Twenty Seven | 스물 일곱

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sometimes we wonder why things don't go the way we want to, why we don't have the life that we wanted. And so think again, what did you do to get it?

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡





"Eo? Aera?"

Sergahan daripada seseorang membuatkan Seokjin tersentak hebat. Lantas dia mengalihkan wajahnya jauh dari Aera dan syukurlah gadis itu tidak sedar perilakunya sebentar tadi.

"Pakcik Sukjin!" Aera bingkas bangkit menuju ke arah pakcik Sukjin.

"Mianhae Aera. Pakcik sakit perut sangat tadi...," ujar pakcik Sukjin. Mukanya masih lagi menahan perit.

"Tak apa," Aera tersenyum. Ada hikmahnya juga pakcik Sukjin sakit perut, kalau tidak pasti lelaki tua itu berhadapan dengan lelaki-lelaki peminta hutang tadi.

"Eh, kamu Seokjin kan?" soalan daripada pakcik Sukjin membuatkan Seokjin memandang ke arah lelaki tua itu.

"Pakcik...Su...Sukjin kan?"

Pakcik Sukjin tersenyum. "Lama tak jumpa kamu,"

Aera menatap ke arah dua figura itu dengan penuh tanda tanya. "Awak dan pakcik dah saling kenal?"

Seokjin mengangguk.

"Kamu kenapa? Nampak pucat je?"

"Ouh, tak ada apa pak..."

"Hyung! Ini ubatnya!" Beomgyu menghulurkan seplastik ubat kepada Seokjin.

"Yak! Kenapa banyak sangat ni?" soal Seokjin tidak puas hati. Bukannya teruk sangat dia demam!

"Bekalan, hehe..." Beomgyu menggaru kepalanya. Kemudian dia menoleh ke seorang lelaki tua yang berada di situ.

"Oh, pakcik."

"Tisu dalam tandas pakcik guna habis. Hehe maaf," sempat pakcik Sukjin mencelah membuatkan mereka bertiga tertawa kecil. Kemudian pakcik Sukjin menoleh ke arah plastik ubat yang dipegang Seokjin.

"Kamu sakit kah?"

"Hah? Aniya..."

"Tak baik awak tipu tau," Aera menepuk pelan bahu Seokjin.

Seokjin hanya tersenyum dalam diam. Comel betul.

"Aigo, nak pakcik hantarkan klinik?" tawar pakcik Sukjin.

"Eh, tak apa pakcik. Saya dah beli ubat. Lagipun saya bawak kereta,"

"Yah! Panasnya dahi kamu!" tapak tangan pakcik Sukjin sudahpun melekat pada dahi Seokjin membuatkan jejaka itu terkesiap.

"Biar pakcik hantar kamu balik," tegas pakcik Sukjin berkata.

"Err pakcik..."

"Bagi kunci kamu,"

"Pakcik, kalau pakcik hantar saya macamana pakcik nak balik rumah semula?"

"Tak apa. Kesihatan kamu penting. Pakcik boleh naik bas sendiri,"

"Pakcik..."

Aera yang melihat tingkah dua figura yang nama mereka hampir sama itu hanya terdiam namun cepat-cepat dia memegang pelan bahu Seokjin.

"Dengar cakap pakcik. Ada baiknya pakcik hantar awak kan? Nanti kalau awak sakit masa memandu nanti macam mana?" lembut Aera menyakinkan Seokjin membuatkan jejaka itu akhirnya mengangguk.

"Baiklah, tapi kau kena ikut jugak," pinta Seokjin membuatkan Aera membulatkan matanya.

"Haah. Jom naik sekali Aera. Boleh temankan pakcik balik nanti,"

Mahu tidak mahu, Aera mengangguknya jua. Lagipun benar kata pakcik Sukjin.

"Saya nak hantar ubat dekat ahjumma dulu boleh?" kata Aera.

"Kita pergi rumah Aera dulu,"

"Rumah pakcik dan Aera dekatkah?" soal Seokjin.

"Dekatlah juga," ujar Aera.

Akhirnya mereka bertiga memutuskan untuk menaiki kereta Seokjin. Sempat mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Beomgyu. Untuk kejadian yang menimpa mereka tadi, biarlah rahsia lagipun sudah diselesaikan secara baik.

Setelah menghantar Aera ke rumah untuk memberikan ubat kepada ahjumma Lee, mereka bertiga terus bertolak. Mujurlah ketika itu makcik Lee sudah sihat sedikit dan membenarkan Aera pergi.

Pada awalnya Aera mahu sahaja menolak ajakan Seokjin, namun kasihan pula. Lagipun makcik Lee memberi izin kepadanya.

"Pakcik, boleh tak jangan balik rumah lagi?" pinta Seokjin sebaik sahaja kereta yang dipandu pakcik Sukjin telahpun bergerak.

"Eo? Kamu kan demam?" balas pakcik Sukjin.

Pakcik Sukjin di tempat pemandu. Seokjin di sebelahnya dan Aera di belakang. Kalau ikutkan Seokjin mahu bersama Aera di belakang namun apa pula kata pakcik Sukjin nanti? Dan pastinya Aera tidak selesa akan itu.

Hum, Seokjin. Sedarlah diri sikit!

"Saya lapar,"

"Yak? Kamu tak makan pagi lagi?"

Seokjin terkekeh. "Belum,"

Aera di belakang hanya memerhati gelagat pakcik Sukjin dan Seokjin yang rancak berbual. Sesekali mereka tertawa kerana candaan yang dibuat oleh pakcik Sukjin. Melihat keadaan itu, dapat dia melihat mereka persis seorang ayah dan anak yang bahagia.

"Appa! Eomma! Kita nak pergi mana ni?" soal Aera.

"Hari ini kita pergi jalan-jalan! Raikan keputusan Aera yang selalu buat omma dan appa bangga!" ujar Tuan Min sembari tersenyum.

Haritu mereka sekeluarga merancang untuk meluangkan masa bersama.

Di mana hari itu adalah hari terakhirnya bersama keluarganya sebelum berangkat ke Malaysia.

Aera dipilih daripada puluhan sekolah menengah berprestasi tinggi untuk menyertai program itu dan dia satu-satunya wakil pelajar dari Korea Selatan. Keputusannya amat cemerlang dan memberangsangkan.

"Oppa bangga juga!" Yoongi memeluk erat Aera dari tepi.

"Bukankah eomma dan oppa kata Aera kena jadi Matahari untuk keluarga ni? Kan Aera dah berusaha dan lebih tepatnya dah jadi kan?" Aera tersenyum.

Kata-kata Aera membuatkan keluarga itu tersenyum.

"Gomawo sayang-"

"Oppa sayang adik oppa. Janganlah cepat membesar.. Nanti kahwin jangan kahwin. Kita bujang sampai tua. Hukss..." tidak lepas Yoongi mengusap kepala Aera itu.

"Amboi oppa," Aera mencebik.

"Appa risau kan kamu Yoon. Jangan macam-macam"

"Haha Yoon gurau je. Tapi Yoon sayang sangat dekat Aera."

Tuan Min dan Puan Min hanya tersenyum.

"Oppa," Aera kini menyandar di bahu Yoongi yang sedang sibuk bermain game.

"Wae?" soal Yoongi sambil tangannya yang satu lagi memeluk bahu Aera rapat dengannya.

"Nanti bila tiba masanya nanti akan ada seorang namja yang datang kat Aera, apa yang Aera kena buat?"

Yoongi terdiam seketika namun pelan dia mengusap bahu Aera.

"Suruh dia jumpa oppa dahulu,"

"Memang macam tu ya prosuder dia?"

"Yalah. Oppa kena tahu siapa namja tu dan kenapa dia sukakan adik oppa. Ikhlas atau tidak dengan adik. Oppa taknak adik terluka dengan sesiapa. Banyak orang sama umur dengan kita dia bercinta dan akhirnya mereka akan patah hati jika cinta mereka itu tidak ikhlas. Sebab itulah oppa tak benarkan adik rapat dengan mana-mana namja selain oppa dan Hoseok. Sebab oppa taknak adik terlibat dengah hal-hal remeh tu. Oppa buat semua tu supaya adik kekal fokus dengan cita-cita adik. Oh ya, apa cita-cita adik?"

Aera tersenyum mendengarnya. Sungguh dia terharu dan bersyukur Yoongi itu abangnya.

"Cita-cita Aera, nak jadi matahari. Matahari yang akan sentiasa menyinari kehidupan kita. Akan sentiasa memberi manfaat pada orang lain dan semua orang perlukan nya-"

Yoongi tersenyum. "Oppa sayang sangat Aera."

"Aera pun sayangkan oppa."

"Aera ssi!"

Aera tersentak apabila ada tapak tangan melayang di hadapan mukanya berkali-kali. Namun dia tidak perasan itu.

"Kau okey?" soal Seokjin.

"Ouh, okey..." Aera tersenyum kelat.

"Mana pakcik Sukjin?"

"Keluar kejap beli tisu tangan," tutur Seokjin. Kepalanya masih menoleh ke arah Aera di belakang.

"Awak pandanglah depan. Tak sakit ke kepala awak pandang belakang? Ada siapa kat belakang?" soal Aera polos dan dia juga terikut menoleh ke belakang. Melihat apa yang dilihat Seokjin.

"Aku ternampak bidadari kat belakang,"

"Biadadari? Mengarut la," Aera tertawa kecil. Kelakar betul Seokjin ni.

"Bidadari tu, dia cantik sangat. Dia buat hati aku tak tenteram." Seokjin menjeda seketika dan dia memandang lurus ke hadapan.

"Dia polos. Dia ada nama. Nama dia Min Aera."

Kata-kata Seokjin membuatkan Aera terkedu. Wajahnya sudah memerah menahan malu. Kenapa dengan jejaka dingin ni?

"Ish apa awak ni,"

Seokjin hanya terkekeh. Suka dia melihat Aera yang malu sebegitu. Sesekali dia hairan. Kenapa Aera sangat polos untuk memahami. Setiap kali dia mengatakan hal-hal itu pada Aera, pasti dianggap biasa sahaja.

Yoongi sangat pandai menjaga Aera sampaikan hak-hal sebegitu Aera tidak dapat memahaminya. Apa-apapun dia berasa senang. Aera pula tidak bertingkah gedik atau sebagainya. Tampak sopan dan biasa sahaja.

Sebab itu ketika gadis itu menjadi kuli di sekolah mereka, dia tidak termakan dengan godaan Jungkook dan Jimin. Kagum Seokjin dibuatnya.

Sekaligus berasa senang.

"Awak ni kelakar juga orangnya, Seokjin. Ingatkan dingin je, " Aera mula berbicara. Terasa jengkel pula dengan hal tadi.

"Kelakar? Maksud kau?"

"Ingat tak masa mula-mula kita jumpa? Awak tu kejam, dingin dan buat saya menangis. Tapi sekarang tak."

Seokjin terdiam. Kenapa gadis ini mengungkit kisah lalu?

"Teruskanlah macam ni ya Seokjin? Jangan dingin dengan saya lagi ya? Saya suka tengok keadaan awak macam ni. Awak senyum,"

Seokjin cuba menahan bibirnya dari tersenyum lebar. Berharap tak adalah orang lalu-lalang di situ melihat keadaannya sekarang tak ubah seperti orang gila kerana senyum sorang-sorang. Dan yang paling penting, Aera tidak akan dapat melihat senyuman kelakar itu.

"Ya, aku akan selalu begini dengan kau..."

Aera tersenyum. Dia kemudian mengeluarkan telefonnya. Sedari sebelum keluar tadi ada nombor yang tidak dikenali mengirim pesan padanya.

0xxxxxxx (active 12 hours ago)

+ Hai noona

+ Ini saya Soobin 🐰

+ Save nombor saya🐇

+Esok noona free?

Aera tersenyum. Ingat scammer tadi. Soobin rupanya.

Lantas dia menyimpan nombor lelaki itu.

Soobin 🐰

+ Hai Soobin!

+ Maaf noona
lambat balas
mesej awak!

+ Kalau esok
boleh? Sebab noona
pergi lain hari ini.

Aera terlupa pula mahu membalas pesanan itu semalam kerana ia nombor yang tidak dikenali. Lagipun Seokjin juga mengirimkan pesan padanya, jadi fokusnya beralih pada Seokjin.

"Oh, maaf lambat." pakcik Sukjin masuk ke dalam kereta.

"Tak apa," balas Seokjin.

"Kamu nak ke mana?" soal pakcik Sukjin.

"Taman Gwacheon,"

"Oh dekat je dengan rumah pakcik-"

"Yakah? Jom ambil angin kat situ boleh?"

"Boleh, moga hilanglah demam kamu. Ambil angin segar."

Aera menatap ke arah sisi tingkap hadapan yang memantulkan wajah Seokjin. Dapat dia melihat wajah Seokjin yang kelihatan sangat senang.

Tanpa dia sedari ada satu notifikasi yang muncul di skrin telefonnya.

Kim Seokjin

+ Nak intai aku, tengok
secara live dekat
taman nanti la😘

Aera mencebik. Sempat pula mamat ni perasan! Ditolehnya ke arah Seokjin melalui cermin sisi itu. Kelihatan Seokjin mengenyitkan mata kepadanya. Aera membalasnya dengan tatapan yang jengkel.


+ Eee perasan betul

+ Ala, malu pula sayang
saya...

Aera lantas menutup telefonnya. Malas mahu melayan Seokjin. Nanti ada lah perkataan atau ucapan aneh yang dikeluarkan. Dapat dia melihat Seokjin menahan tawa.




.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro