Eleven

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2009, selepas Martin menghilang.

Lucas menekan brek pada basikal yang ditunggangnya. Dia memberhentikan basikal tepat di hadapan perkarangan rumah keluarga Martin dan Martha.

Sebuah lori besar terparking di luar pagar rumah yang mewah dua tingkat itu. Beberapa orang pekerja mengangkut banyak kotak dan perabot dari dalam rumah dimasukkan ke dalam kotak lori.

Tujuan dia ke sini untuk menemuai Martha selepas diberitahu oleh ommanya yang kawannya itu baru saja kematian ibu bapa beberapa hari yang lalu. Penduduk kampung jugak kecoh dengan kehilangan Martin pada hari yang sama ibu bapa mereka ditemuai meninggal dalam keadaan mengerikan. Selebihnya, Lucas sekadar mendengar cakap bual orang orang kampung mengatakan rumah mewah ini telah dirompak, penghuni penghuninya dibunuh kecuali yang terselamat cuma Martha sorang saja.

Tentang Martin, tiada apa apa pun berita yang dikhabarkan sama ada dia telah ditemuai atau telah mati dibunuh, kemudian ditanam di tempat yang tidak dapat dijumpai sesiapa pun.

Lucas menuju ke pintu masuk, menyelinap di antara pekerja pekerja yang memunggah barang. Dia disambut oleh wanita tua yang bertubuh bongkok di muka pintu.

"Anak ni siapa?"soalnya.

"Saya Lucas, kawan Martha. Saya datang nak melawat dia. Martha ada tak? Dia selamatkan,"bertalu talu Lucas bertanyakan soalan. Wanita itu mengangguk disusuli dengan hembusan nafas berat.

"Martha tak nak jumpa sesiapa pun buat masa sekarang,"

"Ahjumma bagi la saya tengok dia sekejap. Dia mesti nak bercakap dengan saya,"rayu Lucas meminta peluang.

"Tak boleh. Keadaan Martha tak beberapa baik sekarang. Dia masih trauma dengan apa yang dah terjadi pada keluarga dia. Ahjumma harap kamu faham,"

Hampa.

Lucas menunduk kecewa. "Kalau macam tu, ahjumma tolong bagi kuih ni kat Martha,"

Wanita tua itu menyambut beg plastik yang Lucas hulurkan. "Gamawo,"balasnya. "Ada apa lagi yang kamu nak pesan pada Martha. Ahjumma boleh bagitahu dia. Lagipun tak lama lagi kamu takan dapat jumpa Martha dah,"

"Kenapa pulak?"Lucas menjadi tersentak.

Wanita itu menjemut Lucas duduk terlebih dahulu di ruang tamu sebelum menyambung kata katanya. "Hari ni Martha akan pindah tinggalkan rumah ni. Ahjumma terpaksa bawak Martha keluar sebab dia tak boleh terus tinggal kat sini. Dia jadi trauma lepas kejadian tu. Ahjumma tak tahu macam mana lagi nak pulihkan dia balik,"suaranya kedengaran sedih.

"Habis tu Martin macam mana? Polis kan belum jumpa dia lagi. Kalau korang pindah, Martin nak tinggal kat mana nanti,"

Wanita tua itu tiada balasan untuk soalan soalan Lucas.

"Ahjumma....Martin masih hidup kan?"wajah Lucas penuh berharap. Wanita itu cuma mampu mengangguk lemah.

"Takpelah ahjumma. Saya pergi dulu,"Lucas bangun meminta diri.

"Lucas tunggu kejap,"wanita itu menahan bahu Lucas. "Ada benda yang Martha suruh ahjumma bagi kat kamu sebenarnya,"katanya sebelum menghilang ke tingkat atas. Lucas sempat mengintai bilik bilik di tingkat bawah sekiranya dia dapat menemuai Martha tapi hampa. Kemudian dalam beberapa saat, wanita tua tu kembali semula mendapatkan Lucas. Dia menghulurkan sebuah buku lama pada Lucas dengan sehelai nota kecil.

"Martha suruh kamu simpan buku ni,"

Lucas pucat. Dia terketar ketar menyambut buku yang tertulis perkataan 'Slender Man' di kulit hadapan. Dia membuka lipatan nota yang diterima dari Martha. "Find Martin!"

"Martha, aku janji akan bawak Martin balik pada kau secepat mungkin," bisik Lucas di dalam hati.

Dan hari ini, setelah 11 tahun berlalu, dia memegang buku yang sama dan sehelai nota yang tak pernah hancur.

"Encik Lucas tunggu sekejap ye. Saya panggilkan Cik Martha. Tapi saya tak pasti kalau dia nak berjumpa dengan Encik ke tak,"Lucas ditinggalkan di dalam sebuah bilik yang terdapat sebuah meja di tengah dan dua buah kerusi, sementara menunggu jururawat membawa Martha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro