10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

suggestion : dengar lagu diatas untuk tambah feel sikit hehehehe

------

Isabelle's pov

Aku menutup dedaun pintu bilik aku dengan fikiran kosong. Aku menyandarkan tubuh aku pada permukaan pintu dan memikirkan semula apa yang Jungkook katakan.

"Macam mana kalau...kau mengandung?"

Aku terduduk dilantai apabila memikirkan perkara tersebut. Kedua-dua lutut aku dipegang dengan erat hingga terasa sakit. Namun, aku endahkan. Badan aku juga mula menggigil dengan hebat.

Gementar dan gemuruh apabila suara Jungkook mula berlegar-legar didalam otak aku. Hidung aku juga terasa perit serta mata aku juga terasa panas.

Tika ini, hanya seorang sahaja yang terlintas dalam kepala aku untuk mendengar masalah ini.

Kim Taehyung.

Dengan lemah, aku mula mengeluarkan telefon aku dari saku seluar palazzo aku dan mula mendail nombor Taehyung.

Banyak kali aku cuba untuk menghubunginya, namun panggilan tidak dapat disambungkan.

Untuk kali ke-5 aku cuba telefonnya, aku mula berputus asa dan mencampak sejauhnya telefon aku dari aku.

Aku menekup wajah aku pada lutut aku dan mula menangis.

Menangis, menangis dan terus menangis.

------

Taehyung's pov

Bodoh.

Time-time macam ini, telefon aku nak habis battery. Dan sekarang baru aku tahu betapa berharganya seketul powerbank. Sudahlah aku sedang menunggu mesej mahupun call dari Isabelle.

Cis.

Menyesal aku tertinggal menatang tu kat rumah. Dengan charger sekali aku lupa bawa.

Haiyo, Kim Taehyung.

Umur kau baru 32 tahun. Belum tua lagi, tapi kenapa kau dah nyanyok?

Bodoh.

Aku menyimpan semula telefon aku dengan pasrah. Kot doktor dibetulkan oleh aku. Badan mula disandarkan pada kerusi dan aku mula termenung kosong ke arah pintu bilik kerja aku sebelum pintu itu tiba-tiba sahaja terbuka.

Muncul seketul Jimin dengan senyuman bahagianya. Aku hanya memandangnya dengan wajah bosan. Entah apa yang membahagiakan lelaki itu pun aku tidak tahu.

"Halu, Doktor Kim." Dia melambaikan tangannya pada aku sebelum duduk diatas kerusi dihadapan aku.

Dia bersandar dan memandang aku dengan sengihan kerang busuk.

"Kau pahal?" soal aku dengan kerutan didahi.

"Elelelele buat-buat tak tahu pula," dia mula tersengih menyakat ke arah aku. Ey, ada kena hempuk dengan monitor ni kang.

Aku memandangnya dengan hairan. "Pebende do kau ni?"

"Bodoh. Kau tak baca e-mail kau ke?"

Aku mula menunjuk ke arah Jimin telefon aku yang sudah habis battery dengan wajah pasrah. Pasrah habis siot.

"Siot. Apahal tak cas?"

"Aku lupa bawa powerbank dengan charger."

Jimin memandang aku dengan wajah triggerednya.

"Engkau ni, beli phone memahal pandai. Bawa powerbank dengan charger tak pandai. Bodoh terus." Kutuknya dengan selamba.

Aku mencampaknya segumpal kertas dengan geram ke arahnya. Jimin memandang aku dengan tidak puas hati.

"Nasib baik mood aku baik tau. Tak ni, kalau kau nak tahu. Kau akan ditukarkan ke Dubai but only for 2 month."

Aku memandang ke arah Jimin yang kelihatan gembira apabila aku ditukar. Mungkin kerana lepas ini dia akan perasan yang dialah satu-satunya lelaki terkacak di hospital ini.

Heol.

Aku mengetap bibir.

2 bulan?

Maknanya, 2 bulan aku tidak akan berjumpa dengan Belle?

2 bulan...











----












Isabelle's pov

It's been two months now and people begin to wonder why I'm still upset. They don't understand. Sejak kejadian malam itu, otak aku kecelaruan. Fikiran aku serabut. Aku terlalu stress. Stress memikirkan kalau macam mana aku akan mengandung? Sudahlah aku stress sebab pernah melakukan sumbang mahram dengan abang aku sendiri. Dalam masa 2 bulan ini, aku sedaya upaya cuba mengelakkan diri darinya. Lucky me, Papa Jeon memaksanya dan isterinya pergi berbulan madu selema 2 minggu ditempat yang jauh dari sini. But still.

Hell. My life is sucks.

Ditambah lagi kehadiran lelaki itu juga hingga kini aku tidak tahu khabar berita tentangnya. He's disappear. He's gone.

Setiap hari, aku cuba untuk contact dia. Bukan aku tak cuba. Banyak kali aku cuba contact dia untuk luahkan kesakitan hati aku. Sebab apa? Sebab dia sendiri suruh aku melakukan itu semua.

Tapi sayang, langsung tak ada tindakbalas dari lelaki itu. Nombornya juga sudah mati.

Pernah juga aku datang ke hospital tempat dia kerja selepas aku memaksa kawan Jungkook iaitu Jimin beritahu aku dimana lelaki itu kerja.

Pada mulanya Jimin tidak mahu beritahu aku disebabkan dia taknak sebarkan privacy lelaki itu memandangkan dia masih tidak tahu hubungan aku dan lelaki itu.

Tapi kejap.

Aku pun tidak tahu apa sebenarnya hubungan aku dan lelaki itu. Tapi-- ah matilah.

Selepas diugut, akhirnya Jimin beritahu juga. Tapi sayang, lelaki itu tiada. Menurut staff dekat situ beritahu, lelaki itu sudah dipindahkan kerjanya ke hospital lain dan mereka tidak mahu beritahu aku dimana lelaki itu dipindahkan.

Aku tak faham apa yang jadi sebenarnya.

Kenapa?

Dan kenapa?

Kim Taehyung, mana kau menghilang?

"Belle!" aku tersedar dari lamunan apabila Seulmin menolak tubuh aku perlahan. Aku memandangnya dengan keliru.

Aku melihat sekeliling. Oh aku masih lagi dibutik aku.

"Kau okay tak ni?" Dia memandang aku dengan penuh kerisauan. Aku tersenyum lemah sambil mengeluh halus.

"Aku okey."

Tipu Belle. Kau tak okey. Terlalu tak okey.

"Tapi muka kau nampak pucat." Seulmin mula memegang kedua-dua pipi aku. Aku tergelak halus lalu menepis lembut tangannya.

"I'm fine. Sudahlah, aku pergi belakang kejap. Nak tengok stok kain." aku cuba menukar topik.

Aku bukan apa, aku cuma taknak dia risaukan aku. Yelah. Seulmin ni pun, sedang mengandung jadi aku taknak dia stress fikirkan pasal aku.

Lagipun, lately ni memang badan aku tak berapa nak sihat. Kekadang tu, ada juga aku muntah 2 3 kali dalam sehari. Pelbagai negative throughs serta bisikan halus dari suara Jungkook aku tepis sekeras-kerasnya.

Mustahil.

"Belle," langkah aku terhenti. Aku menoleh ke arah Seulmin dan tersenyum pendek.

"Kenapa--"

"Kau.. mengandung ke?"

Aku memandangnya dengan terkejut.

"Ap-apa kau cakap ni?"

"Tak..." dia mengeluh perlahan sambil meraup wajahnya.

"Badan kau nampak berisi sikit. And perangai kau pun lately ni... ah nevermindlah. Aku je fikir bebukan." ujarnya diserta dengan tawa halus dihujung. Dia kembali menyambung lukisan design barunya.

Aku terkedu seketika. Suasana menjadi jeda.

-----

Aku termenung seorang diri didalam tandas yang terdapat dibutik aku ini. Aku melihat bungkusan plastik yang masih belum terbuka itu.

Pregnancy test itu ditenung dengan lama.

Aku ketawa perlahan namun air mata mula mengalir. Hati aku tiba-tiba diserang rasa sayu.

Kalau diikutkan logik, hampir 2 bulan aku tak datang period dan itu mungkin..

"no. belum cuba, belum tahu keputusannya."

Aku cuba mempositifkan diri aku sendiri. Selepas selesai menggunakan pregnancy test tersebut, aku memejamkan mata dan tidak sanggup melihat keputusannya.

Lebih kurang beberapa detik, aku mencelikkan dengan perlahan-lahan mata aku untuk melihat keputusannya.

"Damn,"

dua garis merah yang sememangnya menandakan aku ini positive.

Haha.

Tahi.

-----

Aku melangkah dengan penuh longlai menghampiri farmasi. Sebaik sahaja aku melangkah, fikiran aku hanya fikir satu benda sahaja.

Pil perancang.

Aku tahu aku tidak waras sekarang ini. Tapi, ini semua kebaikan untuk aku.

Semua ini salah.

Aku mengeluh berat sambil menggenggam sebotol pil perancang tersebut.

Pandangan aku jatuh ke arah perut aku yang masih kempis itu. Aku mengusap perlahan.

Maafkan aku. Tapi, kau tak patut hidup dekat dunia ini. Semua ini salah. Maaf.

Ini keputusan aku.

Gugurkan kandungan ini adalah cara yang paling terbaik.

Baru sahaja aku ingin melangkah ke arah kuanter untuk membuat bayaran, namun laluan aku dihalang oleh seseorang.

Aku menoleh kearahnya.

Apabila mata kami bertembung, suasana seakan terjeda seketika. Jantung aku juga bagaikan mahu berhenti berdetik.

Wajah beku figura itu merenung tajam ke arah aku. Tangannya mula merampas botol pil perancang tersebut dan dia mula membaca isi kandungan itu sebelum dia merenung lebih tajam ke arah aku.

"What are you trying to do, Belle?"

"Min..jung?"

------

Suasana dia cafe Starbuck ini mula menjadi hening apabila aku dan Minjung sama-sama memilih untuk mendiamkan diri.

Green tea frappuccino itu, hanya sekadar mengisi ruang diatas meja ini. Langsung tidak diusik mahupun diminum. Aku hanya menundukkan wajah, manakala Minjung mula termenung jauh ke arah cawan Caramel Macchiatonya.

Apabila aku mula rasa tidak selesa dengan suasana sebegini, aku mula berdehem perlahan.

Minjung tersedar dari lamunannya dan dia memandang aku dengan wajah tiada perasaannya. Namun, itu hanya seketika. Dia kemudiannya mula mengukirkan senyuman semanis yang mungkin. Dan aku tahu, itu cuma senyuman palsu semata-mata.

Aku membalas senyuman itu dengan senyuman janggal.

"Are you....." dia mula mengimbas diri aku.

....pregnant, Belle?" soalnya dengan senyuman sumbingnya.

Aku tersenyum kelat. Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Cukuplah pertembungan kami sebentar tadi telah memberinya jawapan.

"Anak Jungkook?" kali ini, suaranya kedengaran agak serius dan mula sinis. Aku tersenyum kelat ke arahnya.

Senyuman Minjung mula berubah menjadi senyuman sinism

"Jang Minjung-ssi. Awak tak perlu risau, saya akan gugurkan kandungan ini--"

"Don't." pintas Minjung dengan tegas. Aku terdiam seketika, memandangnya dengan penuh terkejut.

"Pardon?"

Minjung menghela nafas berat sebelum matanya melirih tajam ke arah aku.

"I tahu. Jungkook pun tidak akan bersetuju dengan cadangan you untuk gugurkan baby dalam perut you itu." suaranya mula kedengaran kendur dan perlahan.

"No. Saya tetap akan gugurkan kandungan ini. Lagipun, it is really nonsense. Ini semua salah. Baby ini tak sepatutnya wujud. You know, ia agak mustahil untuk saya dan jungkook jadi ibu dan ayah kepada baby ini."

Minjung terdiam lama.

"Lagipun, saya tahu Minjung. Baby ini akan menjarakkan lagi hubungan awak dan Jungkook. Saya taknak dia terlalu fokuskan pada baby ini dan mula mengabaikan awak. Please, Minjung. Faham saya." ujar aku, sedikit merayu ke arahnya.

Minjung memandang ke arah anak mata aku sedalam yang mungkin. Dia kemudian menggelengkan perlahan kepala sambil ketawa perlahan. Tawanya kedengaran agak sayu.

"Even baby itu tak wujud pun, dia tetap abaikan I, Belle. Tak ada apa pun yang berubah. Cinta dia pada you, cinta mati. Cinta mati untuk adiknya sendiri."

------

TBC

ia agak huahsjjajsjs-- aku tahu itu jxkakzjs. tahi betul aku tatau apa aku type ni xisiksjsjs

for those yang akan ambil result pt3 termasuk saya-- ok jkjk HAHHAHA.

ok yang ambil result, saya ucapkan Allah yuftihu alaikum, jangan berputus asa! And also jangan lupa share result! hehhe

nah itew payung gif abe tae untuk anda :3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro