Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

It was a fun night tho. Aku tak sangka malam itu akan memperkenalkan aku dengan satu sisi lain Syahid Zachariah. Sisi yang sebenarnya aku percaya adalah satu sisi punca Danny boleh in love.

Kami main kejar-kejar di atas jambatan itu sebelum sambung sesi curhat di tepi jalan. The more aku tahu pasal dia, lebih banyak aku rasa kisah dia sangat menarik. Tentang dunia strippernya, keluarganya dan sedikit tentang Danny.

"Jaga dia elok-elok. Aku tahu dia sesuai dengan kau."

"Habis kau? Kau tak pernah terfikir nak bercinta lagi?"

Dia menghela nafas berat. Ketika itu, sudah masuk rokok yang ketiga dia layan.

"Dengan kerja macam aku ni, siapa yang nak? Also, market jatuh tau once ada partner. So aku prefer to stay this way."

Dia menghantar aku pulang ke INSEMAS dalam jam lima pagi macam tu. Masuk saja bilik, aku nampak Angelo memang dah lupa yang dia tu tidur atas katil single. Habis ditolaknya semua cadar bantal ke bawah.

Aku tidur dan bangun jam sebelas pagi kemudian sambung sikit lagi sampai pukul dua. Yang ini pun bangun sebab Danny call cakap yang dia dah sampai kat KKIA.

Razif call aku dan dia mengajak aku teman dia lunch. Weekend ni dia tak balik sebab Papa dia ada tender kat JB. Jadi adalah teman aku untuk weekend itu.

Aku memberikan jawapan ya untuk itu dan setengah jam kemudian, kami pun bertemu di kafe blok asrama kediaman. Dia memesanku untuk aku siap-siap Nasi Goreng Pattaya dan dia pula Nasi Goreng Tomyam. Kuat betul tekak Thailand dia tu.

"Kenapa malam tadi aku pergi bilik kau, kau tak ada? Angelo kata kau keluar."

"Kau datang pukul berapa?"

"Satu macam tu. Ingat nak push rank dengan kau tapi kau pulak tak ada. Kau pergi mana?"

"Oh, aku pergi rumah pakcik aku."

"Tak cakap pun. Pukul berapa kau pergi? Angelo kata kau gerak pukul sebelas macam tu. Pakcik kau ambik ke? Asal lambat sangat?"

Aku boleh tipu Danny tapi aku tak boleh tipu kawan aku. Razif punya sayang tu selfless. Tak patut aku violate kepercayaan dia.

"Fine, aku pergi jumpa dia."

"Siapa dia in discussion?"

"Syahid."

Dia mengeluh sangat berat. Kemudian dia pandang aku tepat ke dalam mata. Matanya bagaikan mengeluarkan bebola api.

"Boleh tak sebelum buat benda, fikir Danny dulu. Apa function kau couple dengan dia kalau kau asyik fikir pasal kau je?"

Aku mendiam membatu. Aku tak tahu kenapa mulut aku tiba-tiba tak petah untuk menyambung hujah dengan dia.

"Manuk, dengar tak ni?"

"Dengar."

"Jadi boleh tak kalau nak buat benda tu, tolong fikir pasal Danny. Korang dahlah baru nak berbaik sekali tiba-tiba jadi macam ni. Kau rasa benda boleh settle ke kalau one of korang tak jujur with the counterpart?"

"Tapi bukannya pergi mana pun..."

"Tak kisahlah pergi mana pun. Danny tak suka kau dengan dia kan? At least respect his request. Dahlah dengan orang yang dia tak suka. Think about his feelings. Imagine kalau dia keluar dengan Aiman tu, mesti kau pun tak suka kan?"

"Tapi pernah je kut dia keluar dengan Aiman tu rasanya..."

"Dah tu?! Sebab dia buat kau pun nak buat?! Apa ke gilanya kau punya cara berfikir ni?!"

Memang dah semua salah aku kan at this point? Tapi betul jugalah tu. Cumanya, aku rasa Razif marah sebab dia tak tahu lagi cerita yang sebenar. Dan aku tak rasa aku akan beritahu dia pun.

Romeo dan Kemboja datang menyertai kami kemudiannya. Melihatkan aku dan Razif yang agak intense, Romeo eye-rolled.

"And as you can see here, Sayang, ada dua orang gay boy yang tengah moody with each other..." Kemudian dia memandang kami berdua. "So, siapa nak cerita?"

"Ni haa, Manuk ni. Keluar dengan Syahid malam tadi tak bagitau kita pun."

Romeo memandang aku kemudiannya. "Danny tau dok?"

Aku menggeleng.

"Apa keheynya kamu ni, yeop? Engko tu dohler baru nak baik dengan teman seorang tu ni lagi buat pasey pergi jumpa orang yang dia tak suka pulak. Mana tak menyirap teman seekor tu nanti."

"Janganlah bagitau dia. Kan senang habis cerita. Unlesslah kalau korang memang..."

"Memang apa? Pernoh ke kami semua ni dok nyokong kamu, Dayak oi?"

"Tahu tak pernah."

"Then? Janganlah cakap macam kitorang ni jahat sangat."

"Rosman, that's enough..." Kemboja cuba menenangkan keadaan. Kemudian mata jelitanya memandang aku. "Jangan buat benda yang kau akan menyesal nanti. Benda tu tak nampak sekarang, Nuk. Benda tu semuanya long term. And when it happens, biasanya it is too late to realize. Respect himlah."

Kemboja ni cakap lembut saja. Sama macam Natalie girlfriend lama Razif dulu. Memang budak Divisyen Peragaan ada trademark sendiri kut dalam presenting themselves.

"Anyway, Kemboja, asal kau dolled up sangat ni? Ada event ke?" Razif bertanya kepada crush lamanya itu yang disailang penuh bergaya oleh Romeo.

"Oh, aku dengan Nat dapat invitation untuk ikut pergi an exhibition this evening."

"Siapa bawak?"

"TKD kitorang. Yang ganti Ramona tu. Nampak gaya macam perform jugaklah dia tu. Banyak experience. Muda pun muda. The best part is he walks the talklah. That's the best part."

Aku kenal siapa TKD in discussion tu. Ex Danny, Aiman. Dengar namanya saja pun aku sudah membara dengan kemarahan. How can I not tho?

"He's Danny's ex kan, Manuk?" Kemboja bertanya kepada aku. Aku anggukkan sahaja. "Danny tak okey ke dengan dia?"

"Nak buat apa okey dengan dia tu?! Dahlah annoying, acah bagus pulak tu. Menyampah aku!" Amboi, Jonathan! Bukan main defensive kau.

"Haa tahu pun cemburu?! Itulah yang Danny rasa bila kau keluar dengan Syahid tu! Kau ingat Danny tu pembaris ke tak ada perasaan bila kau keluar dengan ex dia?" Razif ni babi tau.

"Syahid bukan ex dia."

"Tak kisahlah. Tapi kau tahu kan yang dorang dua not ended in a good way regardless whatever relationship they used to have?"

"Tahu..."

"So...?"

"Yalah, aku tak buat lagi." Macam budak kecik si Razif ni buat aku. Tak padan dengan dia tu bottom jugak.

Petang itu, aku study step menari di dalam bilik dan aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh Razif tadi. Aku cuba untuk ambil yang keruh dan buang yang jernih.

Eh pelik?

Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Macam terbalik tapi BM aku dulu B kut so diampunkan kut.

Aku kemudiannya menerima panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Aku jawab saja setelah yakin yang ianya bukan scammer.

"Hello, ini Encik Jonathan Williford ke?" Suara lelaki slang Bangla aku dengar.

"Ya, saya."

"Ini ada satu baranglah kita mau deliver sama incik. Incik ada kat bilik ka sekarang?"

"Ada. Datanglah."

"Baiyek incik..."

Aku menutup laptopku dan menunggu kedatangan delivery tersebut. Aku tengok katil Angelo kosong. Mamat ni mentang-mentanglah duduk Melaka je, balik sana tu balik hari pun boleh. Macam aku ni tiket balik saja dah beratus.

Pintu diketuk. Aku pun segera membukanya. Sebaik ianya dibuka, aku terus diambush dengan pelukan dan pintu ditutup kuat.

"Aaaa Baby!!! Rindunya!!!!" What the fuck, Danny?!

"Danny?!"

"Yeah, who else?"

"Jangan cakap yang delivery tu...?"

"Yup. I pakai nombor budak bilik hujung tu. Here is your boyfriend delivery. Straight from Sabah!"

Aku memeluk erat dirinya itu. Aku turut mencium pipinya yang memang berbau foundation dan moisturizer sepanjang masa itu.

"Sayang..." Aku memanggilnya.

"Yes, my cutie baby?"

"Sorry tau if sepanjang kau tak ada ni, aku ada sakitkan hati kau."

"Aik? Tiba-tiba je ni. Kenapa ni?"

"Takde apalah. Saja je. Feels like apologizing."

"Takpe, Baby. Aku tak pernah marah kau pun..." Dia mengelus rambutku ke belakang. "Tidur Pavi Residences malam ni nak?"

"Seriuslah?"

"Yalah. Siap. Sayang tunggu..."
-------------

Sorry ya lambat update. Malam tadi dapat migraine sikit n ni pun baru okey sikit so forgive me if this chapter sucks because I know it is 😔😩.

Anyway, Danny for the best boyfriend ever! And Romeo for the best friend ever!

Disebabkan I know this chapter agak sucks so 53 votes jelah. Sneak peek tak ada tapi next chapter akan from side characters punya POV. Perempuan punya POV and anda akan diintroducekan dengan an unidentified villain yang dah dimention sebelum ni. So stay tuned!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro