t w o

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

meowning, pwincess :3

now on air : snow white

|| chapter 2

"Psst! Snow White!" Snow White meng-flip rambutnya yang sedikit terjuntai itu. Dahinya berkerut. Gadis itu mengerling dua ekor burung kecil yang sedang menemaninya membaca novel thriller di tengah-tengah hutan yang aman damai itu. "Hish. Ni malas jadi famous ni. Sikit-sikit kena kacau."

Dua ekor burung tadi menggulingkan mata ke atas. Ya tuhan, perasannya.

"Apa main psst psst. Keluar jelah. Nak masuk minang bagitahu je, halamek." Tersedar yang dia main cakap lepas, Snow White menekup bibirnya yang memarahi diri sendiri. Ish, kalau itu jodoh, mesti dia dah lari! Yelah, tahu-tahu Snow White jenis mulut sampah, angkat kaki terus si pujaan hati.

Seorang lelaki keluar dari balik pokok yang daunnya berjuntai hingga ke bawah. Hampir sahaja Snow White menepuk dahi. Bengek. General lah siak. "Takpelah, Snow White. Janji confident."

Snow White tertawa segan dan memalingkan wajah. "Halah halah muka tembok betul kau, Snow White."

"Ah. Ada apa tuan General cari Snow White sampai ke sini? Ada masalah ke dekat istana?" Gadis itu menutup novelnya dan mengalihkan fokus sepenuhnya pada General yang nampaknya telah bersusah payah untuk mencarinya.

Konklusinya disini, esok baca novel dalam tanah jelah.

"Dah tentu, Snow White. Kamu tahu kan tuan Permaisuri tu macam mana?" Jari telunjuk General menunjuk ke arah kepala, kemudian jarinya dipusing. Ah. Snow White mengangguk. General mengeluh dan menggelengkan kepala, kelihatan terlampau fedap.

"She's going too far this time. Dia nak bunuh Snow White kali ni. You better run." Dari duduk santai, badan Snow White kini tegak mendengar perkataan bunuh yang meniti di bibir General. "Dang. Awalnya."

"Apa?"

"Eh, tak! Maksud Snow White, kena lari lah ni? Sekarang?"

General menampar dahi. Pelipisnya ditekan dan diurut. "Tak payah. Takut apa, Snow White? Mati tanam."

Uih. Fedap sangat General kita ni.

Snow White bangun dari tempat duduknya. Tak lupanya novel thriller kesayangannya dipeluk erat. Dua ekor burung kecil yang tadi hanya memasang telinga sambil mengata tentang kebungukan Snow White kini terbang ke bahunya, tak mahu ketinggalan di belakang.

"Lari sejauh yang mungkin. Selamatkan diri, Snow White."

"Baik. Terima kasih, tuan General." Snow White mengelap air mata palsunya sebelum berlari dengan ayu ditemani beberapa ekor haiwan tanpa arah tuju. Yang penting aku selamat. HOHOH.

+ snow white +

"Wahai cermin yang- aduh aku tak tahu jantina kau apa, siapakah orang yang paling cantik, paling gojes, paling letops, paling erm dalam kerajaan ini?" Permaisuri menyoal cermin ajaib buat kesekian kalinya. Kali ini dia pakai bengkung Sajat dengan make-up jenama Nurraysa yang mesra wudhuk. Mana tahu muka dia bercahaya lepas tu body dia grrr macam Sajat en?

"Dah berbuih mulut aku. Snow White, nyah. Snow White. Lepas ni aku nak cas bayaran ah. Sekali kau tanya 50 hinggit. Boleh gak beli album Butter aBangTan tu." Si cermin ajaib menjawab malas.

Si Permaisuri yang dari tadi tersenyum macam tengah posing photoshoot kini terus memudarkan senyuman. Cermin tadi dipandang tajam. Wajah roh cermin ajaib itu dipandang dengan mata tajam dan senyuman sinis.

Meremang bulu tengkuk si cermin tu. "Apa kau cakap, cermin?" Permaisuri melangkah setapak demi setapak mendekati cermin ajaib yang sudah kehilangan kata. "J-jangan d-dekat! K-kot ya pun jangan buat muka macam nak rogol aku lah, Permaisuri gila!"

Dah nak menangis si cermin tu dibuatnya.

"GENERAL! GENERAL! KEMARILAH KAMU!"

"Y-ya, tuan Permaisuri!"

"BUNUH PEREMPUAN TAK GUNA TU! BAWA AKU KEPALA SNOW WHITE! BIAR AKU MAKE-UP SIKIT MUKA DIA JADI ANNABELLE AHAHAHAHAHHAHAHAHHA"

General dan roh cermin yang bernama Jeno itu berpandangan. "Dah tak lama permaisuri kita ni."

❚❚ to be continued : snow white

A/N
lain macam snow white zuzu ehek
nah, terimalah abang cermin ajaib anda yang kacaks <3

agak ii abang cermin ni pakai make-up brand apa ek sampai muka dia bercahaya bethol hiks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro