Eighteen | 열 여덟

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Allah brings certain people in your life to teach you, inspire you, help you grow, make you laugh, and make you strong.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡





Bunyi ketukan pintu membuatkan makcik Lee yang berada di ruang dapur itu bergegas menuju ke pintu.

"Aera?"

Namun wajah yang terpacul di hadapan pintu bukanlah orang yang ditunggu-tunggunya. Ada dua orang pemuda di hadapannya.

"Siapa kamu berdua?" soal makcik Lee hairan.

"Min Aera tinggal di sini?"

Dahi makcik Lee berkerut. "Ya? Tapi kamu berdua ni siapa? Kawan Aera ka? Tapi mana Aera?"

Kedua-dua mereka berpandangan seketika.

"Mana Aera, ahjumma?"

"Kamu ni siapa? Kawan Aera ke?"

Yoongi hilang sabar. "Saya oppa dia."

Perkataan Yoongi membuatkan makcik Lee membesarkan matanya. Tanpa segan silu pipi Yoongi ditamparnya. Terpempan  jejaka itu termasuk Hoseok yang turut bersamanya.

"Oh kamulah oppa dia tak guna tu?! Sanggup biarkan gadis macam Aera kena halau pergi dari rumah sorang-sorang? Yah!  Kalau ahjumma tak ada masa tu ahjumma tak tahu la apa yang akan jadi dengan adik kamu!"

Yoongi memegang pipinya yang perit ditampar. Mahu dibalas tidak ada gunanya kerana betul apa yang diujarkan oleh makcik itu.

"Maafkan saya ahjumma... Saya menyesal.."

Makcik Lee hanya mendiamkan diri. Nak marah pun, tiada gunanya. "Aera tak balik lagi. Tadi ahjumma telefon ada kawan dia bagitahu Aera ada dengan dia."

"Maksudnya..Aera tak balik lagi?"

"Haah, risau juga ahjumma. Dah lewat dah ni. Tadi ahjumma call dia, ada namja yang angkat."

Yoongi terkesima. Namun cepat dia berfikiran positif. Pasti abang kepada rakan baru Aera? Tenang Yoongi, tenang!

"Boleh berikan saya nombor telefon Aera? Saya tukar nombor telefon, tak sempat nak save nombor dia."

"Sekejap." telefon makcik Lee dikeluarkan dan lantas Yoongi mendail nombor Aera. Hoseok hanya memandang sahaja. Dia tidak pernah memberitahu Yoongi yang dia mempunyai nombor Aera.

Sebaik sahaja selesai, Yoongi lantas mendail nombor tersebut.

****

"Kau.. Muslim..?"

Aera menundukkan kepalanya.

"Aera shi. Aku tanya ni sayang.."

Aera terkedu. Dalam masa yang sama dia takut. Dipandangnya ke arah Seokjin yang memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya.

"Sebe-" belum sempat Aera menjawab, tiba-tiba telefonnya berdering di atas katil dan hampir dengan Seokjin.

Seokjin mengambilnya namun tidak mengangkat panggilan itu. Ditutupnya.

"Jawab soalan aku dulu."

"Yah Seokjin! Mana tahu ahjumma saya telefon!" ujar Aera cemas. Seokjin menggeleng. Telefon itu kembali berdering.

"Seokjin ah! Pasti ahjumma saya risau!" mohon Aera. 

Seokjin mengeluh perlahan namun dia tidak memberikannya pada Aera, sebaliknya dia yang mengangkatnya.
Terkejut Aera dibuatnya.

"Seokjin!"

Namun Seokjin meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Meminta Aera supaya diam.

"Nugusaeyo?"

"Waeyo? Kau siapa? Aera mana?"

Seokjin mengerutkan dahinya. Lelaki?
Kenapa hatinya tidak tenteram?

"Jawab dulu, ni siapa?"

"Yah! Aku sepatutnya tanya kau mana Aera? Kau buat apa kat dia ha? Mana Aera?!"

Agresif betul mamat ni. Seokjin menghela nafasnya sebelum mengukirkan senyuman sinis.

"Aku namja dia. Kenapa kau tanya aku siapa?"

Kata-kata Seokjin membuatkan Aera  membelalakkan matanya.

"Namja? Yah! Aera tu adik aku! Mana dia?! Kalau kau tak bagitau mana dia aku tak restu!"

Seokjin terkedu. "Oppa?"

Alamak! Gagal dah interview dengan abang ipar!

Eh?

Aera lantas merampas telefon dari Seokjin yang termangu.

"Hoseok oppa?" Aera bertanya dengan nada yang masih berketar.

"Aera-ya?"

Aera terasa lututnya lemah tatkala suara yang sangat dia rindui dan nantikan menampar gegendang telinga menyebabkan dia terduduk. Dan air matanya keluar sekali lagi.

"Oppa..hiks..."

"Mianhae Aera-ya..."

"Yah Aera, kenapa?"

Aera menggelengkan kepalanya lantas dia memberikan telefon itu kepada Seokjin.

"Waeyo?"

Aera menggelengkan kepalanya dan lantas duduk di birai katil kemudiannya menangis teresak-esak. Dapat dia mendengar nama Aera dipanggil berulang kali dari telefon itu.

Seokjin berdehem seketika sebelum memulakan perbualan itu.

"Adik hyung ada kat rumah aku. Nanti aku hantar lokasi."

Blip!

Dengan kurang ajarnya Seokjin mematikan perbualan itu dan menuju ke arah Aera.

"Aera shi, kau kenapa?. Stop menangis please?"

"Kenapa baru sekarang oppa saya nak cari? Waee?"

Seokjin bingung. Bukankan tadi Aera berjumpa dengan oppa dia kah? Nak tanya takut terciduk pula. Dah lah dia ikut Aera senyap-senyap. Dia menatap Aera lama.

Bunyi ketukan pintu membuatkan mereka berdua serentak memandang ke arah pintu. Seokjin mengeluh perlahan sebelum membuka pintunya.

"Tuan muda. Ada dua orang pemuda kat luar. Katanya dia nak jumpa dengan cik Aera." ujar seorang maid.

Seokjin mengangguk sembari menghembuskan nafasnya.

Abang ipar.

Aku datang.

Eh?

"Suruh dieorang masuk dan bawa ke dalam bilik ni."

Maid itu menunduk patuh lantas beredar melaksanakan arahan.

"Kenapa?" soal Aera sebaik sahaja Seokjin menutup pintu.

"Oppa kau datang."

"Wae? Jangan! Jangan bagi dia masuk!" jerit Aera membuatkan Seokjin tersentak.

"Waeyoo? Dia oppa kau kan? Kenapa kau ni? Tadi bukan ke-" Seokjin menghentikan bicaranya.  "Hah, lupakan."

Belum sempat Aera membalas kata-kata, pintu dibuka dan terpacul wajah seseorang yang dirinduinya. Serentak mereka berempat memandang.

"Kau?"

"Hyung?"

"Oppa?"

"Aera?"

Aera memandang ke arah Yoongi dengan tangisannya semakin kuat. Tanpa menyapa, dia masuk ke dalam bilik air dan menguncinya.

Seokjin terkedu melihat Yoongi yang turut memandang ke arahnya dengan riak yang terkejut.

"Hyung..oppa Aera?" soal Seokjin dengan riak masih terkejut.

"Seokjin? Kau... Kenapa Aera boleh ada kat kau?" kini giliran Yoongi pula bertanya.

Seokjin masih lagi bingung menatap Yoongi tidak percaya. Begitu juga dengan Yoongi.

"Aera ya! Buka pintu!" laungan Hoseok menyedarkan Yoongi tentang situasinya sekarang bahawa Aera adalah tujuan utamanya. Dipandangnya Seokjin sekilas.

"Nanti aku ceritakan." ucap Yoongi lantas menyertai Hoseok.

Seokjin mengangguk pelan sembari melihat Yoongi dan Hoseok mengetuk pintu.

"Jadi selama ni Aera tu adik Yoongi hyung?" bisik Seokjin perlahan.

Ah pening!

Seokjin meraup rambutnya kasar. Matanya menatap belakang dua figura yang sedang memuju Aera keluar.

"Aera ya!  Mianhae! Bukalah pintu ni! Tak rindu oppa ke?" laung Yoongi dari luar.

"Aera ya, Aera kata Aera rindu Yoongi hyung. Ni Yoongi hyung dah ada ni..." pujuk Hoseok.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka membuatkan Yoongi berdebar. Harapnya Aera sudahpun tenang dan mendengarkannya.

"Pergi..." ujar Aera dengan seraknya.   Namun Yoongi tidak langsung menuruti perintah si adik, lantas dia menolak pintu itu dan lengan Aera ditariknya serentak tubuh Aera didakapnya.

"Mianhae, Aera ya." Tubuh Aera didakapnya. Kepala Aera yang dilapik dengan kain tuala itu diciumnya bertalu-talu. Aera menangis dengan hebat. Dia memukul dada Yoongi berkali-kali agar melepaskannya namun Yoongi malah mengetatkan pelukannya.

"Oppa jahat! Oppa jahat! Oppa jahat!" ujar Aera semakin lemah. Lama dia memarahi Yoongi dalam keadaan sebegitu sehinggalah dia tidak terdaya dan jatuh pengsan dalam dakapan Yoongi. Terkejut Yoongi, Hoseok dan Seokjin dibuatnya. Mujurlah mereka berada di dalam bilik dan menempatkan Aera di atas katil.

"Hyung...." Yoongi menoleh ke arah figura yang telah dia abaikan secara tidak sengaja tadi.

"Ikut aku.." ujar Yoongi dan meminta Hoseok menemani Aera sebentar.

Seokjin diam tak berkutik ketika mendengar cerita Yoongi. Rasa bersalah muncul di dalam diri. Bibir diketap rapat. Apa yang dia telah lakukan selama ini pada Aera?

Ada sedikit penyesalan di situ.

Tak sangka, Aera adalah seorang gadis yang telah dibuang keluarga dengan umurnya yang sangatlah muda. Terpaksa bekerja dan terpaksa mendengar segala kata caci maki. Kini Seokjin mulai faham, kenapa Aera menangis dengan kuat tadi dan mungkin limit kesabarannya sudah melampaui batas sehingga dia tidak sanggup lagi menanggung apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Kau tak pernah bagitahu yang kau ada adik perempuan hyung? Dan adik kau tu Aera?" soal Seokjin dengan nada yang masih lagi terkejut.

Mereka berdua berada di dalam bilik Seokjin. Di sofa khas yang tersedia di situ.

"Dah kau tak pernah tanya." ujar Yoongi datar. Kemudian dia menatap lurus ke arah Seokjin. "Aku nak tahu macam mana kau kenal adik aku."

"Eo? Kau tahu tak Aera kerja kat sekolah aku sebagai cleaner-"

"Jap. Apa kau cakap?!" Yoongi membulatkan matanya.

"Clea...cleaner?"

Seokjin mengangguk. "Haah."

Yoongi memejamkan matanya. Sungguh dia berasa kejam dan bersalah yang teramat pada Aera. Pasti adiknya itu banyak menderita kerana mereka sekeluarga membuat keputusan tidak memikirkan perasaan si bongsu.

"Aku memang oppa yang tak guna." Yoongi tersenyum miris sambil menundukkan kepalanya. Seokjin menatap Yoongi yang sendu itu. Entah mengapa dia sedih melihat Yoongi begitu.

"Yah! Hyung-"

"Aku memang tak guna Seokjin! Selama sebulan aku biarkan adik aku tak belajar, tinggalkan dia uruskan hidup sendiri! kerja sebagai cleaner!walhal aku dah bagi dia duit. Tapi.. kenapa.." Yoongi mengacak rambutnya frustasi. Seokjin lantas meluru ke arah Yoongi sambil memeluk bahu lelaki itu.

"Hyung.... aku tak tahu apa yang berlaku antara keluarga kau dan Aera. Tapi aku yakin Aera akan maafkan kau dan masih sayang kan kau. Cuma dia  tak bersedia lagi atau takut kau tinggalkan dia lagi. Lagipun adik mana tak sayang abang dan abang mana tak sayang adik dia kan? Aku walaupun tak ada adik beradik aku boleh rasai perasaan tu."

Ucapan Seokjin yang panjang lebar itu sedikit sebanyak menenangkan hati Yoongi. Yoongi tersenyum nipis sebelum senyumannya kembali mengendur. Ditolehnya ke arah Seokjin dengan wajah yang tajam.  Berkerut Seokjin dibuatnya.

Dah kenapa mamat ni?

"Kau kata kau namja Aera kan?"

Gulp! Alamak!

"Yah! Aku... err-"

"Apa.. Apa?" provok Yoongi. Tangannya dilipat ke dada.

"Yah! Mana la aku tahu yang kau ni oppa dia. Aku cuma..Em.. Kalau ada namja lain telefon dia aku em...pura-pura je la kata aku ni namja dia. Ha..  Macam tadi! Tapi..emm.  aku mana tahu yang kau telefon dan kau tu oppa Aera!"

Tergagap juga bicara Seokjin membuatkan Yoongi menatapnya dalam dengan keadaan yang serius membuatkan Seokjin gugup. Lantas dia berdiri.

"Dah la kalau kau nak apa-apa panggil aku. Atau kau pergi jumpa Aera. Aku nak.. em.. buat something.. mungkin.."

Namun langkahnya berhenti apabila Yoongi mula mengatakan hal yang membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Aku lebih suka kalau kau buang kata 'pura-pura' kau namja Aera."






.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro