Ten | 열

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"If a desire for something doesn't drive you to beg Allah for it in the depths of the night, then know that you don't really want it."

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡







"Huh...huh..." Aera melepaskan lelahnya. Kini, dia bersandar pada bangku taman. Hujung kain tudungnya dikibas-kibas supaya dapat memberikannya rasa sejuk walaupun sedikit.

Sungguh dia amat penat hari ini. Mana tidaknya? Dah la kena pusing balik beli makanan, kena tunggu dieorang habiskan makanan dan buangkan pula makanan mereka ke dalam tong sampah!

Mahu membantah takut disergah pula. Lagipun dia sudah menandatangani perjanjian.

Petang telahpun larut, Aera sudahpun menyelesaikan segala tugasnya dan telah melaporkan pada pakcik Baekhyun serta dibolehkan pulang. Mujurlah dia sempat solat Asar di bilik rehat jadi dia tidak perlu solat di rumah. Setelah mengambil segala keperluannya, dia melangkah menuju ke arah pintu gerbang.

"Noona!" Aera memusingkan tubuhnya menghadap si pemanggil.

"Oh, Soobin..." Aera agak kalut dengan kehadiran Soobin. Dia lantas melilaukan matanya ke arah sekeliling takut-takut ada kelibat Disaster Four.

Ingat Aera! Perjanjian!

Namun, dieorang takde takpe kan langgar sekali? Hehe

"Noona. Saya kat sini la..." tutur Soobin yang memerhatikan gerak geri Aera tadi membuatkan Aera tersengih kekok.

"Hehe, mian...awak buat apa kat sini? Tak balik lagi?" soal Aera.

"Tak. Saya tertinggal barang tadi. Tu yang datang ambil semula..." ujar Soobin.

Aera menganggukkan sahaja. Dia kemudian memandang lurus ke hadapan sehingga mereka tiba di hadapan pintu gerbang sekolah. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian Aera.

Kejap...

Itu...

"Pakcik?" Aera cuba menyapa seorang lelaki yang sedang menjual air di sebelah pintu gerbang sekolah. Lelaki itu turut terkejut dengan siapa yang menyapanya itu.

"Min Aera?" soal pakcik itu.

Aera mengangguk sambil tersenyum menampakkan gigi putihnya.

Dan cuma Soobin yang hairan melihat kedua-dua insan di hadapannya ini saling mengenali.

****

Angin pada malam itu sungguh sejuk namun ia tidak mampu untuk menghangatkan seseorang bernama Kim Seokjin. Meskipun ia tidak memakai sweater namun dia bersikap seolah-olah tidak berasa apa-apa.

Jejaka itu masih lagi lengkap berpakaian sekolah dan menyandang beg sandang di bahunya. Berjalan lurus ke hadapan tanpa mengetahui destinasi mana yang dia bakal tujui.

Berlegar-legar perbualannya dengan ibubapanya pagi tadi.

Lantas dia membuka telefonnya dan mendail seseorang.

"Hyung..."

"..."

"Tak ada apa-apa, aku cuma perlukan nasihat kau."

"..."

"Kau free bila? Lama dah kita tak jumpa. Dah nak dekat tiga minggu..."

"..."

"Aku ada masalah la hyung. Boleh aku share masalah aku?"

"..."

Seokjin duduk di bangku halte bas yang kosong. Dia meneruskan perbualannya itu sehinggalah selesai.

"Terima kasih, hyung."

"..."

"Apa-apa aku roger..."

"..."

Panggilan dimatikan. Seokjin tersenyum. Sungguh dia berasa tenang sekarang.

Malam telahpun larut, namun dia tidak pula mahu berganjak dari halte bas itu. Tiba-tiba ada sebuah bas turun di hadapannya. Namun dia tidak menghiraukannya. Dia menutupkan matanya seketika.

"Aigo, kenapa kamu tak balik lagi?" tiba-tiba kedengaran suara tua menegurnya membuatkan Seokjin mencelikkan mata.

"Oh,"  Seokjin membetulkan posisi duduknya. Dia kemudian tersenyum kecil. "Jalan-jalan."

"Dah nak larut malam ni nak oi. Esok kan sekolah." lelaki tua itu mengambil tempat duduk di sebelah Seokjin.

"Gwencahana. Biasalah anak muda..."

"Tch. Boleh pula ya kamu? Kalau la kamu ni anak pakcik lama dah pakcik kurung macam gegirls tau!"

Kata-kata pakcik itu membuatkan Seokjin tertawa. Amboi ramahnya. Nama pun tak tahu. Namun dia berasa senang.

"Ish kenapa pula buat macam tu? Naya la anak pakcik tak boleh kebebasan..." tutur Seokjin di sebalik sela tawanya.

Pakcik itu tersenyum nipis. "Nama kamu apa?"

"Hmm. Kim Seokjin."

"Jinja? Nama pakcik pun Sukjin ke ejaan camne?"

Seokjin melebarkan senyumannya.

"S-E-O-K-J-I-N"

"Kalau pakcik "S-U-K-J-I-N"

"Haha kita kembar beza huruf dan umur..." canda pakcik bernama Sukjin itu.

Kali ini Seokjin tertawa. Begitu juga dengan pakcik Sukjin. Entah mengapa dia berasa sangat selesa dengan pakcik Sukjin yang ramah dan mudah bergaul itu.

"Kamu tinggal kat mana?" tanya pakcik Sukjin.

"Kat Sky Castle Gwacheon."

"Wah, bukan kaleng-kaleng."

Seokjin tertawa halus. "Kemewahan tak sepenuhnya memberi kebahagiaan pakcik."

Pakcik Sukjin terdiam. Sekarang dia dapat memahami dan meneka maksud yang dibicarakan Seokjin dan kenapa Seokjin tidak pulang lagi ke rumah pada waktu begini.

Masalah keluarga, mungkin. Dan kebiasaannya anak-anak orang kaya mempunyai masalah seperti kurang kasih sayang dan sebagainya.

Dan mungkin itu yang dialami oleh Seokjin.

"Pakcik dari mana ni? Tinggal kat sekitar sini ya?"

"Haah, pakcik duk sekitar sini je. Ni pakcik pergi lawat orang tadi.  Ni yang baru balik..."

Seokjin menganggukkan kepalanya.

"Kamu sekolah dekat Sekolah Tinggi Gwacheon?" tanya pakcik Sukjin. Matanya melirik ke arah lencana yang di baju Seokjin.

"Haah, saya pelajar tahun akhir..."

"Wah, kamu kena belajar bersungguh-sungguh, capai cita-cita kamu!"

Seokjin menganggukkan kepalanya. Suasana hening seketika.

Pakcik Sukjin tersenyum. "Kamu nak balik ke tak ni?"

"Nak tido kat sini mungkin..."

"Yah! Baliklah! Nanti ibubapa kamu risau..."

"Yalah pakcik. Boleh berdarah telinga saya dengar pakcik membebel," Seokjin memuncungkan bibirnya sambil menutup kedua-dua telinga dengan tapak tangan.

"Ha kan bagus camni,"

Kedua-duanya tersenyum sebelum meninggalkan halte bas menuju ke destinasi yang berlainan arah.

****

Aera menyusun buku nota yang dibawanya ke atas meja. Kebanyakannya buku nota yang dibawa sewaktu program pertukaran  pelajar di Malaysia. Kebanyakkannya adalah nota berkaitan dengan perihal agama yang dianutinya.

Dia membelek satu persatu. Tadi makcik Lee ada memberitahu bahawa Ayana unnie mahukan semua buku yang dicatatnya semasa program di Malaysia dibawa ketika mereka berjumpa hujung minggu nanti di rumah rakannya itu. Dan pastinya Aera perlu memastikan semua itu ada dan lengkap.

Setiap malam dan ada waktu senggang, Aera akan membaca segala nota yang disalinnya dan ada juga yang diambil di mana-mana internet melalui saranan Nadia. Nadia banyak membantunya dalam mempelajari agama Islam yang dianutinya.

Kebanyakan nota yang dia ada adalah mengenai asas asas Islam tentang rukun Iman, rukun Islam, cara solat lima waktu dan sebagainya.

Kewajipan puasa? Aera meneguk liur. Dia kurang faham tentang hal itu. Yang dia tahu, akan ada satu bulan khusus yang dia diwajibkan untuk menahan lapar dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari dalam masa 30 hari.

Kenapa? Aera harus menanyakan hal itu lebih lanjut dari Ayana unnie. Sekurang-kurangnya dia perlukan penjelasan lebih direct berbanding dengan penjelasan di mana-mana laman web.

Lagipun di rumah makcik Lee tiada rangkaian wifi dan dia cuma menggunakan data Internetnya sahaja itu pun kadang-kadang ada line atau tidak. Jika habis, dia harus menggunakan duit Yoongi oppa untuk membelikan kredit internet.

Aera masih sayang mahu menggunakan duit Yoongi oppa.

Bukan...

Takut...

Setelah hampir dua jam bertelaah di meja study, dia meregangkan urat lengannya dan bersandar di kerusi.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu...

"Pakcik Sukjin, terima kasih untuk semuanya..." kata Aera yang duduk di antara pakcik Sukjin dan Soobin namun kedudukan mereka tidak terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh.

"Sama-sama. Tak sangka kamu diterima kat sana" tutur pakcik Sukjin tersenyum. Dia kemudian menghulurkan air coklat kepada Aera dan Aera menyambutnya. Kalau tak sambut, tak baik pula. Rezeki jangan ditolak guys!

"Kejap. Pakcik dan noona dah lama kenal?" tanya Soobin yang dari tadi asyik melongo melihat dua insan di hadapannya ini.

"Tak adalah lama sangat. Cuma pernah terserempak dan kenal-" beritahu Aera sambil menyisip air coklat. Sedap!

"Owwh, kenapa pakcik tak bagitahu apa-apapun?" Soobin mencebikkan bibirnya.

"Eh budak ni. Pakcik pun tak ingat mana sibuk je nak tanya..." pakcik Sukjin buat gaya mahu memukul Soobin membuatkan Soobin tersengih.

"Oh jadi pakcik ni pakcik kepada Soobin?" Aera memandang pakcik Sukjin dan Soobin silih berganti.

"Saya ni anak saudara pakcik Sukjin." ujar Soobin.

"Ah," Aera tersenyum. Dia kemudian menilik jam di telefonnya sudah hampir lewat petang.

"Alamak, saya dah lewat nak balik. Saya pergi dulu! Terima kasih untuk airnya pakcik!"

Aera berdiri dan membongkokkan kepalanya ke arah pakcik Sukjin dan Soobin serta berlalu pergi.

"Eh noona, mari saya hantarkan-"

"Eh takpe-takpe. Dekat je rumah kat sini-" ujar Aera.

"Mana boleh macam tu noona, bahaya gadis macam noona jalan sorang-sorang lewat petang macam ni." jelas Soobin.

"Haah, Aera. Bahaya. Jangan risau kalau Soobin ni jahat ke buat apa-apa kat Aera sepak je dia dan pukul sampai masuk hospital pun takpa-"

"Yah! Pakcik! Apa kata camtu!" Soobin mendengus. Boleh pula pakcik Sukjin fikir bukan-bukan pasal dirinya!

Aera tertawa kecil melihat kerenah dua beranak itu. Terhibur.

"Haih, kecilnya dunia. Rupanya pakcik Sukjin pak saudara Soobin..." Aera mengukirkan senyuman kecil.

"Tiba-tiba rindu appa..." Senyuman Aera ukir kian menipis. Sudah hampir tiga minggu dia tidak bersua muka dan mendengar khabar dari keluarganya.

"Kenapa korang semua buang Aera ya?  Kenapa sampai macam ni? Salah ke apa yang Aera buat?" Aera membuka telefon miliknya dan menekan ikon gallery. Dia menekan gambar di mana ada dirinya bersama keluarga. Raut wajahnya semua bahagia dan gambar itu diambil semasa hari konvo Yoongi.

"Oppa! Tahniah!"

Yoongi mencabut topi konvo yang dipakainya dan diletakkan di atas kepala Aera.

"Nanti Aera pulak!"

Aera tersenyum kemudian dia memeluk Yoongi erat. Begitu juga Tuan Min dan Puan Min.

"Tahniah sayang..." Puan Min mengecup pipi Yoongi membuatkan Yoongi tersenyum lebar, kemudian dia memandang ke arah Aera.

"Taknak kiss sini ke?" usik Yoongi sambil menunjukkan sisi pipinya membuatkan Aera mencebik.

"Eee besar-besar nak orang kiss..."
Aera membebel sebelum memberikan kecupan pada pipi Yoongi.

Masing-masing ketawa dengan bebelan comel Aera namun ia terhenti apabila seorang jurugambar meminta untuk mereka diambil gambar.

"Oppa, Aera rindu oppa tau. Oppa tak kasihan ke kat Aera duduk kat sini sorang-sorang? Tapi Aera bersyukur tau sebab ada ahjumma Lee kat sini. Dia yang jaga makan minum Aera dan layan Aera macam oppa, eomma dan appa buat."

Teresak-esak Aera dibuatnya.

"Oppa, Aera sunyi. Oppa janji nak jaga Aera. Bila Aera takut, oppa akan peluk Aera dan kata yang oppa akan sentiasa ada dengan Aera. Kenapa..,hiks...hiks... oppa mungkir janji..."

Luahan Aera itu didengar jelas oleh seseorang yang berada di luar pintu biliknya. Air matanya mula menitis mendengar luahan Aera itu.






.
.
.
.
.
.
.

Bersambung ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro