twenty'one.jk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


****

daripada masa dekat perhimpunan aku senyap ja. bukan kecik hati pasal berita baik yang narae bagitahu tu salah atau betul.

cuma, entahlah normal tipikal orang yang broken memang macam ni. tak bercakap.

jaranglah orang broken akan gelak-gelak sampai nak terputus anak tekak.

" weh kau still tak nak cakap dengan aku ke? aku buat salah ke wei? aku minta maaf lah duh. tapi jangan palau aku cem ni. hukhuk. " narae berlakon sedih. pipinya diusap even tak de air mata.

aku hanya pandang papan putih dengan muka kosong.

sedang aku mengelamun, teringat kejadian yang boleh membarahkan otak tadi...

" haah. kenapa? "

cibel kuasa empat.

lepas daripada aku dengar ayat tu aku hanya tersengih janggal dan berpaling tadah. jungkook pesan apa masa sebelum masuk sekolah pun aku tak dengar.

rasa otak aku kosong dan malas nak dengar suara dia!

" han yoonji! TIGA MASA saya awak tak buat apa-apa?! sudahlah saya perhati dari tadi asyik mengelamun je! nI langsung tak buat kerja?! "

haih.

satu kelas berpusu-pusu nak tengok aku. apakan daya, tak pepasal jadi tumpuan harini. aku tak sedar pon tiga masa dah berlalu.

" detention class. jangan berani kamu balik, sebelum saya sampai. "

ah, shibel.

***

" pergilah balik. " halau aku.

narae memeluk lengan aku tidak mahu melepaskan. dia seboleh boleh nak hadap 'detention class' ni dengan aku.

walhal bukan salah dia pun.

sikit la sikit salah dia sebab bagi aku FAKEHOPE

" isk tak nak! aku nak teman kau! mesti sebab berita semalam tu tak betul kan?! aku dah tahu dah! isk. "

naik rimas dah aku, habis basah lengan baju sekolah aku ni aihhh minah ni pun.

kedengaran bunyi pintu kelas dikuak, wajah bengis mr.rowoon terpancar jelas bersama rotan tebu dia.

" hah! saya baru ingat nak suruh kamu hafal semua formula. tapi saya terpaksa hadiri mesyuarat. " kata mr.rowoon.

dia mengerling jam di pergelangan tangannya.

" saya terpaksa cancel kelas tahanan kita, jadi sebagai penggantinya. saya nak kamu bersihkan stor blok F yang hujung sekali. "

bAPAK DIA

weh serius ni kelas tahanan paling teruk aku pernah dapat NAKFOR selalunya kena tahan rehat lambat ke hafal formula ke, ni—

fak

aku tak kisah nak bersihkan stor, maSaLAHNYA stor tu tak ada siapa pernah jejak kot! haiyah matilanak.

mr.rowoon meletakkan kunci di atas meja. " ni kunci. ha jung narae, saya tahu kamu menyorok dekat bawah meja tu. keluar, saya teman kamu sampai ke pintu pagar dan pastikan kamu balik. "

" wHAT? "

bap! " aDUH.. " narae terkejut sampai kepala dia terhantuk dekat meja semasa buat cubaan nak bangun.

aUch mesti sakit. tapi sakit lagi hati ku. huhu

" tapi mr.rowoon takkan yoonji nak sensorang d—"

" no excuse, follow me. nOW. "

****

" babi kook doo doo doo babi kook doo doo doo HAHA "

aku menyanyi dengan riang semasa dalam perjalanan ke blok F. bapak dialah terceruk bai bangunan ni.

haih, sis tabah.

tik, tik,

" WEH JANGAN HUJAN! "

maka disebabkan mulut aku yg masin macam air laut ni, dengan senang hati hujan membasahi bumi. awan yang tadinya mencerah langit, bertukar sapa dengan awan gelap.

" wHat ergh! "

aku langsung berlari laju di kaki lima menuju terus ke stor. hujan dah pun melebat, aku kena cari tempat berteduh.

" grrr,,,, sejuk .. "

" OHOK OHOK! " aku terbatuk. " ni stor ke tempat penyimpanan habuk sia?! "

aku tekan suis lampu. bam, terbuntang luas bijik mata, rahang aku kalau boleh nak jatuh sampai cecah lantai.

" fuh aku sanggup hafal formula. "

****

" ha..HAChOM! "

hidung aku gumpal-gumpal, serius do dah sejam aku dalam stor ni. dah siap kemas dah pun. masalahnya.. grrrr aku sejuk.

selsema sudah marei. habuk tambah sejuk. nice.

okey jom balik, terus aku memulas tombol stor.

kcek,kcek

" WEH JANGAN KATA AKU TERKUNCI HEH TAK KELAK—uhuk! TAK KELAKAR SIA! "

aku sedaya upaya kerah tenaga untuk bukak pintu tu. tapi still tak boleh, nak guna alat apa-apa tapi stor ni cuma ada bola lama yg dah kempis je kau rasa?

aku memang malang macam nobita..

dengan hidung tak bagi kerjasama, tekak dah perit asyik batuk, badan dah menggigil. sudah lah baju sekolah ni lengan pendek, skirt pula paras lutut. terbaik betul.

" mana mr.rowoon sia.. t-taknak.. ha..HACHUM! taknak amik aku ke.. brr.... "

tolong jangan kata dia lupa,, tak klishe syal benda benda macam ni.

aku mengeluarkan telefon pintar, cuba untuk buat panggilan dekat narae ataupun sesiapa.

" line.. " aku cari line dekat semua sudut. tapi sia-sia.

" ha..ha.. HACHUMM!! " sakit sia hidung. BALFOWOF

aku terduduk lemah dibalik dinding. telefon aku peluk erat. nak menjerit minta tolong tak boleh, sebab yang aku dengar bunyi hujan lebat berlaga dengan bumbung je.

****

hampir 30 minit masa berlalu, hujan masih tak mereda. muka aku pucat lesi. mata dah terasa memberat.

kepala aku pening..

tali leher aku cuba tanggalkan, risau aku jerut diri sendiri.

" y-yoonji.. ingat pesan omma.. ber..nafas dengan tenang.. " bibir aku dah mula mengering. aku cuba untuk 'mengawal' diri.

sakit..sakit.. kepala aku sakit..

sejuk...

aku terkulai ke lantai,

sebelum aku dikaburi dengan pandangan gelap gelita. aku terdengar bunyi hempasan pintu dan cahaya yg masuk dari luar.

" t-taehyung.. "

_____

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro