Bab 47 (Danny)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masih di Paris.

Aku sedang menghirup tisane sejuk di satu sudut di majlis yang gilang-gemilang itu. Dulu biasanya aku akan bersosial bersama tetamu-tetamu yang lain tapi entahlah, malam itu aku rasa sangat dull dan blur. Tak rasa hendak berkomunikasi dengan sesiapapun.

"Hey, Razif Daniel. How are you doing?" Tak semua orang aku bagi panggil Razif Daniel tapi she is one of the list who can call me that. "Boleh Aunty duduk?"

"Sure thing, Aunty Amelia." Aku menarikkan kerusi untuk idolaku itu duduk.

"Mama Daniel sihat? Lama Aunty tak jumpa dia." This woman is the definition of grace and classy. The way she asked tu pun dah cukup menawan hati.

"Alhamdulillah. Okey je." Kemudian aku memandang sekeliling. "Nazruddin tak ikut ke, Aunty?"

"Dia ada kat hotel. Zahrin adalah ni. Dia ada tanya Aunty kalau Danny ada ke tak. Aunty jawab yang Aunty tak sure. Cubalah call dia."

"Sure. Nanti I give him a ring."

Kemudian dia memandang aku jauh ke dalam mata. Calling her 'Aunty' for most of my life, aku tak rasa dia beri pandangan hendak mengurat aku whatsoever. Dia dah macam mak aku sendiri kut.

"Your eyes looked tired. Is it a long flight or you're longing for someone?"

Aku tersenyum nipis. "Could be both but more to the latter."

"Aunty dah agak dah. Well, I saw the video. Nazruddin yang tunjuk. And that was very immoral of Aiman to do that. Cuma itulah, if we bring this case to a higher authority pun, we both know the ending kan?"

Aku hanya mengangguk. How fast the video spreads and nothing can be done about it.

"Aunty takkan suruh Daniel bersabar because I know you are. Cuma Aunty nak Daniel let this one slides away. Anyway, Natascha told me yang you have a new boy already? Siapa?"

"Well, it's over. After the video happened."

"Oh, sorry to hear that. It's okaylah, Daniel. If it were meant to be, it will be either way. Maybe jugak this is the time for you to clear the mess."

"What mess? That mess? I think nothing can be done with it anymore, Aunty. Everyone saw it, everyone been judging me from that moment. I mean, tak payah video tu pun, people already look negatively on me pun. That video is just the tip of the iceberg."

Aunty Amelia mengeluh kecil tapi cukup kuat untuk aku mendengarnya. Senyuman jelita masih jelas nampak pada wajahnya yang sudah nampak berusia itu. Hatta pada usianya 51 tahun itu sekalipun, dia masih cantik pada pandangan aku, dan sesiapa punlah. Dia Amelia Ansari kut.

"The mess is not what happened, Daniel. Bila hati kita tengah kusut, banyak benda akan mula jadi tak betul. Sort out benda tu dulu then only kita boleh fikir rationally."

Aku diam. Nasihat seorang senior jangan senang hendak disangkal.

"Aunty dah kenal Daniel lama. Daniel punya perangai sama je dengan Nazruddin. Dua-dua baran dan tak fikir panjang. Mudah bila membuat keputusan masa sedang marah tapi the outcome biasanya tak macam yang kita nakkan, Daniel."

Aku tercyduk lagi mendengar nasihat Aunty Amelia itu. Nasihat yang kau takkan dapat daripada sesiapa di mana-mana jua.

"Amelia, your chauffeur is outside. Are you ready to leave?" Seorang lelaki bersut datang ke arah kami.

"Yes, sure. Where's my son?"

"Zahrin is already outside waiting for you."

"Okay, wait for awhile. I'll be there." Kemudian dia memandang aku semula. "Ni balik KL bila?"

"Lusa. Pukul dua petang. Aunty?"

"Maybe lambat sikit. Lama tak datang sini. Ingat nak pergi Monaco lusa nanti. Eh, lunch dengan Auntylah esok siang. Aunty ajak Nazruddin sekali. Daniel stay mana?"

"Pullman."

"Nanti Aunty suruh driver Aunty ambik jelah. Bila lagi nak merasa naik limo kat Paris kan?"

Aku hanya tersenyum. Kalau korang rasa aku kaya, dia ni sepuluh ratus ribu lagi kaya. Cameo 10 seconds dalam movie pun dah demand sampai setengah juta.

"Esok pukul satu petang. Okey eh?"

"Okey, Aunty. Thank you."

Selepas dia pergi, aku melepak seketika di majlis tersebut sebelum aku juga memutuskan untuk berjalan-jalan di Jardin du Champ de Mars yang menempatkan Eiffel Tower. Dengan limpahan lampu neon, memang sangat tempat itu di malam hari.

Aku berjalan seorang diri dan for once in a lifetime, aku rasa sangat bebas. Knowing no one akan bump into me dan shoot aku dengan soalan pasal that video.

That video. That damn video. That damn motherfucking video.

At this point, jujurnya aku memang rasa nak mengalah saja dengan semua ini. Aku hilang Jonathan, Aiman berjaya jahanamkan aku dan...

God, your life is a mess, Daniel. Aunty Amelia was right. I should have sorted it out.

Aku balik ke bilik hotel dan membersihkan badan. Selepas itu, aku berbaring di atas katil sambil bermain handphone. Aku update Instagram aku dengan gambar yang sempat ditangkap di majlis tadi. Di Story pula, aku meletakkan gambar Eiffel Tower di waktu malam tadi. For aesthetic purposes. Boleh follow akaun VSCO aku kalau nak.

Aku mendapat satu panggilan kemudiannya. Jam menunjukkan pukul dua pagi which is sembilan pagi di Malaysia. Siapa sajalah ini agaknya?

"Hello, Danny Aduka here..."

"And here is your love, darling."

"Aiman, stop it!" Can he not? Can he just stop?

"Well, Baby D. You weren't this garang before."

"Really?! If I wasn't then why the hell you filed that goddamn restraining order?"

"Baby D, that's all past. Past is past. Okay fine, I know itu salah I so now I'm here to fix it."

"And I'm not intended to fix it, Aiman. Get the picture?!"

Dia diam. Diamnya itu sangat lama sampaikan aku mula naik risau dengan dia. Dengan keadaan sekarang, macam-macam boleh jadi.

"Really?" Nada suaranya berubah. Suaranya juga lebih dalam.

"Aiman, stop blackmailing me! If I can totally move on from you then why can't you do the same? You molested me and I choose to stay silent about it rather than dragging your ass to prison so please be grateful!"

"My ass? Oh, the one you fucked before right?"

"Aiman, stop it!"

"I might be a sexual offender. I admit that. Cuma, jangan ingat aku tak tahu kau suruh Fira ambik Dayak Sumpit tu sign dengan agency dia. If you think you can win his heart back, jangan berangan, Daniel. Jangan fucking berangan!"

Aku mematikan panggilan. Babi Aiman psiko! Sumpah dia psiko gila! Aku tak sangka sungguh.

Aku menerima e-mail rambang dari seseorang. Dia menghantar sebuah folder tertulis 'Sweet Moments'. Dan apabila aku buka, aku menyesal. Menyesal sangat!

Gambar-gambar aku dan dia bercium dan gambar kami di atas katil malam aku mabuk ada di situ. Senjatanya mungkin satu tapi ianya kuat. Sangat kuat.

Aku menerima satu panggilan FaceTime video daripada dia. Aku hesitate untuk menjawab tapi penyudahnya aku tak jawab. Dia iMessage aku pula.

I would answer if I were you
You don't want others to see it right
Right, Baby D?

Dia memanggil lagi. Aku tiada pilihan melainkan menjawab panggilan itu.

"Hello, Baby D..."

"Aiman, I'm begging. Please stop all of this."

"Well, I can. Except for one condition."

"You can give five as long as you stop, Aiman." Aku malu dengan diri aku sendiri for saying it.

"Date me again. For whatever it cause. Date me again. Let's repeat the good old times we used to have."

Aku tak mampu menjawab. Aku lemah kaki dan tangan. Wajahnya juga aku tak mampu pandang.

"I raped you once, Daniel. Jonathan shouldn't be a hard target."

"Don't involve him!"

"Hard to say considering I'm the man of power now. Kalau bukan aku pun, aku boleh je upah orang to do that on my behalf. You surely don't want to see that, right?"

Aku tak kuat. Aku tak mampu.

"So, game or not, Baby D?"

"Fine! Just, stay away from Jonathan."

"That's my Baby D! See you soon!"

Dia mematikan panggilan. Aku terbaring terlentang di atas katil hotel dan aku tak sedar air mataku meluru menuruni pipi. Aku tak sangka aku akan jadi selemah ini.

Jonathan, maafkan aku. Aku hanya nak melindungi kau sahaja. Ya aku jahat. Tapi percayalah, aku hanya nak selamatkan kau saja. Bencilah aku sebanyak mana kau mahu. Aku tetap sayangkan kau.
--------------

Seth is evil, Roy is more evil but Aiman is pure evil! Ada neraka khas untuk si Aiman ni percayalah.

Anyway, nak request 70 votes boleh tak? Or 65 hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro