Thirty Six | 서른 여섯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

People don't know what you're going through. You'll be the only one to know when you're having a hard time. Everyone has their own problems. So, you don't have to fall deeply into it, nor you should take it lightly.

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.


Happy Reading ♡









"Aera ya, tahu tak lusa apa?"

Soalan yang diajukan oleh Ayana membuatkan Aera mengeryitkan matanya. Dia berfikir sejenak.

"Em, hari apa ya unnie?"

Ayana tersenyum. "Hari di mana semua umat Islam diwajibkan berpuasa yakni bulan Ramadhan,"

Yakah?" Aera membulatkan matanya tidak percaya. Reaksinya begitu teruja.

"Ya. Tapi..."

"Kenapa unnie?" tanya Aera apabila melihat wajah Ayana yang seakan muram.

"Biasanya, bulan Ramadhan unnie akan tinggal kat Seoul."

"Mwo?" Aera terpempan.

"Unnie akan pergi kat Seoul dan tinggal dengan beberapa saudara Muslim kat sana." tutur Ayana lembut.

"Kat sana ada sekelompok masyarakat kita yang beragama Islam. Bahkan saudara unnie yang beragama Islam pun ada. Kat sana juga ada sebuah masjid yakni rumah ibadat umat Islam. Kami akan solat Tarawih, dan melakukan sunnah sepanjang bulan Ramadhan bersama-sama di sana. Dan yang paling best, sambut Hari Raya Aidilfitri sama-sama,"

Aera hanya diam membisu. Jujur dia mengatakan bahawa itu sangat menyeronokkan.

Namun...

"Berapa lama bulan Ramadhan itu unnie?"

Ayana tersenyum lembut. "Namanya bulan, mestilah sebulan. Bulan Ramadhan, 30 hari. Jadi sepanjang 30 hari itu kita diwajibkan berpuasa."

Aera menggangguk faham. Dia sudah dimaklumkan tentang hal itu.

"Aera nak pergi?"

Pertanyaan Ayana membuatkan Aera tersentak. Memanglah dia mahu pergi, namun...

Makcik Lee. Siapa yang mahu menemani wanita itu?

"Aera nak sangat pergi. Tapi..." Aera berdehem seketika. "Siapa nak jaga ahjumma nanti?"

Ayana hanya mengukirkan senyuman tipis. Dugaannya benar bahawa itu yang akan dikatakan Aera.

"Kalau macam tu unnie akan ajak ahjumma sekali," beritahu Ayana.

"Bolehkah?" soal Aera teruja.

"Unnie akan tanya ahjumma nanti,"

"Baiklah,"


****

Seokjin berjalan di sekitar kota Seoul sembari memakai mask hitam dan hoodie kelabu, serta cermin mata hitam. Sudah hampir tiga minggu bertapa di Seoul tanpa khabar berita, dia memutuskan untuk berjalan-jalan di ibu kota itu.

Penampilannya juga diubah. Bimbang juga kalau dia bertemu atau terserempak dengan Hanbin, yakni pembantu peribadi atau anak-anak buah Tuan Kim yang lain. Ya, Tuan Kim. Seokjin tidak menganggap lelaki tua itu sebagai ayahnya lagi.

Dia tahu pasti anak buah Tuan Kim akan mencarinya di sekitar Seoul kerana jejak terakhirnya berada di sekitar Sungai Han. Bukan dia tidak tahu ayahnya akan melacak telefonnya dengan bantuan Hanbin. Setahunya, Hanbin itu amat mahir dalam melacak nombor seseorang tanpa memerlukan panggilan.

Sedang asyik berjalan, dia ternampak sebuah bangunan dengan rekaan yang agak unik. Di mana atapnya berbentuk hemisfera dan rekaan yang elegan. Belum pernah dia melihat rekabentuk bangunan sebegitu.

Seokjin terpegun seketika. Agak ramai orang asing dan matanya kini tertancap kepada beberapa orang Korea yang berpakaian baginya cukup aneh. Jarang sekali dia melihat orang tempatan berpakaian sebegitu. Yakni berpakaian labuh sehingga ke lutut dan memakai sebuah topi, mungkin? Berbentuk seperti kubah tadi.

Matanya kini beralih kepada beberapa orang perempuan yang turun dengan pakaiannya mengingatkan Seokjin kepada seseorang.

"Aera..." gumam Seokjin. Pakaian gadis-gadis itu persis sama seperi Aera namun penampilan dan gayanya sahaja berbeza. Dan mereka itu bukanlah orang Korea kesemuanya, ada juga orang asing.

Seokjin memejamkan matanya seketika. Bayangan Aera menerpa mindanya sekarang. Apa khabar gadis itu sekarang?

Keluhan berat dilepaskan. Seokjin menatap sekilas bangunan yang menarik perhatiannya tadi dan melangkah pergi. Namun matanya tertancap kepada seorang remaja lelaki yang menggunakan kerusi roda di pinggiran kedai. Sehala dengan laluan yang dilaluinya.

Seokjin menghampiri lelaki itu. Dapat dia melihat raut wajah lelaki itu seakan kepenatan. Sepertinya lelaki itu menggerakkan kerusi rodanya sendiri.

"Kau okey?" soal Seokjin prihatin. Laluan itu tidak terlalu ramai orang.

"Huh?" lelaki itu mendongak sambil mengangguk kilas.

"Okey, cuma tiba-tiba rasa susah nak tolak tayar kerusi roda ni." tuturnya.

Seokjin mengangguk faham. Dia kemudian menolak kerusi roda itu, membuatkan empunya yang duduk kaget bukan main.

"Tak apa. Biar aku tolong," ucap Seokjin.

"Gomawo," lelaki itu tersenyum.

"Nama kau?"

Persoalan dari lelaki itu membuatkan Seokjin tersentak namun dia menjawabnya juga.

"Seokjin,"

"Bagus nama," lelaki itu memuji, dia kemudian menoleh ke arah Seokjin yang menolak kerusi rodanya sekilas.

"Nama aku Adam,"

"Adam?" Seokjin mengerutkan dahinya. Tidak pernah dia mendengar nama itu di kalangan orang Korea. Tidak mahu bertanya banyak dia mengalihkan perbualan.

"Rumah kau kat mana?" tanya Seokjin.

"Ke depan sikit lagi,"

"Baiklah," Seokjin menolak kerusi roda itu dengan cermat. Dapat dia melihat suasana indah sekeliling Kota Seoul.

"Kau tinggal sekitar sini?" soal Adam.

"Huh? Ani. Aku cuma jalan-jalan sekitar sini," balas Seokjin.

"Kalau tak keberatan, marilah kat rumah aku. Alang-alang kau hantar aku."

"Tak apalah, lagipun aku tak harapkan apa-apa balasan."

"Jangan menolak," Adam tersenyum.  "Lagipun sudah lama rumah tak ada tamu,"

Seokjin terdiam. Dia menghela nafasnya sejenak. "Baiklah,"

Kemudian Seokjin menolak kerusi roda dan meneruskan perjalanan ke rumah Adam. Rumahnya tidaklah terlalu jauh, lebih kurang dua kilometer sahaja dari tempat dia menemui Adam.

"Ha, tu. Rumah banglo tu." Jari Adam menunjukkan sebuah rumah banglo. Seokjin lantas mendorong kerusi roda itu menuju ke rumah itu.

Dalam benaknya, dia berfikir macam mana Adam dapat menolak kerusi roda sejauh itu?

"Yah! Abang!" suara seorang gadis menerpa ke arah mereka dengan wajah yang menahan geram membuatkan mereka berdua tersentak.

Namun lain bagi Seokjin. Dia melihat gadis itu tidak tumpah penampilannya seperti Aera. Melongo Seokjin dibuatnya.

Gadis itu lantas menuju ke arah Adam yang hanya tersengih seperti kerang busuk sambil menggaru kepalanya.

"Abang! Kenapa keluar tak bagitahu? Abang saja nak buat Aira risau tau!" bebel gadis itu lagi. Dia tidak sedar dengan kehadiran seorang jejaka di sebelah Adam. Fokus utamanya adalah Adam sekarang.

"Maaf. Abang bukan pergi mana pun. Dengar ceramah dengan masjid je. Tu pun uncle Daud ada tau!" Adam membela diri.

"Tapi janganlah pergi sorang-sorang! Dah lah tak ajak Aira tadi!"

"Abang keluar pagi tadi. Aira kan..." Adam menutup mulutnya dan memandang ke arah Seokjin. Terlupa pula dia akan mengatakan hal berkaitan perempuan. Mujur tak terlepas. Gadis bernama Aira turut menoleh ke arah yang sama dengan Adam.

"Oh, anneyoung..." Aira menunduk hormat. Sesekali raut wajahnya berubah menjadi merah kerana malu dengan perilakunya sebentar tadi.

Seokjin agak gelabah membalas sapaan itu.

"Ehem," Adam berdehem sejenak. "Aira, ini Seokjin. Dia tolong abang tadi."

"Jangan kata..."

"Ya, kerusi roda abang buat hal tadi." cantas Adam.

"Abang!" bahu Adam ditampar membuatkan jejaka itu tertawa.

Seokjin terkesiap apabila mendengar nama gadis itu. Aira? Kenapa ia seakan sama dengan Aera? Dia terpana sekali lagi.

"Em, Seokjin ah. Jom la masuk." Adam menarik hujung lengan Seokjin membuatkan jejaka itu tersenyum canggung.

"Marilah Seokjin ssi." ajak Aira dengan senang hati.

Mereka berdua mempersilakan Seokjin masuk. Rumah Adam dan Aira lumayan besar namun tidaklah mewah. Hanya biasa-biasa sahaja namun rekaannya agak elegen dan simple.

"Jemputlah makan," Aira menghidangkan dua cawan air teh dan  sepinggan kuih untuk Seokjin dan Adam dan berpamit pergi. Kini mereka berada di ruang tamu.

"Kau tinggal dengan adik kau je ke?" tanya Seokjin.

"Eomma dan appa aku ada je. Cuma dieorang ada hal sikit. Nanti balik la tu." jawab Adam seraya menghirup teh yang disediakan.

"Minumlah,"

Seokjin hanya mengangguk namun ada satu persoalan yang muncul di benaknya.

"Aku dengar adik kau panggil kau abang. Apa tu?"

Adam yang hampir meminum air itu terbatuk kecil. Mujurlah dia sudah selesai minum. Dah lah panas.

"Oh tu..." Adam menghirup sekilas air dan menatap ke arah Seokjin.

"Kami dulu tinggal dan membesar kat Malaysia dan pindah kat sini tahun lepas. Abang tu adalah panggilan 'oppa' dekat Malaysia. Aira dah biasa panggil aku macam tu dari kecil,"

"Oh, macam tu."

Seokjin tersenyum. Aera tidak pernah memanggilnya oppa. Bolehlah dia mencadangkan panggilan itu kepada Aera untuk memanggilnya nanti.

Amboi kau Seokjin, sempat lagi kau fikir eh.

"Tapi sebenarnya kami tinggal dekat Ilsan. Kami datang ke Seoul pun ada sebab tertentu. Duduk sini mungkin beberapa bulan jugak."

"Oh, macam tu." Seokjin malas bertanya banyak hanya mengiyakan saja. Lagipun dia baru sahaja mengenali Adam.

Suasana kembali hening. Hanya suara hirupan dari gelas memenuhi ruang itu.

"Aku lupa nak tanya. Umur kau berapa?" Adam meletakkan cawan itu. Sudah habis agaknya dihirup.

"Em, 17 tahun."

Adam terkekeh. "Kau kena panggil aku hyung..."

Adam membulatkan matanya. "Umur kau?"

"Umur aku 19 tahun. Dan adik aku, umur sama dengan kau."

Seokjin terdiam dan kemudiannya dia menggangguk kecil.

"Kalau tak keberatan, kenapa hyung pakai kerusi roda?"

Adam memandang ke arah kakinya dan beralih kepada kerusi roda di sebelahnya.

"Sebulan lepas, hyung accident. Ada sedikit kecederaan dekat pergelangan kaki. Taklah teruk mana. Sebab itu lah kena guna kerusi roda." ujar Adam.

"Ada kemungkinan besar akan sembuh?"

"Kemungkinan besarnya ya, sebab ini taklah teruk sangat. Hyung boleh je berjalan tapi itu pun kena pegang sesuatu. Sebab tulah hyung guna juga kerusi roda."

Seokjin hanya mengangguk faham.

"Hyung sekeluarga beragama Islam kan?"

Adam menoleh ke arah Seokjin. "Macamana kau tahu?"

"Aku nampak dari segi pemakaian keluarga hyung dekat gambar tu,"  ujar Seokjin sambil menunjukkan sebuah frame yang tidak jauh dari mereka.

"Ouh," Adam tersenyum.

"Dan..." Seokjin mengukirkan senyuman miris. Dia melirik ke arah pada susuk Aira yang berada di dalam gambar itu.

"Orang yang aku kenal sama agamanya dengan hyung sekeluarga."









.
.
.
.
.
.
.

Bersambung


by the way, Aira dan Adam adalah cast tambahan. Siapa yang baca percious RAIN tu kenal la kut adik beradik yang banyak gula, dan berfikiran garam ni  🤫

Hm, nampaknya Seokjin ada partner baru. Nampaknya tak da jodoh dengan Aera ke macam mana ni...






Hairan kan kenapa publish? Sebab today  birhtday TXT!

Happy birthday untuk debutnya Crown hehe, my favlist song.

Sejujurnya ku rindu dengan penampilan awal dieorang. 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro