27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Isabelle menangis sepuas hatinya. Tangannya masih mencampak segala barang yang ada berhampiran dengannya.

Taehyung sedaya upaya menenangkan isterinya. Dia juga menangis melihat isterinya yang sudah hilang akal berfikiran secara rasional.

Dia sedih melihat Isabelle sebegitu. Seakan separuh jiwanya dipukul dan dihentam dengan sesuatu yang menyakitkan. Isabelle merupakan separuh jiwanya, jadi dia dapat rasa kesakitan yang dirasai oleh wanita kesayangannya.

Ini baru sahaja dia mengetahui akan hal keguguran. Belum lagi fasal dia tidak dapat mengandung lagi selepas ini.

Taehyung buntu.

Bagaimana dia mahu menjelaskan perkara itu kepada Isabelle. Dia yakin, Isabelle benar-benar akan rasa kehilangan dan kekuatan dalam jiwanya.

Dia tidak mahu melihat Isabelle kecewa dan bersedih.

Dr. Jung, atau dikenali sebagai Jung Jaehyun menyuntikkan ubat penenang kepada Isabelle. Jikalau sebentar tadi Isabelle merancau, kini Isabelle mula kelihatan kuyu dan lemah.

Lama kelamaan, wanita itu pengsan dan tidak sedarkan diri. Satu nafas kelegaan dihembuskan oleh Kim Taehyung.

Jaehyun memandang simpati ke arah sahabatnya itu. Dia merapati Taehyung dan terus menepuk belakangnya perlahan.

"Aku harap kau bertabah, bro. Apa yang terjadi ni, mungkin ada hikmahnya. Tuhan tahu yang terbaik buat kau."

-----

Alice memerhatikan Jungkook dengan kegeraman. Lelaki itu benar-benar fokus dengan kerjanya hingga melupakan dirinya yang ada didepan mata.

"Baby!" Alice menghentak kaki, geram.

Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah Alice. Sebelah keningnya diangkat tinggi.

Apa pula minah ni nak? Duduk diam-diam tak boleh ke?

"You ni! I dekat depan you kot. Sampai hati you pulaukan I." Gadis itu mula merungut sambil memeluk tubuh.

Bibirnya dimuncungkan.

"I busy lah. You tak nampak ke I tengah siapkan kerja yang bertimbun ni." Jungkook menunjukkan timbunan kertas kerja diatas mejanya.

"Beragaklah kalau nak kerja pun. Sekarang sudah waktu lunch kot. You kalau tak lapar, tak apa. Tapi kesianlah dekat I ni."

"Siapa suruh you tunggu I? You boleh je kan pergi lunch sendiri. Selamani tak menjadi isu pun kalau you pergi lunch sendiri."

"YOU!"

Jungkook mengeluh berat.

"I stress ni, Alice. You boleh tak faham I?"

Dia benar-benar rasa tertekan ketika ini. Banyak masalah yang mula bermain dimindanya.

"You stress sebab adik you tu gugur anak you atau you stress sebab isteri murahan you." sinis, Alice berkata.

Jungkook berasa panas hati. Matanya mencerlung tajam ke arah Alice.

"Jaga mulut you, Alice."

"Apa? I cakap benda betul."

Jungkook menguak rambutnya.

"Yes, memang I stress sebab Isabelle. But, berhati-hati dengan kata-kata you, Alice. Minjung bukan semurah yang you rasa. Dirinya terlalu berharga."

Alice ketawa sinis.

"Terlalu berharga pun kalau you tak pandai jaga, buat apa kan?"

Jungkook mengulingkan matanya. Malas mahu melayan kerenah Alice yang tak habis-habis itu.

"By the way, I nak tanya something."

"hmm"

"You masih nak teruskan rancangan untuk pisahkan Taehyung dan Isabelle?"

Jungkook memandang ke arah Alice semula. Dia termenung lama sebelum satu senyuman sinis dilemparkan.

"Selagi mereka masih bersama, selagi itu I tak akan lupakan rancangan itu."

"You memang.. kejam."

" I know."

-----

Minjung memerhatikan bagasinya. Dia kemudiannya mengeluh berat.

Benarkah tindakannya ini?

Adakah dia akan dilabel sebagai seorang yang lemah dan berputus asa?

Ah! Dia tidak kisah. Ini sahaja yang terbaik buatnya.

Hatinya sudah cukup sakit malah sudah hancur berkecai. Bersabar? Seakan perkataan itu sudah hilang dalam dirinya. Dia sudah tidak tahu cara untuk bersabar dengan lelaki bernama Jeon Jungkook.

Lelaki itu benar-benar telah mengecewakan dirinya.

Ting!

Minjung mengerling ke arah screen telefon pintarnya.

J. Jaehyun : Aku sudah ada dekat bawah.

J. Jaehyun : keluarlah.

----

Jaehyun memerhatikan Minjung yang sedang melangkah menghampiri keretanya beserta dua bagasi baju. Satu keluhan dilepaskan.

Dia sedar, wanita itu sudah membuat keputusan muktamad dan tidak akan berpatah balik.

Selepas membantu Minjung meletakkan bagasi tersebut di dalam bot kereta, mereka masuk ke dalam isi perut kereta.

Jaehyun memerhatikan Minjung yang sedang memakai tali pinggang keselamatan.

"Kau sudah fikir masak-masak?"

Minjung memandang seketika ke arah Jaehyun sebelum menjatuhkan pandangannya.

"Ini sahaja yang terbaik."

"Aku harap keputusan yang kau lakukan ini tidak akan membuatkan kau menyesal."

Minjung tersenyum lemah.

"Aku tak akan menyesal."

-----

TBC

dah nak habis dahhh sikit lagiii.

sabar yeeeee

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro