Eleven | 열 하나

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

The people that Allah loves the
most are the people that are good to others, those that benefit
others the most.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.


Happy Reading ♡



"Aera ya, kamu okey?" belakang Aera diusap perlahan. Baju bahunya sudahpun basah kerana air mata Aera namun tidak dipedulikannya.

Aera mengangguk pelan. Meskipun masih terdengar esakan dan tangisannya.

"Takpe Aera, pahit awalnya manis kemudiannya. Ingat tau?"

Aera cuba mengukirkan senyuman.

"Terima kasih Ayana unnie,"

Aera membetulkan posisinya kepada tegap dan memandang ke arah insan di hadapannya itu.

Ayana telahpun datang lebih awal dari jangkaannya. Lagipula dia sudah lama tidak berziarah ke rumah makcik Lee. Mendengar cerita makcik Lee tentang adanya seorang gadis muallaf di rumahnya, menambahkan rasa ingin tahunya tentang gadis itu.

"Ok dah, dah. Jom kita makan. Lepas makan unnie akan ajar Aera ya?"

"Mengaji?"

"Ya, banyak step tau. Dan bahasa yang digunakan pun lain. Bahasa Arab, Aera tahu kan?"

"Tahu. Lafaz kalimah syahadah yang Aera ucapkan itu bahasa Arab kan unnie?"

Ayana tersenyum sambil mengangguk kecil. Dalam hati dia berasa sangat takjub kerana usia semuda Aera sudahpun dipilih Allah SWT untuk menjadi penganut agama Islam.

"Terima kasih unnie,"

"Sama-sama. Jom makan. Lepasni kita sembang apa yang sepatutnya."

"Unnie tidur sini ke?"

"Tak, sebab esok unnie ada kerja sikit tapi pembelajaran kita akan ada hari cuti nanti ya?"

"Oh, baiklah unnie."

Dua insan itu tersenyum dan bersama-sama menuju ke arah dapur.


****

"Yah, asal lambat dowh Si Seokjin ni?" Jimin menyandarkan tubuhnya di kafe. Telefonnya diletakkan di tepi. Begitu juga dengan Namjoon dan Jungkook. Mereka bertiga telahpun menunggu hampir 10 minit.

"Ini namanya lipak. Lipak!" Jungkook mendengus sambil menekan-nekan layar telefonnya. Main Among Us.

"Yah, bencila aku. Sapa yang jadi Imposter ni? Aku tak selesai lagi task aku ni!" Namjoon menjerit kecil.

Jungkook tersengih dalam diam. Jimin sudahpun mati awal dan hanya Namjoon sahaja yang tinggal.

"Tak guna punya Jungkook. Mati-mati aku ingat Namjoon jadi Imposter." Jimin mengeluh berat.

"Aku tak fikir la pulak pasal Imposter. Yang aku tahu kena selesaikan task tu je eii ni padah main tiga orang je..." keluh Namjoon.

"Haha, bosan weh main tiga orang. Kalau ramai-ramai best. Ni tiga orang mudah sangat nak bunuh..." Jungkook mengerucutkan bibirnya.

"Ajak Seokjin tu sampai bila dia nak..." tutur Jimin.

"Oo sedap ngumpat aku?"

Ketiga-tiga mereka memandang serentak ke arah Seokjin yang baru tiba dengan memakai hoodie kelabu dan berseluar slack warna hitam.

"Sedap, macam makan aiskrim." Jungkook buat loyar buruk membuatkan Seokjin berdecih.

"Ada apa ajak kumpul ni? Kalau nak main Among Us takyah la aku tak berminat. Lagipun dah kuno." Seokjin memeluk tubuhnya datar.

"Pasal Aera," ujar Jimin.

"Asal?" muka Seokjin masih bereaksi datar.

"Ish kau ni, aku dengan JK buat bet nak buat Aera jatuh cinta kat sama ada aku atau JK. Kalau aku menang, JK kena belanja aku ps5 dan kalau JK menang, aku akan belikan dia 500 kotak susu pisang..."

"Bodohnya. Takde benda lain nak bet." sindir Namjoon sinis sambil memandang ke layar telefonnya.

Seokjin hanya diam.

"Camne, bagus tak? Alang-alang kuli cantik depan mata takkan takleh nak guna kan?" Jimin tersengih sambil melirik ke arah Jungkook.

"Sejak bila kau mudah terpengaruh dengan Jimout ni?" soal Seokjin.

"Entahlah. Sebab Aera tu berbeza dengan perempuan lain, mungkin?" Jungkook mengangkat sebelah alisnya sambil tersenyum senget.

"Suka hati koranglah. Dah sama-sama bodoh. Sama-samalah buat. Double J..."

Kata-kata Seokjin itu membuatkan Jimin dan Jungkook terkekeh. Tidak terasa langsung dengan sindiran pedas Namjoon dan Seokjin.

Seokjin hanya menggelengkan kepalanya. Sudah mengagak Jungkook akan mengikut jejak macam Jimin. Entah apa lah yang ada dalam fikiran dua orang itu.

Malas berfikiran panjang, Seokjin mengeluarkan telefonnya dan membuka ikon Kakaotalk.

Si Kuli (active 2 hours ago)


Dia mengeluh perlahan sebelum meletakkan telefonnya di atas meja.

"Kau dah order?" tanyanya pada Namjoon.

"Haah, cam biasa."

"Kau berdua ni takde keja lain ke asyik main Among Us? Best sangat ke?" Seokjin mengerutkan dahinya.

"Best la. Ni best kalau main ramai-ramai. Ni aku ajak Si Chanyeol, Sehun dengan Kyungsoo tu join sekali. Ugut-ugut, cam biasa" tutur Jungkook membuatkan Namjoon dan Seokjin serentak mencebik.

"Ugut camna tu," sengaja Namjoon bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Pukul sampai otak cacat."

"Buduhnya..." Jimin ketawa.

****

"Yah, pakcik! Pakcik tak cerita lagi macamane pakcik boleh jumpa Aera noona."

Pakcik Sukjin mengeluh kecil. Sejak dari pulang sekolah tadi Soobin tidak habis-habis bertanyakan perihal itu. Kini mereka berada di ruang tamu setelah makan malam dan sedang menonton televisyen.

"Aduh, yang kamu nak tahu sangat ni kenapa?" soal pakcik Sukjin malas. Dia meluruskan kakinya di atas sofa empuk.

"Err saja. Sebab Soobin baru je kawan dengan Aera noona." Soobin menyandarkan tubuhnya.

Pakcik Sukjin smirk. Kawan eh?

"Pakcik tak ingat la. Maklum la dah tua..."

"Kalau pakcik cerita Soobin akan tolong belikan barang dapur yang pakcik senaraikan kat memo peti sejuk hari minggu ni," lantas Soobin memotong percakapan pakcik Sukjin macam rap.

Tercengang pakcik Sukjin dibuatnya. Amboi!

"Yah! Kenapa kamu ni beria sangat eoh?"

"La, salah ke nak tahu?" Soobin memuncungkan bibir.

Pakcik Sukjin mendesah perlahan sebelum memulakan cerita dari awal sampai habis. Terangguk-angguk kepala Soobin mendengarkan.

"Oo, jadi masa pakcik jumpa Aera noona, dia memang dah pakai kain kat kepala tu?" Soobin buat gaya memakai kain pada kepalanya.

"Haah. Pelik juga sebab jarang orang tempatan kita pakai camtu-"

"Itulah, maybe ikut trend kut. Trend mana tak tahu..." Soobin meneka.

Betul ke? Dia pun kurang pasti. Setahunya tiada orang perempuan Korea yang pernah dia temui memakai itu setakat ini.

"Tapi cantikkan?" pakcik Sukjin buat muka menggoda kepada Soobin membuatkan Soobin cuak.

"Haah, cantik. Tapi kenapa pakcik tengok camtu?" soal Soobin hairan disertakan dengan wajah cuak.

"Ke kamu dah feeling love love?" pakcik Sukjin angkat kening sebelah. Senyuman smirk dihadiahkan kepada Soobin.

"Yah! Mana ada! Noona kan dah besar mesti dah berpunya." Soobin menafikan.

"Yalah,yalah." pakcik Sukjin tertawa kecil. Seronok benar dia mengusik Soobin. Kemudian dia berlalu menuju ke tandas di tingkat atas.

Sebaik sahaja kelibat pakcik Sukjin hilang, Soobin tersenyum sendiri. Feeling in love? Betulkan dah ada dalam dirinya?

Senyumannya kian melebar.


****

Aera merenung sebuah Kitab yang diberikan oleh Ayana unnie kepadanya semalam.

Kitabnya nipis dan terpampang jelas tulisan IQRA' dalam bahasa Arab. Kata Ayana unnie, maksud IQRA' adalah baca jika diterjemahkan. Aera mengerti itu. Semasa di Malaysia, Nadia mengajarkannya satu surah sahaja yakni surah Al Fatihah berserta maknanya dalam Hangeul. Jenuh juga rakannya itu menggunakan google translate dan mempelajari Hangeul semata-mata untuk mengajarnya mengenai Islam. Melihat kesungguhan Nadia itu adalah salah satu punca dia mahu memeluk agama itu.

Selain surah Al Fatihah, dia juga diajarkan bacaan dalam solat. Seperti doa Iftitah, Tahiyat awal, tahiyat akhir, bacaan rukuk dan sujud serta rukun-rukun yang lain. Dia sudah fasih mengenai itu namun tidak boleh melakukannya lagi kerana tidak melafazkan kalimah syahadah.

Nadia pernah berkata, jangan memaksa diri untuk menerima namun jika itu kehendak sendiri dan berasa yakin yang itu adalah keputusam yang terbaik untuk hidup, makan teruskanlah. Dan dia melakukannya.

Dia menggapai telefonnya di atas katil dan mendail nombor Nadia.



Nadia 🇲🇾

Hello nadia?

Hello, ya Aera?
Lama tak call
hehe

Haah, hehe maaf.
Menganggu ke?

Takpun.
Sebab saya baru
je habis makan.
Ada apa-apa ke?

Oh, macamni.
Saya ada jumpa seorang
guru Islam Korea dan
dia akan ajarkan saya
lebih dalam tentang
Islam.
Sungguh saya rasa
bahagia sangat...

Alhamdulillah..
Allah SWT permudahkan..
Kasihan juga awak sebab
kat sana majoriti ramai
tak beragama.

Itulah, lagipun saya
rasa sangat bersyukur
kerana Allah SWT pilih saya

Macamana keluarga awak?
Dieorang pun join sekali
kan kelas tu? Wah mesti
meriah kan...

Aera tersenyum hambar mendengarkan kata-kata Nadia. Ya, dia tidak memberitahu tentang itu pada Nadia. Cukuplah Makcik Lee sahaja yang tahu.

Lebih kurang begitulah
Hehee..
Bahasa Korea awak bagus
la. Konfius saya awak ni
orang Korea atau orang
Malaysia.

Eh dia ni. Kacukan
pun boley hehe.

Oklah Nadia. Saya nak
tutup dulu. Apa-apa masalah
berkaitan saya tanya.

Kejap-kejap. Macamana dengan
solat apa semua? Beres?

Alhamdulillah beres je. Syukur
sebab saya dah belajar dan hafal
awal-awal masa program dulu

Wah baguslah. Lepasni
awak akan belajar mengaji pula.
Guru awak tu perempuan
ke lelaki?

Perempuan.
Dia mualaaf dahulu.

Wah,mesti ada
kisah hijrah dia.

Ok lah. Saya nak
kena letak ni. Ada masa
kita call lagi ya?

Ok! Saya sentiasa tunggu
call dari Korean chingu
saya

Eee comel nye haha
Ok chingu!!

Awak lagi comel tau
Hehe
Bye! Assalamualaikum!

Hehe.
Waalaikumussalam

Telefon diletakkan di atas mejanya. Kemudian dia berjalan ke bilik air untuk mengambil wudhu apabila telefonnya disetkan aplikasi MyPrayer bergetar menandakan waktu solat Isyak sudah masuk. Di Gwacheon, tiada masjid dan jarang mendengar laungan azan. Hanya bilik seorang bernama Min Aera sahaja yang didiami laungan azan di daerah itu.




.
.
.
.
.
.
.

Bersambung ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro