Bab 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku dekati Tengku Arifah yang sedang duduk di halaman sambil membaca buku novel kegemaran nya. Dia gemarkan novel yang berbaur cinta dan juga misteri. Tak sangka ada juga wanita yang berjiwa macam itu..

Selalunya kalau wanita umurnya seperti Tengku Arifah pasti akan membaca buku tips kecantikan supaya dapat kurangkan kekedutan pada kulit. Maklumlah, nak nampak awet muda.

Dari jauh lagi, Tengku Arifah sudah menyedari kehadiranku. Dia melemparkan senyumannya kepadaku sebelum kembali ralit membaca novel kegemarannya.

Aku mengambil tempat di hadapan Tengku Arifah. Hari ini aku balik awal disebabkan Fikh yang suruh untuk aku balik awal. Jadi, hari ini aku cuma bekerja 6 jam saja. Pukul 3 pagi tadi, baru aku balik ke rumah.

Sudah tiga hari aku bekerja sebagai PA kepada encik abang tu. Yurp, aku kena panggil dia encik abang tapi dengan syarat bila hanya kami berdua saja. Bila ada orang antara aku dan Fikh.. dia minta aku panggil dia encik Tengku sama seperti yang lain panggil dia.

Makin lama, aku rasa Fikh itu sangat baik dan romantis orang nya. Bila aku dan dia berdua.. dia buat aku rasa sesak nafas sebab dadaku berkobar tanpa henti.

Tapi.. setiap kali itulah aku selalu beri peringatan pada diri sendiri supaya jangan jatuh cinta pada dia. Kami lain. Aku cumalah pembantu rumah yang diangkat sebagai tunang olok-oloknya sedangkan dia pula berdarah kerabat. Manalah layak seorang putera berkahwin dengan rakyat jelata?

"Tengku baca buku apa tu?" soalku sambil mataku ralit membaca muka depan buku tersebut.

Theoretical Love

Erk.. bukan calang-calang novel yang dibaca Tengku ni. Aku pun kadang layanlah juga novel tapi tak adalah layan novel secanggih novel yang Tengku pegang sekarang ini.

Wanita itu tersenyum lalu menutup buku tersebut. Muka depan novel itu dibeleknya lalu matanya beralih kepadaku.

"Theoretical Love. Novel ini memang bestseller novel."ujar Tengku Arifah dengan nada teruja...

Aku menganggukkan kepala. Huhuh...aku ni bukannya jenis ulat buku yang melekat baca buku. Kalau bosan sikit, aku lebih redha pegang habdphone lama-lama daripada pegang buku yang tebal setebal kasut tumit tinggi 5 inchi.

"Buku ni ceritakan fasal seorang lelaki yang kehilangan kekasih nya dan dia cuba untuk selamat kan kekasihnya tapi dia tak boleh. Bila dia cuba selamatkan orang lain.. dia berjaya selamatkan orang itu. Akhirnya, dia kaji kenapa benda itu jadi pada dia.." lancar saja Tengku Arifah menceritakan plot cerita novel itu.

Erm.. boleh tahan. Aku mencapai novel tersebut lalu aku belek. Pergh!! Fully BI. Kelautlah kalau aku nak baca novel ni. Memang takkan disentuh dan dijamin seratus peratus akan berhabuk dalam bilik aku kalau aku simpan novel ni.

Tengku Arifah memandangku sejenak. "Zyara, kamu setuju kan untuk berkahwin dengan Fikh?" soalnya memandangku.

Tak semena-mena pandanganku beralih pada Tengku. Huh.. aku terlupa fasal benda tu. Terus novel tersebut aku letak kembali ke atas meja.

"Saya masih tak bersedia untuk lalui semua itu lagi. Hmm.. lagipun, saya cuma berlakon jadi tunang Tengku Fikh."luahku dalam perasaan bercampur baur.

Tengku Arifah mengangguk perlahan. "Sebenarnya, saya pun sokong kalau Zyara nak berkahwin dengan Fikh. Saya pun suka."

Aku mengeluh perlahan. Wajahnya yang masih kelihatan awet muda itu ku pandang.

"Saya ni orang asing dalam keluarga ni, Tengku. Lagipun, Tengku tak kenal siapa saya, tak tahu latar belakang keluarga saya. Lagipun..."

Sekali lagi, aku mengeluh berat. Tak semena-mena kepalaku teringatkan pada Fikh. Bibirkau mengukir senyum kelat.

"Kalau Fikh tahu saya bukan tunang dia.. mesti dia akan marahkan saya."nada suaraku pelan dan risau.

Tengku Arifah juga turut terdiam. Apa yang dikatakan Zyara sebentar tadi buatkan dia juga berfikir dua kali. Mungkin, kalau Fikh tahu siapa Zyara sebenarnya.. paling kurang pun.. gadis itu akan dihalau. Dia juga turut bimbang jika benda itu terjadi.

Kerana, dialah yang babitkan Zyara dalam kancah percintaan palsu ini. Bagaimana mungkin Zyara mahu berkahwin dengan Fikh kalau Zyara tak pernah langsung kenal Fikh. Hmm..

"Mama, Zyara.. tengah buat apa ni?" tiba-tiba aku terdengar suara garau menyapa dari arah belakang ku.

Serentak itu, aku dan Tengku Arifah mengalihkan pandangan ke belakang ku. Fikh? Aih, bila pula dia balik ni? Ke, aku tak sedar yang dia dah balik?

Fikh terus berdiri sebelahku. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar slacknya sambil matanya memandang wajah kami berdua silih berganti.

Aku sudah ketap bibir sambil mataku memandang Tengku Arifah. Adakah Fikh sudah terdengar perbualan kami sebentar tadi?

"Bincang hal perempuan ler.." pandai pula Tengku Arifah kelentong anak terunanya itu.

Fikh sudah tersengih lalu matanya memandang ke arahku. Mata kami berdua bertaut namun cepat-cepat aku tarik pandangan ku daripada terus memandang dia. Pipiku sudah membahang. Segan.

"Ini mesti bincang macam mana nak jadi isteri mithali untuk abang kan?"selorohnya dalam nada senda.

Terbeliak biji mata aku dibuat nya. Automatik, aku menampar lengannya. Aku dengar dia merintih sakit namun lepas itu dia gelak. Oppps?! Aku tertampar dia, si lelaki berdarah kerabat diraja. Segan sampai.. erghh!!

"So.. sorry abang. Saya tak sengaja!!!"bukan main panik aku. Aku sudah tutup mulut kerana resah sambil mataku memandang wajahnya.

Fikh meredakan tawanya. "Owh, bakal isteri abang ni jenis yang boleh kena sakat rupanya. Bolehlah lepas ni, abang sakat selalu." guraunya.

Makin terpana aku dibuatnya. Aduh, Tengku Fikh ni!!! Kenapa dia romantik pula hari ni?

"Aih, bersweet bagai kamu berdua ni. Langsung tak nampak mama kat sini eiyh?!"celah Tengku Arifah dalam bergurau.

Tak semena-mena, kami berdua memandang ke arah Tengku Arifah. Makin ekstrim malu aku kali ini.

Cepat-cepat aku bangun lalu meminta diri untuk meninggal kan Fikh dan Tengku Arifah. Aku tak tahan disakat begitu. Dengan pandangan Fikh yang sangat semacam pada aku, dia buat aku gabrah dan resah.

Aduh, takkanlah aku dah mula sukakan dia?
...
Aku membersihkan meja makan sambil mataku sesekali menjeling ke tangga. Pelik? Sejak makan petang tadi, aku langsung tak lihat kelibat Fikh. Keretanya masih tersadai di luar, jadi maknanya hari ni memang dia tak keluar pergi mana-mana.

Dia tak lapar ke? Bermacam persoalan bermain dalam kepala ku. Takkanlah sebab kejadian petang tadi, dia taknak turun makan? Aku sudah menduga sendiri.

Sedang leka termenung, tak semena-mena bahuku disentuh dari belakang. Bukan main gamak lagi aku terkejut. Aku istighfar banyak kali lalu wajah Tengku Arifah aku pandang. Kelihatan wanita itu tergelak kecil mendengar aku melatah.

Nakal juga Tengku Arifah ni.

"Termenungkan apa tu, Zya? Tak baik menung-menung lama ni. Anak dara pula tu.."ujar Tengku Arifah melabuhkan punggungnya di meja makan.

Aku pula masih sibuk mengemas meja makan. Bibirku menguntum senyum pendek.

"Mana ada Zya termenung, Tengku. Perasaan Tengku aje mungkin?"dalihku cuba alihkan perhatianku pada kerja yang aku lakukan.

"Habis? Kalau bukan termenung, apa?"

Aku berhenti melakukan kerjaku untuk sejenak lalu aku memandang Tengku Arifah. "Saya terfikirkan Tengku Fikh, Tengku." balasku

Dahi wanita itu sudah berkerut. "Fasal Fikh?"

Aku anggukkan kepala. "Sejak petang tadi, dia langsung tak turun makan. Hmm.. dia okey ke?"

Aku lihat senyuman lebar Tengku Arifah pada wajahnya. Dalam betul senyumannya kali ini. Dia sudah pandang aku semacam.

"Oo.. jadi terfikirkan fasal Fikh lah ni?" sudah mula sesi sakat-menyakatnya di situ.

"Er.. saya tak ada maksud lain, Tengku. Sa-saya cuma nak tahu aje.."balasku cuba untuk mengawal nada suaraku yang jelas cuaknya itu.

"Hmm.. Fikh beritahu saya dia dah makan before balik rumah tadi. Tak apa.. Fikh tu bukannya orang yang susah makan. Kalau dia lapar, dia akan makan. Kamu jangan risau."ujar Tengku Arifah.

Aku sekadar anggukkan kepala. Kalau dah Tengku cakap macam itu, jadi tak perlulah aku fikirkan lagi fasal dia.

Selesai mengemas meja makan dan mencuci pinggan, aku terus bergegas memanjat tangga untuk naik ke bilik. Sewaktu aku melintasi tingkat satu, tak semena-mena mataku terpandangkan pintu bilik Fikh yang terbuka sedikit.

Kelihatan samar-samar cahaya keluar dari celah pintu. Fikh belum tidur lagi? Aku sudah berkerut dahi. Tanpa fikir panjang, aku terus mengatur langkah merapati biliknya. Dari celah pintu, aku cuba intai apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki itu.

Fikh sedang menyandar di kepala katil sambil membelek bingkai gambar. Makin berkerut lagi dahiku kali ini. Gambar siapa itu??

Dari wajah lelaki itu, aku lihat raut sedihnya. Seperti wajah yang menggambarkan perasaan kehilangan. Lelaki itu terus mengeluh..

Aku sudah mengetap bibir. Gambar siapa yang Fikh pegang itu? Hmm?
...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro