EPISOD 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Hope You Guys Enjoy
~~~~~~~

Sambungan.....

Selepas berbual tentang kisah silam, Fattah berlalu ke bilik air untuk bersiap-siap nak ke masjid.

"Alif, kau tak nak ikut aku pergi masjid ke?" Fattah bertanya.

"Erm..saya tak pergi lah Uncle. Lagipun saya tak biasa lagi dengan orang-orang kampung kat sini." Balas Alif.

"Hmm ye lah tu. Kalau malas cakap je lah! Dah lah aku pergi dulu. Kau jaga rumah tau!" Fattah keluar dari rumah, menghidupkan enjin motor dan terus bergerak pergi ke surau.

"Hmm besar jugak rumah Uncle Fattah ni. Bukan biashe2 eh. Adoi aircond tak ada ke? Panas pulak!" Alif merungut.

Rumah Fattah ni memang nampak mewah di luar tapi didalam dia biasa je macam rumah kampung yang lain. Pakai kipas je. Tapi boleh dikira kaya lah tu. Dah setaraf macam rumah ketua kampung dah. Tiba-tiba....

Prak! (Bunyi ranting dipijak)

"Aish sape lah pulak tu! Dah lah Uncle tak ada ni!" Alif merasa pelik siapa yang datang rumah waktu Asar ni.

Prak! Prak! Prak! (Bunyi ranting dipijak lagi)

"Alahai makin banyak pulak bunyi! Baik aku pergi check." Alif pergi ke pintu depan dan membuka pintu....

"Aik tadi bukan main kuat lagi kat luar ni. Sekarang dah hilang pulak! Haih pelik-pelik..." Baru sahaja Alif nak masuk ke dalam semula....

"Oi! Hang ni orang baru dalam kampung ni kan?" Tanya budak-budak kampung yang muncul entah dari mana muncul.

"Ish korang ni buat terkejut aku je! Ye aku orang baru kat kampung ni. Ada apa?" Alif menjawab bersahaja.

"Ni aku nak habaq (beritahu) kat hang ni! Hang jangan nak tunjuk hebat sangat kat dalam kampung ni!" Salah seorang budak kampung bersuara.

"Err korang ni siapa? Tiba-tiba je datang rumah orang marah-marah ni!" Alif bertanya pelik.

"Kami lah samseng dekat kampung ni! Tak lama nanti kami pegang gelaran gangster kampung!" Terang Ajib, ketua samseng kampung.

"Erm..rilek lah. Aku bukannya buat apa pun dekat kampung ni. Aku datang nak lawat Pakcik aku je." Alif berkata.

"Heh kami cuma bagi amaran ja. Hang ikut hang selamat. Hang tak ikut tau lah nasib hang." Salah seorang samseng kampung tu bersuara.

Okay sebenarnya Alif ni tak pandai pun seni bela diri. Dia cuma mahir dalam bidang sains dan teknologi sahaja. Jadi sebab tu bila dia nampak samseng kampung ni datang ramai-ramai dia jadi takut sikit.

"Ataupun kalau hang nak yang paling selamat satu ja. Hang kena join kumpulan kami ni. Lagipun hang join kumpulan ni masyuk! Duit banyak masuk tau!" Terang ketua samseng kampung tu.

"Oh jadi ni lah kerja hampa semua! Patut lah makin lama makin bertambah ramai geng samseng kat kampung ni! Hampa pi balik!" Jerkah (jerit) Fattah yang tiba-tiba muncul dari bawah rumah sambil memegang parang yang baru sahaja diasah semalam.

Poof! Berdesup hilang semua geng-geng samseng tadi. Yang tinggal ketua samseng dengan lagi 2 orang anak buah dia kat situ.

"Ha! Hang Ajib anak Haji Dollah! Tingkap kereta aku bila nak ganti! Bukan main lagi hang tembak dengan lastik kayu tu sampai pecah tingkap kereta aku! Hang jangan ingat aku lupa! Aku tak hantar hang kat balai polis kira alhamdulillah lah tu!" Fattah berkata dekat seorang budak yang bernama Ajib.

"Hampa dua! Seman dengan Meon anak Pak Man dengan Pak Ali! Amboi bukan main lagi aku dengar tadi! Ketua samseng sangat lah ni! Karpet aku sidai kat ampaian yang hampa bakar tu bila nak ganti! Aku nasib baik ja tak gantung kepala hang kat atas kaki kat bawah masa dapat tangkap hang haritu! Jangan sampai dengan hang aku bakar sekali!"

Fattah mula naik marah bila teringat balik apa yang dibuat oleh samseng-samseng kampung tu. Umur baru 17 tahun ke bawah dah tunjuk samseng.

"Dah hampa pi balik sebelum kepala hampa aku tetak dengan parang! Pi balik!!" Jerit Fattah.

Berlari tak cukup tanah budak-budak tu. Sorang lari ikut hutan sorang lari ikut jalan sorang lagi lari sampai langgar pokok. Alif yang dari tadi hanya memerhati berasa takut sehingga meremang bulu roma.

"Hah! Kau ni yang tercegat kat situ dah kenapa? Dah solat ke belum ni?" Tanya Fattah.

"B-belum." Alif tergagap-gagap.

"Habis tu? Pergi solat sebelum kau pulak aku tetak nanti!" Kalini Fattah acah je tu.

Berlari Alif pergi bilik air. Takut sangat lah tu.













Malam Kemudian.....

"Alif. Kau buat apa kat luar malam-malam ni?" Tanya Fattah apabila dia melihat Alif duduk di beranda luar rumah.

"Oh Uncle. Tak ada apa lah. Cuma teringat masa Uncle marah budak kampung tadi tu." Alif tersengih-sengih.

"Alah tu baru sikit je tu. Aku dulu pernah buat lagi teruk dari tu kau tau!" Fattah berkata.

Muka Alif mula berubah pucat. Fattah marah tadi pun dah meremang bulu roma inikan pulak dia kata dia pernah buat lagi teruk. Lagi bertambah takut lah Alif tu.

"Kau jangan risau! Aku marah sebab diaorang buat salah. Takkan lah aku nak marah macam orang gila kalau diaorang tak buat salah. Kau jangan risau lah." Fattah memberi jaminan.

"Uncle memang dah biasa ke dengan samseng kampung tu?" Tanya Alif.

"Hmph dah biasa sangat dengan diaorang tu. Diaorang tu budak-budak kampung yang selalu buat perangai. Diaorang tu pelesit nombor satu kat dalam kampung ni. Jenis yang hati batu lah diaorang ni." Fattah dah biasa sangat dengan keadaan kampung tu.

"Dah! Jom masuk ke dalam!" Fattah menyuruh.

"Alah Uncle saya nak duduk kejap kat luar ni!" Alif berkata.

"Ha duduk lah kau kat luar ni lama-lama! Nak tidur terus pun bagus jugak! Pontianak banyak malam-malam macamni. Kau jangan salahkan aku kalau pontianak tu datang cekik kau!" Fattah terus menutup pintu.

"Uncle! Uncle jangan buat saya macamni! Uncle bukak pintu! Uncle!" Malam yang kelakar itu pun berakhir..







Keesokan Harinya Pada Waktu Subuh.....

Alif masih lagi membuta di dalam bilik tidur. Manakala Fattah sudah lama bersiap nak solat subuh. Fattah pun masuk ke bilik Alif.

"Alif! Bangun dah subuh dah ni! Bangun!" Fattah mengejut Alif.

"Haih tidur mati budak ni! Hmm....hehehe..tidur mati ye." Fattah tersenyum sinis. Nampaknya ada rancangan yang berlegar di dalam kepala Fattah.

Kok...kokok..kok! (Bunyi kokokan ayam di waktu pagi)

"Huarghh! Erm..dah pagi rupanya. Eh tadi aku ada dengar bunyi ayam. Tapi kenapa dekat sangat eh......Mak!!!" Alif menjerit terperanjat.

"Hah! Dah bangun dah rupanya! Ingatkan kau nak tidur kat dalam tu sampai malam!" Laung Fattah.

"Uncle! Uncle buat apa ni! Keluarkan lah saya! Uncle! Tolong lah!" Meraung-raung Alif merayu dekat Fattah.

Mana tidaknya! Alif tidur di dalam reban ayam! Rupanya masa dia tidur mati Subuh tadi, Fattah angkat Alif dikurungnya di dalam reban ayam.

"Lain kali cuba lah tak bangun subuh lagi! Sekarang dah menyesal kan! Kau duduk lah kat dalam tu sampai malam hahahaha!" Gelak puas Fattah nampaknya.

"Uncle! Jangan camni! Bukaklah Uncle!" Alif masih lagi meraung.

"Ah takde. Tu hukuman untuk kau! Tidur lah dalam tu sampai tengahari!" Fattah terus berlalu masuk ke dalam rumah.

"Uncle!!" Jeritan Alif bergema satu rumah tapi disahut dengan ketawa puas Fattah.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro