24│ampunkan nisa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Selepas dua hari kes Nisa ditampar Puan Rusna, Nisa masih berkeadaan sama. Dia tak makan, tak minum. Dia hanya bergerak ketika nak membuang air juga bila nak bersihkan badan yang berasa panas.

Semua aktiviti kecil itu, doktor dah arahkan Nisa buat di atas katil. Disebabkan pergerakan Nisa yang agresif sebelumnya, Nisa tak boleh banyak bergerak. Haiqal dan Nurseha lah yang membantu mana perlu. Menggosok gigi, mencuci muka, menukar keperluan dalam. Tak kisah, kerana Haiqal suaminya.

Selepas kes Puan Rusna menampar Nisa, ma beria menangis dan memohon maaf pada Nisa. Tapi Nisa hanya memandang sepi. Nisa terus- terusan memandang ke luar jendela.

Bila dah menjelang 9 malam, Nisa terus tidur. Begitu lah rutinnya. Haiqal terpaksa meminta cuti lagi kerana terlampau risau dengan isteri. Nasib baik segala laporan dan agenda hujung tahun, dia sudah selesaikan. Idham ada untuk menyelesaikan penutupnya.

Hal nak menjejaki lelaki yang mengambil Hannah terkubur begitu saja. Keadaan Nisa lebih merisaukan. Keadaan Hannah yang tidak diendahkan Nisa lebih merunsingkan fikirannya. Wajah lelaki itu pun perlahan-lahan kabur dari ingatannya. Fikirannya, doanya sentiasa berkisar kesihatan isteri tersayang.

Keadaan Haiqal sendiri membimbangkan mereka yang lain. Haiqal hanya menjamah roti dan sedikit nasi bila dibawa Puan Mariah. Tapi nasib baik, dia mendengar kata-kata Mas yang menyuruhnya pergi mandi. Itu pun bila Mas cakap, "Nanti along pula sakit. Macam mana nak jaga Nisa? Lagi, Nisa mesti tak suka along busuk bila dia sedar nanti."

Hal ini Haiqal masih tak ceritakan pada teman-teman rapat Nisa. Perihal Nisa dah selamat bersalin, hanya Aini saja yang tahu. Itu pun sebab Puan Rusna yang cerita.

Tapi disebabkan nasihat Puan Rusna supaya jangan melawat Nisa, Aini ikutkan saja. Aini mendoakan supaya Nisa sedar. Haiqal boleh buat Nisa sedar. Moga Haiqal tabah. Itu doa Aini.

Disebabkan Nisa tak makan, Nisa sampai pengsan dalam tidur semalam. Kecoh bilik 109 tu bila Haiqal mengejutkan isterinya, tapi masih tak bangun-bangun. Padahal dah menginjak ke waktu petang.

Dr. Fatimah meredakan keresahan Haiqal. Katanya, Nisa terlampau stres dan kekurangan gula. Glukosa yang dipaksa masuk ke dalam badan Nisa tak cukup. Nisa memerlukan nutrien lain juga. Tambahan lagi, dengan keadaannya yang baru empat hari lepas melahirkan anak kedua.

Haiqal kian runsing. Dia melangkah masuk ke dalam bilik selepas mengerjakan solat asar di surau. Tadi dia bertanya personal pada doktor sekali gus meminta nasihat doktor untuk menjaga Nisa di rumah ibunya. Kata-kata dari doktor perempuan itu makin menambahkan kerisauannya.

"Esok, Puan Nisa dah boleh discharge. Cuma, saya nak tekankan. Tolong dia bangkit. Dia dah hampir seminggu berkeadaan macam ni. Saya risau, dia akan lebih teruk nanti. Tambah lagi, dia perlu berpantang. Elakkan dari termasuk dalam kategori meroyan."

Dr. Fatimah berhenti sekejap bila lelaki di depannya terus tunduk dan meraup rambut. "Saya akan bagi double supplement untuk kandungan gula dan nutrien dalam badan yang lain. Tapi dia perlu makan juga." Haiqal hanya mengangguk, tetapi matanya tekur memandang bawah.

"Encik Haiqal, isteri dalam keadaan macam ni, hampir kepada keadaan yang bahaya macam tu, amat memerlukan sokongan suami. Encik jangan tunjukkan encik lemah depan dia, ya. Encik kena tunjukkan kekuatan encik supaya dia juga akan kuat untuk keluar dari depression dia.

Dan saya tahu, encik mampu. Sebab saya boleh nampak encik sangat sayangkan isteri encik. Puan Nisa pun sangat sayangkan encik. Dia cuma perlukan sokongan luar dan dalam dari encik. Encik kuat, ya." Dr. Fatimah tersenyum nipis.

Haiqal mengangkat muka dan mengangguk lemah. "Terima kasih, doktor." Dibalas dengan senyuman lemah.

Haiqal memandang katil bayi yang kosong. Hannah sudah empat hari disusukan oleh nurse bertugas. Tak pernah lagi Hannah menyusu di dalam dakapan Nisa. Haiqal mengeluh lagi.

Didekati birai kanan katil. Dilabuhkan duduk berhadapan isterinya yang... bukan seperti isterinya. Nisa masih setia duduk dengan pandangan ke luar tingkap. Dipandang hiba keadaan Nisa.

Wajah Nisa pucat. Bertambah sedih hatibnya bila mengenangkan keadaan susut tubuh isterinya. Sudah empat hari Nisa tak menelan apa-apa. Melainkan dengan kandungan gula dan air yang diganti doktor selang lapan jam. Wajah Nisa sudah tiada garis-garis lucu. Sudah hilang rona merah di pipinya.

Haiqal rindukan isterinya. Dia nak tengok Nisa yang manja. Nisa yang berceloteh tak berhenti. Nisa yang penyayang di saat memeluk lembut anak-anaknya.

Dia rindu nak mendengar suara lembut Nisa bila memanggilnya abang. Dia rindu nak dengar suara tak keruan Nisa bila dia menggiat isterinya tak sudah. Dia nak tengok Nisa yang menunduk malu-malu dan memejamkan mata bila dia cuba mencium bibir yang kissable itu.

Tangan Nisa dibelai lembut. Dia terkenangkan sengihan dan ketawa yang muncul di wajah itu. Dia rindu nak mengusik dengan mencabut dan memakai semula cermin mata pada wajah itu. Dia nak tengok ulah kebudak-budakan pada wajah itu.

Haiqal menunduk sambil membelai setiap jari-jemari di kedua tangan kecil milik Nisa. Cincin yang disarungnya dulu masih kekal di jari manis kanan yang runcing.

"Sayang ingat tak masa mula-mula kita jumpa?" Haiqal tersenyum nipis.

"Abang cuma tahu ada dua orang kawan angah nak bermalam dekat rumah. Abang tak tahu siapa dua orang tu. Abang malas nak ambil kisah pun. Lagipun, abang banyak lepak dengan kawan kan malam-malam masa tu. Abang cuma tahu kawan-kawan angah sampai malam bila abang balik sekejap. Dan abang tak nampak Nisa lagi."

Haiqal senyum mengenangkan kenangan itu.

"Esoknya, abang nampak Nisa. Sorang-sorang dekat luar. Nisa tengah pejam mata, lama. Masa tu abang rasa Nisa cantik. Dengan sweater kelabu Nisa, dengan seluar Garfield warna oren, dengan tudung warna biru terang. Macam kartun, kan?

Tapi pada abang, Nisa cantik masa tu. Abang perhati je Nisa. Hampir abang kantoi dengan Icah. Tapi, nasib baik dia sayangkan along dia ni." Haiqal tersenyum lucu sedikit teringatkan tindakan Icah tika itu.

Haiqal tak sedar, pandangan Nisa yang memandang kosong menghala keluar tingkap, mula menunjukkan fokus. Nisa memandang burung-burung yang berlumba dan hinggap di dahan pokok.

Haiqal ketawa perlahan mengenangkan pagi itu. Nisa memasang telinga mendengar ketawa kecil Haiqal. Tapi matanya masih difokuskan ke suasana luar bangunan.

"Sejak tu, abang selalu curi-curi tengok Nisa. Abang tak pernah kantoi lagi dengan ibu ke, ayah ke, angah ke bila selalu curi-curi tu. Tapi abang kantoi dengan Nisa. Tapi abang tak gelabah, abang terus tengok lagi.

Sebab abang suka tengok reaksi Nisa yang malu-malu, yang gelabah pandang lain. Pada abang, masa tu Nisa nampak sangat macam seorang gadis yang pemalu dan tak biasa dengan lelaki.

Nisa macam tak biasa sangat bila orang pandang Nisa macam tu. Sebab tu, abang terus-terusan mengusik Nisa dengan selalu pandang Nisa sampai Nisa sendiri perasan. Lepas tu Nisa akan gelabah sendiri."

Bibir Nisa bergerak sikit mendengarkan cerita Haiqal. Haiqal masih setia bermain dengan jari-jemari Nisa dan memandang jari-jari yang runcing ini. Haiqal tak perasan bibir Nisa yang seperti tersenyum. Mata Nisa juga sudah mula berubah. Matanya memancarkan sinar perasaan, yang sebelum ini hanya kosong tiada sinar langsung.

"Lepas tu, Nisa ingat kan masa Nisa nak masuk bilik angah. Tapi masa tu abang dah masuk rumah. Abang nampak muka Nisa basah. Abang nampak rambut Nisa basah. Abang nampak leher Nisa. Abang nampak lengan Nisa. Abang nampak bentuk tubuh Nisa. Masa tu, baru abang sedar. Nisa sangat cantik. Nisa perempuan paling cantik yang pernah abang jumpa.

Abang takut. Abang takut sebab abang ingat abang berdebar sebab nafsu. Tapi lama abang terkebil-kebil dalam bilik. Abang buat solat sunat banyak kali. Lepas tu, terus abang termenung dekat depan. Baru abang rasa hati abang tenang.

Abang teringat balik rupa Nisa masa Nisa duduk sorang-sorang satu pagi tu. Abang baru sedar, selama ni abang suka curi-curi tengok Nisa bukan sebab Nisa cantik. Tapi sebab abang dah lama sukakan Nisa rupa-rupanya.

Mungkin Allah nak tunjukkan perasaan sebenar abang by letting me saw you without your hijab on. Waktu tu, baru abang sedar abang sayangkan Nisa, abang cintakan Nisa. Abang terus janji dengan diri abang, abang yang akan jaga Nisa sebagai suami."

Haiqal tersenyum tawar. "Abang janji, abang tak akan tinggalkan Nisa. Nisa isteri abang. Nisa amanah abang. Abang sayangkan Nisa. Abang janji akan lindungi Nisa dari semua yang Nisa takut.

Nisa tak ingat? Habis sakit belakang abang satu malam tu sebab Nisa takutkan lipas yang tiba-tiba muncul dekat dapur? Nisa panjat terus belakang abang, abang tak ready pun.

Tapi abang tak kisah. Sebab memang tugas abang nak jaga Nisa, nak jadi guardian Nisa kan even dari serangga yang kalau pijak dengan ibu jari kaki abang je pun dah mati benda tu."

Haiqal tergelak kecil. Bibir Nisa makin jelas senyuman kecilnya. Matanya juga memancarkan sinar lucu. Kejadian itu terlayar satu-satu di dalam kepala seiring dengan suara Haiqal.

"Lagi satu, masa Nisa tiba-tiba terpijak kaki abang sebab Nisa nampak belalang terbang dekat pasu bunga masa tu. Dahlah Nisa pakai selipar keras, sakit kaki abang.

Tapi takpelah. Asalkan Nisa tak jatuh tercium lantai masa tu, kaki abang sakit pun abang tak kisah, sayang. Sebab abang sayangkan Nisa, sangat-sangat sayangkan Nisa. Abang tahu Nisa pun sayangkan abang, kan.

Nisa jaga abang masa abang demam mengada-ngada. Nisa picit belakang abang masa Nisa tiba-tiba panjat tak bagi isyarat masa tu. Nisa balut luka dekat kaki abang. Nisa layan kerenah manja abang. Nisa masak lauk yang abang nak makan. Nisa jaga abang luar dan dalam. Dan... Nisa lahirkan anak-anak abang. Nisa sayangkan abang juga, abang tahu."

Haiqal mengesat air mata yang meleleh di pipi. Dia teringat pesan doktor. Jangan tunjuk kesakitan dan kelemahan depan Nisa. Kau kena kuat, Qal.

"Tapi, kenapa Nisa buat abang macam ni? Kenapa Nisa tinggalkan abang? Abang janji tak akan tinggalkan Nisa. Nisa pun janji benda yang sama, kan? Nisa dah lupa ke? Tapi kenapa Nisa tetap tinggalkan abang? Nisa tinggalkan Haisa, Nisa tinggalkan Hannah?"

Nisa mengalihkan mukanya dari memandang keluar ke arah wajah kusut Haiqal. Matanya sedih memandang pipi Haiqal yang basah, sisa air mata suaminya juga ada yang masih bergayut di tubir mata. Abang.... Mata Nisa mula berkaca.

"Kenapa Nisa nak nafikan takdir? Kenapa Nisa tetap nak deny anak kita? Kenapa Nisa cakap Hannah dah takde? Nisa cakap Nisa dah hilang Hannah. Hannah dah tinggalkan Nisa. Tapi sekarang ni, siapa yang tinggalkan siapa?"

Haiqal sudah menangis terus. Keningnya berkerut menahan sebak. Air mata yang menitis membasahi pergelangan tangan sendiri tak dihiraukan. Jemarinya yang basah membelai tangan Nisa juga tidak diendahkan. Dia tak tahan nak menanggung sebak. Dia tak kuat.

Bagaimana dia nak kuat jika Nisa sendiri lemah? Nisalah kekuatan dia selama ini. Kegembiraan dan kebahagiaan Nisa lah yang menjadikan dia tabah selama ini. Nisa is his backbone. Nisa is his main supporter.

Tapi sekarang, bila tulang belakangnya sendiri yang lemah, bagaimana dia nak jadi kuat dan bangkit tegap balik? Ya, betapa lemahnya seorang Faizul Haiqal.

"Hannah tinggalkan Nisa. Tapi hakikatnya Hannah sentiasa tunggu Nisa untuk susukan dia, untuk belai dia, untuk cium pipi dia, untuk dodoikan dia. Bukan Hannah yang tinggalkan Nisa. Tapi Nisa sendiri yang tinggalkan Hannah.

Nisa percaya, Hannah dah takde dalam kepala Nisa. Tapi Haisa dan abang ada? Macam tu ke Nisa? Nisa ingat Nisa tak tinggalkan Haisa dan abang dengan cara macam ni?" Haiqal makin tersedu-sedu. Matanya dipejam rapat.

"Nisa sedar tak? Sebenarnya Nisa dah buang Hannah. Nisa dah buang Haisa. Dan Nisa dah buang abang? Sayang sedar tak sayang? Sayang betul ke nak tinggalkan abang? Kenapa sayang buat abang macam ni?

Nisa kekuatan abang. Abang buntu. Abang tak tahu macam mana nak hidup tanpa Nisa. Nisa betul ke nak tinggalkan abang? Nisa tak percayakan abang ke? Nisa rasa abang tak mampu jaga Nisa ke?

Kalau macam tu, biar abang yang mati. Asalkan Nisa sedar. Asalkan Nisa sedar anak-anak kita ada, sayang. Haisa dengan Hannah ada. Biar abang yang tinggalkan Nisa kalau Nisa nak. Abang..."

Kata-katanya terhenti bila tangan kanan Nisa perlahan-lahan mengesat pipi basahnya. Matanya terus bulat. Nisa menangis di depannya! Nisa memandang tepat ke arah nya!

Haiqal kenal mata Nisa. Mata yang memancarkan kasih dan cinta hanya untuknya. Mata yang menangis, ada sayu, ada hiba dan ada cinta dalam mata itu. Nisa? Haiqal terkedu.

"Jangan tinggalkan Nisa, abang... Nisa sayangkan abang. Nisa... cinta abang. Abang... abang jangan tinggal Nisa." Kening Nisa sudah melengkung ke bawah.

Air mata sudah mengalir laju di kedua-dua belah pipi merah isterinya. Haiqal segera mengesat kedua-dua pipinya sendiri, tak mahu lagi air matanya disaksikan isteri. Segera ditarik Nisa ke dalam pelukan.

"Abang tak pernah tinggalkan sayang. Abang sayangkan Nisa. Abang cintakan Nisa. Abang cintakan Nisa. Abang cintakan Nisa sangat-sangat, sayang." Haiqal mencium dahi dan kepala Nisa bertalu-talu. Jarinya mengesat pipi lembap merah milik isteri.

Nisa membalas pandangan matanya! Ya Allah! Sayang aku dah sedar! Cinta hati, permata hati, jantung hati aku dah sedar! Alhamdulillah, Ya Allah!

"Nisa.. Nisa janji jangan tinggalkan abang dah, ya? Nisa tolong lah percayakan abang. Yakinlah dengan abang. Abang mampu. Abang kuat nak jaga Nisa. Nisa jangan lah tak percayakan abang. Sampai Nisa hilang macam ni. Abang tak tahu nak bawa Nisa balik macam mana.

Maafkan abang sebab menangis. Tapi bukan abang lemah. Abang cuma risau Nisa masih tak pulang-pulang pada abang, pada Hannah, pada Haisa. Abang sayangkan Nisa. Nisa janganlah takut lagi. Janganlah hilang dah. Abang sentiasa ada untuk Nisa. Sayang percayakan abang. Tolonglah.."

Haiqal merayu dan memohon supaya Nisa faham. Kehilangan Nisa hampir lima hari ini memang sangat menakutkan dia. Dia tak sanggup nak membayangkan hidupnya tanpa isteri kesayangannya ini.

Nisa mula menggeleng-gelengkan kepala. Tangannya memegang pipi suami. Suami yang dia sangat rindu. Pipi suaminya cengkung. Ya Allah, berdosanya aku.

"Abang.. jangan cakap macam ni. Nisa takkan tinggalkan abang. Abang pun janganlah cakap kalau 'abang takde'. Nisa taknak kehilangan abang." Nisa segera mencium tangan kanan Haiqal lama.

"Nisa minta ampun pada abang. Nisa takkan tinggalkan abang dah. Abang pun takkan tinggalkan Nisa, kan? Abang, tolong. Tolong jangan suruh Nisa bayangkan kalau abang takde. Nisa tak boleh." Nisa makin teresak. Haiqal menunduk mencium kepala Nisa. Kemudian, dipeluk Nisa lama.

"Nisa berdosa pada abang, pada anak-anak kita. Nisa minta maaf, abang. Ampunkan Nisa." Nisa menangis di dada Haiqal. Mata Haiqal juga menitiskan air mata, air mata syukur. Syukran, Ya Allah! "Abang maafkan Nisa. Cuma tolong, jangan tinggalkan abang lagi." Terasa Nisa menggeleng-gelengkan kepala di dadanya.

Haiqal dah reda. Tapi Nisa masih belum reda tangisannya. "Nisa... dah, sayang. Jangan menangis. Abang ada, Hannah ada. Esok kita jumpa Haisa, ya."

Muka Haiqal menjadi seorang Haiqal balik. Seorang suami yang gagah pada pandangan Nisa. Mukanya kembali seperti biasa ketika dia memeluk tubuh Nisa.

Sudah hilang riak sedih, riak hiba, sayu, air mata gembira semua dah hilang. Yang ada, jelas di mata semua yang melihat, hanyalah raut bahagia. Raut suka seorang suami tatkala mendakap seorang isteri.

Nisa angkat muka. "Abang, Nisa nak tengok Hannah." Haiqal senyum, baru saja nak membalas, Suzana masuk membawa Hannah yang nyenyak tidur di kelekannya. Raut wajah Suzana ketara terkejut dengan keadaan muka dan pandangan Nisa ke arahnya. "Encik Haiqal, Puan Nisa dah sedar?"

Haiqal segera bangun dan mengangguk perlahan. Diambil Hannah bila disua Suzana. Dia senyum kepada Suzana. Nampak semangat pada wajah tampan kapten itu walaupun sedikit cengkung.

Haiqal segera memberi isyarat kepada Suzana supaya cepat keluar. Matanya diisyaratkan ke arah Nisa. 'Keluar dulu, saya nak bermanja dengan isteri dan anak.' Suzana hampir ketawa tapi ditahan. Dia hanya mengangguk kepada Haiqal dan juga pada Nisa. Isteri muda itu hanya memandangnya dengan muka yang masih bersisa tangis. Pipinya merah tak usah nak kata.

Haiqal menyerahkan Hannah pada Nisa. Nisa menyambut, dikelek lembut anak keduanya ini. "Hannah, maafkan mama, sayang. Mama Hannah ni tak pandai.Tapi sekarang dah tak macam tu dah. Nasib baik papa Hannah pandai. Sabar melayani kerenah tak pandai mama ni. Papa Hannah terbaik tau. Maafkan mama ya, sayang."

Ayat Nisa hampir menghambur tawa Haiqal. Tapi dia hanya senyum melihat pemandangan ini. Muka Nisa yang lembut ketika mendukung anak. Mukanya yang penuh dengan ciri keibuan dan rasa kagum yang tinggi. Dikesat tubir mata yang rasa basah kembali.

Nisa kembali seperti dulu. Sekejap saja moodnya berubah. Serupa dulu, senang saja dia nak move on dari menangis ke ketawa. Itulah Nisa dia. Dan Nisa yang itu ada di hadapannya sekarang.

Dia tak nak fikir mengenai kejadian malam empat hari lepas. Tapi bila Nisa dah okay dan kembali sebetulnya normal seperti dulu, dia akan menyiasat. Dia sudah nampak jalannya dan siapa yang dia akan minta tolong. Senyuman di bibir Haiqal berbunga lagi. Dilabuhkan duduk di birai katil yang sama memerhatikan Nisa.

"Abang.. muka Hannah macam abang." Nisa mengangkat muka dengan senyuman. Sudah hilang sinar sayunya tadi, dengan sisa air mata yang sudah kering di pipi merah itu. Haiqal mengangguk dalam senyum.

"Masa kecil ikut muka papa, nanti besar mesti ikut muka mama, kan? Mesti cantik macam mama juga ni." Nisa tersenyum bahagia mendengar kata-kata Haiqal itu. "Sayang.." Haiqal memanggil, bersahaja. Nisa hanya hmm sambil terus memandang wajah Hannah.

'Astaghfirullah, jauhkan aku dari bayangan yang bukan-bukan. Anak aku hidup. Selamat dalam dakapan aku, Ya Allah. Ampunkan semua dosaku.'

"Nurse cakap, Hannah dah bergantung pada susu formula. Tak boleh minum susu lain dah lepas ni." Haiqal menuturkan satu-satu sambil memandang bawah. "Ha? Habis tu susu Nisa? Macam mana? Hannah tak boleh minum ke? Hannah, maafkan mama sebab abaikan Hannah. Tapi Hannah akan minum susu mama, kan? Kalau Hannah tak minum, siapa yang akan minum? Haisa lah yang kena habiskan?"

Nisa mula resah. Sakit dan beratlah dadanya menanggung bekalan susu. Bekalan susunya banyak. Yelah, untuk dua bayi. Haiqal hanya senyum memerhatikan kekalutan isteri.

"Abang minum." Haiqal menjawab selamba dengan sengihan nakal di wajahnya. Nisa terus angkat muka dengan matanya yang bulat. "Abang!" Nisa sudah terjerit kecil.

Haiqal mula kecilkan mata sambil mengangkat kening. "Kenapa? Nisa tak suka ke? Nisa suka, kan? Abang ingat lagi suara Nisa masa tu. Nisa menge..."

Nisa terus memukul lengan Haiqal dengan bantal hospital. "Abang ni.." Muka Nisa sudah masam. "Tak payah cerita fasal tu. Susu Nisa ni macam mana?" Nisa bertanya serius.

Haiqal dah membuat riak muka suka sambil mengeluarkan lidahnya. Nisa dah menjerit kecil. "Abang! Nisa serius lah!" Ditutup telinga Hannah, risau terdengar perbualan atau jeritan kecilnya.

Haiqal dah ketawa terbahak-bahak. "Takde lah, Nisa. Nurse cakap hari second sampai harini, Hannah minum susu ibu. First day je Hannah minum susu formula. Tapi nurse cakap tak sesuai dengan Hannah.

Hannah kena minum susu ibu juga. So, sampai sekarang Hannah minum susu ibu je. Sebab tu Hannah sihat je ni. Tengok badan dia, makin bambam tu." Haiqal berkata selamba lagi sambil memegang tangan Hannah.

"Susu ibu? Ibu mana?" Nisa bertanya hairan. Mukanya diangkat dan difokuskan pada Haiqal. Takkan ibu mertua aku kot? Nisa terkebil-kebil menanti jawapan Haiqal. Haiqal tunduk bermain dengan tangan Hannah.

"Susu Nisa lah. Abang yang pamkan. Tu pun nurse yang ajar abang. Sebab susu Nisa tumpah banyak sangat. Sempat abang rasa.."

"Abang!" Nisa dah jerit dulu. Haiqal ketawa bagai nak gila lagi.

Tika dia mengepam dan membersihkan bahagian sensitif itu, Nisa memang tak sedar. Dia masih dalam dunianya. Memang tak dihiraukan langsung apa yang jadi di sekelilingnya.

Nisa terus-terusan cemberut dengan mukanya yang keseluruhan warna merah. Benar. Nisanya, isteri manjanya, isteri budak-budaknya sudah kembali ke sisinya. Haiqal mengucapkan syukur untuk kesekian kali di dalam hati.

Dah puas Haiqal ketawa, baru ditanya betul-betul, "Nisa nak makan tak? Abang cakap pada nurse?" Hatinya sayu mengenangkan empat hari Nisa tak makan. Susut badan isterinya. Cuma mukanya saja yang ada sinar, yang melegakan dia.

"Nak. Nisa lapar sangat." Nisa merengek manja pada Haiqal. Haiqal senyum. "Lepas makan, Nisa mandi, ya. Jangan risau, abang mandikan." Haiqal mengenyit nakal. Nisa menjeling sahaja. "Nisa mandi sendiri."

Haiqal senyum. Selama Nisa hilang, memang Nisa mandi sendiri. Tapi tak kerap. Hanya membersihkan diri ikut kepentingannya sahaja. Haiqal mengeluh dalam hati. Dia taknak ingat dah semua tu.

Haiqal cium dahi Nisa. "Terima kasih, sayang."

"Terima kasih pada abang juga." Nisa senyum syukur.

________




Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro