Bab 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dua Bulan Kemudian...

Fikh menolak kerusi roda Tan Sri Jaafar ke atas pentas. Aku di sebelah dengan tenang mengatur langkah di sebelah Fikh. Di bawah aku lihat berpuluh-puluh journalist yang sedang duduk menantikan sidang media akan dijalankan nanti.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Fikh. Cahaya kamera berkelipan di ruang tersebut. Berpusu-pusu yang mahu menangkap gambar aku.

"Pada hari ini, saya Tan Sri Jaafar akan memberikan tempat CEO syarikat Jaafar Holdings kepada anak perempuan saya, satu-satunya anak saya, Cik Nurul Zyara Qairah. Saya akan lantik dia menjadi CEO muda yang akan mentadbir syarikat ini bila ketiadaan saya nanti." putus Tan Sri Jaafar dalam nada tegas.

Tanganku yang terletak di atas meja, digenggamnya erat. Aku terus mengalihkan perhatianku pada papa. Bibirku menguntum senyum nipis.

"Boleh kan, Zya?"soal papa dalam nada berbisik.

Aku menarik nafas dalam lalu aku angguk kepala perlahan. "Asalkan papa ada di sebelah Zya, Zya akan ikut keputusan papa." balasku dalam berbisik.

Tan Sri Jaafar anggukkan kepala. "Tiada sebarang bantahan daripada pihak lain setakat ini. Keputusan sebulat suara telah diberikan dan semuanya setuju Zyara mengambil alih syarikat ini. Sepenuh kepercayaan saya berikan kepada dia."ujar Tan Sri Jaafar memandang kesemua journalis yang ada.

"Boleh saya tahu cik Zyara ni anak kandung Tan Sri ataupun.."belum sempat salah seorang journalist bertanya, Tan Sri Jaafar mencelah.

"Dia anak kandung saya dengan isteri saya, Puan Ieda."jawab Tan Sri Jaafar.

"Isteri pertama Tan Sri tu ke?" soal journalist yang lain.

Sebuah anggukan diberikan Tan Sri Jaafar. "Ya. Wanita itu. Dialah ibu kepada anak saya ni." jawab Tan Sri jaafar lalu mengurut bahuku dalam nada bangga.

Aku tersenyum teruja.

"Boleh kami beralih pada topik hangat percintaan Cik Zyara dengan Tengku Fikh?"

"Boleh."kali ini Fikh pula menyahut.

"Kami dengar, Tak lama lagi cik zyara dan Tengku Fikh akan berkahwin? Betul ke?"

"InsyaAllah dalam masa terdekat ni, kalau tak ada sebarang halangan.. saya akan teruskan majlis perkahwinan itu. Buat masa sekarang, semua persiapan berjalan dengan lancar." balas Fikh selamba.

"Bagaimana Tengku boleh berkenalan dengan Cik Zyara?"

Fikh tersenyum nipis. Dia mengalihkan pandangannya pada aku. Mata kami berdua bertaut. Aku membalas senyumannya.

"Bila dia ada untuk saya. Sejak dari itu, saya belajar untuk mengenali dia." balas Fikh.

Uhukss!! Awitnya dia.. Ahahaa.. Aku sudah menahan malu. Ya Allah, serius cair.

"Sebelum ni, Tengku pernah bertunang dengan cik Qurratun? Sudah hilang ke perasaan Tengku pada bekas tunang Tengku tu?"

Fikh gelengkan kepala. "Saya tak pernah lupakan Qurratun dan dia selalu ada dalam hati saya. Tapi, sekarang saya mahu hidup bahagia dengan pilihan saya. Pilihan saya untuk masa depan."

"Apa pula pendapat cik Zya tentang perkara ini?" soal seorang journalist kepadaku.

"Saya tak kisahkan semua itu. Lagipun,saya taknak Fikh lupakan Qurratun. Takkan mungkin kita dapat lupakan orang yang pernah ada dalam hati kita sebelum ni. Jadi, saya tak kisah."balasku.

Tangan Fikh menggenggam erat tanganku. Lalu, aku dengar bisikannya yang sangat jelas.

"Terima kasih, Zya."ucap lelaki itu.

Aku anggukkan kepala.
...
"Aku terima nikahnya, Nurul Zyara Qairah binti Tan Sri Jaafar dengan mas kahwin bernilai RM5, 500 dan seperangkat alat solat dibayar tunai." lancar sahaja Fikh menuturkan akadnya.

Bila saksi jawab sah, bibirku menguntum senyum lebar. Aku lihat wajah papa yang juga turut gembira menjadi tok kadi untuk aku.

Mungkin inilah pengakhiran yang cukup bahagia untuk aku. Serupa dengan kisah Cinderella yang penghujungnya bahagia. Cuma apa bezanya cerita aku dengan Cinderella?

Cinderella dapat cintanya tapi hilang ayahnya manakala aku pula.. aku dapat cinta dan juga kasih seorang ayah. Kasih yang aku impikan sejak aku berusia lapan tahun. Ya, sekarang aku gembira. Aku teruja dan aku bahagia.

Barulah sekarang aku dapat menarik nafas lega dan bernafas dengab bebas. Barulah sekarang aku dapat tersenyum luas menikmati semua yang sebelum ini aku belum pernah kecapi.

Fikh mengatur langkah menuju ke arahku. Aku lihat leretan senyuman yang menghiasi bibirnya. Dia nampak gembira.

Selesai dia menyarungkan cincin perak ke jari manisku, dia mencium dahiku dab kedua-dua belah pipiku. Aku pula mengucup tangannya. Mata kami berdua bertaut dan aku melirik senyum bil Fikh berikan kerdipan menggatal pada aku.

Fikh terus beralih meninggalkan aku untuk bersalam dengan papa. Tengku Arifah yang duduk di sebelahku sudah menyiku-nyiku lenganku. Serentak itu aku menoleh pada wanita itu yang sangat cantik mengenakan baju kebaya unggunya.

Tema perkahwinan kami? Yurp, kembali ke idea asal. Campuran Tema Cinderella dan juga sleeping beauty. So, Tema kami ada warna pinky-pinky sikit dan pelamin warna biru.Cantik? Of course lah cantik. Heheh...

"Kenapa, ma?"

"Inilah kali pertama mam tengok Fikh tersenyum lebar macam itu lepas sedar daripada koma. Lebar itu sampai dah mencapai telinga pula mama tengok." sakat Tengku Arifah.

Aku sekadar tertawa kecil. "Itulah ma. Tak apa, yang penting anak mama itu senyum nampak dimple. Cantik ma." aku pula sudah mulai bergurau.

"Tengoklah maknya siapa,Zya oit.." sempat lagi Tengku ni eiyh.

"Anak Tengku Arifah lah." balasku. Serentak itu ketawa aku dan Tengku Arifah berhamburan.

"Zya, terima kasih sebab hadir dalam hidup Fikh. Mungkin tanpa Zya, Fikh akan terus menerus bersedih atas kehilangan Qurratun." ujar Tengku Arifah selesai menghabiskan tawanya.

Aku menarik senyum nipis. "Perancangan Tuhan itu memang hebat, ma. Kalau bukan kerana mama, mungkin Zya takkan jumpa Fikh."ucapku dalam nada sebak.

Tengku Arifah menganggukkan kepala. "Selamat datang ke keluarga kami."

Aku anggukkan kepala. Setelah itu kami kembali menikmati majlis.

Fikh kembali ke tempat persandingan. Aku dan dia banyak bersembang dan bergelak ketawa. Kemudian kami memandang pentas yang terletak di tengah meja jamuan. Pelbagai persembahan dihidangkan untuk kami berdua sebagai si raja sehari.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro