Bab 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cuti semester bermula tapi aku tak balik ke Kuching pun. Okay, that would be too miserable. Aku balik kejap for a week before aku fly back all the way from Kuching to resume my budding career. Ceh diva gila nak kata budding career kan!

Orang yang menghantar aku ke lapangan terbang dan mengambil aku di lapangan terbang juga tak lain dan tak bukan ialah Syahid Zachariah. Dia volunteer ya, bukan aku minta.

"Ni tumpang rumah siapa ni nanti kat KL ni?" Dia bertanya semasa aku baru keluar dari balai ketibaan.

"Oh, rumah my uncle kat Sungai Buloh. Saujana Utama to be precise."

"Oh, so aku hantarkan sana ke?"

"If it doesn't bothers you, then boleh je."

"Kau ada kerja part-time lain ke ni? Selain daripada modelling tu."

"Hnm tak ada. Just tolong Uncle aku kat kedai makan dia kut. Wife dia ada bukak restoran."

"Kalau kau free, datang jelah Les Mecs. You don't have to strip pun. Ada je position dancer yang biasa."

Aku membalas pelawaannya itu dengan senyuman. Aku tidak menolak malah tidak juga menerima. Tapi aku hargainya. Bagi aku, dia ada empathy dan effort.

"Makan tak dalam flight tadi?"

"Well as I'm not dating Danny Aduka anymore so I can only afford Air Asia and you know Air Asia punya harga makanan macam mana kan? RM8 for a Maggi Cup."

"Boy, I don't know. I never took a single Air Asia flight before so aku tak tahu."

Aku memandangnya atas bawah dengan pandangan paling judging anyone could ever give. Dia hanya ketawa.

"Only rich people can pull out that sentence."

"Not really. I hate flying in general. Lagipun dari kecil pun, aku berulang je dari KL ke Singapore for most of the time naik kereta je."

Aku mengangguk sahaja. Based on yang Danny cerita, Syahid ni dengan kembar dia dipisahkan masa kecik. Seorang duduk dengan mak dia kat Singapore dan dia pula sekolah asrama di Malaysia.

"Syahid, kau sekolah mana eh dulu kat Malaysia?" Aku bertanya kepadanya sebaik dia menghidupkan enjin.

"SEBESTES. Tahu tak?"

"Sekolah Bestari Tengku Suraya?"

"Ha'ah. Familiar ke?"

"Tu sekolah Razif jugak. Kau masuk as international students ke macam mana?"

Dia mengangguk. "Ha'ah. Masa tu aku still Singapore citizen lagi. Technically I still am. Every three months aku kena balik sana nak cop passport."

Aku mengiyakan sahaja. Aku pun tak familiar sangat dengan immigration stuffs ni. Yang aku tahu, kalau orang Semenanjung nak masuk Sarawak akan dapat one white card kena simpan.

"Kita pergi makan dulu eh? Lepas tu aku hantar kau rumah pakcik kau."

"Okey."

Kami berhenti makan di R&R Dengkil. One thing about Syahid, he is always humble and moderate in whatever he's doing. Duit dia banyak je but he chooses to be humble.

"Ada duit tak tu?"

"Ada. Takpe aku beli pakai duit aku je."

"Betul ni?"

"Ya, percayalah."

Dia ketawa kecil. His small laugh tu taklah comel mana tapi I don't know, from a guy like him, dia nampak lebih sempurna.

Aku memesan nasi ayam dan menjamu dengan berseleranya.

"Kau ada kembar kan?"

"Ha'ah. Dia study kat US. Baru grad tapi mengada tak nak balik. Padahal kat sana kerja Starbucks je."

"Hey, what's wrong with kerja Starbucks? I worked at Starbucks before. Okey je."

"Takdelah. Kau imagine kau pakai scholarship funded by most of Singaporean money and then tak nak balik serve for your own country. Tak ke bodoh amat namanya kat situ?"

"Oh, dia SEBESTES jugak ke?"

"Ha'ah. Dia masuk under academic achievement. Aku masuk under co-curricular. Kau tanya member kau macam mana these two kena segregate kat sekolah tu?"

"Oh, even korang adik-beradik pun?"

"Actually, problem aku dengan kembar aku, it's deeper than that. Kitorang bukannya gaduh sebab dia pandai and aku bodoh ke apa. That would be too happy." Kenapa aku nak tergelak dengar ayat last tu?

"If you don't mind, may I ask why?"

"Hmm, aku tak tahu how to say it in words and less revealing but he has that holier than thou attitude. Okay dude fine you are better than me but that doesn't justify that the heaven is guaranteed to be yours."

Aku menyuap makanan sambil khusyuk mendengar ceritanya.

"There's a saying in a Muslim context. Look, aku tak warak and far from religious but I love to study my own agama. The saying says, sometimes dosa besar is not just do sex and drink alcohol and so. Thinking you are better than the others also one of dosa besar in the context of riyak."

"I've heard of it."

"Yes, exactly. Sebab itulah, lots of people tend to overlook or simply close one eye on it. Sebab tu ramai orang fikir they have every rights to police someone else's life and determine syurga neraka seseorang. Even in Islamic context, this is wrong. One should not judging the other person."

Aku mengangguk lagi.

"But then again, I'm a prostitute. No one listen to a prostitute."

"Well, I listen."

"Entahlah. Thing with our society is we will always have that one pemikiran where certain people only is allowed to give opinion. For religion matters then it's understandablelah. You have to study and analyze those hadith and Quranic verses in order to come up with fatwa and so on. But what about life lesson? Or moral values?"

Sekali lagi, aku terdiam. I don't get this kind of conversation dengan Danny. Again, aku tak downgrade Danny. He is the best talker and was a best boyfriend to me. He talks but mostly about his career and modelling life. Tak salah pun cumanya mungkin aku yang tak berapa aware sangat tentang hal itu masa tu. I still love to hear he talks. As a proof, aku simpan lagi voice note yang dia bagi pada aku.

"Am I talking too much? You seem like out of the world."

"Eh, taklah."

"Haha, yelah tu. Sorry eh. I tend to overtalk stuffs sometimes."

"It's okay. Tak ada issues pun."

Kemudian aku nampak matanya terpandang tepat kepada seseorang di belakang aku. Aku berpusing dan aku nampak seorang lelaki berkaca mata turut memandang ke arah Syahid. Aku dapat merasakan tension di antara mereka berdua.

"Are you done with your food, Jonathan?" Syahid bertanya tanpa memandang wajah aku.

"Not yet but if you want to leave then let's go."

"Great! Jom!" Dia menarik tangan aku dan kami masuk ke dalam kereta.

Baru dia hendak menghidupkan enjin, seorang lelaki mengetuk pintu keretanya itu. Lelaki berkaca mata tadi. Syahid menurunkan tingkap.

"Syah, hi!"

"Hi, Tony. I got to rush."

"Syah, aku dah cari kau lama. I'm sorry for what happened, Syah."

"Just leave, Tony. Don't ever drag me into your life again. Kau tahu tak susahnya aku nak keluar dari hidup kau tu dulu."

"Aku tahu, Syah. Aku minta maaf, Syah."

"You know what, Tony. You could have come years ago but you choose to come back bila aku dah move on. Kau kejam. Dah, blah dari kereta aku kalau tak aku langgar kau!"

Lelaki berkaca mata itu berundur sedikit memberikan ruang kepada Syahid untuk memulakan pemanduan. Syahid terus memecut laju meninggalkan lelaki itu tadi.

Judging from the angst, aku tak mahu bertanya apa-apa. Kalau dia nak cerita, biar dia cerita sendiri.

Tapi aku rasa dia bukannya marahkan lelaki itu. Sebab yang aku nampak dari wajahnya adalah dia sedang mengalirkan air mata. Wajahnya static tapi matanya menjerit semahu-mahunya.

Aku memegang tangannya yang tidak memegang stereng. Dia menoleh memandang aku dan aku pun memberikan kepadanya senyuman nipis kepadanya.

"You comfort me before, now if you want, you can share with me, if it comforts you."

"Thanks, Jonathan. I appreciate that."
--------------

As much me myself shipping Danny-Jonathan, it's hard to deny that writing Syahid-Jonathan is somewhat soothing. Ke ada shipper Syahid-Jonathan?

Also, since sequel confirmed so here is hint for the sequel. Tak payah tanyalah eh mana hint dia. Kalau pandai dapat tangkap hehe...

Ya update cepat sebab I nak tulis my thesis yang dah abandoned weeks ni haha. Tapi kalau dapat 70 votes nice gak hahaha...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro