One | 하나

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Every morning, we get a new chance to be different. A chance to change. A chance to be better. Your past is the past. leave it there. Repent, return to Allah and get on with the future part.


♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.


Happy Reading ♡













Aera berdiri betul-betul di hadapan masjid di daerah Daegu bernama Masjid Al Amin. Sambil membetulkan sehelai kain di kepala, dia menghela nafasnya seketika.

"Awak betul-betul ni? Bukan kerana paksaan kan? Jangan paksa diri awak, tapi kalau memang awak rasa itu kemahuan awak sendiri saya yakin, Allah dah bukakan pintu hidayah kat awak. Awak insan terpilih, dari berjuta orang."

Kata-kata Nadia, rakannya dari Malaysia ketika program bertukaran pelajar dua hari lalu menjengah benak fikirannya. Nadia melontarkan kata-kata itu sewaktu menghantarnya pulang di KLIA sehari yang lalu.

Nafas ditarik kembali. Ya, Aera tekad. Dia yakin dengan keputusannya. Tidak salah dan yakin itu adalah jalan yang terbaik untuknya. Tanpa berlengah, dia melangkah masuk ke dalam masjid itu. Secara tidak langsung ia  membawa perubahan yang ketara dalam kehidupannya.

****

"Yoon, mana adik kamu tak balik lagi ni?" soal Puan Min risau. Mana tidak risau, anak perempuannya itu baru sahaja pulang dari program pertukaran pelajar selama satu bulan di Malaysia semalam, hari ni keluar.

Yoongi yang sedang duduk terlentang di atas sofa sambil menonton televisyen menoleh sekilas ke arah sang ibu.

"Entahlah, tadi Aera cakap nak keluar. Tak bagitahu pergi mana." tutur Yoongi sebelum menyambung semula tontonannya.

"Ish kamu ni. Adik kamu tu baru balik, tak rehat dulu ke dan dah keluar? Kenapa tak temankan dia?" bebel Puan Min. Eh Yoongi ni.

"Ala, dia nak jumpa kawan la eomma. Takkan la Yoon nak duduk kat gegirls. Tercalar maruah." amboi kau Yoongi.

"Eleh, macam hensem sangat." sempat Puan Min memerli membuatkan Yoongi terkekeh.

"Oh, kawan kamu dari duduk dekat dengan Gwacheon tu dah balik semalam?" tanya Puan Min.

"Entahlah. Mungkin hari ni, sebab sebelum amik Aera jumpa dia kejap. Daegu ke Gwacheon bukannya dekat." ujar Yoongi.

"Mana Aera?" soal Tuan Min yang baru keluar dari bilik. "Dah hampir malam ni, lama betul keluar."

"Keluar, jumpa kawan kot." ujar Yoongi sepatah sebelum meluru ke arah meja makan mengambil mandu yang dihidang.

Tuan Min mengangguk.

"Esok eomma nak pergi jumpa kenalan eomma. Nak minta buat majlis sempena kepulangan Aera." tutur Puan Min dengan gembira.

"Baguslah. Saya sokong." Tuan Min tersenyum. Begitu juga dengan Yoongi.

Sementara itu di luar rumah, terlihat Aera mengemam bibirnya  mendengarkan perbualan keluarganya. Dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Ahli keluarganya itu rancak berbual tanpa menyedari kehadirannya.

"Eomma, appa, oppa. Aera dah balik." sapa Aera sebaik sahaja melangkah ke ruang makan yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu.

"Eo, Aera. Kamu ke mana je sayang?" soal Puan Min. Kini semua mata menatapnya.

"Kamu pegang apa tu?" mata Tuan Min melirik pada sehelai kain tudung yang dilipat kemas oleh Aera sebelum masuk ke rumah.

"Itu kain..." agak gelisah Aera mengatakan hal itu.

"Kain apa? Baju ke?" tanpa basa basi Yoongi merampas kain itu dari Aera. Tersentak Aera dibuatnya.

Membulat mata Yoongi sebaik sahaja melihat kain tersebut. Begitu juga dengan Tuan Min dan Puan Min. Ternyata ada benda yang tersorok di sebalik kain itu.

"Ae...ra. Apa ni?" tanya Yoongi. Tidak percaya apa yang dilihat.

Sebuah buku kecil bertulis Al-Mathurat dalam tulisan Arab dilapik dengan kain itu. Itu adalah hadiah daripada seorang ustazah di masjid tadi.

Aera segera merampas kain itu daripada Yoongi dan buku kecil yang disorokkan itu. Perkara itu sudah terbongkar. Tiada gunanya dia berdalih lagi.

"Mianhae." Aera menundukkan wajahnya. "Aera dah masuk Islam." dengan nada yang penuh keyakinan Aera mengatakan itu. Ya, dia perlu berani.

"A...a...apa?!" serentak ahli keluarganya terkejut bukan main. Hal ini bukan hal yang biasa-biasa dan sangat besar.

"Yah! Aera!! Apa yang kamu cakapkan ni?!" berketar-ketar Tuan Min mengujarkan amarahnya.

Tuan Min dan Yoongi diam tidak berkutik. Masih terkejut dengan pengakuan Aera yang telah menukar agama.

"Ya, Aera dah masuk agama Islam. Aera tak tipu!" lembut Aera mengatakan meskipun kedengaran tegas.

"Ae..ae...ra, bagitahu eomma siapa yang hasut kamu..." belum sempat Puan Min mengatakan, Aera terlebih dahulu mencantas.

"Tak eomma, Aera masuk dengan kerelaan hati." ujar Aera dengan yakin.

Menangis Puan Min mendengarkan kata-kata Aera. Aera menjadi bersalah melihat hal itu.

"Eomma..."

"Keluar dari rumah ni!" kata-kata Tuan Min membuatkan Aera terkejut. Begitu juga dengan Puan Min dan Yoongi.

"Eomma... oppa.." Aera cuba merayu namun tengkingan Tuan Min menyentakkan Aera.

"Kalau Aera tak nak pergi, tinggalkan agama baru Aera. Kalau Aera tetap dengan pendirian Aera, kamu bukan anak kami lagi dan buka ahli keluarga kami."

Terduduk Aera mendengarkannya. Air matanya menitis satu persatu.

Dua pilihan yang sangat berat.

"Yakinlah, setiap kepahitan akan ada kemanisan di hujungnya."

Itulah kata-kata yang dikatakan oleh seorang ustaz sebaik sahaja dia telah melafazkan kalimah syahadah.

Perlahan-lahan Aera menahan dan menghembuskan nafas.

"Baiklah, Aera pergi."

Dengan berat hati, Aera menyeret bagasi dan membetulkan beg galas yang disandangnya. Mujurlah barang dia tidak terlalu banyak. Matanya masih lagi mengenang dengan air mata. Eomma dan appa itu tidak berniat sama sekali untuk memanggilnya kembali.

Dia menoleh arah pintu rumahnya apabila mendengar dentuman pintu. Wajahnya yang muram tadi bertukar ceria apabila Yoongi menuju ke arahnya.

"Aku bagi kau duit sebab aku kasihankan kau." dingin sahaja suara Yoongi sambil menyerahkan kad kredit miliknya pada sang adik.

"Aku kecewa dengan kau."

Aera terkedu. Berketar-ketar tangannya menerima. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Abangnya telahpun menukarkan panggilannya dari oppa-Aera kepada aku-kau. Dan, fikirannya mengenai Yoongi akan membelanya jauh sama sekali.

Sangat sakit.

Yoongi hanya diam lalu berpamit pergi. Tidak mengucapkan selamat tinggal atau memujuknya kembali. Dapat Aera lihat wajah Yoongi seakan menahan amarah, namun siapa tahu, di dalam hati jejaka itu menyimpan rasa sakit yang dalam.

Sekilas Aera memandang ke arah Yoongi yang sudahpun menutup daun pintu rumahnya.

"Maafkan Aera, Aera buat semua ni sebab Aera yakin dengan agama ni. Moga suatu hari nanti eomma, appa dan oppa akan bersama dengan Aera. Aera akan selalu berdoa dan percaya akan itu. Allah takkan hampakan hambaNya." bisik hati kecil Aera sebelum melangkah pergi.

Tangannya yang memegang kad kredit milik Yoongi ditatap. Lupa pula dia mahu mengucapkan terima kasih. Namun dia yakin Yoongi masih sayangkannya. Begitu juga dengan eomma dan appanya. Cuma begitulah. Tidak menerima keputusannya.

Langit malam itu terasa sejuk. Aera harus memulakan hidup baru. Kain yang dipakai semasa di masjid Al Amin disarung ke kepalanya serta dililit di tekak bagi meredakan rasa dingin di area itu. Dia menundukkan wajahnya seketika apabila mendapati kelibat seorang jejaka berjalan bertentangan arah dengannya. Bimbang jika ada yang melihat wajahnya yang lencun dengan air mata. Bahkan dia yakin bahawa jejaka itu memandangnya hairan.

Pedulikan, Aera.

Mujurlah malam tidak terlalu larut, dia membuat keputusan menaiki bas yang menuju ke mana-mana yang patut dia pergi.

Ya, dia perlukan menjalani kehidupan sendiri. Meskipun umurnya cukup muda untuk hal itu. Tapi anggaplah itu sebuah ujian untuknya.

"Eo? Kamu okey?" soal seorang makcik yang duduk di kerusi sebelahnya prihatin.

Aera tidak sedar bahawa matanya sudah sembab kerana terlalu banyak menangis. Dia memandang ke arah makcik di sebelahnya itu.

"Oh tak ada apa-apa." ucap Aera sopan sembari mengukirkan senyuman tipis.

"Kamu nak pergi mana malam-malam ni? Kenapa kamu bawa beg besar ni?" soal makcik itu lagi.

Entah mengapa Aera berasa sebak apabila ada orang bertanyakan begitu. Tanpa disedari, air matanya mula jatuh membuatkan makcik itu terkejut. Mujurlah dalam bas itu hanya dia dan makcik itu sahaja yang ada.

"Yah, kenapa kamu menangis ni?" soal makcik tadi gelisah. Disandarkan kepala Aera pada bahunya.

"To...tolong.. Hikss...tolong sa...saya ah...jumma..." tersedu sedan Aera mengatakan itu.

"Dah okey?" soal makcik Lee sambil menyodorkan segelas air teh ginseng kepada Aera yang duduk di sofa ruang tamu.

Aera mengangguk sembari melemparkan senyuman tipis. Dia meminum air di dalam gelas itu dengan perlahan.

"Terima kasih ahjumma Lee sebab benarkan saya tinggal di sini." ucap Aera dengan sebak. Mana tidaknya? Makcik yang dia temui itu membawa dia tinggal di rumahnya di daerah Gwacheon yang berhampiran dengan kota Seoul.

"Tak mengapa. Lagipun ahjumma senang sebab ada juga peneman." ujar makcik Lee seraya mengukirkan senyuman.

Aera tersenyum sembari menahan sebak. Sungguh, dia berasa sangat bersyukur.

Benarlah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah SWT menghantarkan dia seseorang yang membantunya sekarang.

"Ahjumma buat apa pergi ke Daegu?" soal Aera. Lagipun mereka sampai betul-betul di rumah keesokkan paginya. Jauh dan lama perjalanannya.

"Melawat sepupu ahjumma, dia sakit."

Aera mengangguk mengerti.

"Anggaplah ahjumma sebagai eomma kamu ya? Sungguh, ahjumma sangat bersimpati dengan apa yang terjadi pada kamu."

Ya, makcik Lee mendengarkan segala cerita Aera semenjak kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumahnya. Terkejut juga dia pada awalnya namun dia menghormati keputusan gadis itu. Pasti ada sebab kenapa gadis itu memutuskan untuk melakukan itu dan dia tiada hak untuk menghalang.

****

Seokjin menapak masuk ke dalam rumah, kelihatan Puan Kim sudah menunggunya di ruang tengah. Sebaik melihat kelibat si ibu dengan pandangan yang tajam Seokjin menghela nafas berat.

“Seokjin, semalam kamu pergi mana? Baru sekarang balik?" Seokjin tidak membalas, keluhan kecil dilepaskan sedangkan si ibu sudah menahan rasa geram di hati.

“Kamu tu sekolah lagi, sepatu...,"

“Eung, arasseo! Seokjin naik dulu...”

“Yah, Kim Seokjin!” panggil Puan Kim tidak puas hati. Begitulah Seokjin, sikapnya yang hanya suka bermain-main dan langsung tidak kisah dengan keadaan sekeliling. Apa yang dia tahu, memuaskan hatinya.

Lelaki berwajah tampan itu terus naik ke tingkat atas dan rebah diri di atas katil. Mata dipejam buat beberapa saat sebelum membukanya semula.

Tiba-tiba bayangan seseorang yang dilewatinya ketika pulang dari daerah Daegu malam tadi muncul dalam benak fikirannya. Hairan. Kenapa orang itu membawa bagasi dan beg dan memakai kain di kepala?  Dia tidak dapat melihat jelas wajah orang itu namun dari sudut mata orang itu, dia yakin ia seorang gadis.

Seorang gadis? Melarikan diri? Malam-malam? Tak bahaya kah? 

Seokjin menggelengkan kepalanya. Haih, kenapa dia memikirkan hal remeh tu? Lagipun itu bukan urusannya. Lantas tangannya mengeluarkan iphone miliknya dari poket seluar lalu menekan ikon Kakaotalk.




-disaster four man-

jeonjungkook
+ guys aku rasa
aku demam.
+ nak gi sekolah rasa macam
tak larat...

jiminpark
+ asal dowh
+ demam ke. Olo
meh imin teman 😚

jeonjungkook
+ bangang jimin
+ tersembur aku.

namjoonkim
+ tipu je tu,  jangan mudah
terpedaya

jiminpark
+ asal?
+haha kelako la kook

namjoonkim
+ aku syak dia  malas nak
siapkan essay cikgu Bang.

jiminpark
+ haha kalau kau jangan
takgi sekolah, hilang
kad kredit kau nanti!
+ dua hari cuti takkan
tak siap
+ pemalas punya
jeon..

namjoonkim
+ aku hanya mampu
ucapkan goodluck for
JK.

jeonjungkook
+ eii bukan nak bagi
kata-kata semangat
or plan.

apa punya geng 🥺

namjoonkim
+ aku perasan Seokjin tak
on lagi. balik tak lagi
mamat tu dari Daegu?

Seokjin mengeluh perlahan. Dia menutup iphone tanpa membalas apa-apa. Jika dibalas, melarat pula jadinya. Jadi dia memutuskan untuk melelapkan mata. Penat.






.
.
.
.
.
.

Bersambung ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro