Thirty One | 삼십일

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

For every moment when we feel sad or disappointed, know that they happened because Allah SWT allows it to. So don't ever give up on Him and His powers.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡









"Seokjin ah, Yeoboseyo?” l

“Eoh? Ah, emm Aera ssi...” Seokjin yang tersedar dari lamunan mengerikan itu memejamkan matanya seketika.

Boleh pula dia fikir macam tu.
Fikir kena reject dengan Aera.

"Ehem, tengah buat apa tu?” soal Seokjin memulakan pembicaraan.

"Eung? Oh saya baru je habis makan."

"Oh..." Seokjin berasa agak janggal. Dia menarik nafas dan menghembuskan nafas diam-diam.

"Aera ssi, mian pasal tadi. Kau boleh lupakan dan anggap tak pernah terjadi.” tutur Seokjin yang mula rasa tak senang duduk kerana dia takut kerana hal tadi Aera akan semakin menjauhinya.

“Seokjin ah...”

Nde?” jantung Seokjin berdebar bukan main.

"Kenapa awak sukakan saya ya?"

Deg!

Seokjin tersenyum mendengarkan pertanyaan yang dilontarkan gadis itu.

"Aera ssi,"

"Eung?"

"Kita jumpa esok. Kau dan aku je. Kalau cerita benda ni takkan habis kalau guna telefon,"

"Huh? Seokjin ah..."

"Esok aku jemput kau kat rumah. Aku akan minta izin Yoongi hyung,"

"Err Seokjin ah..."

"Jumpa esok Aera. Aku sayang kau."

Bip!

Seokjin lantas menekup mukanya. Jujur dia cuba menahan diri agar tidak tergagap. Jantungnya berdebar bukan main.

"Argh! Kenapa dengan aku ni?"

****

Mendengar ayat terakhir yang keluar dari Seokjin membuatkan jantung Aera berdetak laju. Meskipun dia sudah acap kali mendengarkan kata itu, namun kali ini ia terasa lain.

"Aku sukakan Seokjin?"

Beberapa kali dia cuba menepuk pipinya. Tanpa dia sedari ada satu notifikasi masuk pada layar telefonnya.

Ayana unnie

+ Assalamualaikum
Aera ya.

+ Unnie dah nak sampai
rumah.

****

Yoongi bersandar di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia baru sahaja selesai berbual dengan makcik Lee. Makcik Lee pula keluar sebentar, katanya mahu membeli sesuatu di kedai yang tidak jauh dari rumah.

Sedang asyik menonton, tiba-tiba pintu diketuk. Yoongi tanpa berlengah terus membuka tanpa melepaskan pandangannya dari televisyen.

"Ya? Cari siapa?" soal Yoongi dan memandang ke arah siapa yang mengetuk.

"Ah! Pencuri!" belum sempat Yoongi memandang ke arah si pengetuk, sebuah beg tangan besar hinggap di mukanya membuatkan dia terjatuh.

Kelihatan seorang gadis yang berpakaian sama seperti Aera memukulnya dengan beg tangan.

"Yak!" Yoongi cuba menghalang gadis itu dari memukulnya. Sakit tak sakit.

"Unnie!"

"Maafkan saya, saya tak tahu awak oppa kepada Aera." berkali-kali Ayana tunduk meminta maaf kepada Yoongi meskipun Yoongi memaafkannya.

"Ani, gwenchana." Yoongi menggaru kepalanya yang tidak gatal sembari tersengih.

Aera yang melihat dua figura itu hanya tersenyum canggung.

"Erm, oppa. Ni Ayana unnie. Dia cikgu agama Aera. Unnie, ni oppa Aera. Nama dia Min Yoongi."  Aera memperkenalkan.

"Cantik..." desis hati Yoongi. Dia tidak lepas memandang ke arah gadis itu. Bahkan gadis itu hanya menunduk malu. Tidak berani menatapnya.

"Oppa!" lamunan Yoongi terhenti apabila Aera memanggilnya dengan sedikit keras.

"Kami pergi dulu," tutur Aera lalu mengajak Ayana ke dalam biliknya. Terkebil Yoongi dibuatnya namun dia mengangguk sembari menggaru kepalanya.

"Wah, dia betul-betul cantik." Yoongi menggeleng tidak percaya. Dia kemudian meletakkan telapak tangan kanannya di dada.

"Wahai jantung, jangan berdegup kencang..."

****

"Kenapa Aera tak bagitahu unnie yang oppa Aera datang?" kesal Ayana sebaik sahaja Aera menutup pintu bilik.

"Hehe mianhae, Aera lupa." Aera hanya tersengih.

"Mati-mati unnie ingat dia pencuri..." Ayana masih lagi kesal.

"Maaf, unnie..."

"Tak apalah. Kita sambung pembelajaran kita," Mereka telah duduk di meja belajar.

"Umm, unnie. Aera nak bagitahu sesuatu..." ucap Aera.

"Ye? Apa?"

"Tadi Seokjin...em..." Aera memainkan jemarinya. "Seokjin...luahkan perasaan dia kat Aera. Dia kata, dia sukakan Aera."

Ayana hanya terdiam sembari tersenyum nipis. "Aera jawab apa?"

Aera menggeleng kepalanya. "Tak jawab apa-apa,"

Ayana mengekalkan senyumannya. Dia menepuk bahu Aera perlahan. "Jujur dengan unnie, apa perasaan Aera pula?"

Sembari dengan keluhan kecil, Aera menjawab.

"Aera tak tahu. Aera tak pernah terlibat dengan perasaan macam ni. Sebab selama Aera kecil sampai sekarang, Aera banyak bersama Yoongi oppa. Aera tak pernah ada perasaan cinta apa semua. Lagipun umur Aera baru 16 tahun unnie. Aera tak tahu. Tapi... Aera rasa Aera pun sukakan dia..."

Jawapan Aera membuatkan Ayana terdiam. Cinta anak muda. Sudah semestinya semua pernah lalui meskipun dirinya. Namun masalahnya sekarang, perbezaan kepercayaan dan agama.

"Aera ya," kedua-dua bahu Aera dipegang, meminta Aera menghadapnya. Dapat dia melihat air mata Aera menitis.

"Kita sekarang berada di haluan yang berbeza. Aera tahu kan macam mana orang kita apabila menginjak remaja? Mereka akan couple dan itu sudah menjadi rutin kehidupan masyarakat di sini.

Kita tak boleh ikut rutin mereka kerana rutin mereka sah-sah bertentangan dengan ajaran agama kita. Kita diharamkan untuk couple sebelum berkahwin. Aera tahu itu kan?"

Aera mengangguk.

"Jadi, Aera kenalah jaga hati Aera daripada terjerumus daripada hal sebegitu. Kita kena pegang prinsip ini, 'Bercinta selepas kahwin'. Arraso?"

"Aera faham," Aera mengukirkan senyuman. Dia harus yakin dan percaya kerana dia yang memilih agama ini sebagai hidupnya. Dia harus menjalaninya.

Setiap yang dilarang ada hikmahnya. Dan konsep 'Bercinta selepas nikah' adalah prinsip keduanya selepas 'Pahit dahulu kemudian manis di hujung', iaitu prinsip pertama yang dipegang pada awal kemasukannya di dalam agama Islam ini.

"Aera tahu kan apa nak jawab dengan Seokjin nanti?"

"Tahu unnie. Esok kami akan jumpa untuk selesaikan ni,"

"Baguslah. Jom! Kita selesaikan pembelajaran kita hari ni!" Ayana mula mengeluarkan sebuah kitab tebal dipanggil IQRA'.

Tanpa disedari oleh mereka, di luar pintu ada Yoongi yang mendengar segala perbualan. Tanpa disedari oleh Yoongi, bibirnya mengukirkan senyuman kelat ketika mendengar setiap butir kata yang keluar dari bibir Ayana. Entah kenapa, semua yang diperkatakan oleh  gadis itu ada betulnya.

****

Soobin menghela nafas beratnya. Terngiang-ngiang ucapan Soobin tadi bahawa Seokjin dan Aera sudahpun bercouple. Melihat rapatnya Yoongi dengan Seokjin membuatkan dia sedikit sebanyak mempercayai kata-kata Yeonjun.

Benarkah?

Soobin berasa buntu. Lagipun Aera pula kelihatan baik-baik sahaja. Tidak pula kelihatan tertekan dan bahagia sekali.

Tapi...

Soobin memejamkan matanya. Wajahnya tidak tentu arah.

Adakah Yoongi sudah tahu perilaku Seokjin pada Aera? Mahu dia bertanyakan kepada Aera melalui panggilan. Dibukanya aplikasi Kakaotalk dan mengirimkan pesan pada gadis itu.

Aera noona (online)

+ Hai noona

+ Noona sibuk?

Tidak lama selepas itu dia menerima balasan dari Aera.

+ Hai Soobin

+ Tak. Kenapa?

+ Em noona

+ Saya nak tanya
sesuatu boleh?

+ Tanya apa Soobin?

+ Seokjin sunbaenim dan
Yoongi hyung memang
rapat ke?

+ Oh...

+  Dieorang dah
lama kenal. Noona
pun terkejut yang
dieorang dah kenal.

Soobin terkedu. Rupanya Seokjin dan Yoongi sudah lama kenal.

+ Aera noona tak
bagitahu apa yang
Seokjin sunbaenim buat
kat noona?

+ Ke Seokjin sunbae
ugut noona?

Soobin menunggu balasan daripada Aera. Beberapa minit kemudian Aera membalas.

+ Eh tak.

+ Seokjin tak pernah
ugut noona untuk itu.

+ Walaupun dia pernah
sakitkan hati noona, noona
tetap maafkan dia. Sebab
kita tak ada hak nak
berdendam dengan orang.

Soobin terdiam. Sungguh gadis bernama Aera itu banyak mengajarkannya hal yang positif.

+ Saya kagum dengan
noona...

+ Eung? Kenapa?

+ Sebab noona kata
macam tu, kalau
saya jadi noona
saya tak sanggup...

+ Meski buruk apa
pun perilaku seseorang
tu pada kita, kita kena
sentiasa berperilaku
baik kepada dia.

+ Nanti lama-lama dia
akan berubah juga.

+ Em, Soobin dah
maafkan Seokjin?

Soobin terdiam sejenak. Terimbas kembali bagaimana pukulan Seokjin hinggap di mukanya. Namun sejak dia menyelamatkan Aera dari keributan di kantin, dia tidak pernah lagi melihat Seokjin dan Aera kerana jadual pembelajarannya yang padat dan kelas yang banyak. Fokusnya beralih pada pembelajaran.

Namun semenjak Aera memaklumkan dia berhenti, dia melihat Seokjin mula berubah. Tidak memukul orang sesuka hati bahkan sering ke kantin bersama gengnya yakni Disaster Four. Mereka masih meminta pelajar junior membeli mereka makanan namun tidak dengan kekerasan melainkan permintaan dan duit yang digunakan adalah duit mereka sendiri.

Teringat duitnya yang habis digunakan untuk membeli makanan kepada Disaster Four itu. Kerana mereka lah Soobin tidak makan meskipun ketika itu hari pertama nya  berada di sekolah itu.

Tapi dia bersyukur kerana Yeonjun memahaminya. Diberikan makanan yang lazat di kafe. Sungguh dia berasa ada baiknya perkara itu berlaku.

+ Soobin? Dah tidur ke?

+ Ani.

+ Saya dah maafkan
Seokjin sunbaenim

+ Terima kasih noona.

+ Wah bagus!
😊

+ Erm noona...

+ Betulke Seokjin sunbae
dan noona dah couple?

Jantung Soobin berdegup agak kencang. Dua minit berlalu namun tiada tanda gadis itu mahu membalas.

+ Mian.

+ Kalau soalan saya
buat noona rasa tak
selesa...

Tidak lama kemudian, Aera membalasnya jua.

+ Soobin

+ Noona dan Seokjin tak
couple.

+ Noona anggap semua
yang ada di sekeliling
noona adalah kawan
noona.

Lega Soobin dibuatnya. Kawan?  Dia tidak langsung membalas. Menunggu balasan Aera.

+ Umur kita sekarang,
tak sepatutnya bercouple.

+ Utamakan pembelajaran
dahulu.

+ Nanti lepas habis belajar
baru fikirkan itu.

+ Terima kasih
noona atas
nasihatnya.

+ Kalau lah noona ni
noona saya kan best 😔

+ Pulak

+ Kalau macam tu,
Soobin anggaplah noona
ni noona Soobin

+ Jinja?

+ Baiklah!

+ Ingat tau, umur Soobin
sekarang lebih baik
fikirkan pembelajaran.

+ Patuh pesanan
noona!

+ Lagi satu.

+ Berbaiklah dengan
Seokjin, arraso?

+ Walaupun dia
dingin, dia orang yang
baik.

+ Saya akan cuba

+ Macam tu la, adik noona

+ Noona ngantuk. Noona
tidur dulu ya?

+ Selamat malam Soobin!

+ Baiklah!

+ Selamat malam
noona!

****

Aera mengukirkan senyuman kelat sebaik sahaja sesi chatting bersama Soobin telahpun selesai.

Sebelum Soobin menelefonnya, dia mendapat panggilan dari Yeonjun. Darimana Yeonjun mendapat nombornya? Mestilah dari Soobin.

Yeonjun mengatakan bahawa Soobin  menyukainya.

Rumitnya apabila dua insan yang kita menganggapnya hanya kawan menyukai kita. Begitulah yang dirasakan Aera sekarang. Dia telahpun menduga Soobin akan memesejnya ketika itu.

"Mianhae Soobin. Noona taknak Soobin patah hati," Aera tersenyum nipis.



.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro