Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Puan Saripah berlalu menuruni anak tangga sambil nama Zyara dipanggilnya berkali-kali. Namun tiada sahutan daripada pihak Zyara. Jam dinding dipandangnya. Jam sudahpun menuding ke angka 5 petang. Dahinya sudah berkerut marah.

Rasanya tadi dia dah beritahu pada Zyara yang dia hanya boleh keluar sampai pukul 4.30. Huh!!! Nampaknya budak tu dah mula naik kepala! Puan Saripah sudah mengdengus marah.

"Perempuan itu tak balik lagi ke, ma?"soal Aina yang ketika itu sedang berjalan menuju ke arahnya.

Puan Saripah sudah bercekak pinggang. "Budak itu memang nak kena sekali dengan mama. Mulalh itu, bila papa dia ada.. start buat perangai!"lantang Puan Saripah mengeluarkan rasa amarahnya.

Aina menganggukkan kepala setuju. "Betul tu, ma. Isy, mama ni pun satu. Sepatutnya budak itu tak payah bagi keluar langsung. Kurung aje dalam bilik." sengaja Aina memancing amarah mamanya.

"Huh,mama rasa mama dah cukup baik dengan dia itu. Tengoklah budak itu. Aku kerja kan dia cukup-cukup!"tekad Puan Saripah.

Aina sudah tersenyum apabila Puan Saripah katakan begitu. Dia tahu mamanya itu jenis yang bertekad orangnya. Bila dia dah sebut, dia akan lakukan juga. Huh, tiba-tiba pula rasa tak sabar nak tengok nasib si Zyara itu!

Kaki Aina menyusun langkah keluar dari rumah. Hari ini dia mahu menikmati petangnya dengan menghirup mocha panas. Disebabkan si Zyara itu tak ada, terpaksa dia mencacat celakan tangannya untuk membuat air. Urghh!!

Nasib baik rasa air mocha nya sedap. Petua nak air mocha sedap buat orang yang tak pernah pergi dapur, buat air mocha yang tercatat 3 in 1. Kalau nak manis sikit.. ambah susu banyak. Hehehe..

Aina melabuhkan punggung di meja santai yang terletak di hadapan rumah. Majalah remaja dibeleknya. Hmm.. not bad untuk tisu bulan ni.

'Tips bagi anda yang cintanya bertepuk sebelah tangan.".. Okey?! Topik ni memang kena dengan dia. Dia dah elok berikan sepenuh cintanya pada Fikh, tapi.. lelaki itu pula yang jual mahal. Huh! Tak apa.. Ini Aina lah. Pantang menyerah sebelum menang.

Kalau dia kalah maknanya dia bukannya bagus sangat. Lagi-lagi kalah dengan Qurratun yang baginya sangat bebal itu. Gedik terlebih and manja.. Huh!!

Ketika Aina sedang membelek majalah, tiba-tiba perhatiannya terganggu dengan sebuah kereta BMW yang terparkir di hadapan rumahnya. Tak semena-mena dahi Aina berkerut.

Papa beli kereta baru ke? Eh, tak mungkinlah. Matanya terus memandang kereta tersebut sehinggalah matanya hampir terbuntang apabila melihat Zyara keluar dari kereta tersebut.

Budak itu? Di.. dia balik dengan siapa itu? Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut lalu berjalan bergandingan menuju ke pagar rumah.

Aina rasa nak pitam. Orang kaya? Zyara dapat orang kaya? Haaaa.. ini tak boleh jadi ni! Aku mesri beritahu mama! Aina sudah menyebal dalam hati. Mana boleh Zyara dapat orang kaya sedang kan dia pula masih terkebil-kebil mendapatkan cinta Fikh.

Aina tak semena-mena berjalan ke arah mereka berdua. Bibirnya cuba menyemat senyum mesra. Makin mendekati Zyara, makin jelas wajah lelaki itu dilihatnya. Dia rasakan dia pernah nampak lelaki itu.. tapi kat mana, eiyh?

"Zyara.."seru Aina lembut.

Aku terus memusing memandang Aina. Senyuman aku terus luntur apabila melihatnya. Barang-barang yang dibelanjakan Raziq terus dipegangnya erat.

"You ke majikan Zyara?"soal Raziq apabila melihat Aina berdepan dengan mereka.

Aina terus tersenyum. "Isy, encik ni. Janganlah cakap macam itu. Zyara ini saya dah anggap macam keluarga saya. Terasa saya kalau encik cakap macam itu."ujar Aina manis-manis.

Aku yang mendengarnya sekadar mendiamkan diri. Lenganku terus ditarik kasar oleh Aina merapatinya. Lenganku dipeluknya. Kononnya dia mesra lah tu dengan aku? Haktuihhh!!! Lakonan semata-mata.

"Baguslah kalau macam itu. Erm, saya nak balik dulu. Bye,Zyara." ucap Raziq lalu melambaikan tangan padaku.

Aku melambaikan tangan padanya. Aina juga turut mencelah mahu melambai tangan juga.

Setelah kereta milik Raziq meninggalkan mereka. Aina terus menolak tubuhku jauh darinya. Dia buat muka alergi kerana telah menyentuh aku.

"Owh, berani kau sekarang eiyh? Balik lambat lepas itu berdating dengan lelaki. Mati kau kalau mama tahu tentang ni."jerkah Aina.

Aku tergamam. Perasaanku tak semena-mena berubah takut. "Aina.. tolong jangan beritahu Puan. Please."rayuku berkali-kali.

Aina tersenyum. Tanganku ditariknya kasar menurutinya. Beberapa kali aku meronta minta dilepaskan namun Aina terus menerus menarikku. Berkali-kali jugalah aku merayu minta dilepaskan namun Aina langsung tak pedulikan.

"Mama!!"laung Aina setibanya ke dalam rumah.

Puan Saripah yang ketika itu sedang menonton televisyen terus menoleh ke arah kami berdua. Segera dia matikan televisyen lalu dia bangun menghampiriku. Aina terus menolak aku ke lantai, sehingga aku jatuh terduduk.

"Kenapa ni, Aina?"soal Puan Saripah apabila melihat aku menangis. Pinggangnya sudah dicekak.

"Mama tahu kenapa budak ni balik lambat? Dia berdating dengan lelaki, ma. Siap lelaki itu hantar sampai rumah!" Aina memarakkan amarah Puan Saripah.

"Apa?"terkejut Puan Saripah dibuatnya.

Rambutku yang mengurai ditariknya. Aku merintih sakit minta dilepaskan namun dia terus menerus menarik kepalaku. Aku langsung tak berpeluang.

"Kau keluar dengan siapa, budak?!!"jerkah Puan Saripah dalam nada marah.

"Tak-tak ada sesiapa, ma!"aku cuba berdalih.

Aina tak semena-mena merampas beg plastik yang berada dalam tanganku. Plastik tersebut terus dia berikan pada Puan Saripah. Puan Saripah menolak kasar kepalaku sehingga bibirku menghentak lantai. Bibirku tak semena-mena berdarah.

Puan Saripah mengeluarkan baju-baju yang terdapat dalam beg tersebut. Wou! Matanya buntang. Baju berjenama mewah? Huh!! Cuma orang tertentu saja yang boleh beli baju mencecah RM500 sehelai ni.

"Inilah baju yang lelaki itu belanjakan untuk dia."canang Aina sengaja mengapi-apikan suasana.

Puan Saripah mendengus marah. "Mulai esok, kau jangan harap boleh keluar rumah. Siap kau kalau aku dapat tahu kau keluar rumah."bentak Puan Saripah.

Baju-baju tersebut terus dibawa bersamanya. Baju itu dia ambil lalu dibawanya ke bilik. Sekarang, hanya tinggal Aina dan Zyara. Aina sudah tertawa sinis.

"Zyara.. Zyara.. kesian betul aku tengok kau sekarang ni."ujar Aina sambil mengelilingiku dengan langkah perlahan. Dia berpeluk tubuh.

Aku sekadar mendiamkan diri. Darah yang mengalir dari celah bibirku, aku sapu perlahan. Air mata yang mengurai jatuh aku seka.

"Dulu masa kita sekolah, kaulah orang paling bahagia. Pergi, papa hantar balik papa jemput. Selepas mama kau kena halau dari rumah ni.. huh, gembira betul aku tengok kau ditendang keluar dari sekolah. Baguslah, berita baik untuk aku."ujarnya menambah perisa perlian kepadaku.

Aku dan Aina memang bersekolah rendah sama-sama. Tapi, aku tak berkawan dengan dia sebab orang kata dia itu jahat. Ibu pula yang suruh aku kawan dengan dia sebab dia anak kawan baik mama. Hmm.. tapi, lepas umurku mencecah 8 tahun.. aku ditendang keluar dari sekolah kerana aku tak mampu membayar yuran sekolah. Terpaksalah aku sekolah di kampung saja.

"Sekarang.. aku lagi suka tengok kau terseksa. Memang padan dengan muka kau pun.." bisiknya sinis lalu meninggalkan aku terkial-kial di belakang.

Aku mengetap bibir. Perasaanku bercampur baur.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro