Seventeen | 열 일곱

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sometime life is so hard. You have to get through so many things just to be happy. Facing all the struggles with patience but it's all worth it someday.

Sabar

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡






Aera melangkah longlai ke arah halte bas yang tidak jauh darinya.

Deringan telefon Hoseok membuatkan Hoseok perlahan-lahan  melepaskan pelukannya pada Aera.

Yoongi hyung is calling..

Aera yang melirik ke arah nama pemanggil itu hanya mengemamkan bibir. Lirikannya mati tatkala
Kedua-dua mata Hoseok menatapnya.

"Aera-ya, oppa ada hal sekejap. Rumah Aera duduk ni dekat je kan dengan area  sini?"  soal Hoseok lembut kepada Aera yang sedang membetulkan posisi duduknya.

"Ya, Aera tahu." ujar Aera sembari tersenyum nipis.

"Oppa pergi dulu ke? Jaga diri terus balik rumah ya? Oppa sayang Aera." puncak kepala Aera diusapnya pelan sebelum pergi.

"Oppa.. Aera rindu oppa. Kenapa oppa tak faham kenapa oppa buat kat Aera?! Waeyo!! Kenapa oppa tak pernah call Aera mana janji oppa?"   Aera mula mengomel kecil sambil meneruskan jalannya. Laluan di situ agak sunyi kerana ramai tidak menggunakan bas waktu sekarang. Sungguh dia amat merindui Yoongi. Sesekali dia terdengar suara dentuman guruh namun tidak diperdulikannya.

"Oppa.. Aera rindu..." Aera menangis teresak-esak sehingga di terduduk. Sehinggakan dia tidak sedar hujan turun dengan lebat seolah-olah menemani air matanya yang turun serentak.

"Waeee??? Kenapa Ya Allah? Kenapa?!!" Aera menjerit. Berat ujian yang dipikulnya. Sangat menyakitkan, namun ia harus hadapinya juga.

Pahit. Lama-lama manis. Itu slogan yang digunakannya selama ini.

Tiba-tiba dia merasakan hujan tidak menimpa dirinya. Seolah-olah dia dilindungi oleh sebuah kain. Lantas dia mendongak. Netra matanya memandang sendu kerana terlalu banyak menangis.

"Seok...jin?"

"Kau buat apa kat sini? Nanti kau sakit Aera!" tegas Seokjin mengatakannya membuatkan Aera berdiri di hadapannya.

Baju dan tudung Aera basah lencun. Begitu juga dirinya. Mata Aera kembali mengeluarkan air matanya.

Tanpa aba-aba, Aera memeluk Seokjin membuatkan lelaki itu terkedu. Blazzer yang dipegangnya untuk dijadikan sebagai tempat teduh untuk Aera hampir terlepas. Mujurlah dia memegangnya kemas.

"Aera shi?" perlahan-lahan Seokjin memeluk Aera yang menangis tersedu sedan di dalam pelukannya.

"Jom ke sana. Nanti kau demam." pelan Seokjin memujuknya membuatkan Aera mengangguk. Dan kini mereka berdua berada di halte bas. Tanda-tanda hujan berhenti untuk masih lagi tidak terlihat.

Seokjin memandang ke arah Aera yang masih lagi menangis. Entah mengapa hatinya berasa sakit melihat gadis itu berkeadaan begini.

"Maaf sebab peluk awak tadi." ujar Aera pelan kerana dia tidak berada jauh dari Seokjin.

"Gwenchana. Tapi kenapa dengan kau? Apa yang berlaku?" soal Seokjin . Dia sendiri tidak tahu kenapa dia prihatin dengan gadis itu. Dia mengekori gadis ini semenjak tadi setelah keduanya berpisah. Hairan juga kerana mereka berpisah dan ke arah jalan yang berbeza. Itulah mengapa Seokjin mengekori Aera dari jauh.

Aera diam seketika. Memikirkan hal tadi membuatkan dia mahu mengalirkan air matanya semula. Sungguh dia perlukan seseorang untuk dia meluahkan segalanya dan pelukan hangat. Pelan-pelan dia menatap Seokjin yang masih sabar menunggu jawapannya.

"Seokjin.."

"Ya?"

Ragu-ragu Aera mahu mengatakannya kerana dia masih dalam keadaan teresak-esak.

"Tak ada apa."

Seokjin diam sejenak menatap Aera yang menunduk. Agak lama membuatkan Aera menjadi agak segan.

"Kau perlukan sesuatu?"

"Tak ada a-" belum sempat Aera meneruskan kata-katanya, Seokjin terlebih dahulu menarik lengannya dan memeluknya erat. Kepala Aera diletakkan pada dada bidangnya dan  belakang Aera ditepuk-tepuk. Aera sangat terkejut.

"Menangislah banyak mana kau nak. Aku tahu banyak benda yang kau pendam sampai kau tak pernah keluarkan air mata."

Bicara Seokjin membuatkan tangisan Aera semakin hebat. Seokjin sabar menenangkan gadis itu sehingga gadis itu benar-benar tenang. Bahkan air hujan yang tadinya lebat kian surut. Seolah-olah memahami air mata Aera sudahpun kering.

"Dah okey?"

Namun Aera tidak membalas membuatkan Seokjin berkali-kali menggerakkan tubuh yang mungil itu.

"Aera?" 

Namun Aera tidak membalas sahutannya. Tanpa ragu, Seokjin meletakkan tangannya pada dahi mulus Aera.

Panas.

"Yah! Kau demam ni!" Seokjin lantas mengeluarkan iphonennya dari poket seluarnya dan mendail pemandu peribadinya.

"Hello encik Kang, ambil saya sekarang dekat halte bus dekat Jalan Gwen."

Setelah menelefon encik Kang, matanya beralih pada Aera yang masih lagi di dalam pelukannya.

'Maafkan aku, Aera shi-'

****

"Bila kau sampai hyung?"

"Baru je. Ni pun aku universiti bagi cuti dua hari, tu yang aku ada masa untuk datang."

"Oh, baguslah kalau macam tu-"

Suasana hening seketika.

"Macamana keadaan dia sekarang?"

Perbualan dua lelaki itu kedengaran agak serius. Kedua-dua mereka berada kafeteria. Hujan di luar sudah pun sedikit reda.

"Sihat. Tapi aku kesian tengok dia macam tanggung rindu seorang diri."

"Hmm.."

Agak lama mereka berdiam diri sebelum salah seorang dari mereka membuka suara.

"Kau tak rindukan dia ke hyung?"

Hening.

Dia mendesah sejenak sebelum menundukkan wajahnya. Ditatapnya ke arah si petanya dengan wajah yang sendu.

"Tipu kalau kau kata aku tak rindu dia. Aku rindu dia sangat-sangat macam nak mati, Hoseok!"

Hoseok terdiam. Jelas wajah itu tidak menipu.

"Kau tahu tak? Aera selalu kata dia rindukan Yoongi hyung! Nak Yoongi hyung ada dengan dia! Janji hyung mana? Hari-hari aku rasa bersalah dengan dia sebab aku terpaksa berlakon yang aku tak pernah jumpa kau. Kau rasa aku sanggup ke?"

Yoongi diam kemudian melemparkan pandangannya ke luar tingkap kafe.

"Aku tahu..." jedanya seketika. "Cuma...aku tak bersedia.. Aku takut.. Aera...lagi sedih... sebab..aku.."

Hoseok menggelengkan kepalanya. "Tolonglah hyung. Fikirlah! Aera sorang-sorang kat Gwacheon! Mujurlah ada seorang ahjumma jaga dia! Cuba kalau dia seorang je? Pasti dia dah duduk dekat lorong atau ada orang jahat buat apa-apa kat dia?! Hyung! Tolong lah! Aera perlukan kau!"

Yoongi menahan air matanya daripada cuba menitis. Dia mengemamkan bibirnya lama sebelum memandang ke arah Hoseok yang memandangnya tegang.

"Bawa aku kat rumah ahjumma yang jaga Aera tu sekarang!"

****

Aera merasakan bahawa dirinya berada di sebuah katil yang sangat empuk. Perlahan-lahan dia membuka matanya yang seakan terasa berat. Syiling mewah menghiasi pandangan sebelum dia memandang ke arah kawasan persekitarannya.

Matanya digosok seketika.

"Ya Allah, sakitnya.." gumam Aera,  namun dia terasa ada sesuatu sejuk di dahinya. Badannya terasa panas.

Lantas dia melihat ke arah bajunya. Kenapa warna dan rekaannya lain? Kemudian tangannya beralih ke arah kepalanya. Dapat dia merasai telah rambutnya disikat rapi.

Mana kain tudungnya?!

Aera gelisah. Namun ia tidak terdaya.

"Dah bangun?"

Suara itu..

Sekejap.

Aera membulatkan matanya ke arah si suara itu yang datang ke arahnya dengan membawa sedulang bubur dan air buah dan meletakkannya di sebelah rak katil.

"Seok...jin?" berketar-ketar Aera menyebut nama lelaki itu. Dia cuba untuk bangun namun Seokjin lantas menahannya.

"Jangan. Kau tak sihat lagi ni." Seokjin membantu Aera menyandar di dashboard katil.

"Mana baju dan tudung sa..ya? Dan kenapa saya ada kat sini?" soal Aera menunduk.

Seokjin menatap ke arah Aera sembari tersenyum.

"Buat apa kau pakai? Rambut kau cantikkan?"

Aera mengetap bibir lalu menekup mukanya.

Seokjin agak gelabah. Haih janganla nangis lagi!

"Sorry Aera. Aku gurau je. Emm. Camni. Kau tak ingat ke tadi kau menangis dalam hujan? Pastu kau-"

Belum sempat Seokjin menghabiskan semua kata-katanya Aera mencantas.

"Maafkan saya."

Seokjin mengeluh perlahan lantas menuju ke arah almari dan mengeluarkan sehelai tuala nipis dan dihulurkan kepada Aera.

"Tudung dan baju kau basah. Aku minta maid tukarkan baju kau tadi." ujar Seokjin.

"Aku tak tahu kain apa yang kau pakai selama ni, tapi aku cuma ada tuala ni je-"

Aera mengambil pemberian Seokjin dan melilitkan tuala itu pada kepalanya.

"Kau pengsan tadi. So, aku nak hantar kat rumah kau aku lupa. Jadi aku bawa kau kat rumah aku." ujar Seokjin. Matanya tidak lepas daripada memandang Aera yang sedang melilitkan kepala dengan kain  tuala. Sekejap saja. Boleh pula kain tuala buat camtu eh?

"Terima kasih. Maaf kalau saya menyusahkan awak." ucap Aera. Kedua-dua tangannya digenggam. Sungguh dia berasa segan.

"Tak apa. Ni, makan bubur." kata Seokjin.

"Tak apa lah Seokjin, saya nak balik. Pasti ahjumma risau sebab saya tak balik lagi.. Em... sekarang pukul berapa?"

Seokjin terdiam seketika memandang raut wajah Aera yang risau itu.

"Aku dah bagitahu ahjumma kau yang kau ada kat sini. Jangan risau."

"Hah? Tapi-"

"Aera shi. Boleh tak dengar cakap aku?" suara Seokjin kedengaran agak tegas membuatkan Aera tertunduk.

Seokjin menghela nafas berat.

"Sekarang dah pukul 9.00 malam. Kau makan bubur ni."

Aera tidak mengutarakan apa-apa jawapan. Dia memandang ke arah Seokjin yang sedang mengeluarkan iphonennya.

"Seokjin.."

"Hmm?" tanya Seokjin tanpa memandang ke arahnya.

"Saya nak ke tandas." ujar Aera namun dia tidak berdaya untuk bangun. Dia sudahpun terlepas solat Maghrib dan Isyak.

"Tapi.."

Belum sempat Aera menghabiskan bicaranya, Seokjin mengangkat Aera ala bridal style menuju ke tandas.

Aera terkejut. Yalah, tak turun lagi dari atas katil dah kena angkat. Padahal dia hanya mampu jejaka itu memimpinnya sahaja ke tandas, namun begini pula yang didapatnya.

Seokjin tidak mengendahkannya sehinggalah mereka berdua tiba di depan pintu tandas yang terletak hanya beberapa meter dari katil.

"Gomawo." Aera menunduk sebelum menutup pintu. Wajahnya merah merona kerana tiba-tiba diperilaku sebegitu. Seokjin cuma memerhatikan tingkah Aera sembari menyembunyikan senyumannya.

"Kau boleh jalan ke kan sendiri nanti. Ke kau nak-"

"Tak apa, saya boleh je-" ujar Aera di sebalik pintu membuatkan Seokjin tersenyum kecil.

"Lepastu kau makan ya? Apa-apa call je aku. Aku ada dalam bilik."

"Cik Aera, dia alami depresi yang kuat." ujar Doktor Taehyung.

"Maksudnya doktor?"

"Dia tak boleh alami depresi yang lama. Berdasarkan pemerhatian saya, Cik Aera ni dah lama pendamkan sesuatu yang boleh memberikan dia tekanan. Semakin lama dia simpan, seluruh tubuh dia akan menjadi lemah dan berkemungkinan dia akan mengalami penyakit Alzheimer.

Seokjin terkejut. Alzheimer?!

"Yes. Jadi kamu kena bagi sokongan dan jangan buat dia stress. Sentiasa bagi sokongan moral dan bahagiakan dia..." sempat Doktor Taehyung mencuit bahu Seokjin membuatkan lelaki itu tersipu.

"By the way siapa ni Seokjin? Tak nak share ke? Lawa ni."

"Kawan."

"Yeke?"

"Eomma dan appa kamu tahu tak?"

"Sebaiknya jangan bagitahu apa-apa."

"Auch, cinta telah perputik.."

"Ikut suka doktor la nak kata apa."

"Comel betul. Putih mulus gituw. Jangan  lambat nanti orang kebas!" sempat Doktor Taehyung memberikannya nasihat sebelum keluar.

Seokjin hanya menggeleng sebelum dia memerhatikan raut wajah Aera.

Seokjin mengeluh di meja belajarnya. Sudah 10 minit dia berada di situ. Mengingati perbualannya dengan doktor peribadinya tadi. Mujurlah kedua ibubapanya itu tidak ada kerana ada urusan selama beberapa  hari di luar negeri. Itupun appanya yang memberitahunya melalui mesej. Hanya keluhan berat sahaja dilepaskan. Dia sudah biasa ditinggalkan sebegitu.

Sekarang, dia berasa sangat bersalah dengan Aera selama ini. Tidak disangka gadis itu menyimpan luka yang banyak selain dirinya yang membuat gadis itu terluka.

"Apa yang Aera buat sekarang?"

Lantas Seokjin menuju ke arah bilik yang ditempatkan Aera. Dibukanya tombol pintu perlahan namun bukaannya terjeda tatkala dia mendengar suara rintihan Aera.

"Ya Allah, ampunilah aku. Aku telah banyak mengingkari suruhanMu. Ampunilah aku kerana sentiasa menyalahkan takdirku untuk menjadi seorang yang berada di jalanMu. Ya Allah,  kuatkanlah hatiku dalam menempuhi jalanMu. Ampunilah segala dosaku. Berikanlah hidayah buat eomma dan appaku serta oppaku. Ya Allah, sungguh aku merindukan mereka, jagalah mereka dan takdirkan mereka mati dalam keadaan beriman kepadaMu. Ya Allah, ampuni lah aku, masih banyak ilmuMu yang tidak ku pelajari dan amalkan. Ampunilah aku Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin Ya Rabbal Alami.."

Aera mengaminkan doanya. Kain tuala yang ditutupnya itu dia telah jadikan sebagai sejadah dan kain bathrobe dia jadikan sebagai kain menutupi kaki dan pehanya yang terdedah untuk melaksanakan solat. Kata Ayana Unnie, kita solat tak semestinya menggunakan telekung. Boleh juga menggunakan kain yang lain. Syaratnya mestilah menutup aurat. Dia lantas bangun namun tatkala dia berpusing, Seokjin berada betul-betul di belakangnya membuatkan dia terkejut.

"Eeeerr...Seok...jin..?"

"Kau....

Aera terpempam. Seokjin lihat dan dengarkah apa yang dilakukannya tadi?

Muslim...?"




.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro