Bab 41 (Syahid)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku buka mata dan dia masih lena di sebelah aku. Walaupun rambutnya sudah karat dan mukanya slightly makeup, dia masih ada kenaifan tinggal dalam dirinya. Itu dirinya dan ini semua hanyalah impostor.

Aku sarung semula bajuku dan aku tarik selimut menutup badannya. Jujurnya, apapun dia cuba untuk jadi, dia nampak sangat try hard. Masa dia sedar, mungkin dia nampaklah vibe bad boy tu ada pada dia tapi bila dia tidur, dah macam penguin aku tengok. Dengan ada masanya, dia siap hisap ibu jari lagi.

Aku ambil handphone iPhone 6 nya itu dan buka menggunakan cap jarinya. Wallpaper masih gambar dia dengan Danny. Aku tak judge dia untuk itu. Walaupun terdapat sedikit kecemburuan menerpa, itu adalah kebebasan dia.

Tak banyak apps dalam handphone dia. Itu pun, as aku main handphonenya itu, masuk noti mengatakan yang iCloud storage dia dah full. Aku syak handphone ni 16GB je. Dan paling aku suka, Tinder waima Grindr tiada dikesan. Mungkin tak sampai tahap itu lagi dia mahu jadi fuckboy.

Ada mesej daripada Razif aku kesan.

Razif Tarian
Wey
Sorry pasal siang tadi
Aku tahu aku tak patut busybody hal kau
Tapi
Just saying, if you really feel like a mess
Aku ada kat sini utk dngr masalah kau

This boy is blessed with good people around him. Jonathan is blessed.

Aku keluar dari bilik itu dan kembali ke ruang utama kelab malam aku itu. Di situ, aku melihat Mandy masih setia melayan pelanggan-pelanggan yang datang.

"Mandy, nak Coke satu." Aku memesan kepadanya seraya melabuhkan punggung ke atas kerusi. Mandy kembali ke arah aku semula dengan membawa sebotol Coke botol kaca tu yang sudah siap dibuka. "How's business tonight, Mandy?"

"Okey je, nyah. Thank Godlah takde yang mengamuk sebab mabuk lagi malam ni. Kalau tak, jenuh jugak nak handle tu."

Aku tersenyum nipis kepadanya. Aku teguk Coke tersebut sambil aku perasan matanya meliar ke belakang aku.

"Mana anak ikan kau, nyah?"

"Anak ikan abah kau! Ada laki tu tengah tidur."

"Kau spike air dia ke apa?"

"Spike amende. Tiga round dia lanyak aku. Ni pukul berapa dah ni?"

"Nak dekat pukul empat dah. Tu kau nak hantar ke apa budak tu?"

"Yalah kut. Kejap lagi aku kejutlah dia."

Mandy duduk di sebelah aku dan dia jongket kening kanannya memandang muka aku tepat. Sesuatu sangatlah pondan ni.

"Nak tanya."

"Apa dia?"

"Kau feeling dengan anak ikan tu ke, nyah?"

Aku tersenyum. Aku dah agak dia mesti akan tanya soalan tu.

"Obvious sangat ke?"

"Ya, nyah. Gaya kau pandang dia pun dah nampak dah anjakan paradigma kau tu macam mana. Awas ya kalau nak sorok perasaan sendiri."

Aku tersenyum lagi. Botol itu aku goyangkan perlahan. Memang habit aku untuk menggoyangkan cawan atau botol yang sedang aku minum airnya.

"Kalau ya?"

"Dia Danny punya kan?"

Aku pout. Aku memandang Mandy sekilas dan mengangguk.

"Kau tak takut ke, nok?"

"For? Danny?"

Mandy mengangguk. "Dia tu kan baran gila. Banyak gila aku baca kes pasal dia kat Twitter. Kau tak takut ke dia tumbuk kau sebab kau main dengan pakwe dia?"

"Berani ke dia nak tumbuk aku?"

Mandy terus terbeliak biji matanya semasa aku mengatakan itu. Aku bet dia pun tak sangka aku sebold itu untuk berkata.

"Confidentnya kau, sundal."

"I didn't get called Lelaki Harum Sundal Malam for no reason, okay."

"I thought you hate that nickname?"

"Mandy, aku make a living out of that nickname. How can aku benci benda yang bagi aku duit?"

"Memang kerja kau asyik fikir duit je kan, sundal? Padahal mak ayah kau dua-dua tu orang kata. Apa lagi yang kau beriya nak cari duit?! Kalau aku jadi kaulah, nyah, aku dah tak kisah pasal duit ni semua. Kerja aku makan tidur je."

"Bukan aku dah cerita ke kat kau kisah hidup aku semua? Yang dok tanya benda sama ni kenapa?"

"Ya kau dah pernah cerita tapi kau balik-balik cerita yang bapak kau tu gila perempuan then mak kau pulak cikki letops kegilaan ummah Singapura Malaysia Brunei and abang kau pula jantan yang anti gila gayah kelempuk ni semua. Kau tak pernah cerita kenapa kau bukak kelab ni semua?"

"Tak pernah eh?"

"Eeeiii jantan sorang ni! Rengsek tau tak aku dengan kau ni! Dahlah! Malas dah aku nak dengar."

Aku terus menarik tangan Mandy yang sudah mengangkat punggungnya dari kerusi dan menyuruhnya duduk semula.

"Feelinglah kau ni nak bangun tinggal aku bagai."

"Yelah. Jangan dicabar hati seorang pondan ya."

"Feelingnya! Okeylah, the reason aku bukak kelab ni sebab aku nak menari and buat benda yang aku suka without any judgement. Tu je sumpah tak ada niat lain."

"Kau serius?"

"Why would I lying? Kenapa bila someone do something, there must be explanation for it? Can someone just do things without having to come up with anything to stand their intention?"

"Seriuslah tak ada niat lain?"

Aku menggeleng. Memang tak ada pun. Selain daripada buktikan yang aku mampu berjaya in my own way kepada Samson, memang tak ada niat lain.

"Kalau betul, eloklah. Ni, pukul berapa kau nak hantar anak ikan kau tu? Aku dah rasa macam simpan budak bawah umur kau tahu tak? Kau tahu tak kalau kita kena raid, dengan kau sekali check-in nanti."

"Alah, fake ID berlebih kan ada bawah drawer kat office tu. Pakai jelah satu."

"Kau ni tak takut law betul kan? Ada je idea dalam kepala kau tu."

Aku hanya tersenyum sebelum aku membawa keluar handphoneku dan mendail nombor telefon Dash. Dia kan KD Tarian jadi mesti ada lesen besar nak bagi aku bawak budak ni masuk.

"Hello..." Suara Dash mamai kedengaran. "Kau nak apa malam-malam buta ni?"

"Kau tidur ke?"

"Bodoh ke apa kau ni, Syahid. Mestilah aku tidur..." Kemudian dia menguap. "Sal?!"

"Aku nak masuk INSEMAS kejap. Drop customer mabuk. Student kau jugak." Aku merahsiakan identiti Jonathan.

"Oh, haa cakap jelah kau nak pergi rumah KD Dashiel. Aku inform jaga."

"Okay, Dash. Thanks."

Tanpa membalas terima kasih itu, dia mematikan panggilan.

Aku kembali ke bilik tadi dan merenung tepat ke arah Jonathan. Aku naik semula ke atas katil dan sambung membelek wajahnya.

"Jonathan, jom aku hantar kau balik."

Dia membuka mata perlahan dan I swear to God that it was the cutest thing I've ever seen. Knowing he's too tired, aku cuma menyuruhnya menyarung pakaiannya dan aku yang mencempungnya sampai ke kereta.

Sepanjang pemanduan, dia masih lena. Ada aku rasa aku kena stay sampai subuh kat INSEMAS tu nanti baru aku boleh balik. Biarlah asalkan dia boleh lena.

Sampai di INSEMAS, aku park kereta aku dan menurunkan sedikit seat so aku boleh bersandar. Wajahnya aku kerling sekali lagi.

Shame on Danny tak jaga this boy elok-elok. Banyak kali aku berpesan kepadanya agar jangan selalu berfikir dengan emosi tapi dengan akal tapi kerap itu jugalah dia mengabaikannya. Aku tahu he was hurt before because of me tapi itu tak boleh justifykan semua ni. Masa berubah and even people change. Danny kena sedar benda tu.

And now, dia put risk everyone in his circle and as an exhibition, Jonathan. Jonathan mangsa keadaan. Danny banyak kali menyalahkan aku atas perubahan yang berlaku pada dia, little that he did that's what he currently doing to Jonathan.

Secara tiba-tiba, guruh berdentum dan hujan lebat turun tiba-tiba. Aku perlahankan aircond bimbang kalau ianya terlalu sejuk untuk Jonathan. Jaket aku juga aku sarungkan ke tubuhnya.

Kemudiannya, aku tak tahu samada dia sedar atau tidak, tapi tangannya telah didepangkan dan memeluk aku. Aku tak boleh nak bergerak disebabkan posisinya itu.

Aku cuba untuk mengalihkan tangannya tapi melihatkan kerutan pada dahinya, aku jadi tak sampai hati. Penyudahnya, aku biarkan saja. Kalau itu yang menenangkan dia, aku biarkan saja.

Kalau Danny gagal menjaga dia, biar aku ambil tugas itu...
--------------

Someone legit told me that this story is Malay BL of telenovela and honestly, I couldn't agree more hahahaha. Anyway, what say yalls? Droplah some feedbacks hehehehe...

Also, imagine if Syahid peluk korang. Just imagine... hahahahhaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro