Twenty Five | 이십오

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

One day, you will just be a memory to some chapter. Do your best to be a good one.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.


Happy Reading ♡





"Apa motif kau bawa aku pergi dapur ni?"

Soobin mendengus halus. Mereka sekarang berada di dapur kafe di mana tempat dessert dan roti dibuat oleh pekerja dan disimpan. Sangat kemas dan teratur.

"Aku nak kau rasa ni-" tanpa aba-aba Yeonjun memasukkan sepotong roti yang baru dibakar ke dalam mulut Soobin.

"Yak! Panas!" Soobin menutup mulutnya lalu mengunyah laju. Tersengih Yeonjun dibuatnya.

"Amacam? Sedap tak?" soal Yeonjun.

"Em, sedap! Apa nama roti ni?"

"Nanti kau tahu-" Yeonjun tersengih. "And now, kau kena tolong aku bungkuskan, means semasa pelancaran nanti kita ada kat sini sebab nanti nak diedarkan kepada tetamu yang datang."

Soobin mengangguk. Banyak jugak.

"Tapi mana pekerja kau yang lain?"

"Dieorang tolong siapkan apa yang patut. By the way, eomma aku tak suka melibatkan orang luar dalam segala urusan kedai. Yang kau tengok sekarang semua pekerja dia handle."

"Oh,"

Mereka kemudiannya duduk di suatu meja. Satu persatu roti dimasukkan ke dalam plastik beg yang berkualiti.

Sesekali Yeonjun melirik ke arah Soobin yang sesekali mencicip roti itu. Amboi. Namun Yeonjun tidak kisah kerana Soobin itu sememangnya penggemar roti.

Namun, bukan itu masalah yang dia fikirkan sekarang. Yang difikirnya sekarang adalah sunbaenim mereka iaitu Kim Seokjin dan Aera. Rapat kah gadis itu dengan ketua Disaster Four itu? Setahunya Aera pernah ditengking oleh ketua Disaster Four bulan lepas di kantin dimana Soobin menjadi hero.

Dan sejak daripada itu dia jarang nampak Aera dan Disaster Four. Pernah sesekali dia melihat Aera menjinjing dua plastik yang berisi makanan dan menuju ke bangunan senior.

Mahu ditanya lupa dan dia tidak ada hak untuk bertanya.

Ada apa-apa yang berlaku pada dua manusia itu kah?

Sejak Aera dan Seokjin masuk ke dalam kafe, Yeonjun menatap mereka dari jauh. Kelihatan seperti pasangan yang sangat serasi. Bahkan Seokjin kelihatan sangat mesra dengan Aera dan Aera juga begitu. Dan dia dapat melihat Soobin yang kelihatan menyukai Aera.

Mujurlah dia sempat menarik Soobin tadi sebelum Seokjin keluar tandas, kalau tidak hancur majlis dan mood mereka. Pasti Soobin menjadi orang yang paling terluka.

Yeonjun tidak mahu hal itu terjadi. Cukuplah dia mendengar cerita pakcik Sukjin tentang pemergian ibu Soobin.

****

Pasangan Kim itu masuk ke dalam rumah mewah. Mereka baru sahaja pulang setelah hampir beberapa minggu berada di luar negeri kerana urusan berkerja.

"Maid, mana Seokjin?" soal Puan Kim sebaik sahaja maid mengambil barang-barang mereka dari bonet.

"Tuan muda keluar, puan." ujar salah seorang maid membuatkan Puan Kim mendengus halus.

"Kita ada ke tak ada. Tak pernah berubah budak tu. Haih."

Tuan Kim hanya mengeluh. Malas mendengar leteran yang keluar dari mulut sang isteri. Dia memilih untuk ke bilik anaknya, Kim Seokjin.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Tuan Kim memandang persekitaran bilik anak lelakinya itu. Tersusun rapi dan bersih.

Sedang asyik menikmati persekitaran, dia melihat ada sepasang baju dan kain asing yang tersangkut di hadapan almari Seokjin. Berkerut Tuan Kim dibuatnya. Nak kata baju Seokjin mustahil kerana jelas-jelas baju itu baju perempuan.

Ada apa-apa yang berlakukah?

"Maid!" hanya sekali laungan Tuan Kim sahaja, maid telahpun datang.

"Ya tuan, ada apa?"

"Boleh saya tahu Seokjin ada bawa sesiapa ke yang datang sewaktu saya tiada?"

"Err, ada tuan."

"Siapa?"

"Seorang gadis,"

"Apa?"

****

"Macam ni. Sebelum ni kau dah ada teman lelaki? Means, namja?"

"Em, tak ada. Kenapa?" soal Aera.

"Kau tak perasan ke kenapa aku tanya?"

Aera menggelengkan kepalanya tidak mengerti.

Seokjin menghela nafas beratnya. "Tak apa. Nanti kau akan faham. Aku cuma nak kau tahu yang aku sayangkan kau."

Aera terdiam. Sungguh dia berasa sangat malu.

"Kau sayangkan aku tak?"

"Ish kena-pa de-dengan awak ni?" tergagap Aera dibuatnya. Aneh benar dengan Seokjin. Ada apa yang berlaku dengan seorang Kim Seokjin? Ini kah Kim Seokjin yang dingin itu? Kenapa tiba-tiba jadi romantik sangat?

Seokjin tertawa kecil melihat wajah Aera yang merona. Suka benar dia melihat Aera yang tersipu sebegini.

Terngiang-ngiang perbualannya dengan Seokjin ketika di kafe  membuatkan gadis itu tidak dapat melelapkan matanya. Bahkan dia sanggup pura-pura mengantuk supaya tidak dapat berbual dengan Seokjin sewaktu jejaka itu membawanya pulang.

Seokjin sayangkannya? Mustahil!

Mendengar pertuturan jejaka itu, tidak nampak seperti tipu. Namun Aera tidak memikirkan lebih jauh, pasti Seokjin mengatakan sebegitu kerana sayang seorang kawan.

Ya, Aera tidak pernah bercinta dengan sesiapa. Dengan namja lain pun dia tidak pernah rapat kerana seharian dia menghabiskan masa dengan Yoongi dan Hoseok. Bahkan Yoongi pernah berpesan kepadanya jangan rapat dengan mana-mana namja selainnya dan Hoseok.

Aera tersenyum. "Saya pun sayangkan awak juga Seokjin, sebagai seorang kawan."

Setelah itu Aera melelapkan matanya. Mujurlah dia sempat mengerjakan solat Isyak sebaik sahaja tiba di rumah makcik Lee.

****

Seokjin masih lagi tersenyum mengingati hal tadi. Entah mengapa dia suka menyakat Aera sebegitu.

Aera pun. Nampak je macam tu tapi bab ni sungguh gadis itu tidak mengerti. Pandai benar Yoongi menjaga adiknya itu daripada perkara-perkara sebegitu.

Tidak dia sedar, dia sudahpun memarkirkan kereta di garaj rumahnya. Dia lantas masuk ke dalam rumah dengan hati yang senang. Tidak sabar mahu chat dengan Aera. Sudah tidurkah gadis itu? Teringat pula sewaktu dia menghantarkan gadis itu ke rumah. Aera pula separuh mengantuk kerana majlis itu berlangsung dengan agak lama. Mujurlah mereka sempat menikmati menu baru itu secara gratis sempena pembukaan.

"Ehem, baru balik?"

Suara garau tersebut membuatkan Seokjin serentak. Dia cepat-cepat berdehem. Haraplah ayahnya itu tidak nampak muka senangnya tadi.

Seokjin tidak mengendahkan ayahnya itu. Dia lantas meluru ke arah biliknya. Namun yang mengejutkannya apabila melihat baju dan kain tudung Aera kini berada di atas katilnya.

Walhal sebelum pagi tadi kedua-dua kain itu berada di hadapannya almarinya. Dia berhajat mahu memberikan semula baju dan tudung Aera. Yah, pasti dia terlupa!

"Tak tahu pula kamu bawak seseorang kat rumah..." ucapan Tuan Kim membuatkan bahu Seokjin terhincut. Mujurlah dia tidak melatah.

"Hum-" Seokjin kekal bereaksi biasa. "Kenapa tiba-tiba appa sibuk pasal Jin?"

Tuan Kim hanya menghela nafas berat. "Appa tak kata appa sibuk pasal kamu. Appa cuma tanya siapa yang kamu bawa balik rumah semasa appa dan eomma tak ada?"

Sinis kedengaran percakapan Tuan Kim membuatkan Seokjin mengetap bibir.

"Seorang gadis?"

"Tak ada kena mengena dengan appa-" ujar Seokjin dengan datar.

"Baguslah, dah ada yeoja. Tak lah sendu sangat hidup kamu tanpa appa dan eomma." Tuan Kim tersenyum nipis.

Seokjin hanya bereaksi biasa.

"Ada masa, jemputlah dia datang-"

Seokjin hanya mengangguk sekilas. "Ada apa-apa soalan lagi appa nak tanya?"

"Tak ada apa. Appa naik dulu. Selamat malam." Tuan Kim melangkah pergi, membiarkan Seokjin yang masih lagi terdiam. Sebaik sahaja kelibat Tuan Kim tiada, Seokjin cepat-cepat mengunci pintu dan menuju ke arah katil. Digapainya baju Aera dan kain tudung Aera.

"Yaish! Cerewet betul kau Seokjin! Mati aku!" Seokjin memejamkan matanya seketika. Tipu dia tidak berdebar dengan ucapan ayahnya tadi.

Tanpa berlengah dia terus mencapai telefonnya.

"Haish, lupa pula yang Aera tu mengantuk tadi. Pasti budak tu dah tidur.." Seokjin memuncungkan bibirnya. Dia kemudian memandang ke arah baju Aera dan kain tudung. Digapainya dan dilipat dengan kemas.

Setelah selesai, dia terus menekan ruang mesej dan menaip sesuatu.

"Haih, aku tak tukar lagi nama dia? Hm jap aku tukar-"

Si Kuli to...

Aera ❤ (active 2 hours ago)

+ Aera shi

+ Esok kita jumpa

+ Sebab aku nak
pulangkan kau
punya baju.


Seokjin tersenyum sebaik sahaja mesejnya dihantar. Sudah menjangka gadis itu sudahpun lena. Dia pun merebahkan diri di atas katil dan mula terlelap.

****

"Eo dah balik?"

Soobin melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang agak lesu. Mana tidaknya, berbelas-belas roti dan dessert yang diberi Yeonjun kepadanya sebelum pulang tadi.

"Nah," Soobin meletakkan beberapa plastik yang dia dapat dari kafe di atas meja pantry.

"Wah, ni betul-betul tapau-" pakcik Sukjin tergelak. Ditepuknya bahu Soobin.

"Makanlah, pakcik. Soobin nak naik dulu."

"Yalah, tengok muka kamu pun macam arnab nak terberak. Dah, pergi mandi. Pakcik nak simpan makanan ni. Esok boleh panaskan guna microwave-"

Soobin memandang sinis pakcik Sukjin. Sempat lagi pakciknya itu mengutuk! Dia segera menuju ke arah bilik untuk mandi dan mengganti baju.

Selesai mengenakan baju, Soobin menuju ke arah katilnya. Diggapainya telefon dan segera dia melihat profil Aera di kakaotalk.

Aera noona 🥰 (active 2 hours ago)

+ Hai noona

+ Ini saya Soobin 🐰

+ Save nombor saya🐇

+Esok noona free?










.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro