawa dari Mun, Nikki dan Ira mematikan lamunan Haiqal. Dia pusing ke belakang dan menggaru kepala, tersengih macam kerang busuk. Tiga orang dara yang sedang menyusun buah honeydew yang sudah siap dipotong itu, mula ketawa besar.

"Hai, lain macam je Nisa tu. Preggykah? Periodkah?" Mulut Ira yang tak kira tempat tu dah mula berbunyi. Haiqal berdehem dan berlalu pergi. Semua gadis di dapur, tergelak dengan apa yang Ira katakan juga dengan reaksi Haiqal.

Haiqal ke belakang rumah. Melihat apa yang jadi dengan makanan yang akan dihidangkan. Zarul yang sedang menyediakan makanan turut melihat kejadian tadi di balik tingkap dapur.

Zarul pun tersenyum sumbing. "Hai, Abang Ngah. Dapat anak buah lagi ke kami ni?" Amir yang sedang menyusun susunan buah-buahan yang diambil pun terkekek ketawa sama. Haiqal menggaru kepala. Tiba-tiba rasa gatal semacam je kepala harini. Dia tak nak kasi kantoi sekarang.

Dua hari lepas, Nisa pengsan selepas solat isyak jemaah. Haiqal cemas bukan main. Puas difikirnya apa yang Nisa buat hari tu sampai penat sangat. Tak pula dia call Nisa macam biasa tika dia di tempat kerja akibat kesibukan analisis peta dan uruskan segala jenis laporan.

Pejabat Daerah Maritim 8 yang terletak di IM tu, tanggungjawab dia. Pejabat itu merupakan HQ bagi wilayah Timur. Jadi, memang akan sibuk pada awal, tengah dan hujung tahun. Semua pantauan, laporan minor, laporan major, semuanya dia kena tengok.

Jadi, tika itu dia cuma fikir Nisa pengsan kerana penat biasa. Bukan pengsan sebab lain. So, diangkat saja Nisa ke atas katil.

Kemudian, esoknya Nisa beria pula suruh dia bawa balik Mango Cheese Cake, Dark Toblerone Cheese Cake dan segala jenis juadah cheese dari Lila Wadi Restaurant. Haiqal tak pelik lagi. Diturutkan saja, memang kegemaran isterinya segala benda cheese ni.

Malam itu, isterinya makan semua juadah cheese tu sekali gus lepas makan malam sama-sama. Lepas tu, muntah-muntah teruk tapi sekali je tapi sampai pengsan. Haiqal dah macam kucing nak beranak dah. Tak pernah Nisa pengsan sekerap begini.

Malam itu juga diusungnya Nisa ke klinik maritim yang sama. Dan, dengan Doktor Masitah juga, dengan senyuman yang sama juga dia sampaikan, "Tahniah, isteri Tuan mengandung 10 minggu."

Rasa nak tercabut mata dan giginya tika mendengar watikah itu. Gembira sangat. Nisa pula, gembira campur risau. Dia teringat, minggu ni nak buat majlis cukur jambul.

Danial baru nak masuk enam bulan tapi dah pregnant lagi. Dua bulan setengah pula tu. Okaylah kan. Daripada empat bulan. Nisa teringat cerita Kak Dila mengenai kakaknya.

Nisa beria taknak dia kecohkan berita itu dalam majlis cukur jambul ni. Tapi, dia memang berniat nak bagitahu hari ni.Tapi bukan sekarang. Bukan tika majlis pun tak ready lagi ni. Jadi, dengan pertanyaan usikan dari Zarul tu, Haiqal cuma ketawa dan menampar perlahan belakang adik iparnya, buat biasa.

Dia dah booking time dengan pak ngah Nisa, Haji Zainudin untuk memberitahu berita ini kepada semua orang. So, masa itu bukan sekarang.

Bila sudah siap semua, bacaan Yasin dan laguan selawat pun hampir tamat, Haiqal melangkah ke ruang tengah dari pintu sisi. Dilihatnya Nisa sedang mengagah Danial dalam dukungannya. Dari jauh, Danial dah tergelak dan menjerit nyaring bila ternampak dia.

Haiqal duduk bersila di sebelah Nisa. Tangan Danial genggam dan buka genggam cuba nak mencapai janggut sejemput di dagunya. Dia mengusik dengan mengundurkan kepala. Kemudian, Danial ketawa sambil menepuk kedua tangannya.

Nisa dan Haiqal ketawa bahagia tengok keletah si comel sulung mereka. Haiqal merapatkan Danial ke dadanya dan dipeluk. Danial bermain-main dengan butang baju Melayunya yang tidak dibutang habis.

"Sayang macam mana? Okay tak? Ada rasa pening-pening ke? Mual ke? Nak muntah, cakap pada abang tau. Lepas tu, segala kacang dah makan? Candy? Kurma? Air dah minum banyak-banyak dah? Donut abang beli tadi dah makan semua dah?" Haiqal bertanya perlahan, risau didengar orang lain.

Haiqal akur dengan permintaan Nisa supaya tak dihebahkan hal dia mengandung lagi ni. Tapi nanti sayang tengoklah apa yang abang dah plan dengan Ayah Ngah haha. Haiqal ketawa dalam hati.

Nisa senyum saja dengar segala pertanyaan terus-menerus daripada suaminya. Doctor in a hubby, Nisa senyum dalam hati. Dianggukkan kepala dan membalas perlahan juga, "Nisa dah makan semua dah. Semua dah selamat dalam ni." Guraunya sambil menepuk perlahan perutnya yang masih kempis.

Haiqal ketawa sekali. Diintai balik almari perabot bila dengar laguan selawat mula perlahan. Matanya dan mata pak ngah yang mengemudi bacaan petang itu, mula berbalas mesej.

"Jom, dah siap dah. Nisa panggilkan kawan Nisa dekat dapur yang nak cukur jambul si comel ni sekali. Siapa-siapa yang nak join, Nisa panggilkan, ya." Nisa angguk. Nisa tak tahu mengenai pakatan antara suami dan pak ngahnya.

Bila semua dah selamat, berdiri dalam permuafakatan persaudaraan dan jiran tetangga, Haji Zainudin berdehem.

"Jadi, kita di sini untuk memeriahkan majlis dan menyempurnakan doa selamat pada Danial Haisa, sekali majlis mencukur rambutnya. Di kesempatan ini, saya nak sampaikan satu berita gembira lah pada kita semua.

Nisa, anak saudara saya ni, disahkan mengandung lagi. Hahaha. Berapa bulan, Qal? Nak masuk tiga bulan? Ha nak masuk tiga bulan." Haiqal saja buat senyum bahagia dalam mengiakan ayat pak ngah itu.

Haji Zainudin memang tak pandai berucap. Tapi diberi mandat ini oleh Haiqal, memang dia setuju terus. Semua skripnya, Haiqal yang bikin. Dia mengikut saja.

Saja Haiqal suruh pak ngah menuturkan ayat berbunyi begitu. Saja dituturkan nak masuk tiga bulan, padahal baru 2 bulan 12 hari.

Nisa dah bulat mata. Haiqal dah tunjuk muka bangga sambil mengelek Danial Haisa di dukungannya.

Puan Rusna, Puan Mariah, makcik-makcik dan pakcik-pakcik mereka yang lain sudah ternganga. Ada yang sibuk mencongak. Mencongak umur Danial dan usia kandungan Nisa lah.

Kemudian, ada yang ketawa bagai nak gila tapi dikawal lah. Akhirnya semua orang di ruang depan itu terlepas gelak dan muka teruja tak sangka.

Kawan-kawan Nisa dan Haiqal yang tidak sibuk membantu persediaan di luar, sudah turut sakan sekali. Kawan-kawan Nisa terus meluru ke arah Nisa dan terus memeluk Nisa.

Soksek-soksek bisikan mula kedengaran.

Uish cepat Qal kau terbuat.

Gelojoh kau, Qal.

'Tak boleh nak tahan lah tu.

Dan macam-macam lagi.

Nisa malu gila nak angkat muka. Dia tunduk saja. Dikerling sekilas ke arah Haiqal yang tersenyum serupa beruk dapat bunga. Dia gerrrraaaam dengan Haiqal.

Dia tak tahu suaminya akan memberitahu berita ini di tika ini dan dengan cara begini. Difikirkan Haiqal hanya akan menghebahkannya pada saudara-saudara mereka saja. Dan dia yang akan memberitahu berita gembira ini pada kawan-kawannya sendiri. Dia ingat begitu.

Tanpa Nisa sedar, Puan Mariah sudah ada di sisinya. Dipeluknya Nisa macam taknak lepas. Diciumnya kedua-dua pipi Nisa bertalu-talu. "Tahniah, menantu ibu. Terima kasih bahagiakan anak ibu juga. Bertambah lagilah cucu ibu."

Hilang sekejap rasa geramnya pada Haiqal, diganti dengan perasaan gembira dengan pujian ibu mertua.

⁜⁜⁜


Separuh dari saudara-mara belah Haiqal dan Nisa perlahan-lahan beransur pulang. Tapi masih meriah dengan usikan sepupu dan kawan-kawan yang masih ada.

Sepupu lelaki Haiqal semua menggiat dan menuturkan ayat usikan yang Nisa sampai rasa dia nak sorokkan saja muka dia dalam tong sampah hitam kat belakang tu.

Kawan-kawan Nisa pula, ramai dah beransur pulang sebab nak kejar flight lah, kejar tenderlah. Berlagak busy saja semua. Konon-konon kerja besar. Dia tergelak saja. Tapi dia tahu, mereka sibuk. Mereka datang ni pun dah satu pengorbanan besar daripada mereka.

Nisa dan Haiqal sudah asar. Jadi sekarang tiba masa nak melepak dengan kawan-kawan.

Yang tinggal cuma Mun, Nikki, Ira, Yan, Nadia, Aini dan suaminya Epul. Haris pun ada sama dan juga Saz. Dan semua ini yang jenis suka membahan orang. Memang tahan muka saja Nisa dengan natural blusher dia tu.

Haiqal melepak dengan kawan-kawannya di bawah khemah. Ada Fauzi, ada Amin, Khairul, Muzaffar. Tu semua geng rumah sewanya dulu. Anak-anak buah maritimnya yang datang dah beransur pulang. Cuma tinggal Koperal Luqman je sekali dalam bising-bising di bawah khemah itu.

Haris dan Epul pun melepak sekali. Walaupun umur mereka jauh beza, tapi disebabkan Haiqal, mereka cepat mesra. Asalkan gaya bercakap dan senang masuk air sama-sama, semuanya diredah je nak berborak. Zarul pun ada sekali. Amir saja tiada, ada janji temu dengan kawannya di ECM.

"Weh, Nisa. Asal kau boleh bunting lagi ni? Kau tak tahan ke abang kapten kau yang tak tahan?" Nikki dah tergelak besar dalam dia menghirup jus oren di tangan.

"Aku dah agak dah. Isa ni bila dah kahwin, mesti ada kes luar alam macam ni. Ni first time jadi pada orang yang aku kenal tau, Isa. Hahaha." Mun pun ketawa bagai nak gila.

"Dulu aku nak sangat tengok bila Isa dah ada anak. Macam mana lah dia jaga. Risau aku kalau keluar jenis ada misai macam Naruto dia tu. Tapi nasib baik tak. Bagus nau kau tak terkenan ke muka Naruto tu, Isa." Saz ketawa sambil mengacah-acah Danial di ribaan Nisa.

"Dia lovely mother sangat weh sekarang. Aku tak sangka Nisa yang aku kenal dekat asrama dulu, berubah 360 macam ni weh." Yan merenung muka Nisa dengan riak kagum dibuat-buat.

Macam-macam lagi yang Nisa kena bahan. Tapi dia hanya senyum dan membalas apa yang perlu saja. Dia tahu, semua kawan-kawannya tak memaksudkan pun apa yang dikepohkan tu.

"Anak kau ni sebijik muka Haiqal weh. Dulu masa keluar, sebijik muka kau. Untunglah kau, besar nanti mesti handsome macam papa dia." Aini berkata serius. Nisa mengangguk beria.

Memang. Bila Danial menginjak enam bulan ni, mukanya memang seiras Haiqal, saling tak tumpah. Moga besar nanti, jadi anak yang cantik luar dalam ya, sayang. Nisa berkata dalam hati.

Macam-macam yang dibualkan. Yang diimbas kembali apa semua. Mas, Na dan Wani yang baru turun solat asar pun join kekepohan mereka membahan Nisa. Tadi baru saja nak lega, dah kena bahan balik.

"Aku perasan tadi ada orang tu, manja nau dengan hubby dia. Nak makan tak boleh nak berpisah langsung. Uuuu..." Mas menggiat beria. Yang lain pun menyahut sama. Nisa mula berkerut muka dan tunduk.

Memang tadi masa makan, Nisa mengekor je mana suaminya pergi. Dengan Danial di kelekannya, diminta macam-macam pada Haiqal untuk diisi ke dalam pinggan polisterin.

Sampai tiga pinggan sebab tak tahan tampungan. Bila nak makan, baru Danial diletakkan dalam buaian untuk tontonan dan diperkenalkan kepada mereka secara public.

Nisa minta suaminya suap. Kemudian senyum-senyum saja tika makan. Semua usikan daripada mereka, dia tak endah. Tapi, Haiqal lah beria tahan mukanya yang terasa panas. Sayang isteri, kan. Haiqal sanggup je. Tapi tak tahan mendengar kekekan ketawa dari kawan-kawannya.

Dengan suaminya memang Nisa tak tahu malu. Tapi bila dibicarakan secara ulang tayang begini oleh kawan-kawan, dia jadi tak keruan sangat. Nisa muncung tanda protes pada semua kawannya.

"Dulu masa dengan kitorang kau lepas laku je, kan. Menjerit-jerit dari tingkat atas macam tarzan. Ni dah jadi wife. Ha, macam wanita Melayu terakhir gitu manjanya. Auuu." Mun dah menuturkan balik, selamba. Yang lain ketawa galak lagi.

"Sayang..." Nisa toleh ke belakang. Semua kawannya termasuk adik-adik iparnya menunduk, mengulum senyuman mengusik. Sambil gigit-gigit buah epal serupa tupai pun ada. Nisa tak endahkan semua itu.

Matanya memandang suami yang berdiri di belakang kerusinya. Handsomenya abang kapten ni! Dengan baju Melayu potongan cekak musang warna merah hati dan jeans hitam simple dia, tanpa kopiah di kepala, nampak muda dari usianya yang sebenar.

"Haisa dah menyusu dah? Abang nak bawak jumpa kawan-kawan abang dekat sana."

Nisa senyum dalam mengangguk, "Nisa dah susukan dia tadi. Lepas kita makan tadi." Anaknya masih menyusu badan. Dihulurkan Danial yang sedari tadi senyap bermain dengan patung plastik di riba, hanya memerhati seorang demi seorang kawan mamanya meriuhkan kata.

Haiqal menyambut baik, dicium pipi Danial. Kemudian pipi Nisa juga diciumnya. Nisa membalasnya juga. Nadia yang sedang menelan karipap hampir tercekik di lekum. Haiqal hanya senyum dan berlalu pergi.

"Korang asal sweet sangat gila? Nak kencing gula aku dekat sini!" Haiqal sempat mendengar jeritan kecil itu di belakangnya. Kemudian disambut dengan ilaian tawa yang lain. Dia tak tahu suara itu milik siapa. Tapi senyumannya terbentuk juga.

⁜⁜⁜


"Orait, geng. Ni lah hero kecik aku. Dah gagah perkasa dah dia." Haiqal meletakkan Danial di riba, dipusingkan menghadap mereka semua. Mungkin mengerti ini semua jantinanya, Danial melonjak ceria dengan jeritan kecilnya. Mukanya terbentuk senyuman lebar.

"Bapak weh, sebiji muka kau." Fauzi dah ternganga. Ini pertama kali dia nampak baby depan mata. Malu nak mengaku. Semuanya sebab kesibukannya dan juga kerana dia anak tunggal. Ibu ayahnya pun anak tunggal. Tiada anak saudara untuk dimain.

"Weh, kasi aku. Aku nak dukung." Epul dah tersua tangan. Yang lain ketawa. "Nak ambil berkat lah tu." Haris giat mengusik. Epul baru halal dengan Aini dua bulan lepas. Epul menjeling saja.

"Better lah aku daripada engkau. Jual mahal sangat dengan Julia tu. Dah ada orang suka, kau ambil je lah, Ris. Ada bini syiok apa." Epul tak menghiraukan Haris yang terkulat-kulat. Mukanya ceria bermain dengan Danial di dalam dukungan.

Danial anak kecil yang baik. Tak mudah meraung atau melatah bila jumpa orang baru. Dia akan mengerling papanya dulu. Bila nampak kepala Haiqal mengangguk, Danial akan senyum ceria pada orang baru itu. Begitulah dia buat pada Epul.

Haris mula menggaru kepala. Dia tak nak bahaskan fasal Julia tu di sini. Julia bukan tastenya.

"Jangan open fasal bini dekat sini, please. Ramai lagi yang teruna ni." Muzaffar berkata keras, pura-pura saja tu. Haris segera high-five dengan Muzaffar. Yang lain sudah menyahut sama.

Betul. Antara sembilan jejaka tampan bawah khemah ni, hanya Haiqal, Epul dan Luqman saja yang dah kahwin. Yang lain masih dalam bujang terlajak lagi, main-main pun ada juga.

"Kau, Qal. Ketawa beria, kan. Kau lah paling teruk sekali. Anak baru nak masuk enam bulan, dah pregnantkan wife kau balik." Terhambur ketawa kuat dari semua jejaka bawah khemah itu. Haiqal hanya tersenyum bangga, diangkat kening kepada Amin.

"Kesian kakak aku weh. Tapi nasib baik dia macam dah matang sikit. Kalau tak, saban hari dilayannya Naruto tak sudah. Pandai Abang Haiqal didik kakak kita, yek." Zarul memerli sekali.

"Dia expert ni. Kata je nak mendidik tang mana. Dalam bilik, dekat dapur, ruang tamu, semuanya dia sapu, hahahaha." Kata-kata Muzaffar yang lepas tu sekali lagi menggamatkan suasana.

"Kau dulu muka kerut je an. Ni dah kahwin, perghhhh muka bapak gila lip lip. Senyum kambing je selalu. Baik je suap bini makan, ya. Tahan je muka merah kena usik, ya." Luqman yang muda setahun dari Haiqal itu, menambah lagi.

Siapa tak kenal Leftenan Komander Haiqal. Sekarang dah Kapten pun. Garang dia, tegas dia memang buat kecut je tika di atas kapal dulu. Haiqal memang garang. Itu yang lama-lama sampai adik-adik perempuan dia pun, dia layan serupa layan pelaut di atas kapal juga.

"Mana boleh tak suap. Aku tahan je korang usik aku. Sebab... nanti malam... confirm aku dapat 'suapan' tu balik." Haiqal dah membalas nakal sambil mengangkat-angkat kening.

"Woi gelojoh. Tutup telinga anak kau weh. Jangan dikotori telinga dia dengan benda censored macam ni." Khairul dah berdekah-dekah ketawa.

Dalam riuh-riuh itu, Haiqal perasan akan mata Fauzi yang mengintai-intai melepasi telinganya, menghala ke khemah di mana isterinya dan kawan-kawan serta adik-adiknya tengah melepak. "Kau intai siapa, Zi? Ada yang berkenan ke?" Fauzi dah malu sendiri.

"Kawan bini kau. Yang pakai kebaya moden tu siapa weh?" Yang lain turut mengintai. Sampai Luqman yang sedang agah si Danial pun berhenti. Nak mengintai juga. Haiqal toleh ke belakang. Dia mengecilkan mata.

"Ohh, tu Ira. Kawan bini aku masa dekat UMT. Asal? Berkenan ke?" Haiqal dah angkat-angkat kening. Mereka yang lain dah bersiul sambil woooo. "Sempat lagi kau cuci mata ye dekat majlis mulia ni." Luqman menggiat mengusik. Fauzi hanya senyum.

Fauzi memang agak pendiam sikit. Memandangkan dia anak tunggal dan agak workaholic, kerana itu lah pendiam kot. Haiqal ketawa tapi dia faham hasrat di hati Fauzi. Fauzi okay je. Lagipun usianya sudah menjangkau 29 pun tahun ni. Kesian pula sorang-sorang. Dah lama tu. Nanti akan disuarakan niat hati Fauzi pada isterinya.

Mereka terus berborak sehinggalah jam hampir menunjukkan 6.30 petang. Danial pun sudah lelap di bahu Muzaffar. Barulah yang lain beransur pulang.

Ira perasan akan pandangan dari kawan suami Nisa yang memakai baju Melayu warna hitam itu. Tapi Ira buat dak aje. Malas nak perasan awal-awal. Tapi disebabkan kenakalan Nisa dan Haiqal, dia berkenalan juga dengan Fauzi sebelum pulang. Sempatlah mereka bertukar nombor telefon.

Dia datang ke mari dengan menumpang Mun. Mun bermalam di rumahnya di Putrajaya sebelum menuju ke Pahang; majlis di rumah Nisa ni. Puas diusik Nisa supaya dia tumpang kereta Fauzi saja. Fauzi memang duduk di KL. Tapi dia membantah keras. Bukan tak sudi tapi tak manis. Lega hati Fauzi mendengarkan itu. Ingatkan tak sudi tadi.

Puas mengusik dan memekak di pintu pagar rumah, semua kawan mereka beransur pulang. Nisa dan Haiqal melangkah masuk dengan Danial di bahu Haiqal, nyenyak tidur lepas teruk dibuli Pakcik Muzaffar tadi.

Mereka senyum bahagia tanpa perasan seseorang dalam kereta Waja hitam yang sedang memerhati di sebalik kaca mata hitam.

_______




Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro