Fourteen | 열 넷

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Make it a habit to be good to people without expecting any reward or repayment from them.

Allah is seeing your kindness and has destined a huge reward for you as long as your intentions are clear.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡







Kim Seokjin Kejam

+ 3:00 petang jumpa aku
   dekat  Seoul Grand Park
+ send a location
+ Jangan membantah,
jangan lambat.

Keluhan kecil dihela Aera tatkala menerima mesej daripada Seokjin. Dia yang baru menyelesaikan solat fardhu Zohor terdiam seketika di atas katil dengan anak mata masih menatap skrin telefon.

Hairan. Tak pernah-pernah pun jejaka dingin itu mengajaknya keluar. Kenapa pula ni?

"Hmp!" Aera rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Kenapa lah dia boleh terjebak dengan si Kim Seokjin tu? Baru sahaja dia dan Seokjin ada sedikit pertelingkahan beberapa hari lalu. Namun, demi kelangsungan hidup terpaksa dia menghadap si Seokjin. Em.

Blip!

+no excuse!

Skrin telefon pintar ditutup dan dia merebahkan tubuhnya seketika di atas katil. Matanya terkedip-kedip memandang siling. Perasaan malas telah menyelubungi diri. Ingatkan hari cuti boleh berehat. Emph!

"Fuh, sabar Aera..."

Blip!

+Aera!

+ Ya, saya tahu..


****

Seperti yang dijanjikan Aera dan Seokjin berjalan bersama. Sebenarnya Aera tak faham apa tujuan Seokjin membawanya keluar pusing-pusing mall macam ni. Nak kata pergi makan pun tak, pergi membeli belah pun tak.

"Seokj..."

"Kau nak aiskrim?" pintas Seokjin cepat seraya memandang Aera yang berjalan di sebelahnya.

"Eung?" gadis itu termangu-mangu dengan retina mata sedikit membesar dan alis kening dijungkit. Belum sempat Aera memberi jawapan Seokjin terlebih dahulu menarik lengan Aera yang berlapik dengan baju hoodie berlengan panjang. Mereka ke sebuah pusat makanan sejuk bernama chillin ais cream.

Lantas keduanya berhenti di hadapan kaunter, Seokjin mendongak kecil memandang jenis aiskrim yang tersedia di papan LCD di hadapan kaunter.

"Kau nak ais krim apa?" Seokjin menyoal Aera yang sedang berdiri di sampingnya. Teragak-agak Aera ingin memberi pesanan.

"Hmm, vanilla." balas Aera ringkas. Seokjin yang memahami kehendak gadis itu terus melakukan pesanan. Mata Seokjin melirik ke arah Aera semula selepas lelaki yang mengambil pesanan mereka tak berkelip memandang Aera. Seakan-akan pelik dengan penampilan gadis itu. Seokjin masih berdiam dan hanya menunggu pesanan mereka sampai di hadapan kaunter.

"Seokjin, lepas ni kita nak ke mana?" soalan Aera dibiarkan tergantung sepi tidak berjawab. Gadis itu menghela nafas berat. Haih, tak faham dengan perangai Seokjin.

"Nah!" sebatang aiskrim cone berperisa vanilla dihulur buat gadis itu. Cepat Aera mengambilnya sebelum ada perkataan yang menyakitkan hatu keluar dari bibir Seokjin.

"Ikut je ke mana-mana aku nak pergi." tutur Seokjin lagak seraya menapak satu persatu untuk keluar dari premis. Aera hanya ikut dari arah belakang. Haih, wujud lagi manusia begini. Beku dan tak ada perasaan!

Sepanjang berjalan, Seokjin perasan akan mata-mata semua orang yang memandang mereka dengan pandangan yang pelik. Ada yang berbisik-bisik. Sungguh, Seokjin berasa rimas dan melihat Aera yang berjalan di belakangnya sambil melahap aiskrim. Tanpa aba-aba, Seokjin menarik lengan Aera.

"Yash! Awak nak bawa saya pergi mana?" agak terkejut Aera dibuatnya apabila Seokjin menariknya pergi ke suatu tempat yang agak tersorok dari kerumunan orang.

Lengannya dilepaskan membuatkan Aera memegang menahan perit. Aiskrim yang dipegangnya jatuh. Dia menatap Seokjin yang sedang menatap geram.

"Kau boleh tak buang benda yang kau pakai tu?" Seokjin mencekak pinggangnya.

"Hah?" Aera terpempan. Dah kenapa mamat ni?

"Aku kata buang,  buangla!" Seokjin merentap kain tudung yang dipakai Aera dan Aera terpaksa menghalangnya.

"Yah!" Pipi milik Seokjin terteleng ke tepi membuatkan jejaka itu terkedu. Perlahan-lahan dia menatap Aera yang sudah lencun dengan air mata.

"Kalau aw-wak nak ajak saya semata-mata untuk sakitkan hati saya, tak perlu Kim Seokjin." Aera menahan tangisannya meskipun butiran air matanya  telah jatuh ke pipi.

Seokjin diam membisu. Anak matanya berketar-ketar menatap Aera itu.

"Awak tahu? Saya ada sebab kenapa penampilan saya lain daripada gadis-gadis yang lain! Saya berbeza dari awak semua! Kenapa?! Waeee??!! Kenapa benci sangat penampilan saya???! Waeee?!!"

Aera menangis tersedu sedan membuatkan Seokjin terkedu. Ini kali pertama dia melihat Aera menangis sebegitu.

"Aera shi-"

"Mianhae kalau disebabkan saya awak dapat malu. Maafkan saya." Aera menunduk beberapa kali bersama aliran air mata dan bergegas dari situ.

Melihat pemergian Aera, Seokjin meraup wajahnya. Yash!

Niatnya untuk mengajak Aera adalah untuk meminta maaf soal kejadian di mana dia menolak Aera, namun begini pula jadi.

****

Aera berjalan di sekitar bandar Gwacheon. Dahlah dia dibawa oleh Seokjin ke bandar dan masalahnya sekarang, dia tidak tahu mahu ke mana!

Pandangan pelik dari orang yang lalu lalang membuatkan Aera berasa agak gerun. Suasana agak sejuk dan mujurlah dia memakai hoodie tebal dan tudung. Tidak perlu dia memakai syall untuk melilit lehernya akibat kesejukan. Dia melilau-lilau mencari mana-mana papan tanda bas untuk pulang.

Sudah hampir 30 minit berjalan.

Ok, dia sesat.

Aera mengeluh perlahan. Dia kemudian duduk di bangku bersebelahan dengan pinggir jalan taman yang dilalui. Dapat dia melihat sepasang suami isteri sedang berjalan dengan dua anak mereka.

Raut mereka sangat bahagia. Perlahan-lahan Aera mengukirkan senyuman manis bersama linangan air mata yang masih bertakung di kelopak mata.

Rindunya...

"Aera?" automatik lamunan Aera mati dan dia mendongakkan wajahnya. Retinanya membulat besar.

"Hoseok oppa?"

"Aera buat apa kat sini?" soal Hoseok dengan nada yang sangat terkejut. Mana tidaknya, gadis itu berasal dari kota Daegu dan kini berada di kota Gwacheon yang terletak lebih ratusan kilometer!

Aera terkedu seketika. Mahu jawab atau tidak?  Dia menundukkan kepalanya.

Hoseok masih menantikan jawapan serta melihat penampilan yang Aera kenakan. Sangat lain. Lain semasa kali terakhir dia berjumpa dengan gadis itu lima bulan yang lalu.

"Kenapa Aera nampak lain eo?"

Sekali lagi Aera bungkam.

"Mana Yoongi hyung?"

Mata Aera memanas. Air matanya mula mengenang membuatkan Hoseok tersentak.

"Aera-ya, gwenchana?" Hoseok menundukkan tubuhnya. Menghadap Aera yang sedang menangis. Mujurlah tidak ramai orang yang di situ.

Hoseok tersenyum nipis lalu dia duduk di sebelah Aera dan memeluk gadis itu. Bahunya basah kerana tangisan air mata Aera. Bahu Aera diusap perlahan.

"Kenapa eo? Kenapa duduk sorang kat sini? Mana omma, appa dan Yoongi hyung? Kenapa dieorang biarkan Aera duduk kat sini sorang-sorang? Apa yang dah berlaku eum?"

Persoalan Hoseok membuatkan tangisan Aera semakin hebat mengalir membuatkan Hoseok semakin menarik Aera ke pelukannya. Haih, malu jika orang lalu lalang melihat Aera yang begitu.

Hoseok masih lagi setia menenangkan gadis itu sehinggalah gadis itu betul-betul tenang. Tanpa dia sedar tidak jauh dari mereka, ada seseorang yang sedang berdiri menatap mereka dengan bibirnya diketap rapat.

****

Seokjin melangkah masuk ke dalam rumah dengan rasa hati yang panas. Ada sesuatu yang mengusik jiwanya untuk terus berasa sakit.

Dia melepasi semua pembantu rumah yang menunggu kepulangannya begitu sahaja sehingga dia bertembung dengan ketua pembantu rumah di hadapan tangga.

"Selamat petang, Tuan muda nak saya sediakan min..."

"Jangan ganggu saya." tutur lelaki itu dengan pandangan mata yang tajam dan terus melangkah naik ke tangga. Ketua pembantu runah hanya menunduk akur.

Seokjin masuk ke dalam ruangan bilik dan terus menghenyak punggung di atas birai katil. Wajah kacaknya diraup seketika, ruangan mata asyik mengulangi adegan Aera berpelukan bersama lelaki yang tidak dikenalinya sahaja.

"Tak.." Seokjin menggeleng kecil menyangkal bahawa hatinya berasa sakit.

"Kau tipu aku!" gumam lelaki itu geram mengingati saat saat Aera tidak mahu disentuh olehnya walaupun hanya pegang tangan tapi dengan lelaki tadi....

"Haish!  Asal dengan aku ni?" Rambutnya diraup kasar.

Kenapa dia jadi kisah pulak? Aera bukan siapa-siapa pun baginya.

Berkali-kali kepalanya digeleng sebelum dia merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk. Dia mengingati kembali kata-kata kecewa yang dilontarkan oleh Aera.

"Awak tahu? Saya ada sebab kenapa penampilan saya lain daripada gadis-gadis yang lain! Saya berbeza dari awak semua! Kenapa?! Waeee??!! Kenapa benci sangat penampilan saya???! Waeee?!!"

Berbeza dari semua? Apa maksud yang disampaikan oleh gadis itu? Dan sebabnya?

Aish!

"Tengok cara pemakaian kau lain. Ya, kau memang berbeza dari yang lain. Tapi, apa sebabnya?" Seokjin mengusap dagunya perlahan.

Perlukah dia bertanya meskipun dia telah melukai mental gadis itu?

Sepanjang sebulan Aera menjadi kuli bagi Disaster Four, jujur dia tidak pernah melihat Aera membuka kain di kepalanya meskipun peluh membasahi wajah putih mulus gadis itu. Dan gadis itu kelihatan tidak pernah pudar serinya.

Sekejap...

Seokjin...

Kau puji dia ke sekarang?

"Haish!" Rambutnya diserabutkan lantas dia mengeluarkan telefon di poketnya.

Si Kuli (online)


Seokjin membasahkan bibirnya seketika. Nama itu ditekan dan ditaipnya namun apabila teringatkan adegan Aera berpelukan dengan lelaki yang tidak dikenali itu membatalkan niatnya.

"Yash, siapa lelaki tu? Boyfriend dia ke?"

Seokjin membiarkan telefonnya di tepi. Dia memejamkan matanya.

****

"Maaf oppa-" berkali-kali Aera mengesat air matanya masih lagi mengalir meskipun dia sudah tenang. Kini dia dan Hoseok berada di sebuah kafe.

"Kenapa minta maaf?" soal Hoseok sembari mengukirkan senyumannya.

"Bahagian bahu baju oppa basah sebab air mata Aera."

Hoseok tergelak kecil. "Aera tak berubah macam dulu-"

Aera tersenyum.

"Hoseok oppa! tengok Yoongi oppa kacau Aera dengan katak tu!" Aera memeluk Hoseok bersama air matanya yang jatuh berjurai.

Hoseok hanya menggeleng melihat perilaku Yoongi yang sedang terkekeh menahan tawanya. Haih, si abang ni suka la buli adik! 

"Yah! Hyung! Jangan buat macam tu!" Hoseok berpura-pura marah kerana dia tahu Yoongi itu tua setahun darinya. Dan Yoongi tahu dia hanya marah kerana mahu membela Aera.

Sungguh, mereka bertiga sudahpun seperti keluarga.

"Padan muka! Hoseok oppa dah marah!" Aera mengejek Yoongi sambil menjelir lidahnya membuatkan Yoongi melongo sebelum membuat smirk.

"Oo.. ejek oppa ya-" 

"A!!! oppaaa!!" Aera bersembunyi di belakang Hoseok. Berharap Hoseok melindunginya. Hoseok pula hanya menuruti sahaja dengan gelak tawa. Melihat Aera yang digelitik oleh Yoongi di atas tanah menghijau. 

"Eoo? Hoseok oppa! Baju oppa basah mesti sebab air mata Aera kan? Mianhae!" tutur Aera sebaik sahaja dia dan Yoongi mahu masuk ke dalam rumah.

Hoseok memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Aera. "Haha, takpe. Nanti keringlaaa"

"Ish, oppa boleh je peluk. Nak jugak peluk Hoseok oppa tu-" Yoongi buat muka jengkel membuatkan Hoseok menjuling matanya.

"Oppa buat jahat kat Aera, jadi Aera kena pergi kat oppa Hoseok yang baik." Aera membela Hoseok membuatkan Hoseok tersenyum bangga. Yoongi mencebik.

"Yah! Oppa ni oppa Aera tau!" Leher Aera dipeluk membuatkan gadis kecil itu meronta melepaskan diri.

"Yakk! Hoseok oppa! Tolong Aera!!!"

Hoseok hanya ketawa melihat tingkah adik beradik di hadapannya. Comel betul!

"Haha, rindunya dulu-dulu." Hoseok ketawa kecil mengingatkan kenangan lalu bersama Aera dengan Yoongi.

 "Samalah, kejap je masa berlalu."

"Last oppa jumpa Aera lima bulan yang lepas. Sebelum Aera pergi program pertukaran pelajar kat Malaysia-" ayat Hoseok terjeda apabila hidangan mereka sampai oleh seorang pelayan. Pelayan itu memandang Aera hairan namun didiamkan sahaja lalu beredar.

Hoseok tahu kegemarannya dahulu. Strawberi coklat dan korean garlic bun.

"Apa yang dah berlaku? Aera tak balik rumah ke selepas balik program kat sana?" 

Aera menunduk menatap air yang dipesan. Dia mengukir senyuman kecil.

"Aera kena halau-"

"Mwo?" Hoseok terkejut. Tangannya yang leka mengacau air yang dipesannya itu tergendala seketika.

"Sejak bila?!"

"Sejak balik dari program tu-"

"Jadi Aera dah ada kat sini selama satu bulan?!"

Aera mengangguk kepalanya sembari menatap Hoseok dengan wajah yang sendu.

"Kenapa? Apa yang berlaku? Yah! Yoongi hyung tak pernah bagitahu apa-apa pun kat oppa!" Hoseok berasa sangat kesal.

"Oppa-"

Hoseok terdiam apabila mendengar nada Aera yang seakan hampir serak.

"Ya?"

"Boleh tak Aera nak call Yoongi oppa? Oppa ada kan nombor dia?" Mata Aera mula berkaca-kaca.

Hoseok terdiam seketika. Terasa sedih dan sebak melihat air mata Aera yang mengenang di kelopak matanya. Menunjukkan bahawa gadis itu amat merindui keluarganya.





.
.
.
.
.
.
.

Bersambung ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro