Thirty | 서른

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Things might be different now. New looks, new challenges, new paths, but my heart remains the same no matter how hard the life will be.

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡





Soobin dan Seokjin kini menatap dengan pandangan yang tajam antara satu sama lain. Dan orang yang paling terkejut adalah Yeonjun dan Aera manakala Yoongi hanya menatap bingung.

Apakah yang berlaku sekarang?

"Kau buat apa kat sini?" soal Seokjin datar.

"Heo?" Soobin angkat kening.

"Erm, sunbaenim. Kami jalan-jalan kat sini je..." bukan Soobin yang menjawab, malah Yeonjun. Dia tidak mahu menegangkan keadaan.

"Jap, apa yang berlaku ni?" soal Yoongi hairan.

"Tak ada apa-apa. Kami satu sekolah sama. Dia sunbaenim kami," ujar Soobin penuh sopan sambil mengukirkan senyuman manis.

Seokjin mengetap bibir. Lain macam budak ni.

"Err, kalau tak keberatan. Jom jalan sama-sama nak?" Aera cuba mengeruhkan keadaan. Mujurlah ada Yoongi di sini. Dan dia yakin si Seokjin akan membuat perkara yang aneh-aneh. Bukan dia tidak tahu keadaan dua jejaka itu.

"Apa?" Seokjin melolotkan matanya.

"Kau ni dah kenapa?" Yoongi hairan. Dari tadi ada sahaja yang tidak kena dengan si Seokjin ni.

"Tak apa noona," Soobin tersenyum. "Lagipun kami datang ni sekejap je. Senang berjumpa dengan noona dan juga hyung..."

Yeonjun yang tadi melongo turut angguk mengiyakan.

"Hyung harap dapat jumpa dengan korang berdua lagi," Yoongi membalas senyuman.

Seokjin menatap tidak suka. Tangannya menggepal erat. Apatah lagi melihat Soobin melihatnya dengan senyuman manis sebelum beredar bersama Yeonjun.

"Korang ni kenapa?" soal Yoongi apabila melihat Aera dan Seokjin hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Tak ada apa-apa! Jom jalan-jalan!" Aera berkata dengan penuh ceria. Dia berada betul-betul di tengah antara dua jejaka itu. Di sebelahnya Yoongi dan disebelahnya semestinya Seokjin.

"Cantik juga ya taman kat sini," Mata Yoongi meliar di sekitar taman itu.

"Kan? Tapi Aera rindukan Daegu. Mirip macam taman kat Daegu kan oppa?" Aera berjalan sambil memeluk bahu Yoongi.

Seokjin yang berjalan sebelahnya hanya menghela nafas berat. Jujur dia berasa cemburu dengan Yoongi. Sesekali dia melirik lengan Yoongi yang dipeluk erat oleh Aera.

Namun melihat wajah Aera yang ceria dan bahagia membuatkan Seokjin berasa turut tersenyum. Apatah lagi gadis itu sering berceloteh dengan Yoongi.

Namun bayangan Soobin mula memenuhi fikirannya. Dia takut Soobin akan mengatakan hal yang tidak sepatutnya pada Yoongi.

Yakni perihal dia membuli Aera dan menjadikan Aera kuli.

Kalau Yoongi dengar ini, memang impiannya mahu tersenarai dalam list adik ipar dibuang begitu sahaja.

Tanpa dia sedar, dia menggeleng kepalanya.

"Seokjin ah, wae?" suara lembut itu menyapa telinga Seokjin membuatkannya berpaling. Kelihatan Aera menyodorkan sebatang aiskrim kepadanya.

"Nah,"

"Huh?" Seokjin mengambilnya jua.

"Mana Yoongi hyung?"

"Dia ke tandas sekejap. Dia bagitahu tadi tapi awak mengelamun je, ingat pasal tadi ya?"

Seokjin hanya terdiam. Perlahan-lahan dia mengangguk.

Aera tersenyum nipis. Dia membuka plastik yang membalut aiskrim itu perlahan.

"Boleh awak bagitahu saya kenapa awak kata saya tak boleh dekat dengan Soobin dalam perjanjian tu?"

Soalan Aera membuatkan Seokjin yang turut membuka balutan itu terjeda seketika.

"Saya nak tahu sangat, kenapa?"

Seokjin berdehem seketika. Sesekali dia menggaru kepalanya. Kedengaran suara alunan biola indah menerpa dari seorang pengunjung menambahkan lagi ketenangan taman itu.

Suasana yang indah. Dan mungkin masa yang tepat untuk mengungkapkannya.

"Aera ssi. Kau tak perasan ke selama ni perilaku aku berubah? Dari dingin sehinggalah sekarang?"

Aera mengangguk.

"Dah kau dapat tangkap tak di sebalik semua tu?"

Aera menggeleng.

Seokjin mengeluh halus.

"Aku buat semua tu sebab kau. Aku sukakan kau Aera,"

Kata-kata Seokjin membuatkan Aera terpempan. Tidak lama selepas itu Aera tertawa kecil.

"Itu saya tahulah. Awak suka saya sebagai kawan kan,"

"Aera ssi, tolong jangan polos sangat. Aku serius." ujar Seokjin dengan nada yang serius.

Aera terdiam. Jantungnya sungguh berdegup kencang. Dia tidak berani menatap Seokjin yang diketahui sedang menatapnya sekarang.

"Aku serius. Kalau yeoja lain aku rasa pasti akan rasa perasaan ni. Aku tahu kau sebelum ni tak pernah rasa benda ni sebab Yoongi hyung jaga kau. Serius aku respect dengan Yoongi hyung. Aku sukakan kau lebih daripada seorang kawan yakni seorang yeoja. Kau tak perasan kenapa aku selalu jauhkan kau dari Soobin? Aku cemburu Aera! Itu semua sebab sukakan kau Aera ssi,"

Penjelasan dari Seokjin kedengaran sangat tulus membuatkan Aera terkedu bukan main. Mulutnya bungkam. Tidak tahu mahu mengatakan apa-apa kerana terlalu terkejut dengan pengakuan ini.

"Aera ya, unnie dapat tengok dengan mata unnie yang namja bernama Seokjin tu sukakan Aera. Unnie nak, Aera kenalkan dia dengan Islam. Ajak dia, kerana orang yang mencintai kita akan mencintai apa jua yang ada di sekeliling kita. Dekatkan dia dengan agama ini. Secara halus bukan terbuka. Aera faham maksud unnie?"

Aera mengingati pesanan Ayana semalam.

Dan benar dugaan Ayana. Seokjin sukakannya.

Melihat Aera yang masih lagi terdiam membuatkan Seokjin menghela nafas.

"Aera ssi, aku tahu kau masih tak biasa lagi dengan benda ni. Tapi aku harap kau jaga hati kau untuk aku. Dan jangan bagitahu Yoongi hyung pasal ni." sempat lagi Seokjin berpesan dengan tertawa kecil. Mahu menghiburkan suasana. Meskipun hatinya sedikit terluka kerana wajah Aera masih lagi tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

****

"Soobin, kau okey?" tanya Yeonjun. Mereka kini berada di kafe.

"Hum, okey..." ucap Soobin. Dia fokus menyalin nota. Sesekali dia melahap sedikit chocolate bun yang diberi oleh Yeonjun.

Yeonjun mengeluh. "Maafkan aku, aku tak patut bawa kau pergi sana."

Soobin mengerutkan dahinya. "Benda dah jadi. Tapi aku rasa senang,"

"Kenapa?"

"Aku dapat jumpa hyung kepada Aera noona"

"Jadi?" Yeonjun menggaru kepalanya.

"Dapatlah aku berkenalan dengan bakal abang ipar,"

Kata-kata Soobin membuatkan Yeonjun yang menyisip air berperisa mocha tersedak bukan main.

"Mwo?"

"Em, aku sebenarnya suka Aera noona."

"Mwo?!" dugaan Yeonjun benar. Soobin sukakan Aera.

"Em, Soobin. Kau tengok kan yang Seokjin sunbae rapat dengan Aera no..."

"Aera noona tak akan sukakan Seokjin sunbaenim. Bukan kan dia dah buli Aera noona? Pasti dia terpaksa," cantas Soobin.

"Soobin ah," Yeonjun mencelah.

"Aku rasa Aera noona dan Seokjin sunbae dah jalinkan hubungan,"

Yeonjun terpaksa mengatakan itu. Dia tidak mahu sahabatnya menagih harapan yang tinggi.

"M...mwo?" suara Soobin kini mengecil.

"Aku dah beberapa kali nampak Aera noona keluar dengan Seokjin sunbae."

Soobin terdiam. Namun tidak lama selepas itu Soobin tersenyum kecil.

"Aku nak jumpa Aera noona esok untuk kepastian. Dah aku takkan biarkan Seokjin sunbae dapatkan Aera noona. Dia dah banyak buat Aera noona terseksa masa noona kerja." tekad Soobin.

"Soobin ah,"

"Aku balik dulu," Soobin berpamit pergi. Meninggalkan Yeonjun yang tidak habis memanggilnya bahkan beberapa pelanggan yang baru tiba hanya menatap bingung ke arah mereka.

****

Aera duduk di birai katil. Sejak pulang dari taman, dia banyak terdiam namun tetap mengekalkan reaksi biasa seolah-olah tiada apa terjadi apabila Yoongi tiba.

Bahkan dia lebih banyak bersembang dengan Yoongi dan menatap sekilas Seokjin. Sesekali pandangan mereka bertemu namun Aera cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Pengakuan Seokjin pada petang itu memenuhi benak fikirannya sekarang. Sungguh dia bingung. Apa yang harus dia lakukan?

"Aku serius. Kalau yeoja lain aku rasa pasti akan rasa perasaan ni. Aku tahu kau sebelum ni tak pernah rasa benda ni sebab Yoongi hyung jaga kau. Serius aku respect dengan Yoongi hyung. Aku sukakan kau lebih daripada seorang kawan. Yakni seorang yeoja. Kau tak perasan kenapa aku selalu jauhkan kau dari Soobin? Aku cemburu Aera! Itu semua sebab aku sayang dan sukakan kau Aera ssi,"

Kata-kata itu membuatkan Aera masih lagi bingung.

Seokjin sukakannya. Tapi adakah dia memiliki perasaan yang sama dengan Seokjin?

Mengimbas kembali bagaimana perilaku Seokjin terhadapnya dari awal pertemuan mereka membuatkan Aera akhirnya mengerti.

Bahawa Seokjin mengubah personaliti dari dingin ke tidak dingin.

Adalah kerana dirinya.

Dia tidak pernah berfikir bahawa Seokjin akan menyukainya bukan sebagai kawan. Seketika ucapan beberapa orang pengunjung ketika mereka di kafe Yeonjun dan mall menerpa dalam fikirannya.

Mengatakan mereka berdua adalah pasangan yang serasi dan Seokjin menyukainya.

Aera tersenyum nipis. Apakah dia turut menyukai Seokjin sekarang? Wajah Seokjin sememangnya kacak dan dia mengakui itu.

Namun satu hal yang paling besar menguasai fikirannya. Dia harus berfikir dengan sematang-matangnya.

"Aera ya. Jom turun makan. Ahjumma dah siapkan makanan," Yoongi memasuki bilik Aera. Mujurlah Aera tidak tersentak. Dia menghulurkan tangannya kepada Aera.

"Baik, oppa." Aera mengenggam tangan Yoongi erat dan sama-sama menuju ke meja makan.

"Aera nak samgyeopsal?" Yoongi meletakkan daging itu pada Aera membuatkan Aera dan makcik Lee terkejut.

"Err, oppa. Aera tak boleh makan..." pantas Aera berkata sebelum makcik Lee bersuara.

"Waeyo? Ni kan makanan kegemaran kita?" Yoongi menyoal.

"Begini Yoongi ah. Haluan kamu dan Aera dah lain. Agama yang Aera anuti dilarang makan daging itu," celah makcik Lee.

"Huh?" Yoongi masih belum mengerti.

"Tak apa oppa, nanti Aera jelaskan. Oppa makanlah."

Yoongi hanya mengangguk. Jujur dirinya masih bingung. Padahal daging yang disuakannya tadi adalah kegemaran Aera.

Namun dia mengiyakan sahaja. Pasti ada sebab Aera tidak memakannya.

****

Seokjin berasa gelisah. Semenjak sesi confessnya, dia menyedari Aera cuba mengindarinya. Namun gadis itu akan mengekalkan berperilaku seperti biasa apabila mereka bersama Yoongi. Seperti tidak berlaku apa-apa.

Akibat terlalu gelisah, Seokjin terus mengambil telefonnya dan mendail nombor Aera. Tiga kali dia cuba mendail namun tidak diangkat namun kali yang keempat Aera mengangkatnya.

"Aera ssi, mian pasal tadi. Kau boleh lupakan dan anggap tak pernah terjadi." tutur Seokjin yang mula rasa tak senang duduk kerana dia takut kerana hal tadi Aera akan semakin menjauhinya.

"Em, macam mana saya nak lupa kalau benda tu dah bermain dalam kepala saya?"

"Eoh.." Seokjin terdiam seketika. Suasana janggal menyelubungi diri masing masing.

"Seokjin ah..."

"Nde?"

Suara Aera yang kedengaran sendu ditambah serius itu membuatkan jantung Seokjin berdebar bukan main.





"Maafkan saya. Saya tak boleh sukakan awak dan kita berbeza.."





















.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro