Bab 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku buka mataku dan melihat Danny ada di sebelah aku. Dia masih lena diulit mimpi aku rasa. Aku kerling jam di sebelah yang sudah menunjukkan jam lima setengah pagi. Masih terlalu awal untuk apa-apa.

Aku sentuh mukanya itu. Malam tadi, kami tak buat apapun. Cuma berbincang tentang hubungan kami. Jadinya tak ada tanda merah perit di leher aku. Lega sedikit.

Aku dengar dia mengeliat perlahan sebelum matanya turut dibuka sedikit. Dia tersenyum.

"Morning, cutie..." Dia menuturkannya perlahan sahaja. Suaranya yang mamai ketika itu, merdu saja pada pendengaran aku. Tangannya kemudian gently memegang muka aku. "Rindu nak tengok your face first thing in my morning."

"Well, now you can have it all you want."

"By the way, Jonathan, petang nanti aku takde tau. Balik Sabah. Sabtu baru balik. Jaga diri eh?"

Aku mengangguk. "Haydar pun?"

"Ha'ah. Razif tak cerita eh?"

Aku menggeleng. "Belum lagi kut."

Dia mencium dahi aku perlahan. Perlahan pun siap bunyi kut. Dah namanya The Razifs, aku wonder what kind of treatment Razif dapat daripada Haydar. Untungnya dia...

Pagi itu, aku pergi ke kelas seperti biasa. Dan untungnya, tak ada love bite yang perlu disorok. Pergi kelas dengan status boyfriend orang sedikit sebanyak menaikkan confidence aku. Bukan main ya boyfriend orang.

Tapi mood aku yang berbunga-bunga cinta layu di pusara itu punah apabila Razif datang membawa khabar buruk. Lebih buruk daripada hati ex korang.

"Syahid nak jumpa kau petang ni." Razif ni. Dahlah cakap time aku tengah minum kopi nak elakkan mengantuk. Boleh pulak dia datang roger berita tak best macam tu.

"Dia nak buat apa jumpa aku? Tak tahu ke kena bayar kalau nak jumpa aku?"

"Haih, goofy semacam je ni. Mood ada baik ka sahabatku?"

"Baik sikit honestly. Aku get back dengan Danny."

"Uuuu no wonder aku nampak Maserati Ghibli tu ada je kat bawah blok kau pagi tadi."

"Eleh, abang ipar kau jugak dia tu." Aku menolak manja bahunya. "Mana Romeo?"

"Dia ada training whole day hari ni. Busy doh dia sekarang." Kemudian dia meneguk teh O aisnya. Macam mana dia boleh maintain suara dia kalau pagi buta lagi dah teguk air sejuk?

Sedang kami berbual sambil menuju ke kelas itu, kami bertembung dengan Abang Dash. Melihat saja aku, dia terus memeluk tubuh dan memanggil aku dan Razif.

"Hai, Jonathan and Razif. Kelas ke?"

Razif anggukkan untuk kami berdua. Abang Dash kemudian fokus kepada aku.

"Jonathan, kau okey ke tak?"

"Eh, okey je Abang Dash. Kenapa?"

"Syahid cakap kat aku yang kau dah tiga hari tak datang rehearsal. Kau berminat lagi ke tak nak masuk ni masalahnya? Sayanglah banyak hari tak datang latihan. Rugi tau. Syahid tu susah-susah datang jauh untuk ajar korang semua. Sayanglah tak ambik peluang ni."

Aku boleh ambil peluang itu kalau dia tak ambil kesempatan atas aku terlebih dahulu. Now semuanya dah hancur. Kepercayaan aku semua hancur.

"Are you in or out?"

"Saya datang petang ni, Bang. Maafkan saya ya, Bang."

Dia menepuk bahu aku mesra. "Aku faham yang kau nak balancekan masa kau dengan kerja semua tapi kau jangan seksa diri, Jonathan. Rugi bakat kau ada tu."

"Faham, Bang."

Selepas Abang Dash pergi meninggalkan kami berdua, Haydar memandang aku dengan mata yang sengaja dicemirkan. Aku tahu sangat apa yang dia nak cakap tu.

"Kata nak quit?"

"Aku kena settle dengan Syahid dulu. Aku tak nak dia anggap benda ni jadi sebab aku dengan dia."

"Tapi memang pasal dia pun kan?"

"Memanglah tapi..."

"Kau dah bincang dengan Danny ke belum? Did he know what has happened to you?"

Aku menggeleng perlahan. Danny terus istighfar panjang dan meraup mukanya perlahan.

"Serius Manuk, kau legit patut bagitau Danny pasal semua ni. Bahaya kut!"

"Kalau bagitau pun. Apa dia boleh buat? They know each other."

"Isn't that better?" Razif cuba meyakinkan aku lagi. "Come to think about it, kau sekarang dah ada orang punya. Dia takkan boleh kacau kau lebih-lebih pun kan."

Razif takkan faham dan dia takkan faham. Benda ini terlalu rumit untuk dibicarakan kalau kau sendiri tak tahu pucuk pangkalnya. Dan aku sendiri pun tak tahu versi siapa untuk dipercayakan.

"Fikir betul-betul, Manuk. Kau bukan setakat bahayakan diri kau tapi kau bahayakan sekali hubungan kau dengan Danny yang baru nak okey ni."

Razif tak salah cuma aku yang tak mahu mengambil berat sangat apa yang dia katakan itu. Aku lebih kenal siapa Danny that I'm dealing with right now.

Petang itu, aku pergi ke rehearsal Seniors Idol seperti biasa. Nampak saja aku, di wajah Syahid menguntum satu senyuman sinis. Sangat sinis to the point it kills.

"Jumpa aku lepas rehearsal. Seorang." Itu saja yang dia bisikkan pada aku sebelum latihan dimulakan.

Ketika latihan, aku tak boleh fokus memikirkan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Steps aku pun banyak yang canggung. Sial betullah! Kenapa aku mesti macam ni? Mana perginya Jonathan yang passionate dulu?! Mana Jonathan yang tu?!

Habis saja latihan, aku berbohong kepada Razif yang aku ingin singgah ke kafe dulu. Dia pula tak kisah sebab dia nak hantarkan Haydar ke airport. Danny dari tadi memang aku dah wishkan farewell pada dia. Harapnya okey sajalah flight dia balik Sabah tu. Ada kenduri katanya malam Sabtu itu di kampung mereka katanya.

Aku berjumpa dengan Syahid di keretanya. Jenuh aku berdoa kepada Jesus agar selamatkan aku ketika pertemuan itu nanti. I am not that pious but I always return to my faith in time like this.

"I prayed to the Lord, and He answered me. He freed me from all my fears." - Psalm 34:4

Ayat Bible itu memang seringkali aku jadikan pedoman dalam kehidupan aku. Like I said, aku tak alim tapi aku tahulah sikit pasal agama.

Masuk saja ke dalam keretanya itu, sekali lagi hati aku berdoa. Dia seperti biasa dengan senyuman.

"Hi, loverboy! How are you doing?"

"Hi, Syahid."

Dia membuka kolar bajunya mendedahkan collarbonenya yang sememangnya sangat tempting. Menyedari yang aku sedang memandang khusyuk figuranya itu, dia tersenyum nipis.

"Aku tahu kau suka tengok. Come take a closer look."

Aku tak memberi sebarang respons untuk itu sebaliknya terus straight to the point. "Aku nak quit Seniors Idol."

"Dah agak."

"Please. And please jangan libatkan Danny dalam hal ni. I know you two had a thing together but this decision I made by myself. Please by all means please jangan bagitau dia."

First of all, Jonathan, kau kena tahu satu benda." Dia mengeluarkan handphonenya dan mula bermain dengannya. "Whatever happens between us tak ada kena-mengena dengan pertandingan ni okey. And I know you like it. You enjoyed that night, right?"

"I was intoxicated, Syed. I was drunk."

"You seemed sober to me, though. But then again, kau bukannya ada any proof pun kan? Aku je yang ada..." What the fuck? "Oopsie...!"

"Apa maksud kau?"

Dia diam dan mendepangkan tangannya. Gaya dia seolah-olah menyeru aku untuk bersandar di situ. Aku cuba bersandar dan dia terus menekup mulut aku sekuat-kuatnya.

"Don't fight, don't fight..." Dia membuka skrin handphonenya. "Kenal tak gambar ni?"

Aku lihat itu adalah gambar-gambar aku yang sedang tidur dalam keadaan bertelanjang bulat. Luruh jantung aku melihat gambar itu satu persatu ditunjukkan oleh dia. Tak tahu pula aku yang dia sempat merakam detik-detik hitam dalam hidup aku itu.

"I hate to make this sounds as a threat tapi you better don't piss me off, Jonathan. Aku takkan bagitau what I'm gonna do because you surely know what I will do."

"Syahid, please..." Aku sudah mula teresak-esak.

"In case kau tak tahu, aku save nombor Danny but if I don't pun, bukannya susah pun nak dapat nombor dia. Surely kau tak nak dia dapat all this pics kan?"

"Syahid, please aku merayu sangat pada kau, Syahid please..." Aku sudah memeluk tubuhnya ketika itu. Mukanya juga aku pandang. "Danny is not gonna like it, Syahid. Please..."

"Kau fikir aku takut ke dengan Danny tu? He owes me his whole career kut if really he still wants to associate himself to me."

"Syahid, please..."

Dia menolak aku jauh dan mula mencium pipi dan leherku. Aku takut untuk melawan memikirkan yang dalam ketika ini, macam-macam benda buruk boleh berlaku.

"Wanginya kau. Patutlah Danny suka."

"Syahid, please..."

"Betul kau nak aku lepaskan kau?"

Aku mengangguk dan memandangnya dengan mata yang berair. Aku takut. Matanya yang berapi itu mampu mencairkan semua ais di kedua-dua kutub. Gila punya pandangan!

"Esok, Les Mecs, kau seorang, 11 malam. See you there..."
-----------

Sneak peek

"Syah okey je. Cuma kadang-kadang style dia memang tak betul sikit."

"Do what I say or the pics are out."

"I have pride, Syahid. Please understand that."

"Jonathan, Baby, are you okay?"

Anyway, mementang tak tulis nak berapa votes, terus slow ya votes masuk. Fine nak 53 chapters hahahah saja bagi nombor ganjil. We'll see berapa banyak dapat.

Also, siapa nak lempang Syahid kali ni angkat tangan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro