seventy'one.jk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

/ tinggal epilog je :) jangan nangis. chan.. mau nangis jugak.. T..T

.

.

******

aku terus berlari mendapatkan taehyung sebaik sahaja tiba di hospital, aku turut ditemani oleh narae dan hoseok sunbae. wajah cuak aku sukar dikawal lagi.

" yah macam mana dengan keadaan pakcik jeon? " soal aku gelabah. kini kami tepat berada di depan pintu wad kecemasan.

jimin yang turut berada di situ mengumam bibirnya. " pakcik jeon masih dirawat, makcik jeon pengsan sebab terkejut. "

" jungkook? "

taehyung yang sedang duduk terus berdiri dan memandang aku.

" yoonji, kau lupa? "

aku cuba ingat sesuatu.

ah, jungkook. dia tak suka tempat ni. tempat yang dipenuhi warna putih kelilingnya. kedengaran jeritan orang kesakitan sana sini. aku memejam mata rapat, rasa nak menjerit.

jungkook masih trauma dengan kejadian yang menimpa adik dia, junghyun. dia rasa diri dia punca ditambah tekanan dari pakcik jeon.

walaupun dia sakit teruk, dipujuk rayu pun dia takkan jejak hospital. aku sendiri pernah tanya samada kalau aku nazak, dia rela aku mati dalam pangkuan dia.

egh! aku.. tak tahu nak buat apa.

ini semua salah aku.

" jungkook nampak cemas, tapi dalam pada masa yang sama dia marah. apa yang berlaku? " taehyung menyoal lagi.

" s-sebenarnya.. kantoi tadi jungkook dengar perbualan kitaorang tentang pakcik jeon. jadi sebab tu rasanya jungkook marah. mianhae. " jelas narae.

aku menurunkan pandangan.

buku diari yang jungkook tinggalkan tadi masih berada di tangan aku. haih, jungkook-ah..

******

setelah semua keadaan semakin memulih. pakcik jeon turut dipindahkan ke wad biasa. aku tak tahu puncanya apa, katanya kemalangan ni melibatkan kesalahan daripada pemandu.

pakcik jeon disabitkan kesalahan memandu ketika mabuk. hm.

aku mengambil keputusan untuk menjengah keadaan dia. tadi aku telefon jungkook berkali-kali tapi dia tak angkat. aku faham yang dia tak boleh jejak ke sini.

" a-annyeong.. " perlahan sahaja suara aku menyapa di balik pintu.

wajah ketat pakcik jeon dapat dilihat, kepalanya berbalut dan tangannya bertempelkan wayar yang mencucuknya.

aku melangkah masuk lebih dalam dan berani. tepat aku berdiri di sisinya, mata kecil pakcik jeon menilik ke arah aku.

" s-saya han yoonji.. yang datang makan malam masa tu. " aku memperkenalkan diri. pakcik jeon membalas dengan anggukan yang lambat.

" pakcik, jungkook sayangkan pakcik. tapi dia tak dapat lawat pakcik seb—"

" arrasseo.. " pintas pakcik jeon dengan suaranya yang serak basah. " saya kenal dia, saya tahu.. " tambahnya lagi.

jadi pakcik jeon tahu yang jungkook alami trauma. aku rasa jungkook yang hantar hyun ke hospital sewaktu dia dilanggar kereta puluh tahun lepas.

tubir air mata mengalir dikelopak mata pakcik jeon.

" pakcik.. gwenchana? nak saya panggilkan doktor? " soalku gelabah.

dia menggeleng. " tak usah. " tangan pakcik jeon terketar-ketar menyentuh kepala aku. " gu..mawo.. "

" n-nae.. "

aku tak pasti kenapa dengan pakcik jeon. tapi aku rasa kasihan tengok keadaan dia sekarang.

" kenapa pakcik memandu masa mabuk? itu akan bahayakan nyawa pakcik sendiri! "

" salah saya.. ini semua salah saya dari awal. " katanya tiba-tiba. " jungkook.. saya tak suka dia.. "

suasana menjadi hening.

" tapi pakcik jungkook sayangkan pakcik. saya percaya. maafkanlah kecuaian dia pakcik, dia dah berumur 17 tahun. "

pakcik jeon memandang aku, dia menelengkan kepalanya. " kamu keluar.. "

masih keras hati.

" b-baiklah.. saya tinggalkan buku ni. saya harap, pakcik baca. saat tu pakcik akan sedar betapa besarnya sayang jungkook. ini, diari hyun juga. "

aku meletakkan buku itu diatas meja sisi katilnya. aku melangkah perlahan keluar dari wad khas tersebut.

*****

keesokkan harinya, aku decide untuk ke rumah jungkook. aku yakin dia dekat dalam. fuh, tenang han yoonji. semuanya akan baik-baik je.

" annyeonghaseyo. "

hmm. aku mengetuk sekali lagi.

" annyeonghaseyoo.. "

tidak ada yang menjawab. nak tekan loceng. tapi em tak apalah cuba sekali lagi.

kalini aku ketuk dengan lebih kuat.

" annyeo—OMO! y-yah awak okey? "

aku tak perasan pintu dah dikuak oleh si tuan rumah jadi aku terketuk muka jungkook. dia mendesis kesakitan tapi tetap mengangguk.

" kau, buat apa dekat sini? " soalnya.

" jungkook.. saya nak minta maaf. "

reaksi wajahnya terus berubah. menjadi lebih sedih. aku rasa nak mula peluk dia sekarang tapi aku segan. aku nak peluk tubuh hangat tu dan cuba bakar masalah dia. aish.

" aku okey. appa.. "

" appa awak okey! dia cuma perlukan rehat. " kata aku dengan senyuman. aku memaut tangan jungkook.

" yah, jom ke hospital? appa awak, perlukan awak. "

jungkook menggeleng. " ani.. aku tak nak. aku masih marahkan dia. dia, perancang untuk rosakkan hidup aku. anak dia, wajar ke? "

" jungkook-ah, saya tahu awak nak lawat dia. saya tahu awak baik hati. saya terbaca satu laman diari awak sewaktu dekat rumah narae semalam. " jujur aku.

aku menyambung. " kook sayangkan appa walaupun appa tak pernah hiraukan kook. itu kan? jungkook-ah, kalau awak masih trauma. saya ada dengan awak. percaya saya, ne? "

jungkook memaparkan wajah yang ragu-ragu. sewaktu aku bergelut dengan masalah keluarga aku. jungkook masih setia nak membantu. aku hargai segala usaha dia.

sekarang, aku perlu yakinkan jungkook.

" t-tapi.. aku akan teringatkan hyun.. "

aku menerkup kedua belah pipi jungkook. " yah, percaya saya. kali ni je. saya janji, saya takkan tinggalkan awak. "

******

aku peluk pinggang jungkook dari sisi. mesti korang tak percaya atlet segala sukan. berbadan sasa. muka garang, sombong walaupun comel. tapi takut nak masuk hospital. lel.

" aku nak balik.. " bisik jungkook. dia melihat persekitarannya. nurse yang sibuk berulang alik bersama failnya. manusia-manusia yang tidak sihat berada di dalamnya.

" rilek, saya ada. "

aku paksa kaki jungkook yang mengeras tak nak bergerak tu untuk terus maju. peh kemain susah weh nak suruh dia masuk.

kalau aku hulk hijo dah lama aku angkat dia.

sebenarnya boleh je aku tunggu pakcik jeon keluar dari hospital dan minta jungkook untuk berbaik dengan dia.

tapi, aku dapat tahu.

makcik jeon pengsan sebab terkejut yang ada kerosakkan organ dalaman pakcik jeon. dia mungkin memerlukan pembedahan. jadi, aku harap sangat jungkook sempat jumpa appa dia sebelum benda lain berlaku.

aku kerling jungkook. " awak okey? "

nafas dia macam tak stabil tapi dia still kawal. aku rasa jungkook tak suka darah. sebab bila dia nampak orang yang parah dia akan pejam mata.

sebaik sahaja kami tiba di pintu wad pakcik jeon. jungkook fikir puluh kali samada nak masuk atau tak.

" aku, nak balik. "

" tengok muka saya, jangan harap. "

" kau masuk sekali. "

" tak, awak kena confident. "

" kalau tak aku balik. " ugut jungkook.

aku terpaksa layan. " ugh okey fine. tapi saya duduk tepi ni je. "

jungkook mengangguk bersetuju. dia tak tahu tentang appa jeon yang perlu dibedah jadi aku rasa biarlah dia jumpa dulu.

pakcik jeon terjaga sebaik sahaja kami masuk ke dalam. jungkook mendekati appanya. pakcik jeon mengalirkan air mata. di benak hatinya mesti dia sedang terharu.

aku tengok di tangan pakcik jeon ada buku diari milik hyun.

hmm.

" jungkook-ah.. appa, mianhaeyo.. " pakcik jeon meminta maaf. jungkook terus menerus mendakap tubuh tua itu.

AKU NAK NANGIS LA WEH ASAL AKU KENA tENGOK T..T

******

aku lega.

semuanya kembali sedia kala.

dengar cerita yeri dah dapatkan baekhyun. tak jauh pun dia pindah, sekolah dekat daerah sebelah je. aku tersenyum bila tengok narae asyik dating dengan kim taehyung dia.

" hmm tertunai juga hajat aku untuk bawak kau ke sini lagi. " jungkook tersengih.

" hua tahu tak apa, dah banyak perubahan. entah dekat manalah agaknya terselit mangga kita tu. " kata aku sambil menarik bibir.

jungkook memeluk lengan aku, erat. kami sekarang berada di namsan tower. menyesal aku buat hajat nak beli mainan lego masa tu.

agaggaaggaga tapi nasib baik aku dapat tebus balik masa tulis sesuatu dekat padlock tu.

kami berdua berdiri dengan tenang memandang permandangan sekeliling.

" yoonji-ah. "

" nae? "

" em aku masih ingat apa yang kau tulis dekat mangga tu. " usik jungkook.

" yAh! jangan berani. yaish, jangan berani ungkit heh. memalukan. " aku acah tepuk bahu dia geram. dia sengaja nak malukan aku.

" kau tulis ' jungkook-ah..—"

aku terus kejar jungkook bila dia buat cubaan nak lari daripada pukulan hebat han yoonji.

" YAH JANGAN LARI! "

_

" jungkook-ah, saya harap. saya dapat berkahwin dengan awak suatu hari nanti. saranghaeyonggg "

__________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro