Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku tak pergi kelas hari itu dan aku pergi ke klinik dengan dibawa oleh Syed dan berjaya dapatkan MC intuk dua hari. The best part is Syed siap belanjakan KFC lagi dengan alasan belanja budak demam. Sayang kawan-kawan saya.

Tapi yang tak bestnya, hari aku MClah hari dua-dua kelas nak cancel babih!

Jadi aku ajak Romeo dan Razif untuk melepak di bilik aku. Aku tak berniat memberitahu mereka tentang apa yang jadi walaupun sebenarnya mereka lebih daripada berhak untuk tahu apa yang berlaku.

"Sebenonye engko pergi mana malam tadi, mat? Tau dok orang dok riso pasey engko sampey si Razif ni tak boleh tido?"

Aku memandang Razif dan Razif tersenyum sedikit. Kenapalah aku tak seberani Haydar yang sanggup confess kat dia dulu? Kalau tak sekarang mesti dia dengan aku dan aku tak perlu hadap dengan all this shit ever again it is getting more sickening each day.

"Aku tak nak korang risau. Tu je."

"Pala butoh engko tak nak kitorang risau?! Abih tu yang kitorang dok missed call kau sampey 20 kali tu tak abih riso lagi ke apa? Bodo pikiyo pakey lutut. Pasey nilah Jepun jajah kita dulu tau dok?"

"Hoi, Romeo. Cakap tu pakai otak sikit. Jangan main lepas je. Jagalah hati orang sikit. Bodoh macam senduk."

"Takde apanya punlah. Kau orang janganlah risau sangat. Sik ada apapunlah jadi malam tadi."

"Then explain all the red marks on your neck. It's not lovebite so pleaselah jangan bagi alasan bodoh macam kau have sex malam tadi."

"Oh yang ni ka?" Aku pegang kesan itu. Peritnya masih ada. "It just... aku kena mugged malam tadi. Syahid yang tolong. He's no harmlah guys. He saved me." Aku berbohong.

Aku tahu yang Razif tahu aku berbohong. He always know itu masalahnya dan hanya itu yang aku perlukan.

"Hmm, I see..." Romeo berkata. Kemudian dia menerima satu panggilan dan Razif memandang aku atas bawah, meragui apa yang aku katakan. I'm sorry, Razif. "Guys, Cik Kemboja ajak aku lunch. So, Jonathan Bruce Gigi, take care okay. Aku cau dulu."

Selepas Romeo keluar, Razif naik ke atas katil aku dan memandang aku tepat ke dalam mata. I swear to God with him only wearing a black tank top, aku wonder how this guy's a bottom. He's hot!

"Cerita kat aku sekarang the truth. I know you were lying."

Aku tiada pilihan. "Jangan bagitau sesiapa eh? Especially Haydar." Dan aku pun bercerita kepadanya semua. Les Mecs, Mandy dan juga apa yang berlaku kepada aku dan Syahid. Memang habis air mata aku bercerita kepadanya.

"Jomlah report polis. It's a rape, Manuk!"

"Tak nak. Siapa nak percaya, Razif? Let's be completely clear and rational here. Siapa je yang akan percaya? Tak payah buang masa kita jelah."

"Dah tu kita nak let go dia blah macam tu je?"

"Ada baiknya jugak. Kau mauk ka parents aku kat Sarawak sinin tu naik susah. Aku sikmoklah bikin nyaduak tu susah hati."

"Tapi Manuk, ini pasal kau tau. Bukan pasal orang lain."

"Pasal ini pasal akulah aku memang kena fikir pasal orang lain yang ada kena-mengena dengan aku. Aku tak kaya, Razif. Benda macam ni boleh susahkan aku dengan family aku. Aku tak boleh, Razif. Aku tak boleh..." Aku terus memeluk Razif semahu-mahunya. Habis basah bahunya dengan air mata aku. "Kenapa aku macam ni?"

"Maksud kau?"

"Aku just nak disayangi. Nak rasa disayangi dengan orang yang sayangkan aku seikhlasnya but all I get is just..." Aku tak dapat menghabiskan ayatku. Razif terus membalas pelukan aku itu. "Is that too much to ask, Razif?"

"Tak, Manuk. Tak pun." Razif menggosok-gosok belakang aku. "Kitorang semua sayang kau. Aku sayang kau. Tapi aku faham maksud 'sayang' yang kau nak tu. Manuk, percayalah. When the time comes, bukan kau yang kejar cinta, cinta tu sendiri yang akan kejar kau."

Dia menyeka air mata aku di pipi.

"Cuma aku nak sentiasa tahu satu benda. Jangan sesekali bagi orang pijak kau, Manuk. Jangan selalu fikir aku tak worth it. You are the best version of yourself. Hold onto that, okay?"

Petang itu, aku memutuskan untuk tidak pergi ke latihan. Sebenarnya aku sedang memikirkan samada adakah lebih bagus sekiranya aku quit saja pertandingan bodoh itu. Kalau aku masih stay, aku masih perlu menghadap muka Syahid dan aku tahu aku tak mampu. Dia sudah buatkan aku sukakan dia kemudian sekelip mata dia membuatkan aku membencinya semula.

Aku pergi ke bukit di belakang INSEMAS untuk menghilangkan stress. Di bukit inilah pelakon terkenal Maya Marissa Marzukee dengan bekas suaminya Nicky Armand menjalankan majlis perkahwinan mereka (Pembaca Racun Sekuntum Lily, mereka ni parents siapa kalau ingat?). Di sini jugalah port rekreasi selain daripada the infamous Tasik INSEMAS. Dan jangan risau, Razif tahu aku datang sini kali ni.

Aku teringat semasa aku sekolah rendah, adik-adik aku masih tadika dan yang baby pun ada. Aku memang kurang mendapat belaian. Di awal usia, aku sudah diajar untuk berfikir matang dan berfikir di luar kotak. Aku dipaksa oleh keadaan untuk dewasa sebelum waktunya.

"Jonathan, you are a grown man now. You should take a good care on your siblings." Mana sering mengungkapkannya. Jarang sekali aku mendapat sentuhan manja darinya. Aku tak salahkan dia, dia ada empat anak selain aku untuk diberikan perhatian.

Sebenarnya aku tak tahu apa aku mahukan. Mula-mula aku sukakan Razif dulu, aku tahu aku tertarik pada betapa caringnya dia kepada kawan-kawannya. Tapi aku yang tersalah pandang sifatnya itu sebagai rasa yang lebih dalam. Rasa yang tak mungkin dia ada, sekurangnya tidak ada untuk aku. Who are we kidding tho? Aku cuma a boy from Sarawak yang tak ada apa untuk dipulangkan sebagai ganti.

Aku tak pernah dilayan sepertimana aku dilayan oleh Razif, Danny dan kes sekarang, Syahid. Mungkin sebab itu aku terlebih percaya? Atau sebenarnya aku memang down straight bodoh? Macam the latter.

Aku pergi ke tebing yang agak tinggi itu dan aku pandang ke bawah. Cukup tinggi. Ada kalanya aku memikirkan mungkin dengan melakukan perkara seperti terjun dari sini, semuanya akan berakhir.

Air mata aku mengalir laju di pipi. Aku terduduk di situ dan menongkat lutut. Kenapa hidup ni macam pantat sangat?

Kemudian seseorang menyuakan aku tisu dan sebungkus kecil gula-gula. Aku menoleh dan berdiri satu sosok tubuh di sebelah aku memakai kemeja putih dan seluar jeans. Dia kemudiannya duduk di sebelah aku.

"Jonathan..." Dia menyapa aku lembut saja.

"Macam mana kau boleh tahu aku kat sini?" Haaa macam drama pukul tujuh sangat kan?

"Razif told Haydar and Haydar told me." Kemudian dia meraih tangan aku lembut. "Kenapa tak cakap dengan aku?"

"Cakap apa?"

"Apa yang Syahid buat kat kau."

"Razif cerita jugak ke?"

"Of course dia cerita. Aku yang paksa dia cerita. It's too damn dumb of him to keep it secret. Jangan pembaris sangat boleh tak?"

Aku menangis lagi. Aku terus memeluk dia dan tak seperti Razif, pelukannya hangat dan aku betul-betul rasa selamat.

"Sekarang ni kau cakap dengan aku. Kau nak aku sepak ke tak muka Syahid tu?"

"Danny, please. Aku tak nak susahkan sesiapa lagi, please. Tolonglah...!"

"Kepala hotak kau tak nak susahkan sesiapa."

"Danny, listen! It was my decision to follow him to the nightclub, okay. It was my fault to completely believe him and I learned my lesson now so please can we just let this sink in."

"Jonathan, no! I love you, Jonathan."

"Then please don't. Because I know if you ever did it, it's not because of me. Bukan sebab aku pun kan kau nak report pasal Syahid ni."

Danny terdiam. Dia berdiri dan warawiri di belakang aku. Wajahnya memang berubah serba-salah ketika aku menuturkannya itu.

"Jonathan, please. At least let me fix this."

"For what? Untuk aku ke untuk kau?"

"It could be both. I could show you that I still care for you, Jonathan. Something that I swore on my own blood that I will always do."

"Daniel, in the moment like this, janji kau tu is the last thing I want to listen."

"Jonathan, please..."

Aku berdiri dan berjalan ke arahnya. Tangannya aku pegang dan dia mencium tanganku itu.

"Kau kenal Syahid kan? Something happened to you guys but aku tak tahu apa tapi aku tahu. Betul tak?"

Semasa aku menunggu botol bir aku yang ketiga, aku bertanya lagi kepada Mandy tentang Syahid.

"Siapa kawan Syahid tu tadi, Mandy? Kau tak habis cakap lagi."

"Oh, model tu. Danny Aduka. Handsome sangat, sis! Tapi tulah, dorang macam dah bermusuh sekarang."

Sekali lagi riak wajah Danny berubah. Dia menghela nafas berat sebelum terduduk semula.

"Fine!"
-----------------

Haa saspens kan saspens kan???? Okay, next scene gonna be throwback scene from Danny so of courselah korang dah ada expectations korang sendiri kan? We shall see it, okay.

Also, dah 11 chapters ni, droplah sikit comments hehe...

Macam biasa, up sikit 55 chapters for next update!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro