Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari itu, Starbucks tempat aku berkerja itu agak understaffed. Jadi memang busy nak matilah masa nak berkerja tu sampaikan bukan setakat nak tengok phone, nak pergi tandas pun tak sempat wey kau rasa. Memang busy gila!

Tapi dalam kesibukan itu, sebenarnya aku masih tertinjau-tinjau kalau-kalau Danny ada mengintip sampai ke sini. Knowing him, he's a man with determination. Jadi bila dia tak ada tu, aku ada rasa macam sedih sikit.

"Leher kau tu dah nak jadi macam hantu Jepun dah, Jonathan. Kau intai siapa?"

"Takde siapalah, Miss. Saja tengok orang keliling."

"Yelah tu. Kau tercari Danny Aduka lah tu. Ingat aku tak tahu."

"Hisy, Miss ni. Tak adanyalah."

"Bongaklah kau! Nampak sangat kau punya tercari-cari tu."

Aku malas hendak melawan lagi nanti lagi banyak yang tak patut disebut keluar. Bila kita bercakap guna emosi ni, banyak yang tak patut dari yang patut.

Aku sambung membuat kerja aku iaitu membersihkan blender ais dan juga kira stock. Kemudian aku terdengar suara perempuan memesan sesuatu kepada Miss Tila.

"Mocha Praline double shot whipped cream, iced satu."

Aku berpaling memandang pemilik suara itu. Melihatkan aku, pemilik suara itu terus tersenyum ramah kepada aku.

"Hai, Jonathan!"

I shit you not Miss Tila menunjukkan muka menyeringai kepadaku dalam senyuman. Aku faham apa yang dia fikirkan.

"You work here?"

Aku mengangguk.

"Miss..." Dia memanggil Miss Tila. "Boleh tak if dia buatkan my drink? He's my friend."

"Sure, Cik. Boleh. Cik nak tambah apa-apa lagi ke?"

"Oh, this red velvet cake looked scrumptious. I take this one too."

"Makan sini ya, Cik?"

"Yes, Miss. Nanti mintak dia hantarkan tau." Dia menunjukkan pada aku. Miss Tila senyum dan mengangguk.

Selepas dia pergi duduk di tempat yang agak jauh sedikit, aku didatangi oleh Miss Tila dengan matanya yang bersinar.

"Hari tu Danny Aduka, sekarang ni Tasha Chec. Kau bukan belajar menari ke kat INSEMAS tu?"

"Why? I mean, dia sendiri kata kawan kan?"

"Tak salah berkawan tu, Jonathan. Tapi salah bila dua model famous Malaysia kenal kau kat sini. Kau jadi anak ikan dorang eh?"

"Apa benda Miss merepek ni? Dorang tu tua daripada saya dua, tiga tahun jelah. Mengarut je Miss ni."

"Mestilah aku kena kisah. Kau tu staff aku. Apa-apa jadi, aku mesti kena tahu."

Aku keluarkan kek tersebut dari dalam microwave dan memandang Miss Tila. "Miss Syazila Mohd. Talha, there's fine line that bordering concern and busybody okay."

"Ewah! Sejak berkawan dengan model ni, asyik nak berspeaking je dengan aku. Haa, dah, kau pergilah borak dengan dia tu. 10 minit je aku kasi."

Aku pun bawalah air yang dipesannya tadi berserta kek lalu berjalanlah aku ke mejanya. Dah dapat green light, aku pun duduk sajalah borak dengan dia.

"Kejap eh, I tangkap gambar dulu."

"Eh, janganlah tangkap gambar saya..." Aku menutup muka dengan tangan.

"Perasannya. Bukan youlah, makanan ni."

Aku mengulum senyum menahan malu yang teramat. Aku duduk di hadapannya sambil minum air kosong yang sempat aku ambil di bar tadi.

"Awak buat apa area sini?" Aku bertanya.

"Oh, I ada photoshoot magazine tadi. They gave us two hours break so thought of dropping by here. Tak sangka pulak bumped into you."

"Hmm, coincidence happens kan?"

"Jodoh kut." Dia menambah lagi.

Kami berdua ketawa kecil.

"Anyway, dah lama ke you kerja sini?"

"Since first year jugaklah. Tapi part-time je. Dulu masa first year, sebab tak busy sangat, I kerja dua tempat. Satu lagi masa tu jual sushi kat bawah blok pentadbiran kitorang."

"Wah! Gigihnya..."

"Nak cari duit, Tasha. My family bukannya loaded sangat so in a way, I need to find money on my own."

"Faham. And I'm proud of you for doing that. You know, some people tend to go for shortcut in that matter."

Aku tersenyum lagi. Susah untuk tak tersenyum bila di hadapan kau adalah Natascha Chehovsky. Dia nampak sweet dan peramah. Aku rasa aku faham kenapa Danny dulu boleh terpikat dengannya.

"Tasha, may I ask?"

"Yes, sure."

"Why you dengan Danny Aduka break up eh?"

Dia ketawa kecil menutup mulutnya sebelum mengambil kek tersebut dan menjamahnya sedikit.

"If it's too personal, then it's okay."

"Nolah. Nothing serious pun. Honestly, I rasa dia tu hot-tempered sangat. Masa kitorang break pun, he shouted at me in public. Tapi salah I jugaklah sebab tak prihatin pasal dia dulu. And after few months pun, we still can work together. I guess, we are just not for each other kan?"

"I see."

"Tapi kan, if you were to ask me, Danny is a good guy. It just he tends to use his brain lesser than he should. Dia banyak fikir ikut emosi. That's what ruining him."

"I see."

"But all in all, he deserves someone to love him. I tak penyabar. Dia pun tak. It's a red sign after all, right?"

Aku mengangguk.

"Why did you ask tho? I get that some people always ask me the same question because, damn it's Razif Daniel we are talking, right? But no one gonna believe this story, trust me."

I think that is the privilege of being good-looking. You tend to mislook or overlook the flaws of someone due to their good face. And in this case, ramai orang mislook Danny's temper because his charming face.

"No one knows this story."

"Well, few people tahu but that's that. I tak suka kembangkan cerita."

Aku sambung buat kerja aku balik 10 minit selepas itu. Hari ini shif aku sampai pukul sebelas malam dan muka aku dah naik sebal panjang jam yang lambat lagi nak closing tu.

"Jonathan..." Miss Tila datang ke arah aku yang sedang punch card nak balik. "Danny Aduka tunggu kau lagi kat luar."

"Miss ni mengarutlah. Dahlah, orang nak balik dah ni."

"Wey bodoh! Kat luar tu bukan dia?"

Aku keluar dari pejabat dan nampak dia berdiri di luar premis kedai membelakangkan aku. Dengan kemeja putih dan seluar slack hitamnya itu, dia nampak macam waiter restoran, versi majalah Maskulin.

"Aduh, apa hal pulak dia datang lagi ni?" Aku mengeluh.

"Kau ada affair apa-apa ke dengan dia, Jonathan?"

"Takde apalah. Saya balik dulu ya, Miss."

"Haa yalah. Take care."

Aku keluar dari premis kedai dan memanggil Danny yang sedang menghembus asap rokok berkepul-kepul ke udara.

"Lambat habis?"

"We're understaffed today."

"Aha, I see."

"Razif dengan Haydar ambik aku kejap lagi so you don't have to susahkan yourself."

"Nah, I called my brother and cancel the deal." Son of a-- "So, jom?"

"Where?"

"Hantar kau baliklah. Pergi mana lagi?"

"Kalau setakat hantar aku balik, kenapa tak biarkan je Razif dengan Haydar je ambik aku balik?"

"Yang kau melawan sangat ni apa hal?! Aku nak hantar kau balik jelah!"

"You can ask first, Daniel! I could've say yes."

"Fine!" Terasa berdentum suara petir dia tu. "Let me send you back." Baru suara dia mengendur.

Aku tak berkata apa-apa sebaliknya aku terus masuk ke dalam keretanya. Pintu Maserati sengaja aku hempaskan biar dia tahu yang aku pun sakit hati.

"Jonathan, I'm sorry."

"Tadi kata nak hantar aku balik kan? Cepatlah."

Dia pun memulakan pemanduan. Sejujurnya aku sedih apabila dia meninggikan suara begitu. Bukannya apa. Aku tak suka orang tengkingkan aku.

"Sorry tau, Jonathan."

Aku masih berdiam.

"Anyway, Jonathan, tadi I saw Natascha post IG stories yang dia ada datang sini. You know her, right?"

"Your ex. Of course I know."

"Okay..."

Dia tak tanya lebih so aku pun taklah tanya lebih. Tiada komunikasi sampailah kami tiba di INSEMAS.

Sebelum aku turun dari kereta, sempat dia memegang tangan aku. "Jonathan..."

"What?"

"I'm sorry."

"Hmm yelah. Let me golah."

"No, say you forgive me first."

"Jesus Christ, lepaslah!"

"Jonathan..."

Aku merentap tangan aku dan terus keluar dari keretanya. Dia juga keluar dari keretanya memanggil aku.

"Hey!"

"Apa lagi?"

"I said sorry kan?"

Malas hendak melayan, aku pun teruskan langkah pulang ke bilik aku. Dahlah hari ni busy, understaffed, dia nak throw tantrum lagi. Faham tak aku penat?! Penat penat penat!

Tapi dalam penat tu, aku maafkan je dia. Cuma itulah, aku penat. Nantilah aku mesej dia...

-------------

Tbh if yalls were to be in Manuk's shoe, what would you guys feel? (20M)

Also, Natascha is a queen kan?

42 votes for next chapter!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro