19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

haritu ada error sikit nama sebenar Isabelle HAHAHHA nama dia Jeon Junghwa bukan jang minjung xksmxk jang minjung tu bini jungkook dkskjz

ok sambung baca hehhehe.

-----

Taehyung membuang plastik sampah itu kedalam tong sampah. Baru sahaja dia ingin beredar dari situ, Jaehyun mula menghalang laluannya dengan berdiri dilaluannya sambil menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket seluar.

Taehyung mengerutkan dahi.

"Doctor Taehyung, we need to talk. About Jungkook."

Taehyung memandang ke arah Jaehyun tanpa riak sebelum lelaki itu mengeluh kecil.

"About what?" soal Taehyung, malas.

"Kau kena hati-hati, Tae." Jaehyun mula memegang bahu Taehyung dan memandang ke arah lelaki itu dengan penuh risau.

"Lelaki itu, dalam rancangan untuk buat kau dan Isabelle berpisah. Kau sendiri tahukan Jungkook tu macam mana. Kalau dia nak, dia akan buat sampai semuanya jadi miliknya. Kalau dia tak dapat, dia akan pastikan orang lain pun tak akan dapat."

Baru sahaja Taehyung ingin bersuara, poket seluarnya mula bergetar tanda telefonnya mula berdering.

Dia mengeluarkan telefonnya dan nama yang terpampar pada skrin telefonnya membuatkan dia mengerutkan dahi.

My pretty, Isabelle.

-----

"Belle!" Taehyung menguak pintu wad yang menempatkan isterinya itu dengan tergesa-gesa.

Pandangannya disapa dengan keadaan Isabelle yang sedang termenung sambil memeluk lutut.

"Belle.." nada suaranya mula merundum, lelaki itu mula melangkah menghampiri isterinya.

Hampir tercabut jantungnya apabila Isabelle menelefonnya dan mengatakan dia sekarang berada dihospital.

Taehyung mula mengusap lembut tepi bahu wanita itu dan tersenyum lemah.

"Hey.. what's wrong?"

Isabelle menoleh ke arah Taehyung. Matanya yang membengkak dan kemerahan serta berair itu memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu.

Lelaki itu kelihatan terkejut dengan keadaannya itu namun dia masih lagi bersahaja dan tidak terburu-buru menghantar seribu satu soalan yang bermain dibenak fikirannya.

"What's wrong with your..." jemari runcing lelaki itu mula menyentuh permukaan bibir Isabelle.

Kemungkinan,  bibirnya terluka dan membengkak akibat ciuman paksa dari lelaki bergelar abangnya itu.

Tch.

Isabelle berdecit kegeraman. Badannya mula menggigil menahan seribu satu perasaan yang menyerang  dirinya tika itu.

"Belle.. apa yang terjadi sampai kau masuk sini? Bukan ke aku sudah pesan kalau apa-apa terjadi dekat kau, kau perlu call--"

"Jungkook. Dia jumpa aku tadi." lima  perkataan itu mampu membuatkan Taehyung terdiam.

Lelaki itu memandangnya lama sebelum wajahnya diraup kasar.

"Dia buat apa dekat kau sampai bibir kau terluka?" soal Taehyung. Nadanya kedengaran keras namun dia masih mahu menyembunyikan kemarahannya.

"D-dia.."

Isabelle tidak dapat meneruskan kata-katanya. Hatinya mula sebak. Dia tidak sanggup memberitahu bahawa dirinya dicium paksa oleh abangnya sendiri. Dia tidak mahu Taehyung diserang rasa cemburu dan kecewa.

"Belle... you can tell me. Don't be afraid. I'm here for you. I'm your husband, right?" senyuman lembut yang terukir dibibirnya membuatkan hati Isabelle sedikit tenang.

Walaupun hatinya tenang, namun dia masih ragu-ragu untuk memberitahunya.

"Tae..aku nak balik."

"Kita  boleh balik selepas kau bagitahu aku apa sebenarnya terjadi."

Mata mereka bertembung. Taehyung kelihatan begitu tekad.

"Taehyung."

"Belle."

Isabelle mengeluh berat.

"Dia c-cium aku." kata Isabelle perlahan. Isabelle menunduk, tidak sanggup memandang ke arah anak mata lelaki itu.

"Dia-- what?" Suara Taehyung kedengaran terkejut dengan kenyataan yang Isabelle  berikan .

Isabelle mengetap bibir. Taehyung mendengus kasar sebelum badan Isabelle dipusingkan untuk menghadapnya.

Lelaki itu memerhati anak mata Isabelle sedalam yang mungkin. Matanya kelihatan membara api kemarahan.

"Bibir kau.." suaranya makin bold. Dia menyentuh lembut permukaan bibir Isabelle sambil matanya memerhati bibir wanita itu dengan pandangan sukar ditafsir.

Taehyung merapati wajah Isabelle hingga membuatkan wanita itu hampir sahaja sesak nafas akibat perbuatan mengejut Taehyung itu.

"..kepunyaan aku."

Lelaki itu mula menyatukan bibir mereka dengan lembut. Ciuman lembut dan tidak memaksa dari Kim Taehyung membuatkan Isabelle terbuai dalam kemanisan ciptaan lelaki itu.

Suasana yang dicipta oleh Taehyung terlalu berbeza dan dia sukakannya.

Perlahan-lahan Isabelle membalas ciuman tersebut. Taehyung tersenyum apabila Isabelle mula membalas ciumannya itu.

Lama mereka berkeadaan sebegitu sebelum Taehyung melepaskan ciuman mereka. Dahi kedua-dua insan berlainan jantina itu mula bersentuh.

Mereka masih memejamkan mata. Menghayati suasana tersebut.

"Aku tak suka bila dia sentuh kepunyaan aku." bisiknya dengan suaranya masih bold.

"Kau kepunyaan aku, Belle. Hanya tuhan sahaja mampu pisahkan kita. Ingat itu, my pretty Belle."

-------

Minjung menyiapkan santapan malam dengan pelbagai jenis makanan kesukaan suaminya, Jeon Jungkook.

Apabila stew kimchi tersebut diletakkan, Minjung tersenyum puas. Dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar Jungkook menyukai masakannya. Lagipun, Jungkook sendiri menyuruhnya untuk masak semua makanan ini.

Minjung menanggalkan apron serta sarung tangan sambil matanya mengerling ke arah jam dinding.

Sekarang sudah pukul 10 malam.

Jadi, bila-bila masa sahaja lelaki itu bakal pulang.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam bilik tidurnya, telinganya menangkap bunyi kata kunci rumahnya dimasukkan oleh seseorang dan pintu dikuak oleh seseorang.

Itu tandanya, Jungkook sudah pulang ke rumah.

Dengan segera, Minjung berlari anak mendapatkan Jungkook.

"Jung..kook.." Hidungnya mula menangkap suatu bau yang agak kuat. Hidungnya ditutup dan dia mula memandang ke arah Jungkook dengan kerutan didahi.

Alangkah terkejutnya apabila melihat Jungkook bukan keseorangan.

Nafas Minjung mula tidak teratur apabila melihat gerangan itu memeluk manja tubuh tegap milik Jungkook yang sedang dalam mabuk itu

Dia tidak kisah kalau gerangan tersebut berjantina lelaki. Namun, jantinanya sebaliknya.

"Who are you?" soal gadis yang berpakaian seksi dan menawan itu dengan pandangan menjijikkan.

Dia memandang ke arah Minjung atas bawah.

Minjung mengendahkan soalan gadis tersebut. Pandangannya mula beralih ke arah Jungkook yang sudah tersengih sendiri dengan wajah yang memerah.

"Jungkook.." Baru sahaja dia ingin merapati Jungkook, lelaki yang separa sedar itu mula menolak Minjung hingga terjatuh.

"J-jangan ganggu aku, slut."

"Who is she, baby?" suara mengeletis dari gadis itu membangkitkan kemarahan dalam diri Minjung.

Namun dia tidak terdaya untuk meluahkan rasa marahnya.

"Dia cuma anjing yang sesat didalam rumah I. You tak perlu risau, dia tak akan ganggu kita. Let get it, baby."

Kedua-dua bangsat-- maafkan saya.

Mereka berdua mula berjalan melepasi Minjung. Wanita itu hanya diam dan tak terkutik.

Dia terkejut.

Dia kecewa.

Dia tidak faham apa sebenarnya lelaki itu mahukan.

"Sampai hati awak,...

awak curang dengan saya, kook?"

------

TBC

aku sendiri tak faham apa yang jungkook nak sebenarnya dalam hidup dia hm.

maaflah ff aku makin keling hm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro