8│nak baby

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Nisa tekun melihat Haiqal iron uniform maritim putih itu. Haiqal menerangkan satu persatu cara nak iron uniform dengan betul. Haiqal dah terangkan sebelum ni, tapi Nisa lupa.

Nisa iron pun mesti tak cukup umph. Kerana fikir urusan kerjanya lagi, dengan nak uruskan rumah tangga lagi. Haiqal pun sering iron baju sendiri, tak mahu menyusahkan Nisa.

Nisa tekun mendengar penerangan Haiqal. Selepas ini, dia akan iron uniform Haiqal sampai umph. Nisa bertekad, dia akan uruskan keperluan Haiqal dengan baik.

Dilihat Haiqal memasang habis satu persatu lencana pada uniform putih itu. Nisa angguk faham. Dulu Nisa join Suksis (sukarelawan polis) tika belajar. Lebih kurang sama je nak pasang semua lencana tu.

Nisa ambil Peak Cap milik Haiqal, dicuba di atas kepalanya. Haiqal ketawa lucu. Sempat disnap gaya isterinya yang comel itu. Haiqal melihat gambar yang dirakam dalam HTCnya.

Digeleng-gelengkan kepala, pura-pura memegang dadanya konon sakit. "Comel sangat isteri abang. Abang rasa sakit dada sebab dup dap kuat sangat." Nisa yang terdengar terus cabut Peak Cap, diletakkan elok-elok di atas meja. Nisa berlari ke sisi Haiqal dan turut menjenguk. Nisa turut ketawa melihat gambarnya.

Nisa paut lengan sasa Haiqal, mendongak dia memandang Haiqal, "Abang, jom makan. Nisa dah masak dah." Haiqal letak phone ke dalam poket seluar. Turut senyum memandang Nisa, "Nisa masak apa?"

Nisa angkat-angkat kening, sengih tayang gigi, "Jomlah turun bawah." Haiqal layankan saja perangai budak-budak Nisa, "Okay, jom."

Sudah seminggu suami isteri itu duduk di rumah yang dibeli Haiqal. Rumah banglo, lima bilik kesemuanya. Rumah ini ke tempat kerja Haiqal cuma 3 minit saja naik kereta.

Hari ni, last day Nisa bekerja sebagai Data Analyst di syarikat konsultan. Alhamdulillah. Semuanya dah selesai. Sekarang, Nisa nak belajar jadi isteri yang baik pada Haiqal. Dia nak bagi sepenuh perhatian pada Haiqal, kira nak jadi full time isteri mithali.

"Lah, sayang buat ketam masak lemak cili api ke? Pandainya isteri abang." Haiqal senyum gembira, dicubit geram kedua-dua pipi Nisa. Nisa sengih sama tayang gigi.

"Nisa ambil resipi dekat internet ke?" Haiqal tarik kerusi. Nisa geleng dan mencedok kuah ke dalam pinggan Haiqal, "Taklah, Nisa mintak resipi dari ibu. Cepatlah, abang. Rasa, sedap tak?"

Nisa sudah menongkat dagu di sebelah Haiqal. Haiqal tergelak, diceduk kuah lemak warna kuning oren itu, dihirup sikit. Haiqal kerut-kerut kening gaya chef rasa masakan peserta, "Emmm, not bad."

Nisa tak percaya, "Betul ke? Macam tak sedap je." Haiqal cepat-cepat geleng, "Eh, betullah sedap. Macam ibu selalu masak. Cuma kurang manis je sikit." Haiqal sengih.

Nisa dah terlopong. Cepat-cepat dihirup juga. Terus muka Nisa beriak sedih, "Abang, masin dia lebih sikit. Sorry." Haiqal hanya senyum, ditarik tangan Nisa agar duduk sekali di sebelahnya, "Takpelah, dah sedap ni. Dah, jom makan. Takdek lah teruk mana, perut abang boleh terima lagi ni."

Nisa pandang Haiqal. Haiqal senyum manis je. "Takpelah, tak baik membazir. Lagipun, takdek teruk mana pun, sayang. Lepas ni, sayang masak, sayang letak lebih gula je dan kurangkan garam, okay? Dah, jangan sebek macam tu depan rezeki, tak baik. Kita makan, ya?"

Nisa senyum sikit, 'Baiknya dia.'

Mereka pun makan dengan bahagia. Senang je Nisa ni nak move on dari rasa sedih kepada rasa seronok. Haiqal sedar fakta itu.

Lepas isyak, Haiqal teman Nisa lipat baju di ruang tamu sambil tengok email di HTC. TV tengah tayang entah cerita apa.

"Sayang, adik sayang... Amir. Dia tak sekolah, kan?"

Nisa angkat kepala dan hanya geleng kepala. Nisa tunduk, "Tak, dia kerja dekat kedai makan depan simpang rumah tu je. Tu pun puas ma dengan Nisa pujuk dia."

Nisa memandang Haiqal, "Kenapa?" Haiqal berfikir, "Amir ada SPM?" Nisa geleng lagi, "Dia ada UPSR je." Nisa malu rasanya nak bercerita fasal adiknya yang seorang itu. Haiqal tahu.

"Nisa, Nisa malu eh sebab Amir tak sekolah?" Nisa pandang Haiqal dan tunduk, terhenti sekejap nak lipat kain. "Malu lah juga. Sebab dia belajar sampai Tingkatan 2 je. Dia nak sangat berhenti sekolah. Ma dengan Nisa dengan Zarul puas suruh dia sambung, tapi dia tetap taknak. Nisa pikirkan masa depan dia. Kalau ma dah takdek, dia macam mana nanti? Tu yang Nisa fikir."

Haiqal senyum, dipanggil Nisa duduk di sebelahnya di sofa. Nisa akur. Dibawa dirinya bangun dan duduk menghadap suaminya. Kepala masih tunduk. Kedua-dua tangannya digenggam Haiqal.

"Nisa, walau apa pun dia masih adik Nisa, kan? Nisa tak boleh berperasaan malu macam tu bila orang tanya fasal Amir pada Nisa. Kalau Nisa rasa malu je, Nisa akan nampak negatif je pada perangai Amir nanti.

Cuba Nisa tengok dari sudut positif. Amir tak sekolah, Amir sentiasa ada tengokkan ma masa Nisa dan Zarul duduk jauh, kan? Amir ada teman ma masa ma nak pergi hospital tiap bulan nak ambil ubat, masa Nisa masih belajar, dan masa Zarul kerja. Amir ada dekat rumah tiap masa bila ma tak larat nak masak. Amir ada untuk belikan lauk, kan?"

Nisa diam, Haiqal menyambung, "Takpe. Lepas ni bila sesiapa tanya fasal Amir pada Nisa, Nisa buang semua rasa malu atau menyampah nak bagitahu perkhabaran Amir, ya?" Nisa hanya angguk. "Pandang abang, sayang."

Nisa angkat muka memandang muka Haiqal. Baru dia sedar, walaupun dia tak memarahi Amir depan-depan, walaupun kadang- kadang dia belanja Amir makan, tapi dia berhati marah dan jengkel pada Amir dalam diam. Kesian adiknya yang itu. Maafkan Angah, Amir.

Nisa senyum dan Nisa angguk pada Haiqal, "Terima kasih, abang." Terus dipeluk pinggang Haiqal, direbahkan pipi kirinya di dada Haiqal. Haiqal senyum bahagia, dipeluk belakang Nisa, dikucup ubun-ubun Nisa.

Tiba-tiba, Nisa angkat muka memandang Haiqal, dagunya disangkut di dada Haiqal. Haiqal pandang bawah dan tahan senyum tengok gaya Nisa.

"Tapi, kan... kenapa abang tiba-tiba tanya fasal Amir tadi?" Haiqal tepuk dahi, "Ha,ah Nisa buat gaya menggoda macam ni, sampai abang lupa dah." Nisa muncung sikit.

Haiqal sengih, "Abang ingat, abang nak hantar Amir masuk kolej kemahiran." Nisa terkejut, terus diangkat kepalanya dari dada Haiqal, "Abang...." Muka Nisa beriak terharu campur tak sangka.

Haiqal senyum dan bertanya kenapa? Nisa balas tersekat-sekat, "Nisa tengok duit Nisa dulu ada berapa, Nisa kena kira bajet. Em, berapa tahun nanti Amir dekat sana ya? Nisa..."

Haiqal senyum melihat kekalutan Nisa, lembut diletakkan jari telunjuknya di bibir Nisa. "Nisa, Nisa tak perlu buat apa-apa pun. Semua tu abang akan uruskan. Abang cuma nak buat yang terbaik untuk Amir. Amir pun tak perlu uruskan semua sebab abang dan kawan abang dekat sana yang akan settlekan. Amir cuma perlu bawa beg dan badan je pada tarikh tu nanti. Bagi abang peluang sekurang-kurangnya nak berbakti pada Amir."

Nisa diam, cuba menyusun kata, "Tapi... Amir, tak pandai bergaul. Dia berhenti sekolah pun sebab dia selalu kena buli. Nisa risau kalau hantar dia ke kolej, dia sorang-sorang dia tak pandai jaga diri." Haiqal senyum mendengarkan itu.

"Itu, dulu. Mungkin sekarang dia dah okay? Dia kan dah kerja dekat kedai makan. Dia mesti ada kenalan dan dah biasa dengan orang. Lagipun, dekat kolej tu nanti, ada kawan abang.

Abang memang nak minta dia tengokkan Amir kat sana. Nisa jangan risau. Hari tu masa kenduri kita, abang tengok Amir tak kekok macam ma cerita pada abang. Ma dah cerita pada abang macam mana perangai Amir masa dulu. Sekarang dah tak macam tu dah.

Amir dah pandai bergaul abang tengok. Jadi, abang rasa, insyaAllah. Kali ni usaha kita demi masa depan Amir, Amir akan setuju. Lagipun, biarlah abang tolong Amir dengan cara ni." Nisa terkebil-kebil mendengar kata panjang dari suaminya.

Bukan Nisa tak pernah nak buat ikut cadangan Haiqal. Tapi baru hujung tahun lepas Amir mula bekerja dan perlahan-lahan makin okay dengan persekitaran. Kalau tak, Amir seperti kelihatan tidak normal untuk budak lelaki berumur15 tahun.

Kerana dulu, Amir suka menyendiri dan tidak matang sebagai remaja. Bila disuruh, baru dia buat. Sebab tu tika bersekolah, Amir selalu dibuli akibat tak tahu nak bertindak sendiri. Amir sentiasa kena ada orang bimbing dan arah.

Tahun lepas, family Nisa baru saja duduk di Kuantan, dengan rumah sewa yang kosong. Kerana itu, Nisa bekerja, Zarul bekerja untuk membayar sewa rumah, untuk perabot rumah, untuk keperluan rumah dan sebagainya.

Nisa ingat lagi, awal-awal duduk di Kuantan, bajunya semua dalam bagasi kerana tiada almari dan tidur pun di atas comforter. Mak Nisa pun tiada almari baju. Berlipat-lipatlah beralaskan surat khabar. Meja dapur dan rak pinggan pun tiada. Kalau nak masak kena bersila di depan dapur. Mesin basuh pun tiada. Mereka semua basuh baju sendiri.

Tambah pula, Puan Rusna tak bekerja dan tidak memperoleh apa-apa punca rezeki kecuali menjual kuih buatan sendiri, juga untuk mengisi masa lapang.

Disebabkan itu, Nisa tak tahu bagaimana dan tak cukup sumber kewangan untuk hantar Amir ke pusat kemahiran. Dengan bajet nak beli perabot untuk keselesaan diri dan ma lagi.

Nisa pandang wajah Haiqal dengan mata terkebil-kebil.

Keluarganya baru baik dari badai konflik dengan adik-beradik tiri. Amir baru sahaja menjadi budak normal berumur 16 tahun dan bekerja 5 bulan masuk tahun ini.

Tahun lepas, keluarganya agak sesak. Dengan dirinya yang fresh graduate tergesa-gesa mencari kerja. Dengan masa seronok dua bulan saja selepas menganggur dan bermalam di rumah Mas... dan mengenali abang Mas ini.

Dan tahun ini, kerana Haiqal, dia sudah tahu semua berkenaan arwah ayah kandungnya. Dia sudah tahu cerita sebenar selepas ma dan arwah ayah kandungnya berpisah.

Tahun ini juga, dia sudah bergelar isteri kepada Haiqal, sebaik-baik lelaki yang dia pernah jumpa. Dan sekarang, Haiqal mahu membantu masa depan Amir, adiknya.

Nisa rasa nak menangis. "Abangg..." Muka Nisa mula sebek. Keningnya dah melengkung ke bawah.

Haiqal senyum. Sebulan dalam menguruskan hal nikah dan perkahwinan pun baru nak dekat dua minggu, dia tahu Nisa mudah tersentuh. Ditarik Nisa ke dalam pelukan, dirangkul kemas bahu Nisa. Kepala Nisa didadanya, diusap-usap lembut. "Shh... Nisa, takmo lah, jangan nangis."

Nisa sudah tersedu-sedu. Nisa panggung kepala, "At least, abang bagi Nisa sumbang sikit untuk Amir? Abang separuh, Nisa separuh untuk kos Amir belajar? Boleh tak?"

Haiqal senyum, teringin nak mengusik Nisa. "Tak boleh. Biar abang yang tanggung semua."

Nisa dah pukul perlahan lengan Haiqal, "Abang... Amir kan adik Nisa. Bagilah Nisa peluang nak berbakti pada dia juga, please? Abang dah banyak dah buat semua untuk Nisa dan family. Masa wedding kita pun, semua abang bayar. Abang tak bagi Nisa keluar duit pun. Tak acilah, kalau abang je jadi hero. Nisa nak jadi hero juga." Air mata meleleh di pipi, tapi membebel serupa budak tadika tak dapat aiskrim.

Haiqal ketawa saja, dilap air mata Nisa. "Okay, okay, abang bagi Nisa nak jadi hero. Tapi cuma 1/3 je daripada kos belajar Amir nanti, okay? Yang lain, semua abang uruskan. You can take it or leave it." Haiqal silang tangan dan diangkat-angkat keningnya.

Nisa muncung panjang, dicabut cermin mata dan dilap sisa air matanya, "Hm, 1/3 pun 1/3 lah. Ada juga nama Nisa dalam kredit nanti." Haiqal senyum, ditarik Nisa ke dalam pelukan lagi.

Nisa sembunyikan senyuman dan ditongkat dagunya di dada Haiqal, "Abang." Dipanggil Haiqal lembut dan perlahan. Haiqal mengecilkan mata, macam ada muslihat je bini aku ni, "Ya, sayang." Haiqal menjawab juga baik-baik.

"Pejam mata, Nisa nak bagi hadiah." Nisa bersuara dalam sengih. Haiqal kulum senyum dan dipejamkan juga kedua-dua matanya. Nisa tenung wajah Haiqal untuk lima saat. 'Handsomenya suamiku. Alhamdulillah, Ya Allah. Syukran, Ya Allah.'

Dan cup! Satu ciuman kecil diberinya laju pada bibir Haiqal. Dan terus dia berlari naik ke atas. Ini kali pertama dia mencium Haiqal dulu. Selalunya suaminya yang memulakan dulu.

Haiqal terkejut dan senyum menyenget. Dia nampak kelibat isterinya berlari ke atas. Haiqal tutup TV, dibiarkan saja baju yang tak siap dilipat di dalam bakul. Dan terus juga dia berlari ke atas. Siaplah Nisa malam ni. Haha.

⁜⁜⁜


Nisa melihat kalendar Life pada iPhonenya. Dan senyum sorang- sorang, hehe. Esok Sabtu dan Ahad, Haiqal cuti. Nisa ada plan untuk aktiviti mereka di malam ini. Hari Jumaat, Haiqal balik jam 5 petang.

Tiada apa-apa yang special pun. Cuma dia mengira kitaran haidnya dan sekarang waktu subur dia. Nisa tutup muka kerana malu memikirkan benda-benda begini. Tapi Nisa fikir, dia sudah sedia untuk menjadi seorang ibu. Dia sudah sedia untuk belajar. Lagipun, bagus ada anak masa muda-muda ni.

Malam itu, Nisa ajak Haiqal tidur awal. Haiqal pelik, baru jam nak merangkak ke 9.30. Awalnya... Tapi diikutkan saja. Bermanja dengan Nisa atas katil pun apa salahnya. Tapi...

Haiqal jenguk kalendar pada HTC. Seminggu lepas, dia minta tapi Nisa cakap dia period. Dia ingat lagi muka merah Nisa tika menyuarakan one word itu. Maknanya... dia dah habis lah ni? Haiqal senyum lain macam. Oh, pandai bini dia sekarang.

Nisa sudah lima minit dalam bilik air. Haiqal menanggalkan baju seperti biasa. Dia memang biasa tidur tak berbaju. Bilik ada aircond tapi kulit Haiqal serupa kulit buaya. Sebab tu Nisa suka tidur peluk Haiqal, nak tumpang haba badan suaminya.

Haiqal bersilang tangan, menunggu Nisa di atas katil. Dua minit kemudian, Nisa menjengukkan kepala dari pintu bilik air. Haiqal senyum melihatkan itu.

Nisa tak tahu mahu mendekati Haiqal bagaimana. Dia segan nak mati bila mata suaminya serupa mata tika malam pertama mereka haritu. Dahlah night gown Victoria Secret pemberian Mun ni seksi nak mati.

Warna merah terang, memang kena dengan kulit Nisa yang putih sehingga nampak urat halus hijau di lengannya. Kainnya pula senipis-nipis kain. Bertali halus dan terdedah di belakang. Tambah pula, hanya separas pangkal paha, tak sampai ke lutut pun.

Nisa menutup bahagian dadanya yang jarang dengan rambutnya. Nasib baik panjang, dah macam ikan duyung dah rasa. Nisa masih terkebil- kebil memandang Haiqal.

Haiqal senyum, dia mengerti perasaan Nisa. Nisa masih malu-malu. "Sayang?" Nisa tersedar dan sengih, "Abang, tutup mata dulu." Haiqal mengikut saja. Nisa malu nak berjalan bila Haiqal tengok dia bagai nak telan. Nanti dia tersadung ke kerana gabra sangat.

Nisa berjalan sambil menarik-narik gown pendek di tubuhnya ke bawah supaya sampai ke lutut. Tapi bahagian dada pula yang terdedah terus. Dia melangkah biasa dan terus memanjat katil, duduk di sebelah kiri Haiqal. Haiqal tahu Nisa buat apa. Dia boleh rasa Nisa ambil selimut dan berkelubung.

"Abang, dah." Haiqal toleh kiri dan senyum, kan betul. Dipandang kepala Nisa yang timbul. Badannya lengkap dibungkus dengan comforter tebal. Dalam senyum, ditarik Nisa supaya lebih dekat dengannya.

Cermin mata Nisa dicabut dan diletakkan di meja kecil belahnya. Dengan matanya tak lepas dari memandang Nisa. Suasana bilik sudah samar-samar, kelam gitu. Hanya lampu tidur belah dia saja yang menyala.

Nisa tunduk ketika Haiqal menarik perlahan-lahan comforter dari tubuhnya. Sekarang, Haiqal sudah nampak jelas night gown yang dipakai Nisa. Haiqal senyum, ditarik pinggang Nisa. Nisa meletakkan tangannya di bahu Haiqal dan setia tunduk.

Haiqal membaringkan Nisa, dibelai anak rambut Nisa dengan tangan kiri manakala tangan kanannya memaut erat pinggang Nisa. Nisa mengalihkan mukanya ke kanan bila sedar mata Haiqal galak memerhatikan dia dari atas sampai ke bawah. Muka Haiqal tak bereaksi, hanya matanya berbicara.

Tangannya cuba membaiki night gown yang terselak menampakkan habis bahagian pangkal paha dan ke atas. Sebelah tangan lagi cuba menyilang di bahagian dada untuk menutup bahagian yang jarang itu.

Tangan Haiqal yang tadinya di pinggang sudah melorot ke bawah menghalang tangan Nisa, "Nisa? Nisa nak anak ke?" Nisa pandang mata Haiqal... dan hanya mengangguk. Jantungnya sudah berdegup kuat serupa di sebelah telinga dia saja bunyinya.

"Esok... biar abang masak. Sebab esok Nisa tak boleh jalan." Nisa terus bulat mata, tapi sekejap saja bila bibirnya dipagut rakus oleh bibir Haiqal.

Dalam mabuk asmara itu, sempat diaminkan dalam hati sepotong doa yang dibaca Haiqal ketika mencium lehernya. Haruman tubuh Nisa membuat Haiqal separuh nanar. Kulit hangat Nisa membuatkan Haiqal rasa tak sabar.

Genggaman Nisa pada cadar katil menceritakan segala-galanya. Haiqal teringat permintaan Nisa yang mahukan anak pertama mereka lelaki.

Dua badan menjadi satu dalam dendam asmara yang tertahan dan akhirnya dapat diluahkan.

⁜⁜⁜


Esoknya kaki Nisa sebiji rasa macam jelly. Tak sanggup dia nak pandang wajah Haiqal. Dia malu dengan senyuman Haiqal, membuatkan dia rasa nak duduk dalam tandas tak keluar-keluar dah.

Nisa terlepas subuh, sebab Haiqal tak kejutkan. "Abang tak kejutkan sebab kesiankan Nisa." Tapi ayat dia macam menganjing je, bukan kesian pun. Nisa bangun pun pukul 10 lebih. MasyaAllah, lambat gila. Nisa rasa taknak dah goda Haiqal macam semalam.

Nisa duduk diam di birai katil selepas mandi. Haiqal masuk dengan dulang di tangan. Nisa tunduk saja. Haiqal menghampiri, diletakkan dulang di atas meja sisi.

Dipegang sepinggan mi goreng dengan tangan kiri, sebelah tangan lagi nak menyuap Nisa. "Nisa boleh suap sendiri." Haiqal senyum dalam dia menggeleng, "Tangan Nisa pun sakitkan." Haiqal angkat-angkat kening. Nisa mula muncung. "Okay, okay, takpelah abang suapkan Nisa eh. Say aa." Nisa ikutkan aje.

"Em sedapnya, abang masak ke?" Haiqal geleng, "Abang beli dekat warung depan tu je. Abang mana larat nak masak, sayang. Semalam berapa round, sayang." Terus ditampar paha Haiqal, "Abang! Jangan lah cerita dah! Malulah Nisa."

Haiqal cepat-cepat menggosok paha kanannya, sakit! Nisa dah muka cemberut. Haiqal mengaduh sakit dan meminta maaf, "Okay, okay, sayang. Abang tak bukak dah." Haiqal diam dan menggaul mi goreng, "Tapi kan, Nisa nak malu apa, kita dua je pun Nisa, suami Nisa jugak, kan?"

Nisa jeling Haiqal, pipinya sudah merah panas. "Dosa menjeling suami tau, Nisa." Haiqal senyum dalam mengusik sekali gus mengingatkan. Nisa tunduk, "Sorry." Nisa bersuara perlahan. Haiqal senyum je, "Dah, abang maafkan. Abang pun minta maaf ya, sayang. Dah, makan ni. Habiskan, lepas ni abang pimpin Nisa turun bawah."

Nisa malas nak balas, hanya senyum saja. Dihabiskan mi goreng sampai licin. Air susu Goodday di serahkan oleh Haiqal. 'Terbaik layanan dia,' Nisa sengih. Haiqal tergelak dan mengajak Nisa turun.

"Nanti Nisa duduk je tau. Abang buat semua. Cadar pun kena tukar ni. Lencun habis." Haiqal bertutur selamba. Nisa terus debik lengan suaminya, "Abang! Apa cakap macam tu." Nisa terus tunduk. Tapi tangannya dicapai kembali oleh Haiqal, untuk dipimpin turun ke bawah. Haiqal ketawa besar cuma.

⁜⁜⁜


"Assalamualaikum, abang."

Haiqal menjawab salam Nisa. "Ada apa, sayang?"

"Abang tengah buat apa?"

Haiqal membelek-belek fail di tangan. "Tak ada apa pun, Nisa. Tengah tengok report je macam biasa. Kenapa, sayang? Bosan ke dekat rumah?" Haiqal bersandar dan tersengih. Fail di hadapan mengenai Pameran LIMA tahun lepas. Dah kena tengok sebagai rujukan pameran tahun depan pula.

"Emmm, bosan. Abang cepatlah balik." Haiqal tergelak mendengarkan rengekan itu. "Ha, abang. Nanti abang belikan Nisa buah mempelam, ya? Yang masam-masam punya. Nisa rasa nak cicah sambal, sedapnya. Boleh eh, abang?" Nisa sengih di depan tingkap dapur mengharap.

"Boleh je, sayang. Balik nanti abang bawak eh?" Tapi dalam hatinya, mana pulak aku nak cari buah pelam ni? "Yay! Terima kasih, abang. Dah, taknak kacau abang buat kerja. Abang kerja elok-elok. Muah! Abang handsome, haha. I, love, you. Okay, assalamualaikum." Terus talian dimatikan.

Haiqal menjawab salam sambil menggelengkan kepala. Budak-budaknya isteri aku ni. Dah dua bulan rupanya dorang jadi suami isteri. Haiqal senyum bahagia.

Tetibe, teringat fasal buah pelam yang diminta Nisa. Terus dia bangun dan bertanya kepada mereka yang ada di pejabat. Cuma ada setiausaha dan dua orang yang sedang meletakkan nota di board.

"Siapa sini tahu kat mana nak cari pelam? Pelam nak cicah sambal? Yang masam-masam?" Yang lain semua pandang Kapten Haiqal mereka dengan pelik.

"Pelam macam tu selalunya takdek jual, Tuan. Tapi dekat belakang pejabat kita ada. Kan, Roslan?" Roslan yang sedang cucuk nota di board terus pusing dan menghentak kaki, diangkat hormat. "Ya, Tuan! Belakang pejabat kita ada pelam macam tu, Tuan!"

Haiqal angguk, "Okay, Roslan. Saya arahkan awak keluar sekarang dan bawak pelam macam tu banyak-banyak, dua plastik, dan serahkan pada saya, faham?" Roslan beriak pelik, "Tapi, Tuan." Haiqal memotong, "Ini arahan." Dan terus tutup pintu.

Roslan dan Puan Rosnani saling pandang tak faham. Tiba-tiba Puan Rosnani ketawa perlahan, "Bini dia pregnant kot." Roslan hanya oohh dan sengih gembira. Yang seorang lagi pun sama tersengih.

Puan Rosnani ingat wajah isteri Haiqal. Dia hadir kerana suaminya salah seorang yang melaksanakan swordbearer dalam wedding Haiqal dua bulan lepas. Manis sangat orangnya, seperti Cina. Cuma matanya tak sepet, seperti Pan Asian pun ada. Roslan pun hadir wedding tu tapi tak terlibat swordbearer pun.

Petang itu, sampai saja di rumah, Haiqal memberi salam dengan perasaan gembira sebab mempelam keinginan isterinya ada di tangan kanan. Tapi tak dijawab pun dek Nisa.

Haiqal tolak pintu, ternampak isterinya tidur di sofa berangkai dengan muka pucat. Segera diletak dua plastik mempelam itu di atas meja. Bahu Nisa digoyang perlahan.

Nisa terpisat-pisat bangun, "Eh, abang. Abang baru balik? Maaf, Nisa tak tunggu abang depan pintu." Dicapai tangan Haiqal dan dicium macam biasa.

Dagu Nisa dipaut, dicium dahi Nisa seperti biasanya juga. "Nisa tak sihat ke? Kenapa tidur dekat sini? Nisa penat sangat ke? Nisa pitam, ya? Muka Nisa pucat sangat ni, kenapa?"

Nisa hanya senyum tawar memandang Haiqal, "Abang ni... risau sangat lah. Taklah. Tadi Nisa muntah-muntah, tak tahu kenapa." Haiqal sudah kerut kening.

Tiba-tiba ternampak dua plastik mempelam di atas meja. "Eh mempelam. Nisa nak makanlah. Nisa dah buat sambal dah siap-siap." Nisa bangun perlahan tapi dihalang Haiqal.

"Nisa, kita pergi klinik sekarang, periksa keadaan Nisa. Muka Nisa pucat sangat ni, abang risau." Haiqal berkata resah sambil dibelek-belek pipi dan dahi Nisa.

Nisa menggeleng-geleng, "Nisa okaylah, Nisa nak makan pelam ni sekarang. Abang tolong ambilkan pisau dengan sambal dekat dapur boleh?" Nisa sengih dalam lembut suaranya.

Haiqal geleng kepala dan bersuara tegas, "No. Balik nanti baru Nisa boleh makan. Sekarang kita pergi klinik ya, sayang. Abang risau. Abang ambil tudung Nisa."

"Nisa nak makan sekejap je, please."

"Nisa, kenapa degil sangat ni? Kita pergi klinik dulu. Balik kita makan ya, sayang?"

Nisa dah muka nak menangis. Bibirnya sudah terketar-ketar, "Abang tak sayangkan Nisa ke? Tolonglah, bagi Nisa makan dulu. Lepas tu kita pergi klinik." Tersentuh hati Haiqal dengan nada suara Nisa. Tambah-tambah lagi dengan perkataan 'tolong' itu.

Haiqal pelik dengan tingkah-laku Nisa. Nisa selalunya tak begini. Nisa akan ketawa, takpun mendengar kata-katanya dulu. Nisa memang menurut kata. Tapi sekarang, dia merayu serupa hidupnya bergantung pada mempelam itu.

"Abang, abang tak sayang Nisa ke?" Haiqal tersedar. Dipandang Nisa terus. Muka isterinya sudah banjir dengan air mata. Terus dirangkul Nisa, kemas.

"Sayang, jangan fikir macam tu. Abang sayangkan Nisa sangat-sangat. Okay, okay, Nisa makan pelam ni dulu sebiji dua. Lepas tu, kita pergi klinik terus, ya?"

Terus Nisa senyum, dah tak tersedu-sedu dah. "Okay!" Haiqal kesat air mata Nisa, dipakaikan cermin mata Nisa, dahi Nisa dicium lembut. Haiqal pelik tapi tetap melangkah ke dapur dan datang ke depan balik dengan pisau dan mangkuk sambal.

Haiqal perhati je Nisa makan pelam tu sambil dipotong satu-satu untuk isterinya ini. Nikmat benar nampaknya, mungkin ke...? Haiqal dah mula main serkap jarang. Haiqal senyum dan makan sekali bila dipelawa Nisa. 'Takpe, nanti dekat klinik kita tahu.'

_________



Nisa Haiqal and aperson loves you. if you love me three, tap the star button okay, muah ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro