EPISOD 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

✨Hope You Guys Enjoy
~~~~~~

Sambungan.....

Keesokan Harinya, Alif masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi dia keluar dari bilik air, dia terlihat Fattah sedang sibuk memasak di dapur.

"Selamat pagi Uncle!" Ucap Alif.

"Selamat pagi. Macammana dengan bilik air baru ni? Okay tak?" Tanya Fattah.

"Okay je Uncle. Bertambah selesa ada lah." Kata Alif

"Hahaha bagus lah kalau kau cakap macamtu. Sudah mari makan aku ada masak nasi lemak ni." Pelawa Fattah.

"Wah hebat lah Uncle! Dah lah hensem pandai masak pulak tu!" Ujar Alif teruja.

"Heh biasalah! Kau tengok lah aku siapa hahaha." Kata Fattah sedikit riak.

"Hehehe ye lah Uncle." Alif hanya tersengih sahaja.

"Kau makan lah dulu. Aku nak pergi bawah rumah kejap. Ada benda yang aku nak ambik kat bawah tu." Fattah berkata.

"Baiklah Uncle." Alif mengiakan.

Fattah turun ke bawah ruang bawah rumah untuk mengambil barang. Bila dia keluar sahaja dari situ dia terlihat kereta Alif parking elok di depan rumah.

(Lebih kurang macamni lah)

"Alif! Mari sini kejap!" Laung Fattah.

"Ye Uncle. Ada apa?" Tanya Alif.

"Erm...kau ada ubah suai kereta tak?" Tanya Fattah semula.

"Eh tak pulak kenapa?" Alif pelik dengan pertanyaan bapa saudaranya itu.

"Kenapa aku tengok kereta kau ni lain macam je. Siap ada colour merah ni." Fattah berkata sambil menunjukkan keadaan kereta yang dipenuhi cat merah itu.

(Ni kereta Alif. Ha jangan main2 tau mahal ni)

"Ya Allah! Kereta aku!! Macammana boleh jadi macamni!" Alif tiba-tiba sahaja menjerit.

"Jadi bukan kau lah yang buat ni?" Tanya Fattah lagi.

"Memang tak lah Uncle! Ni mesti kerja budak samseng tu!" Alif sudah marah.

"Ni sabar dulu sabar." Fattah cuba menenangkan Alif.

"Nak sabar macammana Uncle!! Habis kereta saya dah kena-" Kata-kata Alif dipotong.

Pak!! (Kepala diketuk)

"Haish kau ni kan aku dah cakap sabar! Tak faham ke? Sabar!!" Fattah mengetuk kepala Alif.

"Ye lah Uncle.." Kata Alif pasrah.

"Bagus...sekarang ni aku tahu semua ni kerja diaorang dan aku tahu diaorang ada kat mana." Ujar Fattah dalam nada berbisik.

"Diaorang ada kat mana sekarang ni?" Tanya Alif ingin tahu. Cekap betul Uncle nya ni. Boleh kesan orang dari jauh!

"Diaorang ada kat dalam hutan getah sana tu sambil gelakkan kita. Aku dari tadi dah nampak dah cuma aku tunggu masa je.". Fattah berkata dalam nada tenang.

Alif cuba nak tengok tapi dihalang oleh Fattah.

"Eh jangan tengok! Nanti diaorang perasan hancur plan kita nak tangkap diaorang!" Kata Fattah masih lagi berbisik.

"Habis tu kita nak buat apa ni Uncle?" Alif bertanya.

"Macamni, kau alihkan perhatian diaorang. Kau pura-pura lah marah ke apa ke. Aku akan tangkap diaorang. Kau jangan risau mesti dapat." Fattah memberi jaminan.

"Baik Uncle."

Plan yang dirancang pun bermula. Diaorang sengaja kuatkan volume suara supaya yang tengah sembunyi dalam hutan pun boleh dengar untuk menarik perhatian diaorang.

"Adoi habislah kereta saya ni Uncle!!" Alif menjerit.

"Hish aku tak sangka lah diaorang sanggup buat macamni!! Menyesal aku menyesal!!" Lakonan mereka berdua sangat baik sampaikan yang tengah bersembunyi di dalam hutan tu pun tergelak melihat mereka.

"Hahaha wei lawak betul lah depa (mereka) tu!" Ajib tergelak melihat reaksi pura-pura Fattah dan Alif.

"Ha itulah aku dah cakap dengan hang! Plan aku mesti jadi punya kalini!" Seman dengan riak berkata.

"Huish hang memang masterplan lah Seman!" Meon pulak bersuara.

"Tapi kan Seman, mana hang rembat cat merah tu?" Tanya Ajib pelik.

"Pak aku punya. Kebetulan tadi aku nampak ada lebih masa dia cat peti surat tadi. Aku pun rembat lah!" Terang Seman.

"Wah hang memang best lah Seman! Aku bangga ada kawan penyamun macam hang!" Kata Meon.

"Dan satgi (sekejap lagi) hampa akan berbangga sebab kena tangkap dengan aku..." Jawab Fattah yang tiba-tiba muncul di belakang mereka.

"Hah!!" Kata mereka bertiga serentak. Terkejut sangat tu.

"Bagus sangat lah perbuatan hampa ni. 'BAGUS' sangat....Tapi tu lah aku terpaksa...."

Secara tiba-tiba kedengaran bunyi...

Dush! Dush! Dush! Pak! Boom! Dush! Dush! (Bunyi effect pukulan)

"Uish macammana lah Uncle boleh sampai kat sana tu! Sejak bila pulak Uncle belajar ilmu ninja ni! Aku pusing belakang sekejap je dah hilang! Incredible!" Ujar Alif. Lain kali jangan main-main dengan Fattah tu.

Tiba-tiba, Alif terlihat Fattah dengan 3 orang budak datang ke kawasan rumah. Nampaknya Fattah dah 'selesaikan' dah budak samseng tu.

"Ha hampa mai sini!! Amboi berani hampa! Nak balas dendam kat aku tak dapat kereta anak buah aku pulak yang buat! Tak guna betul!" Marah Fattah pada 3 orang budak tu.

"Ok la ni aku tak mau dengan alasan! Aku nak hampa jilat cat merah tu sampai hilang dan sampai berkilat! Kalau tak hilang siap hampa!!" Jerit Fattah.

"Mana nak boleh padam Pakcik! Ni cat yang orang pakai buat cat rumah tu." Meon menjelaskan.

"Ha tau pulak tu cat rumah! Habis yang hampa gatai (gatal) tangan pi tuang cat tu atas kereta anak buah aku pasal apa!!"

Fattah dah mula naik darah dah. Bila Fattah naik darah macam-macam benda boleh jadi. Budak 3 orang tu hanya senyap dan menundukkan kepala.

"Awat (kenapa) senyap pulak! Ha cakap lah depan aku ni! Tadi tu yang tak puas hati sangat! Ha mai cakap depan aku la ni! Cakap!!" Makin bertambah marah Fattah bila budak 3 orang tu hanya senyap dan tidak menjawab sepatah apa pun.

"Dah!! Kalini aku lepaskan hampa...ingat! Sekali ni ja! Kalau aku dapat tangkap hampa lagi, kena teruk dengan aku!" Fattah memberi amaran tegas dan akan ditunaikan sekiranya mereka buat lagi.

"Tercegat apa lagi!! Balik!!" Jerkah Fattah. Berlari hilang budak 3 orang tu.

"Haih...makin teruk pulak diaorang ni! Alif jom masuk." Arah Fattah. Alif tanpa banyak cerita terus masuk ke dalam rumah.















Beberapa jam kemudian....

Fattah baru sahaja pulang dari surau menunaikan solat zohor. Bila dia balik, dia nampak Alif masih lagi menonton tv dan masih lagi tidak menunaikan solat zohor.

"Alif! Aku tadi sebelum pergi surau aku dah suruh kau solat zohor. Kenapa kau tak solat lagi ni?" Tanya Fattah.

"Alah Uncle kejap lagi lah! Cerita tengah syok ni!" Kata Alif bersahaja.

Berapi je telinga Fattah bukan mendengar ayat tu. Dia cukup pantang kalau orang tu melewatkan solat.

Pernah sekali tu Fattah baru balik dari surau, dalam perjalanan tu dia ternampak budak-budak muda sedang elok melepak dekat pelantar kayu yang selalu menjadi tempat persinggahan orang kampung. Bila disuruh pergi balik solat di marah balik si Fattah tu. Akibat geram, di keluarkan jurus silat dia patahkan pelantar kayu tu terbelah dua! Bertempiaran lari lah budak-budak muda tu! Sejak haritu lah bila time nak sembahyang memang tak pernah nampak dah muka budak-budak muda tu melepak disitu. Kalau ada memang kena herdik lah dengan Fattah.

"Oh kejap lagi eh. Baik-baik...tengok lah tv tu sampai puas ye." Fattah berlalu masuk ke bilik.

"Amboi baik betul Uncle aku harini. Kalau macamni banyak lah peluang aku hehehe." Alif tergelak kecil.

Fattah keluar semula dari bilik sambil membawa 'senjata hikmat' kesayangannya dan....

Piap! (Bunyi rotan)

"Adoi! Sakit Uncle!" Alif meraung sakit apabila dilibas dengan rotan oleh Fattah.

"Aku suruh sembahyang, sembahyang lah! Apa yang payah sangat!" Fattah berkata sebelum dia melibas lagi rotan ke arah belakang Alif.

Piap! Piap! Piap!

"Uncle!! Sakit!! Saya benci Uncle!!" Alif berlari menuju ke bilik air. Seumur hidup Alif, dia tak pernah ditengking dan dirotan sebegitu rupa.

Bam! (Bunyi pintu ditutup kasar)

"Aduh...aku tak nak pun buat kau macamni Alif. Aduh kenapa lah aku buat macamni!" Fattah agak menyesal dengan perbuatannya itu.















Malam Kemudian...

Fattah menuju ke bilik Alif untuk meminta maaf di atas perbuatan dia tadi siang sambil membawa minyak untuk mengubati luka. Bila dia buka saja pintu, dia melihat Alif sedang menangis kerana pedih di kawasan luka akibat dirotan Fattah tadi.

"Alif...aku masuk ni." Fattah masuk ke bilik Alif dan Alif segera menyeka air mata yang mengalir.

"Alif...Uncle mintak maaf ye sebab rotan kau tadi. Uncle bukan apa, Uncle tak nak kau buat dosa besar Alif." Fattah berkata. Sungguh dia merasa sangat bersalah sekarang ni.

Alif masih lagi mendiamkan diri.

"Firman Allah di dalam Surah Al-Ma'un ayat 4 dan 5 "(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya." Setelah membacakan makna itu, dia menjelaskan lagi.

"Maksud ayat ini adalah mereka yang sengaja melewatkan solat sehingga habis waktunya maka mereka termasuk dalam kalangan orang yang dicelakakan Allah."

"Jadi kau dah tahu kan kenapa Uncle tak suka orang melewatkan solat." Fattah berkata.

"A-alif mintak maaf Uncle! Alif mintak maaf sangat dengan Uncle! Hiks...Alif yang bersalah Uncle!" Alif mula menangis sekali lagi dan kemudian dia memeluk Fattah dan Fattah membalas pelukan Alif.

"Sudah sudah. Uncle cuma nak kau tahu yang....Uncle marah bukan saja-saja. Uncle marah..sebab Uncle sayang! Uncle sayang dengan Alif tau! Alif kena tahu tu!" Kata Fattah sambil memeluk Alif.

"Kau dengar sini Alif. Kau dengar sini!" Fattah menyuruh Alif memandang mukanya.

"U-uncle janji. Uncle janji selagi Uncle hidup! Uncle akan jaga dan sayang Alif macam anak sendiri! Itu janji Uncle!" Alif yang mendengar sekali lagi mengeratkan pelukan antara mereka.

Air mata yang bergenang segera di lap. Fattah tidak mahu terlihat sedih di hadapan Alif. Kemudian Fattah sambung merawat luka Alif.

"Okay aku dah sapu minyak dekat luka kau ni. Kau tidur lah ye. Oh ya nanti kereta kau tu bawak pergi cat balik. Jangan risau aku bayarkan." Fattah berkata.

"Baiklah Uncle. Sayang Uncle forever and ever!" Alif berkata.

"Sudah aku pergi dulu ya. " Fattah pun keluar dari bilik dan menutup pintu. Setelah menutup pintu, Fattah berkata perlahan.

"Aku pun sayang kau Alif..."




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro