Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seorang wanita berambut pendek menghampiri ke sebuah meja. Dia menepuk permukaan meja dengan perlahan. "Haiihh Inspector Lucas, tak balik lagi ke? Dah lewat malam ni,"dia menyapa lelaki yang sedang tekun menghadap laptop dengan segaris senyuman lebar.

Lelaki itu tersentak. "Hah? Dah pukul berapa sekarang?"kaca matanya ditanggalkan. Dia memicit batang hidung yang terasa sengal.

"10 malam. I nak balik dah ni. Btw, I nak bagi fail kes yang you mintak kelmarian tu,"Jenny meletakkan fail yang dipegang ke atas meja kerja Inspector Lucas. "Mian I tak sempat nak bagi pagi tadi. Ketua tergesa gesa suruh team I teruskan pencarian budak budak tu,"

Inspector Lucas menyambut file tersebut. Belakang tubuhnya disandarkan pada kepala kerusi. Dia meneliti dan membelek satu persatu kertas kertas siasatan yang terdapat dalam fail. Matanya merenung profil mangsa mangsa yang dikepilkan bersama gambar pasport serta gambar bahan bukti yang ditemukan di tempat kejadian. Bila diperhatikan gambar kanak kanak lelaki dan perempuan itu, dua wajah yang seakan sama terlintas di fikirannya. "Martin. Martha,"ujarnya perlahan.

"What? Apa you cakap tadi?"

"Nothing. Boleh tak you terangkan sikit pasal dua orang budak yang hilang ni,"

"Ok, yang girl tu nama dia Julia, berusia tujuh tahun. Yang lelaki tu, Jackson. Dia muda dua tahun dari noona dia,"

"Mereka adik beradik?"

"Yes. Dah tiga minggu kedua duanya hilang. Keluarga mangsa bagitahu yang setiap petang Julia akan bawak Jackson bermain kat playground berdekatan rumah mereka. Playground tu tak jauh dengan kawasan hutan. Kata ommnya lagi, tepat pada pukul 6.00 petang Julia dan Jackson akan balik ke rumah. Tapi pada hari tu (23 Mei), sampai pukul 8.00 malam mereka berdua tak balik balik. Semasa buat pencarian, kami cuma jumpa kasut milik Jackson dan klip rambut Julia. That's it,"jelas Jenny panjang lebar.

"Hmmm...I will do further check up later,"

"Sorry tau kalau I menyusahkan you. Team I dah give up kat mana nak cari budak budak yang hilang tu. Seluruh kawasan dalam hutan tu kami dah jejak, tapi tak jumpa apa apa pun. Mereka macam....lenyap, ditelan bumi agaknya,"Jenny yang kebuntuan mengeluh panjang. Bila dia dah terlalu tersempit, dia akan meminta pendapat dan sedikit pertolongan dari Inspector Lucas. Semua sedia tahu akan kebijaksanaan Inspector Lucas yang telah berjaya menyelesaikan banyak kes kes rumit berkaitan orang hilang.

"Sebenarnya I pun baru dapat kes yang lebih kurang sama macam team you handle,"ujar Inspector Lucas.

"Serius?"

Inspector Lucas mengangguk. "Cuma bezanya mangsa seorang remaja. Hilang secara tiba tiba. Lokasi terakhir mangsa dikesan adalah di sekitar hutan Gojung,"

Jenny mengusap bawah dagunya. "Macam pelik pulak kan....lately ni banyak pulak kes orang orang hilang kat sekitar bandar ni. Dari kanak kanak hingga la dewasa. Hari hari kes bertambah, sampai tak cukup tangan nak handle. You rasa ada serial killer ke di sebalik semua kehilangan ni,"

Inspector Lucas mengangkat sebelah keningnya. "Idk, boleh jadi ye....but kita tak jumpa apa pun mayat lagi kan. So, susah nak buat spekulasi yang tepat,"

"Hmm....takpelah, I nak balik dulu. Kalau you dapat jumpa informasi penting rojer I tau,"Jenny meminta diri. Ekor mata Inspector Lucas mengirim belakang tubuh Jenny sehingga wanita itu hilang dari pandangannya.

Inspector Lucas meraup wajahnya. Mug di tepi laptop digapai. Kopi yang sudah sejuk dicicip. Kafein yang mengalir dalam badan sedikit menghilangkan kantuk matannya. Sambil tangan menompang dagu, dia merenung air kopi di dalam mug. Warnanya hitam pekat, rasanya pon pahit....mengingkatnya pada malam tahun 2009 yang sangat gelap dalam hidupnya. Yang takan pernah dia lupakan. Yang terlalu....PAHIT.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro