special'chapter.jk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[ SNAP is my best MOMENT ]

.

.

note; chan dapat idea daripada sebuah laman web kdrama. hihi^

.

*******

baiklah han yoonji sangat matang sekarang. HAHA iyeke. tak adalah beshe je. sejak lepaskan zaman persekolahan ni memang rasa lapang gak ar.

pergi kolej tak payah pakai seragam. huu, semua benda bebas. tak ada peraturan datang sebelum pukul 7 ngadap pengawas annoying depan pagar euw. agaggaga.

narae dah bercinta dengan taehyung. ya tuhan wa bangga dengan narae. harap-harap menyempatlah anak sepuluh en.

ha macam mana aku dengan jungkook?

ha ha ha ha ha ha

ceritanya macam ni. sadis guys.

selepas kejadian dia dengan appa jeon tu. dia dah semakin rapat dengan aku. kekadang tu aku terfikir sensorang, bila agaknya dia nak lamar aku jadi isteri dia #taksabar.

jungkook ibarat paria

HARI-HARI BERLALU SANGAT INDAH

aku dan jungkook akan makan aiskrim bersama. kekadang tu kitaorang akan duduk bawah pokok besar yang rendang dan jungkook akan nyanyikan untuk aku.

suara dia selalu legakan kepala aku. kalau masa makan, comot sikit je dia akan lap dengan hujung jari. HUA sweet.

dia akan sentiasa tunggu aku memandangkan kami berada di dalam 'kampus' yang sama. aku ambil bidang perubatan. beracah nak jadi doktor.

jungkook sentiasa on-time weh :) sweet pulak tuh huhuk. dia akan jadi macam ni. 👇🏼

" sayang! okey tak macam mana hari ni? alo alo, kesiannya baby kook. mesti yoon penatkan, jom keluar makan? "

" ala, saya ada assignment kena siapkan dalam kumpulan. hmm, sorry. lain kali heh? "

" hm. tak apalah kalau macam tu, lain kali pun boleh. okey darling~. "

memahami dan selalu buat aku tersentuh. lagi-lagi dengan ayat manis dia!

tapi sekarang..

" kook harini saya takde kelas! "

" oh really? "

dia akan sibuk dengan telefon pintar dekat tangan dan lebih cenderung dengan kawan-kawan dia.

" jom keluar sama? "

" ugh hari ni kook nak pergi kafe siber dengan taehyung dan jimin hyung. "

hmmm.

tak cukup sadis. sebelum ni jungkook rajin chat aku setiap masa! kalau boleh semua benda dia nak pesan.

macam ni 👇🏼

jungkookbts : hai sayanggggg

jungkookbts : makan tau jangan overnight sampai lupa kesihatan!!

jungkookbts : I miss you so muchhhhh muahhhhhhhh ❤️

jungkookbts : ops lupa. I LOVE YOU

sumpah aku suka gila, hari-hari aku tersenyum.

tapi sekarang, bila aku bukak loker dan check telefon. langsung tak ada notification SATU pun daripada jungkook.

kalau sebelum ni..

" hachum! "

" yah! yoon sejuk ke? " jungkook terus membuka sweater yang dipakai lalu disarung pada tubuh aku.

nyamannya.

sekarang..

" hachum! "

" euww. jauh, nanti kook berjangkit. "

haih. aku tak tahu apa masalah dia. cuma yeh rasa nak cekik-cekik jungkook. dia lebih pentingkan 'game' berbanding luangkan masa dengan aku.

jadi suatu malam tu aku ajak jungkook berjumpa. dekat taman berdekatan rumah kami.

kami berdua duduk dibuai yang kami pernah bersama satu masa dulu. sewaktu kami masih bergelar pelajar sekolah. hm saat tu indah.

jungkook masih melekat dengan telefon pintar dia.

" wae? yoon pernah kata kalau sedih akan tengok bintang. bwoya? " soal jungkook tanpa memandang aku.

aku menghela keluhan.

" aniya, sampai bila kita nak macam ni? "

" macam ni apa. " balasnya.

" jungkook fokus dekat saya. "

dia mengguling anak mata, kemudian telefonnya disimpan.

" saya dah penat. awak bijak, disebabkan kita tak ada sebarang hubungan and im not your girlfriend. awak layan saya macam.. "

" apa? kenapa ni apa lagi yang tak kena yoon? "

kata-kata aku terputus. pandangan aku jatuhkan.

" setiap kali saya tak dengan awak, saya akan menangis sendirian. "

" kalau saya minta putus pun kita memang tak ada hubungan. sebenarnya saya tak faham dengan awak. "

jungkook hanya diam membisu.

" jawab saya jungkook, " aku memberanikan diri memandang dia.

" nak suruh aku buat apa? " perlahan sahaja suara dia.

oh dia dah bahasakan macam kami dulu. kau-aku.

aku dah tak tahan dan malas. penat nak berkurung diri. aku terus bangun dari duduk, dan nak berambus dari situ.

pergelangan tangan aku ditahan.

" yah, han yoonji. kenapa kau sensitif sangat ni? apa lagi? "

aku terus merentap tangan aku.

" bwo? awak kata apa lagi? sebelum ni awak selalu dengan saya. tapi sekarang awak macam lupakan saya, kalau awak dah tak suka. awak boleh terus terang! "

" kenapa kau asyik nak aku selalu dengan kau? bukannya kita tak jumpa, kenapa kau obses sangat ni? "

huh..

obses..

aku obses. haha aku patut sedar dari dulu memang aku yang 'taksub' dengan dia. kalau ada peluang akan snap gambar dia. hahaha aku obses.

" awak pujuk saya untuk ajak keluar, awak chat saya setiap hari, awak risaukan saya bila saya sakit dan sekarang awak kata saya obses?! " aku meninggi suara.

bahunya aku tolak. aku nak menangis.

" huh.. saya memang obses.. "

aku memandang tanah, tubuh aku memaling ke belakang. " saya pergi. "

sejak kejadian tu, aku tak tahu apa-apa berita daripada jungkook. susah untuk terima semua ni.

aku macam, entahlah.

terikat dengan satu nama.

jadi aku hanya fokus dengan impian aku untuk jadi seorang doktor. aku mula perlahan dengan jungkook dan belajar sepanjang masa. kalau kami terserempak, ibarat tak kenal antara satu sama lain.

walaupun pedih..

*****

setelah beberapa tahun kemudian..

aku keluar dengan pangkat dan jadi doktor praktikal dekat hospital besar seoul. umur pun dah bertambah. kisah cinta aku, tak pernah aku lupa.

hm aku rindukan jeon jungkook.

bahu aku dipeluk dari belakang.

" kyahhh! tahniah han yoonji ataupun min yoonji! huhu muah. " narae menguncup pipi aku. euw.

" tahniah too jung narae! " aku tersengih riang.

semua orang ada dekat sini. keluarga min yang jauh jauh dari vietnam pun ada. chaeyeon pun ada! tapi jungkook, langsung tak nampak bayang.

haish, kenapa aku masih mengharapkan dia.

" yah malam ni jadi ea makan-makan dekat rumah pakcik makcik han kitew. " jimin menggerakkan jari jemarinya.

oh ya, hm malam ni akan ada parti makan-makan dekat rumah.

agak-agak, jungkook datang tak.

ARGH yoonji staph it you must move on.

aku bersiap, entahlah omma han bagi aku baju yang cantik sedangkan aku macam nak pakai jeans biasa je. katanya nak menyambut kejayaan lah gitu.

so aku turutkan. tengok dekat luar ramai yang datang. awh! baekhyun sunbae dengan yeri pun ada.

" uwah cantiknya yoon. " puji jin sunbae.

aku tersengih malu. " ehe, gumawo. "

semua berpasangan, chi minh namjoon. narae taehyung, jimin yang tak habis habis usha lisa. hmm bahagianya.

" eoh makcik jeon pakcik jeon. " aku menegur mereka.

" aigu aigu cantiknya, han yoonji kita ni. " makcik jeon memeluk aku erat. memang dari dulu aku tak pernah terlepas dari pelukkan dia.

kami beramah mesra. aku baru nak beredar sebab nak ambil segelas air.

pap!

blackout.

" mwonde, kenapa ni? "

aku rasa macam sunyi sebab tak dengar suara sesiapa. " yah? "

GELAP GELITA SYIOL.

mata aku terbuntang luas, sesaat satu cahaya menyuluh ke arah si 'gerangan' yang memakai tuxedo kemas. dan mencairkan hati aku. expectation aku diluar jangkaan.

jungkook berjalan ke arah aku selangkah demi selangkah. " haruman neowa naega hamke hal suit damyeon. " suara dia yang merdu lunak tu, bibirnya tersenyum kemudian menyentakkan jantung aku.

jap aku dah nangis.

jungkook melutut. " kook pernah kata kook nak lamar yoon satu hari nanti. han yoonji, sudi tak awak jadi sebahagian dari nyawa saya? "

sekotak cincin menjadi penanda antara kami berdua. lampu keliling dibuka. terlihat wajah-wajah mereka yang teruja. weh jap aku sumpah tengah nangis ni.

" saya.. sudi. "

jungkook melepaskan keluhan lega dengan senyuman. dia macam nak jatuh pengsan sebab dah dapat luahkan semua.

" aWWW! so sweet! "

" argh! finally!!! "

" omo taee narae nak macam tu jugaksss!! kita anak sepuluh key? ehee. "

jungkook bangkit, dia memeluk aku tiba-tiba. malu buduh. pipi aku membahang. dagunya dijatuhkan pada bahu aku.

" mianhae, terima kasih sebab sudi terima kook. " suaranya menusuk ke telinga aku.

" g-gwenchana.. "

" kook rindu yoon. hmm. " dia meleraikan pelukkan.

" saya pun, rindukan awak. " aku memandang tepat anak matanya.

" tapi kook, kenapa awak buat saya macam ni? "

" mianhae, kook bukan nak seksa perasaan yoon. but, kook buat bersebab. setiap kali kook ajak yoon keluar dan yoon skip kelas.. "

jungkook menceritakan yang ahli kumpulan aku selalu marah dia sebab aku skip kelas untuk keluar dengan dia.

" hmm lepastu kook selalu kacau yoon dengan asyik chat. yoon terganggu dan tak ada masa untuk belajar. terpaksa overnight untuk siapkan tugasan. "

" kook rasa kook tak berguna dan lupa yang yoon sibuk kejar cita-cita untuk jadi doktor. kook rasa serba salah. "

ya tuhan.

aku.. NANGIS TERUK T...T aku mati-mati fikirkan yang jungkook dah tawar hati dengan aku.

" walaupun kita dah tak selalu bersama. kook tetap perhati yoon dari jauh. " jungkook tersenyum sesambil menyentuh pipiku.

" saranghae, jeon jungkook. "

" nado saranghae, han yoonji. "

___

[ SPECIAL CHAPTER TAMAT ]

------

scene throwback SNAP!

okey firstly mesti korang akan terfikir yang taehyung tu abang yoonji sebab chat yang dia sampaikan and taehyung tolong yoonji masa dekat stor tu kan?

tapi jawapannya yoongi yang minta taehyung tolong jagakan yoonji. dan dia gunakan acc taehyung untuk tahu berkenaan yoonji.

sampaikan narae pun tertipu ingatkan taehyung sukakan yoonji.

then, mesti ingat pakcik makcik han ke vietnam sebab lawat aunty soo.

sedangkan mereka lawat orang tua kandung yoonji iaitu pakcik makcik min yang sebenarnya sedang sakit.

[scene kurang jelas] yoonji ada fobia dengan hujan lebat sebab sewaktu dia berusia 4 tahun yoonji terpisah dengan keluarga asal dia.

dia tak suka keluarga min sebab yoonji fikir mereka tak sayangkan yoonji sedangkan makcik min perlukan rawatan dan tak mampu untuk jaga yoonji.

jadi dia serahkan yoonji ke keluarga han. sebab tu ada scene yoonji tak suka yoongi dan yoonji fikir jungkook komplot dengan yoongi untuk berbaik dengan mereka.

tapi jungkook tak nak yoonji rasa apa yang jungkook rasa sewaktu kehilangan hyun, jadi dia harap yoonji berbaik dengan yoongi semula.

macam mana jungkook boleh ikut yoonji ke vietnam masa tu? sebab makcik han pernah kata dalam telefon yang jungkook bagi dia semangat untuk beritahu kebenaran tentang penyakit omma min.

sebab jungkook risau masa yoonji luahkan perasaan yg dia sedih omma dan appa han tipu dia waktu tu. (pasal ke vietnam bukan kerana aunty soo)

mesti korang macam blur en sebab tetiba omma han bagitahu yoonji perkara sebenar. sebenarnya jungkook yg minta perkara tu dijelaskan.

kalian fikir jungkook bipolar ( sikap yang berubah ubah. ) tapi jungkook jauhkan diri dia masa tu sebab terkenangkan peristiwa adik bongsunya junghyun.

junghyun meninggal dunia kerana dilanggar sewaktu melintas dan cuba dapatkan jungkook. jadi jungkook menyesal dengan kecuaian dia.

[scene kurang jelas] jungkook yang hantar hyun ke hospital sewaktu selepas dia dilanggar, jadi dia agak susah untuk ke hospital sebab kejadian tu ganggu dia.

chan susah nak jelaskan sebab tak ada pov jungkook dalam cerita ni.

next, pakcik jeon dalam diam benci jungkook sebab kecuaian dia. jadi sebab tu jungkook akan tertekan dan jauhkan diri dia setiap kali hari kematian junghyun.

dan yang paling pasti! korang fikir yeri adalah watak jahat pemusnah hubungan dan peganggu.

kalau korang perasan, baekhyun terlalu cintakan yeri sampai sanggup cari 'padlock' dia dengan yeri dekat namsan tower masa tu. chapter berapa tah agaga

tapi semua orang pun tahu yeri tu perangai mcm seton. kenapa baek still cintakan yeri? sebab baek kenal 'siapa yeri' dalam dialog dia.

yeri tu cuma ego dan selfish sebab dia sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan sesuatu. berdasarkan benda tu, yeri bantu keluarga dia dari diancam oleh pakcik jeon yang berkuasa.

takde orang notice scene baek^ agagagga

okey yang lain-lain tu okey je kut. jungkook fall in love dengan yoonji waktu kali pertama dia nampak yoonji snap gambar dia. disebabkan senyumannya yg mirip hyun.

dia cuba lindungi yoonji dari kemalangan sebab tak nak perkara yg sama berulang.

jungkook gunakan alasan yang dia sukakan yeri hanya untuk tahu siapa yoonji waktu tu. tapi dia tak ada perasaan dekat yeri.

dalam kepala yoonji, jungkook cintakan yeri sampai sanggup tolong yeri untuk jauhkan diri dari baekhyun dengan post gambar (scene insta awal)

sedangkan yeri hanya disuruh oleh pakcik jeon untuk ganggu jungkook dan tektik tu untuk dia jauhkan diri dari baekhyun. walaupun dia masih cintakan baekhyun.

yoonji fikir jungkook yang dengan status pernah cintakan yeri tu backup dia masa diserang dalam kelas waktu tu sebab dia masih cintakan yeri. sedangkan tidak~

tentang mereka bertujuh, kenapa chan buat namjoon kahwin dengan chi minh? sebab semua watak dah pernah muncul. yoongi as abang yoonji, hoseok as abang narae, tae jimin as penganggu agagagga jin as doktor.

so namjoon as suami chi minh sebab depa bertujuh kan bersahabat. and chan saja je troll pasal kook nak kahwin tu. agaggagaga

kalau nak tahu end up baekyeri macam mana, jawapannya baek pernah suruh yoonji bagi dia kotak terakhir untuk yeri. sebenarnya dalam surat tu baek beritahu dia pindah ke mana. dan dia sayangkan yeri. that's why depa still bersama. yeri pulak dah bebas dari arahan pakcik jeon~

SO, itu sahaja kekalau sesiapa yang baca cerita ni tapi masih blur dengan jalan cerita and plot yang chan masukkan macam bangang hukhuk. mianhae~

mwah, chan sayang anda semua 🙃💕

maaf untuk special chapter yang tak daebak. 🍂

chan akan rindu #yoonkook 💙💜💛💚

sebagai penghargaan untuk chan, janganlah buang buku ni dalam library atau reading list korang sebab chan nak korang sentiasa ingatkan SNAP ❤️

hukhuk poyo kan. SARANGHAE! 💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro